You are on page 1of 11

JENAYAH RAGUT: PENDAPAT WANITA TENTANG

PERANAN MEDIA MASSA?

Oleh
Mohd Yahya Mohamed Ariffin
Jabatan Pengajian Media
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
Tel : 03-79675511/013-2087934
E-mel : mohdyma@um.edu.my

ABSTRAK

Publik sering dikejutkan dengan jenayah ragut yang banyak berlaku seperti yang didedahkan oleh media
massa negara ini. Pendedahan tersebut menyebabkan publik mulai peka dengan jenayah itu dan kini mula
memberikan kerjasama membantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membanteras jenayah ragut. Kajian ini
bertujuan melihat pendapat wanita tentang peranan media massa dalam mendedahkan kegiatan jenayah
tersebut yang berlaku di Kuala Lumpur. Seramai 390 responden wanita di Kuala Lumpur telah dipilih
sebagai sampel kajian. Hasil kajian menunjukkan media massa sangat penting kepada wanita Kuala
Lumpur dalam mendapatkan berita mengenai jenayah ragut. Responden sangat bersetuju bahawa
pendedahan media massa tentang jenayah ragut telah membantu menyedarkan mereka. Selain itu, mereka
bersetuju bahawa media massa telah membantu pihak PDRM mengurangkan jenayah ini di Kuala Lumpur.

ABSTRACT

The public always shocked by the snatch thieves’ cases that was published by the mass media in the
country. Everybody was alert ever since the media continuously published the sad stories of snatch thieves
which sometimes will lead to lost of life. The initiative of the mass media has opened the public eyes about
crimes and recently they have come forward to help the PDRM to overcome the snatch thieves. This study
was carried out to find out the female view about the role of the mass media in exposing the crime in Kuala
Lumpur. 390 female respondents in Kuala Lumpur were randomly chosed to be the sample of the study.
The results showed the mass media was important to these respondents to get news about snatch thieves.
They agreed that the mass media helped them realized about the danger of snatch thieves, and the mass
media has helped the PDRM to reduce the crimes in Kuala Lumpur.

Pengenalan
Setiap hari media massa melaporkan pelbagai bentuk berita suka duka masyarakat di seluruh
dunia, yang diikuti majoriti masyarakat dunia yang berminat mengetahui mengenai peristiwa-
peristiwa yang berlaku di dalam negara atau di serata dunia. Era globalisasi ini memperlihatkan
peranan yang dimainkan oleh pihak media massa begitu besar dan penting serta bersaing antara
satu sama lain bagi mendapatkan bahan berita yang menarik.

Kegiatan ragut merupakan jenayah yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia pada
masa kini dan sering dilaporkan oleh media massa. Jenayah ini sebenarnya sudah lama berlaku
tetapi tidak dibesar-besarkan oleh pihak media massa kerana dahulu tidak seserius pada masa
sekarang. Namun, selepas berlaku beberapa kes yang menyebabkan kematian telah menyedarkan

Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga


Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang
masyarakat tentang jenayah ini. Indeks Jenayah yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) menunjukkan bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan, kes ragut banyak berlaku di
seluruh negara termasuk Kuala Lumpur. Pada 2002, sebanyak 14,640 kes ragut dilaporkan dan
jumlah itu meningkat kepada 15,798 pada tahun 2003. Walau bagaimanapun, pada tahun 2004
jumlah kes ragut menurun kepada 11,536. Sejak Rakan Kop dilancarkan oleh Kontigen Polis
Kuala Lumpur, kes jenayah ragut dilaporkan mencatat penurunan paling ketara. Pada tempoh
lima bulan pertama tahun 2005 sebanyak 452 kes telah dilaporkan berbanding 813 kes pada tahun
2004 bagi tempoh yang sama, iaitu penurunan sebanyak 56 peratus (Berita Harian 26 Mac 2005).

Objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat sikap dan pandangan masyarakat mengenai peranan media
massa dalam mendedahkan kegiatan jenayah ragut yang berlaku di Kuala Lumpur supaya dapat
menyedarkan masyarakat khususnya wanita daripada menjadi mangsa jenayah ini. Selain itu,
untuk melihat sama ada peranan yang dimainkan oleh media massa dapat membantu pihak
PDRM mengurangkan jenayah ragut.

