You are on page 1of 6

Ucap Utama Program Orientasi Guru j-QAF Terengganu

7.11.2010

Memperkasa Guru Sebenar Guru Dalam Membangun Diri


Menunaikan Amanah Guru Mengajar Murid Belajar
 ______________________________________________________________

       "Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu
apa yang dicari."
                                                  ~ Umar Al-Khattab
 
 
  Objektif Sesi Malam Ini
 
 Mengenal dan menilai diri dari aspek profesionalisme dan profesionaliti
 Antara keunggulan dan realiti wujud ruang (jihad) membangunkan
potensi diri
 Antara iman, amal dan bual, mana satu menjadi bekal?
 Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak
Lesu
 Memenuhi tuntutan Guru Mengajar Murid belajar
 
"Profesionalisme" (bagi Eric Hoyle,1980) adalah sikap dan tindakan yang
menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal
tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang
berkaitan dengannya.

Semuanya adalah hal-hal yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan


kesatuan sekerja.
 
"Profesionaliti" pula ialah sikap dan tingkah-laku yang ditunjukkan oleh
seseorang terhadap "profesionnya" serta taraf pengetahuan dan ketrampilan
dalam bidang pekerjaan itu.
 
Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti
pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-
muridnya dikatakan mempunyai "profesionaliti" yang tinggi. Dengan kata lain,
guru itu  melihat perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu
"pekerjaaan" tetapi sebagai satu "profesion"   (Omar Hashim,1993).
 
Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa
 
Terhadap Murid:
 
1. punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu
anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi
afektif dan juga kognitif
2. hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid
3. kenal, hormati dan percayai murid-murid
4. mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan
berfikir secara kritis
5. menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir
mengenainya
6. menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
7. hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan,
persembahan muzikal dan kebudayaan.
 
  Terhadap Mengajar:
 
1. melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme
seorang guru
2. berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada
pengalaman
3. adil dalam menilai dan menggred
4. fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
5. bersemangat dalam mengajar, murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
6. seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang
kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan
menghargainya
7. sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-
murid
8. merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap
tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran
9. secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi
memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan
10. menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambah baik sekolah,
jabatan atau dirinya sendiri.
 
  Terhadap Disiplin:
 
1. seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
2. seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam bidangnya
dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan
seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
3. juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya
4. aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat
menyertainya
5. menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
6. bina dan mengekalkan perhubungan profesional
7. bekerja dalam organisasi sekolah yang luas
 
  Secara Peribadinya:
 
1. tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah
dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang
tinggi
2. berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.
 
 
  Antara "Keunggulan" dengan "Realiti" wujud ruang lakukan "Perjuangan"
 
  Apa yang "unggul" itu?  Boleh diukur dan dinilai menerusi aspek

1) Diri Peribadi 
2) Organisasi 
3) Iklim dan  Budaya Kerja.

1. Diri peribadi: bersikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan


kemahiran yang tidak dipertikai; berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud
dan beku); pengurusan masa dan diri yang tinggi (selalu on time, datang
awal, masuk kelas cepat, mengajar dengan penuh dedikasi dan penuh
sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi); suka
bekerjasama dengan rakan sejawat (tidak lokek ilmu); hasil kerja yang
berkualiti (dari segi isi kandungan, format, gaya dan persembahan)
memenuhi sifat-sifat seorang yang kritis, inovatif, kreatif dan produktif;
sabar dalam melayani karenah anak didik dan juga rakan sejawatan;
berpegang kepada prinsip yang jelas, betul, benar, dan utuh di dalam
semua keadaan dan situasi. Kesimpulannya IKHLAS, TAAT, SETIA, JUJUR.

2. Organisasi: dapat dilihat sebagai sebuah organisasi yang sistematik,


teratur dan tertib; jelas susun atur heirarki tugas dan kuasa; wujud
kolaborasi, kolegialiti dan partisipasi; masing-masing individu faham
dan menyumbang kepada kegemilangan organisasi. TERATUR

3. Iklim dan Budaya Kerja: diri peribadi yang jadi ahli organisasi akan
tentukan senario, suasana atau pun iklim seluruh premis yang akhirnya
wujud sebagai satu budaya kerja berkualiti dan cemerlang; persekitaran
yang bersih, ceria dan selamat; suasana yang kondusif kepada
pembelajaran bermakna; anak didik yang aktif dan responsif tetapi bukan
bising tak tentu hala. SIHAT
 
  Tetapi "realitinya" bagaimana?
 
  1. Aspek peribadi: bersikap yang tidak sesuai dan tidak cerminkan seorang
(atau guru-guru) yang sejati dengan tingkah-laku dan gelagat yang merendahkan
martabat diri dan organisasi; datang lewat, lambat masuk kelas mengajar, atau
kalau masuk tidak mengajar, atau masuk sekejap kemudian tinggalkan murid
buat kerja sendiri, suka buang masa (berborak dan bersembang semasa
bertugas), buat sibuk pada masa dia tidak sibuk; semuanya ini jadi amalan dan
tak rasa malu apatah lagi rasa berdosa.

