You are on page 1of 11

KULIAH 13

TAMADUN JEPUN : PANDANGAN SEMESTA, MASYARAKAT DAN BUDAYA

OBJEKTIF
Di akhir kuliah ini, anda akan:

1. mengetahui pandangan semesta yang mendasari pemikiran


masyarakat Jepun.
2. mengetahui sifat-sifat masyarakat Jepun yang boleh dianggap
sebagai salah satu daripada bangsa yang berjaya di dunia pada
hari ini.
3. mengenali keistimewaan dan keunikan budaya Jepun yang
menjadi kebanggaan masyarakatnya kerana ia memperlihatkan
jati diri Tamadun Jepun.

KERANGKA

1. Pengenalan
2. Pandangan semesta Tamadun Jepun

2.1 Shinto
2.2 Buddha
2.3 Konfusianisme
3. Sifat masyarakat Jepun
4. Kesimpulan
 
 

1. PENGENALAN

Sebagaimana pendapat yang diutarakan oleh seorang sarjana, bahawa unsur


utama yang menjadi pembeza antara sebuah tamadun dengan tamadun yang
lain ialah pandangan semestanya atau "worl view/weltanschauung", maka
keunikan Tamadun Jepun jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun dunia
yang lain ialah melalui pandangan semestanya.

Secara dasarnya, pandangan semesta Tamadun Jepun telah dibentuk oleh unsur
agama memandangkan agama merupakan unsur asas dalam pembentukan
pandangan semesta sesebuah tamadun.

Secara kasarnya, Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai


kepelbagaian agama seperti Shinto sebagai agama pribuminya, agama Buddha,

97
Konfusianisme, Taoisme, Kristian dan sebagainya. Namun agama-agama utama
yang mempengaruhi pembentukan pandangan semesta masyarakat Jepun ialah
Shinto, Buddha dan Konfusianisme.
 
 

TAMADUN JEPUN

1. PENGENALAN

Jepun - juga dikenali sebagai "Nippon" atau "Nihon" yang bermaksud "Tanah
Matahari Terbit".

Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang terpenting di rantau Asia


Timur atau Timur Jauh. Dari segi geografinya, keluasan Jepun mewakili kira-kira
0.3% daripada keseluruhan keluasan kawasan dunia.

Gugusan kepulauannya terdiri daripada empat buah pulau yang utama iaitu
Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku dan juga kira-kira 3,900 buah
pulau-pulau kecil yang lain di persekitarannya.

Pulau Honshu merupakan pulau yang terbesar; meliputi kira-kira 60% daripada
keluasan keseluruhan Jepun. ibu negeri Jepun iaitu Tokyo juga terletak di pulau
ini. Jepun mempunyai 4 musim yang berbeza iaitu;
i)   musim bunga (spring)
ii)  musim panas (summer)
iii) musim gugur (autumn)
iv) musim sejuk (winter)
yang mana setiap musim tersebut memainkan peranan penting dalam kehidupan
seharian masyarakat Jepun.
 

2. MITOS ASAL USUL TAMADUN JEPUN

Walaupun ianya memainkan peranan yang kecil sahaja dalam pendidikan


generasi muda Jepun, namun ianya tetap memberikan sumbangan yang besar
kepada pembentukan identiti Tamadun Jepun.

Cerita-cerita tersebut merupakan faktor yang amat berpengaruh dalam


perkembangan semangat  kepahlawanan Jepun serta pemikiran bangsa Jepun.

Cerita-cerita mitos berkisar tentang awal permulaan kejadiaan muka bumi Jepun.
Mereka percaya bahawa apabila langit dan bumi wujud, maka muncullah
beberapa orang dewa di Dataran Kayangan Tinggi. Antara mereka terdapat
seorang dewa yang bernama Izanagi dan Izanami.

98
Izanami meninggal dunia, Izanagi dengan sendirinya melahirkan 3 orang dewa
iaitu Dewi Matahari, Dewi Bulan dan Dewa Ribut dengan cara yang pelik
iaitu semasa beliau membasuh mata dang hidungnya.

Namun masyarakat Jepun percaya bahawa hanya Dewi Matahari dan Dewa Ribut
sahaja yang mempunyai kaitan dengan bangsa Jepun. Dewi Matahari diberi
gelaran Amataresu Omikami manakala Dewa Ribut mula dikenali sebagai
Susanowono Mikoto.

Izanagi telah melantik Amataresu menjadi raja di Dataran Kayangan manakala


Susanowono menjadi raja di Dataran Laut. Keputusan ini tidak dipersetujui oleh
Susanowono lalu melakukan huru-hara untuk membalas dendam kepada
kakaknya.