Media massa dan jenayah ragut


Masyarakat di negara ini sentiasa dikejutkan oleh media massa apabila menyiarkan berita tentang
jenayah rogol dan bunuh. Lebih menyedihkan lagi sekiranya mangsa rogol dan bunuh tersebut
melibatkan kanak-kanak. Seluruh masyarakat bersimpati dengan mangsa kepada penjenayah yang
tidak berhati perut ini. Pemaparan oleh media massa tidak hanya kepada jenayah kejam itu, tetapi
turut memaparkan satu lagi jenayah yang sering berlaku di sekeliling kita iaitu jenayah ragut.
Semua pihak membuka mata apabila media massa secara berterusan menyiarkan kisah malang
mangsa ragut, yang kadang kala membabitkan kehilangan nyawa. Dalam hal ini, media massa
bukan sahaja bertindak melaporkan berita tetapi juga bertanggungjawab memainkan peranan
dengan memberi panduan kepada orang ramai ketika berhadapan dengan penjenayah ragut.

John Vivian (2002) berpendapat media massa sangat penting kerana merupakan sumber
maklumat, sumber hiburan, forum memujuk dan mengikat pengaruh terhadap masyarakat. Dalam
perkaitan jenayah ragut, media massa berperanan menyampaikan maklumat kepada masyarakat,
seterusnya mendidik mereka supaya berwaspada terhadap penjenayah ini.

Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, media mempunyai
peranan yang membina untuk sama-sama menjaga keselamatan negara. Peranan dan
tanggunjawab menjaga negara harus dipikul dengan baik oleh media di negara ini tetapi dalam
masa yang sama juga polis akan terus berusaha dengan gigih untuk menangani dan membendung
kes jenayah (Utusan Malaysia, 26 Mac 2005).

Sementara Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee
Lam Thye berpendapat kekerapan media massa melaporkan isu ragut adalah antara faktor
membantu mengurangkan kadar kes berkenaan di seluruh negara. Pendedahan media berjaya
menurunkan kadar jenayah itu sebanyak 6,640 kes sejak Januari hingga Jun tahun 2003,
berbanding 8,668 kes bagi tempoh yang sama, tahun 2004. Laporan yang sering disiarkan
ternyata membantu masyarakat lebih berhati-hati di tempat awam dan meningkatkan kesedaran
mereka tentang tanggungjawab mencegah jenayah. Justeru, jenayah ragut tidak boleh di pandang
ringan oleh PDRM dan masyarakat. Berdasarkan statistik harian PDRM mengenai jenayah di

Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga


Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang
Lembah Klang seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian Kosmo menunjukkan bahawa kes
jenayah ragut di sekitar Kuala Lumpur berlaku setiap hari.

Menurut PDRM, pendedahan media terhadap kes ragut menyebabkan orang ramai mulai
peka dengan jenayah itu dan kini mula memberikan kerjasama membantu polis membanteras
jenayah ragut. Kematian mangsa yang dipaparkan oleh media menimbulkan kemarahan dan sikap
kurang senang orang ramai dengan isu ini. Seterusnya hal ini menyebabkan orang ramai menjadi
lebih berwaspada, di samping memotivasikan mereka untuk membantu pihak polis dalam isu ini.
Laporan ragut yang didedahkan kepada orang ramai juga sebenarnya akan menyelamatkan
mereka daripada menjadi mangsa dan supaya mereka mengambil langkah yang lebih berhati-hati.
Di samping itu, ia menyebabkan penjenayah ini takut dan mula mengurangkan kegiatan mereka
dan bertukar kepada aktiviti jenayah yang lain.

Pihak PDRM mengakui peranan penting pihak media massa dalam usaha memerangi
jenayah berkenaan. Oleh itu, kempen-kempen di media massa akan dijalankan secara berterusan.
Sebagai contoh, pada Julai 2003, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia telah mengadakan
kempen besar-besaran di seluruh negara yang bermula di Lembah Klang (iaitu kes ragut tertinggi)
bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai jenayah ini. Kempen ini turut melibatkan
pihak PDRMs dan badan bukan kerajaan.