Pengetahuan dan kemahiran yang tidak berkembang; walau dah lama


menjadi guru tetapi kerja masih 5S-negatif, comot, hannyarr, kabur, salah sana
salah sini, tak faham format dan kandungan, sangat lewat siapkan laporan data
dan maklumat (termasuk analisis dan diagnosis) dan masih tak pandai buat minit
mesyuarat atau belum faham-faham bezakan antara laporan dan minit; dokumen
murid sering tidak kemaskini; buku-buku latihan murid sangat lama tidak
diperiksa; dan paling buruk sikap bodoh sombong, besar diri dan sangka diri
paling betul hingga kerja wajib sebagai seorang guru ditinggalkan
dan melebihkan kerja-kerja lain yang bukan wajib (direct selling dan
seumpamanya);  bagaimana kita hendak jadi Guru Sebenar Guru?
  
  2. Aspek Organisasi pula kenyataannya datangnya daripada sikap dan
perlakuan para  ahlinya; sering wujud senario nafsu-nafsi (tidak landaskan
prinsip dan peraturan) akhirnya terbentuk organisasi yang kalut, caca-marba, ikut
suka; hingga berlarutan bertahun-tahun maka wujudlah beberapa status
organisasi seperti: i) Organisasi  Bermasalah,  ii) Organisasi Terbiar,  iii)
Organisasi Berpenyakit,  iv) Organisasi Bebas-Cukai dan v) Organisasi
Mentaliti "Mengajar sebagai Kerja Bodoh."
 
 3. Aspek Iklim dan Budaya Kerja: Relitinya iklim yang gambarkan "budaya
organisasi" yang sentiasa di bawah standard dan jangkaan semua pelanggan
dalaman dan luaran atau tidak memenuhi aspirasi masyarakat dan negara. Maka
terdengarlah segala macam rungutan, komen dan kritikan daripada rakyat jelata
di desa sampailah kepada Perdana Menteri yang memerintah negara; antaranya
seperti

   "..sekolah kebangsaan tidak menarik dan kurang berdisiplin.'; "3M tidak


berkesan di sekolah kebangsaan berbanding SJK Cina.";

" Pelajar-pelajar Melayu tertinggal dalam pelajaran seawal di bangku sekolah


rendah lagi...."; adalah fakta dan faktor yang mesti kita terima dan akui bagi
membanteras dan memperbaikinya melalui ruang yang luas di mana kita bebas
membuat pilihan...yakni pilihan perjuangan   menghapuskan kealpaan,
kelederan, kelewatan, ketidakakuran, kelemahan dan kehinaan akibat dari
kemambalan profesioanlisme.
 
Kita sebagai Apa yang Kita Fikirkan
 
Apa yang kita percayai dan yakini itulah yang kita buat dan lakukan (amalan
hidup); dan apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat akan jadi "warisan"
(legacy) setelah kita berpindah sekolah. Apabila kita secara tekal berfikir,
bertindak (beramal) dan mengutamakan motif diri kita inilah kemudiannya yang
digelar sebagai sikap. Oleh itu kaitan antara pemikiran, perbuatan atau tingkah-
laku dan kepercayaan (beliefs) amatlah saling berkait rapat dalam membezakan
seseorang personaliti dengan personaliti yang lain.
 
  Jika kita fikirkan mengajar bersungguh-sungguh tidak penting (mengajar ala
kadar) maka kerja mengajar kita jadilah sebagaimana seadanya sahaja, dan di
mata anak didik kita dilabel sebagai "guru malas". Begitu juga jika kita fikir
datang awal atau masuk kelas segera sebagai tidak penting maka jadilah kita
orang yang sentiasa 'lengahkan waktu' dan seolah-olah tidak berminat dalam
pekerjaan kita sendiri.
 
  Atau apa yang kita asyik lebihkan masa berborak dan bersembang (termasuk
adu domba, fitnah, hasut-menghasut, apatah lagi berpolitik) daripada mengajar
anak didik sebaik-baiknya, maka jadilah kita orang-orang yang utamakan kerja
yang tidak berkenaan dan mengabaikan kerja utama dan kerja yang wajib ke
atas kita. Pendeknya  inilah yang dikatakan segala yang kita fikir, yakni menjadi
'kepercayaan kita' maka kita pasti melakukan segala 'kebejatan' ini yakni apa
yang kita amalkan setiap hari sehingga menepati Hukum Ganjaran yakni "Apa
Yang Disemai Itulah Yang Dituai"; dan inilah menjadi "warisan" kita yang kita
tinggalkan nanti.
 
Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu
 
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; lelaki
atau perempuan, hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang;
begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja
profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi
sepanjang masa.

Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional dengan guru yang
tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan
posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa dalam melaksanakan
tugas mulia sebagai seorang guru.

Guru yang Profesional                   Guru yang tidak Profesional  


Mula kerja awal pagi Mula kerja setelah loceng berbunyi
Sedia bergerak awal hari   Sudah pun letih di awal pagi
Mengurus dengan merancang Mengurus dengan krisis 
Ada perancangan & matlamat Ada berbagai alasan
Berpakaian secara 'profesional'   Berpakaian selekeh
Guna waktu luang sebagai waktu'kerja' Guna waktu luang mengumpat dan
mengeji
Suka ikuti latihan kerana berikan Komplen tentang latihan dan pelik
perkembangan profesional mengapa ianya perlu
Dalam mesyuarat mereka duduk di Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi
mana mereka boleh belajar pintu
Cari perkara-perkara untuk Cari perkara-perkara untuk dikomplen
dipuji                   
Berusaha cari punca sesuatu tidak Salahkan orang lain bila sesuatu tidak
berjalan berjalan
Sedia buat keputusan dan selesai Bertanya  "Apa patut saya buat?"
masalah
Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi Lihat pentadbir sebagai tempat
dalam pendidikan melepaskan  geram
Melanggan dan membaca jurnal Fikir jurnal profesional sebagai
profesional  membazirkan wang sahaja
Mendapat penghormatan setiap hari Merungut kerana tidak dapat
penghormatan
Buat yang terbaik Buat apa orang lain buat
Kembangsuburkan kerjaya mereka Bimbang tentang kerja mereka
Rasa dan bertindak 'empowered'  Rasa dan bertindak seperti mangsa
Sedia untuk belajar dan dapatkan Tidak sedia belajar atau terima
bantuan bantuan
Belanja wang untuk perkembangan Enggan belanja untuk perkembangan
profesional atau untuk bilik darjah  profesional atau untuk bilik darjah
Percaya anak didik boleh belajar, dan Percaya anak didik degil, tidak
lihat tugas mereka membantu proses bertanggungjawab, dan malas
ini  
Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai Melihat kerja mengajar sebagai satu
satu profesion paling mulia kerja dengan gaji lumayan sahaja.
    
 
 
Memenuhi Tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar"
 
Objektif kita akhirnya ialah memenuhi tuntutan konsep "guru mengajar
murid belajar"  dapat direalisasikan pada tahap paling optimum dan dapat pula
kita buktikan menerusi kerja-buat kita setiap hari dan waktu. Bagi mencapai
tahap ini semua kita mestilah membetulkan iman (kepercayaan), bual
(percakapan), dan amal (segala perlakuan) kita sentiasa selaras antara ketiga-
tiga aspek tersebut.
 
Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita
menjadi guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar
Tidak Lesu"; yang  membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi,
komited dan  bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-
muirdnya.

Prinsipnya  ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan


mendidik' pekerjaan yang sangat  mulia. Janganlah rosakkan 'kemuliaan tugas'
ini dengan perangai dan gelagat yang tersasar  jauh daripada etika dan adab
seorang guru yang mursyid. Guru-guru mestilah  menganggap pergi ke sekolah
sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa  muslihat dan tipu
helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat  menyalahkan
keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu di samping 
berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri.
 
  Guru Sebenar Guru tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan
organisasi  seperti: selalu ponteng; banyak beri alasan dan helah; sering
mengelakkan diri daripada  menerima tugas dan tanggungjawab; menganggap
sekolah hanya tempat kerja 'sementara'  atau selalu beri alasan 'tidak cukup
masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri  'orang malas' ketika di
dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria dan  dengan penuh
semangat serta bersungguh-sungguh, memeriksa buku-buku tanpa  bertangguh.
 
  Penutup
 
Fahamlah kita bahawa kecemerlangan organisasi dan institusi amat bergantung
kepada  mutu jati diri individu yang berada di dalamnya sama ada ia seorang
guru, pembantu  tadbir, pembantu am rendah atau pun pekerja rendah awam;
yang semuanya mempunyai  'amanah tugas' dan tanggungjawab yang sudah
jelas dan terperinci yang tidak boleh kita dakwa bahawa kita tidak tahu
mengenainya.
 
Marilah kita menginsafinya dengan setulus ikhlas bahawa sebarang 'defisit
pembelajaran' misalnya adalah kerana kita selaku guru-guru yang tidak
mengutamakan  masa sebaik mungkin semasa mengajar selama ini.

Bagaimana pula kita akan dapat  memenuhi tuntutan bekerja 8 jam sehari seperti
yang sedang diteliti pelaksanaannya oleh pihak  Kementerian Pelajaran jika
waktu bekerja 5½ jam sekarang ini ataupun taklimat Program Orientasi ini pun
kita sudah "lesu  dan layu?"

You might also like