You are on page 1of 4

HBME2103_SEM JAN09/F_AR

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah
1. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan
kemahiran asas tetapi kepada penguasaan pelbagai kemahiran.
Senaraikan EMPAT kemahiran yang dimaksudkan itu.
(4)

2. Isu-isu semasa dalam masyarakat turut mempengaruhi pengajaran Pendidikan Moral


di dalam kelas. Antara isu yang diperkata oleh media dan masyarakat adalah jenayah
seksual. Jenayah seksual boleh diatasi dengan beberapa langkah.
Nyatakan EMPAT cadangan untuk mengatasi jenayah seksual.
(4)

3. Terdapat beberapa cara guru melaksanakan penilaian di dalam bilik darjah. Salah
satunya adalah penilaian formal. Huraikan cara penilaian formal yang dilakukan oleh
guru Pendidikan Moral.
(4)

4. Pemikiran kreatif adalah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk


menerokai pelbagai kemungkinan. Nyatakan ciri-ciri pemikiran kreatif.
(4)

5. Apakah kaedah pengajaran dan berikan EMPAT kaedah untuk menjalankan aktiviti
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
(4)

1…
HBME2103_SEM JAN09/F_AR

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Matlamat Pendidikan Moral adalah untuk membentuk insan yang berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara
serta masyarakat yang global.

(a) Jelaskan objektif Pendidikan Moral sekolah rendah tahun dua.


(10)
(b) Kaitkan bagaimana hasil daripada Pendidikan Moral yang dipelajari akan
membentuk ciri-ciri insan bermoral.
(10)
(Jumlah: 20)

2. Nilai merentas kurikulum telah menjadi satu prinsip yang penting dalam penggubalan
KBSM.

(a) Jelaskan bagaimana nilai dalam Pendidikan Moral dapat digunakan dalam
kurikulum (matapelajaran yang lain) dan aktiviti ko-kurikulum.
(10)
(b) Bagaimanakah Pendidikan Moral secara tidak formal dijalankan di sekolah?
(10)
(Jumlah: 20)

2…
HBME2103_SEM JAN09/F_AR

3. Antara aktiviti-aktiviti dan kaedah pemupukan kecerdasan moral adalah pembelajaran


kontekstualisme dan pembelajaran konstruktivisme.

(a) Berikan pengertian dan contoh pembelajaran kontekstualisme dan


pembelajaran konstruktivisme.
(10)
(b) Bandingkan kedua-dua pendekatan pembelajaran di atas.
(10)
(Jumlah: 20)
4. Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, terdapat Bidang Pembelajaran yang
khusus menyenaraikan definisi nilai dan sub nilai.

(a) Huraikan LIMA bidang pembelajaran tersebut dan nyatakan nilai yang
terdapat didalamnya.
(10)
(b) Pilih LIMA nilai murni yang berkaitan dengan perkembangan diri dan
huraikan tentang nilai murni tersebut.
(10)
(Jumlah: 20)

5. Pendekatan perkembangan moral kognitif dianggap relevan untuk dilaksanakan di


sekolah.

(a) Jelaskan aktiviti dan langkah-langkah yang sesuai berkaitan pendekatan ini.
(10)
(b) Bagaimanakah guru menangani tanggapan ‘penandaan’ terhadap individu yang
mempunyai konsep rendah diri seperti tanggapan orang yang berpangkat
rendah tidak begitu ‘baik’ berbanding dengan yang berpangkat tinggi.
(10)
(Jumlah: 20)

3…
HBME2103_SEM JAN09/F_AR

BAHAGIAN C

ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah
1. Pendekatan tindakan sosial dan perkembangan moral kognitif sesuai diaplikasi dalam
kelas di sekolah.

(a) i. Jelaskan ciri-ciri utama pendekatan tindakan sosial.


ii. Jelaskan ciri-ciri utama pendekatan perkembangan moral kognitif.
(10)
(b) Beri ulasan tentang kedua-dua pendekatan tersebut dalam konteks
pembelajaran kelas sekolah rendah.
(10)
(Jumlah: 20)

2. Isu-isu moral di sekolah seperti vandalisme dan buli terjadi disebabkan beberapa
faktor.

(a) Bincangkan faktor yang menyebabkan berlakunya isu-isu moral.


(10)
(b) Berdasarkan mana-mana pendekatan analisis nilai, bagaimanakah seseorang
pelajar itu dapat menguasai dirinya agar tidak terlibat dalam isu-isu moral
seperti vandalisme dan buli.
(10)
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like