Melalui perantaraan media massa, PDRM dapat menyalurkan pelbagai maklumat kepada
masyarakat. Contohnya, memberikan langkah-langkah pencegahan, melaporkan tempat-tempat
sering berlaku ragut serta statistik jenayah ragut. Rancangan-rancangan yang disiarkan di
televisyen seperti 999 yang di siarkan oleh TV3, drama Gerak Khas (TV1), Skuad Elite (TV2)
dan Edisi Siasat (NTV7), juga di stesyen radio seperti dalam rancangan Polis dan Anda yang
melibatkan PDRM mampu membantu memberi peringatan dan panduan kepada masyarakat
mengenai jenayah ragut ini.

Kajian lepas
Media massa adalah harapan negara yang terbaik bagi memenuhi beberapa kelemahan
pemakluman dan penyimpanan jadual pembangunan negara. Justeru, negara membangun diseru
memandang berat dan teliti akan kegunaan alat-alat ini dalam komunikasi moden (Schramm,
1964). Menurut Lazarfield dan Merton, orang ramai kini menyedari keupayaan media massa dan
penyebarannya. Sebahagian besar masyarakat kini berasa bahawa media massa merupakan alat
yang cukup berkesan untuk mempengaruhi rakyat sama ada untuk kebaikan atau kejahatan.
Lerner (1958) dalam kajian komunikasinya menunjukkan dengan jelas tentang penglibatan positif
media massa yang boleh berperanan mendidik masyarakat dalam pembangunan sosioekonomi di
Dunia Ketiga. Dalam kajian tentang proses pemodenan tersebut, beliau menyatakan bahawa
sistem komunikasi adalah penunjuk dan ejen pertukaran kepada sistem sosial secara total.

Kajian penggunaan media di kalangan masyarakat Amerika Syarikat menunjukkan setiap


hari secara purata 60 peratus waktu sedar mereka terdedah kepada media massa. Pada tahun 1997,
setiap individu menonton televisyen selama 4.3 jam sehari meningkat kepada 4.4 jam sehari pada
tahun 2001 dan 2003. Mereka mendengar radio selama 3.0 jam sehari pada tahun 1997. Jumlah
ini menurun kepada 2.8 jam sehari pada tahun 2001 dan 2.7 jam tahun 2003. Kajian ini juga

Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga


Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang
menunjukkan pada tahun 1997, setiap orang membaca surat khabar selama 0.4 jam sehari dan
kadar ini sama pada tahun 2001 dan 2003 (John Vivian, 2002).

Abd. Aziz dan rakan-rakan (1987) berpendapat bahawa pada asasnya Televisyen
Malaysia berfungsi untuk menyampaikan maklumat secara mendalam dan seluas yang mungkin
mengenai dasar-dasar kerajaan, memberi hiburan dan membuat liputan peristiwa penting yang
berlaku di dalam dan luar negara. Selain itu, mereka berpendapat Televisyen Malaysia mampu
berperanan membantu mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang harmonis dan membina
sebuah negara yang maju dan progresif seandainya penggunaan TV dilakukan dengan sebaiknya.

Sementara R.Karthigesu (1995) menambah bahawa media televisyen meskipun usianya


baru mencecah setengah abad, tetapi hari telah mampu mendapat tempat yang paling penting
dalam kehidupan hampir seluruh masyarakat di dunia. Ia memainkan peranan yang cukup penting
dalam proses pembangunan negara. Di samping itu, televisyen sering menjadi saluran penting
dalam pembentukan agenda sosial di kebanyakan negara. Tan Mee Lee (2002) yang mengkaji
impak media elektronik terhadap masyarakat, mendapati bahawa media elektronik iaitu
televisyen merupakan keperluan yang sangat penting dalam kehidupan seharian dan mempunyai
potensi dan kecederungan memberi kesan kepada penonton. Sementara Nor Maziah Jaafar (2003)
melihat bahawa media massa merupakan satu wadah untuk menyalurkan maklumat dan
membentuk generasi yang berilmu. Ia merupakan sumbangan terbesar media massa terhadap
masyarakat. Kajiannya menunjukkan bahawa media massa memberi pengaruh yang kuat kepada
gaya hidup belia di Kuala Lumpur.

