2
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggung-jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakatdan negara”:DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atasakan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikankebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaansebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaandan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikanadalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yangakan memenuhi keperluan negara, serta memupukperpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsipRukunegara:DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yangperlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, denganmenyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidakmelibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah,untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa muridharus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUATUNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan DewanNegara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalamParlimen, dan dengan kuasa daripadanya, sepertiberikut:
BAHAGIAN IPERMULAAN1.
Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendidikan 1996dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yangditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta,
dan Menteri boleh menetapkan tarikh yangberlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Aktaini.