Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
27Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Khalifah Umar al-Khattab : Khalifah Kedua

Khalifah Umar al-Khattab : Khalifah Kedua

Ratings:

5.0

(4)
|Views: 3,473 |Likes:
Published by onemahmud

More info:

Published by: onemahmud on Jul 27, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Bathil
Khalifah Umar bin Al-Khattab ra merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Khalifah Abu Bakar ra.Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b.Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraishyang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dandewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Waktu Jahiliahbeliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliaumerupakan seorang yang berani, tegas dalam kira bicara, berterus terang menyatakan fikiran danpandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahligusti.Saidina Umar memeluk Islam pada tahun keenam selepas kerasulan Nabi, sewaktu berumur 33 tahun,kerana tertarik dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh adiknya Fatimah. Beliau kemudiannya memberisumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam. Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepadaIslam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untukmelakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu mengancang dan mengusirmereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apacuriga lagi dalam mengerjakan ibadat.Beliau digelar “al-Faruq” yang bermaksud “orang yang membezakan hak dengan yang bathil”. Gelaran inidiberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk bersembahyang dihadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yangmenjaganya daripada gangguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai“Abu Hafs” kerana kegagahannya.Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara bersembunyi, tetapiUmar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia menghunus kepada sesiapa sahaja yangcuba menghalangnya.Ketika Khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil sahabat danmeninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi dilantik menggantikan pentadbiran khalifah. AbuBakar mencadangkan nama Umar untuk dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebut mendapatpersetujuan dari kalangan sahabat dan orang-orang ramai. Umar dilantik memegang jawatan sebagaikhalifah kedua menggantikan Abu Bakar pada hari Selasa, 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah, bersamaandengan 23 Ogos 634 Masihi.
Sifat-Sifat Peribadi
Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran agama Islam juga seorangyang tegas dan adil. Ditakuti oleh orang ramai kerana keberaniannya taat pada ajaran Allah SWT. Seorangyang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang lain. Seorangpemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah penyamar sebagai rakyat biasa walaupunketika beliau memegnag jawatan khalifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, malah beliau sendiriyang mengangkat gandum dan minyak untuk diberikan kepada salah seorang daripada golongan yangmemerlukan.a) Berfikiran terbukaMenerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Shiddiq mengenai pembebasan tawanan perang Badar, iaitumereka dikehendaki membayar wang tebusan atau mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandaidan orang tua dibebaskan tanpa syarat. Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkansupaya setiap orang boleh meletakkan maskahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan tidak membebankankaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat orang lain walaupun daripada rakyat biasa.
 
b) BeraniSebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasulullah SAW sikap beliau sangatditakuti oleh orang-orang yang memeluk agama Islam. Beliau tidak gentar mengisyitiharkan dirinya telahmemeluk Islam secara terbuka di khalayak ramai. Setelah memeluk Islam, beliau berani menunaikan ibadatsecara terang-terangan di hadapan orang ramai. Beliau memberi cadangan kepada Rasulullah SAW supayaajaran Islam disebarkan secara terbuka kepada orang ramai. Beliau mencabar orang kafir Quraisy supayamenghalang Rasulullah SAW daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannyaitulah, maka beliau diberi gelaran “al-Faruq”.c) AdilSeorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuranrakyatnya. Beliau banyak melakukan pembaharuan untuk kemajuan rakyatnya. Beliau sendiri keluarmenyamar sebagai rakyat biasa untuk meninjau keadaan rakyatnya. Pada suatu malam, beliau terjumpaseorang kanak-kanak yang sedang menangis kelaparan. Beliau terus kembali mengambil gandum,memasakkan dan menyuapkan sendiri ke mulut kanak-kanak tersebut. Beliau juga pernah menjatuhkanhukuman ke atas anak pesuruhjaya Mesir, iaitu Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalahdalam perlumbaan kuda.
Kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran
a) Membentuk Majlis SyuraKhalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding yangtertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit, AbdulRahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik,keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini jugabertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepadadalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua oranguntuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliaumenggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.b) Membahagikan Wilayah-Wilayah IslamPerkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telahmemerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, KhalifahUmar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjagakelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran.Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untukmembuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagimelicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bahdan Zaid b. Sumyah.Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkandari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilandan kesucian Islam.c) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanahPerluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistemtanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatandan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam
 
negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akandirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai. Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecualimelalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikankepada tentera yang menyertai peperangan.
2. Pembaharuan dalam bidang ekonomi
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juganegara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenistanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau jugasering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukaiyang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara inidiperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negarabertambah.Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakanprojek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasilpertanian.
3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial
a) Melakukan polisi baru untuk golongan DzimmiKhalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalahberpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umarmemanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah,bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan. Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmiyang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas,malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaanIslam.b) Memperbaharui taraf kedudukan hambaGolongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagidihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yangbenar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibutidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yangberkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka. Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yangtidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagaicontoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.c) Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaranPelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliaumenyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke seratatempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjidbagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentudidalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa,al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untukmenggalakkan menghafal kandungan al-Quran.
4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

Activity (27)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ayn Jeffry liked this
Rosid Septiandi liked this
azilawati liked this
hattaperoh liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->