Metodologi
Bagi melengkapkan hasil kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk
mendapatkan maklumat atau data responden. Seramai 390 orang responden wanita telah dipilih
bagi mewakili populasi di kawasan kajian. Kajian ini hanya terhad kepada golongan wanita di
Kuala Lumpur terutama kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pusat membeli
belah, syarikat komersial dan perdagangan, serta institusi-institusi pengajian tinggi. Soal selidik
ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu latar belakang responden, sikap responden
terhadap media dan pandangan responden terhadap media dalam isu jenayah ragut.

Hasil kajian
Kajian menunjukkan lebih daripada separuh responden adalah kaum Melayu iaitu dengan 54.9%,
(214 responden) diikuti dengan kaum Cina dengan 23.8% (93 responden), India 11% (43
responden) manakala lain-lain sebanyak 10.3% (40 responden) (Lihat Rajah 1). Golongan remaja
yang berumur antara 17 hingga 21 tahun merupakan yang paling ramai iaitu sebanyak 30.5% atau
119 orang, diikuti yang berumur dari 22 hingga 25 tahun iaitu 28.2% (110 orang). Manakala yang
berumur dari 26 hingga 28 tahun adalah sebanyak 21 % (82 orang); 29 hingga 35 tahun dengan
13.6 % (53 orang) dan umur antara 36 tahun dan ke atas hanya seramai 6.7 % (26 orang).

Hasil kajian mendapati kebanyakan responden bekerja di sektor swasta iaitu sebanyak
33.1% atau 129 responden. Seterusnya golongan pelajar institusi pengajian tinggi merupakan
yang kedua tertinggi mewakili sebanyak 29.5% (115 responden). Kajian menunjukkan pekerja
kerajaan mewakili sebanyak 20% (78 responden) serta pekerja persendirian 11.5% (45

Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga


Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang
responden). Manakala hanya 5.9% (23 responden) sahaja yang tidak bekerja atau merupakan suri
rumah (Lihat Rajah 2).

Rajah 1: Pecahan responden mengikut kaum.

40 (10.3%)
43 (11%)

93 (23.8%) 214 (54.9%)

Melayu Cina India Lain-lain

Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga


Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang
Rajah 2: Responden mengikut pekerjaan

23 (5.9%)
78 (20%)
115 (29.5%)

45 (11.5%) 129 (33.1%)

Sektor Awam Sektor Swasta Bekerja Sendiri Pelajar Suri Rumah

Dari segi tahap pendidikan, kajian menunjukkan majoriti responden berkelulusan ijazah
iaitu 46.2% atau 180 responden, diikuti seramai 39.5% (154 responden) yang berpendidikan
sehingga sekolah menengah. Hanya 2.1% (8 responden) sahaja yang berkelulusan sekolah rendah
manakala 12.3 peratus (48 responden) mempunyai kelulusan selain daripada di atas.

Pandangan responden terhadap media massa dalam isu jenayah ragut


Dalam bahagian ini, perbincangan cuba mengenal pasti pandangan dan pendapat responden
terhadap media massa dalam isu jenayah ragut yang berlaku di Kuala Lumpur. Kajian
menunjukkan media massa amat berguna kepada masyarakat dalam kehidupan seharian ataupun
sebaliknya. Kesemua responden sangat setuju dan bersetuju bahawa media massa sangat penting
kepada mereka. Sebanyak 60.8% atau 237 responden sangat bersetuju sementara 39.2% (153
responden) bersetuju. Maklum balas ini jelas menunjukkan media massa sememangnya sangat
penting kepada masyarakat.

Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan 35.9% atau 140 responden memberi jawapan
sangat bersetuju bahawa media massa mempunyai banyak kebaikan kepada masyarakat.
Sementara responden yang bersetuju adalah lebih tinggi iaitu 56.2% (219 rersponden) dan tidak
pasti sebanyak 7.9% (31 responden). Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa media massa
memberi manfaat serta kebaikan kepada orang ramai.

Berdasarkan penyataan bahawa media massa menjadi sumber berita atau sumber
maklumat utama kepada responden, hasil kajian menunjukkan 75.1% atau 293 responden
Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga
Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang
menyatakan sangat bersetuju manakala 24.9% (97 rersponden) memberi jawapan setuju dengan
penyataan tersebut. Ia jelas membuktikan media massa menjadi sumber berita yang utama kepada
responden dan masyarakat umumnya .

Rajah 3: Pandangan responden mengenai kebenaran berita daripada media massa

8 (2.1%)

91 (23.3%) 104 (26.7%)

187 (47.9%)

Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju

Mengenai kebenaran maklumat berita yang disiarkan oleh media massa, kajian
menunjukkan responden memberi pelbagai jawapan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.
Sebanyak 47.9% atau 187 responden bersetuju bahawa berita atau maklumat yang disiarkan di
media massa adalah benar. Terdapat 26.7% (104 responden) menyatakan sangat bersetuju. Walau
bagaimanapun, 23.3% (91 responden) memberi jawapan tidak pasti. Manakala sebanyak 2.1% (8
responden) tidak setuju bahawa berita yang disiarkan oleh media massa adalah benar. Hal ini
mungkin disebabkan oleh beberapa tanggapan yang negatif telah dilemparkan oleh sesetengah
pihak kepada pihak media massa mengenai kepalsuan maklumat berita. Ini secara tidak langsung
mungkin telah mempengaruhi segelintir golongan responden dan seterusnya masyarakat untuk
tidak mempercayai kesahihan dan kebenaran berita yang disampaikan oleh media massa
tempatan.

Kajian mendapati 88.7% atau 346 responden menyatakan sangat bersetuju bahawa berita
yang diterima daripada media massa sangat pantas. Manakala 11.3% (44 responden) setuju
dengan kenyataan tersebut. Kecanggihan teknologi komunikasi merupakan faktor utama

Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga


Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang
membolehkan berita atau maklumat yang diterima oleh masyarakat disalurkan dengan lebih
pantas.
Dari segi sumber berita mengenai jenayah ragut, hasil kajian menunjukkan televisyen dan
surat khabar menjadi sumber utama maklumat responden mengenai jenayah ragut di ibu kota.
Kedua-dua media massa, televisyen dan surat khabar masing-masing dipilih oleh 39 % atau 149
responden sebagai sumber maklumat mengenai kes jenayah ragut. Terdapat 10 % (40 orang)
mengetahui daripada pengalaman sendiri, cerita daripada rakan-rakan sebanyak 8 % (32 orang)
dan daripada radio 5 % (20 orang) (Lihat Rajah 4). Setiap hari media sama ada elektronik
mahupun cetak mendedahkan tentang kes jenayah ragut yang berlaku, membolehkannya
berfungsi sebagai saluran penyampai maklumat kepada masyarakat.

Rajah 4: Sumber berita responden mengenai jenayah ragut

32 (8%)
40 (10%)

149 (39%)
20 (5%)

149 (38%)

Televisyen Surat Khabar Radio Pengalaman Rakan

Hasil kajian menunjukkan bahawa 63.3% atau 247 responden sangat bersetuju dengan
peryataan bahawa media massa membantu menangani jenayah ragut di Kuala Lumpur. Manakala
34.6% (135 responden) memberi jawapan setuju dan hanya 2.1% (8 responden) menyatakan tidak
pasti (Lihat Rajah 5).

Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga


Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang
Rajah 5: Pandangan mengenai peranan media massa dalam membantu menangani jenayah ragut

8 (2.1%)

135 (34.6%)

247 (63.3%)

Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti

Responden juga diminta memberi pendapat sama ada media massa memberikan
sumbangan membantu pihak berkuasa PDRM dalam usaha menangani jenayah ragut. Hasil kajian
menunjukkan 89.7 % (350 responden) bersetuju dengan kenyataan tersebut, manakala 8.2 % (32
responden) mengatakan tidak pasti. Walau bagaimanapun, hanya 2.1 % (8 responden) tidak
bersetuju (Lihat Rajah 6). Kajian menunjukkan 88.7% atau 346 responden berpendapat bahawa
peranan yang dimainkan oleh pihak media massa dalam menangani isu jenayah ragut di Kuala
Lumpur adalah berjaya manakala sebanyak 11.3% (44 responden) memberi jawapan tidak pasti.

Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga


Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang
Rajah 6: Pandangan responden mengenai peranan media massa dalam membantu pihak berkuasa menangani
jenayah ragut

32 (8.2%) 8 (2.1%)

350 (89.7%)

Bersetuju Tidak Pasti Tidak Bersetuju

Perbincangan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, responden berpendapat bahawa media massa
memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu menangani jenayah ragut di Kuala
Lumpur. Berasaskan kepada pandangan responden terhadap media massa menunjukkan bahawa
media massa menjadi sumber berita utama kepada mereka. Selain menjadi sumber hiburan, media
massa turut memaparkan isu-isu yang memberi kesedaran dan manfaat kepada masyarakat seperti
jenayah ragut. Majoriti responden bersetuju bahawa media massa di negara ini menyalurkan
maklumat berita yang benar kepada mereka. Selain mempunyai objektif keuntungan, adalah
menjadi tanggungjawab sosial pihak media massa untuk menyampaikan berita yang benar dan
sahih. Tanggungjawab ini akan menjamin kestabilan dan keamanan negara ini. Kebenaran ini
akan dapat mengekalkan kepercayan masyarakat kepada media massa di negara ini. Dengan
bantuan teknologi komunikasi, media massa di negara ini berjaya menjalankan
tanggungjawabnya dengan berkesan kerana berjaya menyampaikan maklumat berita dengan
pantas kepada masyarakat. Kelewatan menyampaikannya menyebabkan berita itu akan menjadi
‘basi’. Maklumat berita mestilah terkini atau mutakhir.

Selain itu, responden berpendapat media massa telah berjaya membantu mengurangkan
kadar jenayah ragut. Kejadian ragut yang sering di siarkan oleh media massa membuatkan
masyarakat lebih berhati-hati dan seterusnya dapat mengelakkan diri mereka daripada menjadi
mangsa ragut. Pendedahan media massa terhadap jenayah ragut tidak sahaja membantu
masyarakat malah turut membantu kerja-kerja pihak berkuasa iaitu PDRM. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa kerjasama kedua-dua pihak ini penting kerana mereka saling memerlukan
Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga
Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang
di antara satu sama lain dan langkah untuk mengatasi isu ini akan dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan. Dalam hal ini, pihak media massa di negara ini perlu meneruskan usaha dan
tanggungjawab memperuntukkan lebih banyak kandungan berita dan rancangan mengenai
jenayah yang berlaku. Usaha ini akan membantu masyarakat supaya sentiasa sedar terhadap kes-
kes jenayah dan akhirnya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah ini.

Rumusan
Media massa dilihat sebagai sangat penting kepada masyarakat Kuala Lumpur dalam membantu
menyalurkan maklumat mengenai jenayah ragut. Kajian menunjukkan bahawa masyarakat
banyak bergantung kepada media massa khususnya televisyen dan surat khabar untuk
mendapatkan maklumat mengenai jenayah ini. Responden sangat bersetuju bahawa pendedahan
media massa tentang jenayah ragut telah membantu menyedarkan masyarakat seterusnya
membantu mengurangkan jenayah ini di Kuala Lumpur. Pendedahan jenayah ragut oleh media
massa harus diteruskan bagi membantu pihak PDRM menangani masalah sosial yang begitu
mengganggu keselesaan masyarakat khususnya Kuala Lumpur.

Rujukan
Babbie, Earl. (1995). The practice of social research 7th. Ed. Belmont: Wadworth Publishing
Company.
Berita Harian, 26 Mac 2005. Rakan Cop Kuala Lumpur berkesan tangani jenayah.
Jennings Bryant & Susan Thompson. (2002). Fundamentals of media effects. Boston: McGraw
Hill.
John Vivian. (2002). The Media of Mass Communication (6th. Ed). Boston: Allyn & Bacon.
Nor Maziah Jaafar. (2004). Pengaruh media massa terhadap gaya hidup beliau: Satu Kajian kes di
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Jabatan Antropologi dan Sosiologi.
R. Karthegesu. (1995). Media televisyen sebagai fenomena sosial dan politik. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.
Schramm, Wilbur et al. (1971). The handbook of communications. Chicago: Rard McNally.
Syed Arabi Idid. (1993). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tan Mee Lee. (2002). Media dan masyarakat: Rancangan televisyen dan impaknya ke atas belia
di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Media.
Utusan Malaysia, 26 Mac 2005. Program inovatif PDRM berjaya turunkan kadar jenayah.
www.rpm.gov.my

Fakulti Komunikasi Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga


Dan 16 – 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences,
Bahasa Moden Pulau Pinang

You might also like