Amataresu mejdai takut lalu bersembunyi di dalam gua dan dunia menjadi gelap.
Dewa-dewa lain menjadi risau lalu mencari jalan bagaimana mahu mengeluarkan
Amataresu dari gua. Akhirnya mendirikan sebatang pohon suci yang mana dahan
yang teratas mereka gantungkan sebiji permata, dahan yang tengah mereka
gantungakan cermin. Salah seorang daripada dewa tersebut menarikan tarian
lucu sehingga membuatkan yang lain tertawa. Keriangan tersebut menimbulkan
keinginan dalam hati Amataresu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku lalu
ia mengitai keluar.

Ketika itu dia nampak bayangnya dalam cermin dan menyebabkan dia keluar
sikit lagi. Melihat kelakuan Amataresu itu, salah seorang daripada dewa menarik
beliau keluar dan dunia menjadi terang semula.

Sebagai balasan kepada Susanowono, beliau telah diusir keluar dari kayangan.
Dalam pengembaraannya, Izanagi telah bertemu dengan seekor binatang besar
yang berekor lapan. Izanagi dapat membunuh binatang  tersebut dan
menjumpai sebilah pedang besar dalam salah satu daripada ekor binatang itu
dan menghadiahkannya kepada Amataresu.

Pada masa yang sama, cucu Amataresu iaitu Ninigi telah diperintahkan turun ke
bumi dan menjadi maharaja dunia yang pertama di Jepun, dikenali sebagai
Jimmu Tenno. Dan maharaja yang bertakhta di Jepun pada hari ini dikatakan
mempunyai pertalian dengan Jimmu Tenno yang mempunyai jurai keturunan
Dewi Matahari.

Kepentingan Cerita Mitos Ini

 Masyarakat Jepun amat menghormati maharaja mereka kerana maharaja


Jepun mempunyai pertalian dengan Dewi Matahari. Ianya merupakan
lambang kepada kekuasaan Maharaja Jepun yang bertakhta pada hari ini.

99
 Cermin, pedang dan permata mempunyai pengaruh yang besar dalam
kehidupan mereka. Dengan sebab itulah peralatan tersebut menjadi
sebahagian daripada peralatan rasmi Kerajaan Jepun yang menjadi
kebanggaan kepada masyarakat Jepun.
 Ianya mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan dengannya dapat
menonjolkan identiti Tamadun Jepun yang tersendiri.

3. KRONOLOGI SEJARAH JEPUN

Zaman Jomon          8000 - 300 S.M.   (ZAMAN PRA-SEJARAH)


Zaman Yayoi           300 S.M. - 300 M (ZAMAN PRA -SEJARAH)
 

Zaman Tokugawa    1603 - 1867  (ZAMAN KEGEMILANGAN AJARAN


                                                      KONFUSIANISME)
Era Meiji                 1868 - 1912  (ZAMAN TRANSISI KEPADA ZAMAN MODEN)

Era Heisei                1989 - Kini    (ZAMAN KONTEMPORARI)


 
 

PANDANGAN SEMESTA, MASYARAKAT DAN BUDAYA TAMADUN JEPUN

2. PANDANGAN SEMESTA

Pembentukan pemikiran sesuatu masyarakat dipengaruhi oleh pandangan


semesta mereka.

Pandangan semesta ini menjadi asas kepada perlakuan sosial yang diterima
secara kolektif oleh sesebuah masyarakat dan seterusnya mempengaruhi tindak-
tanduk mereka.

Agama masih lagi merupakan asas utama dalam pembentukan pandangan


semesta sesebuah masyarakat.

Begitu juga halnya dengan Tamadun Jepun. Agama telah menjadi elemen utama
kepada pembentukan pandangan semesta masyarakat Jepun. Agama tradisi
masyarakat Jepun ialah "Shinto" yang bermaksud "Jalan Tuhan-tuhan" (The
Way of Gods).

Selain daripada Shinto, terdapat juga agama asing yang telah diterima pakai oleh
masyarakat Jepun seperti Buddha, Konfusius, Taoisme, Hindu Kristian, Islam dll.

100
Kepelbagaian agama di Jepun telah mewujudkan pelbagai pandangan semesta
selaras dengan ajaran agama masing-masing.

Namun boleh dikatakan bahawa pandangan semesta masyarakat Jepun lebih


didominasi oleh agama pribumi Jepun iaitu Shinto dan 2 lagi agama asing iaitu
Buddha dan Konfusius.

2.1 SHINTO

Pada dasarnya agama Shinto merupakan satu kepercayaan yang tidak


berorganisasi (tidak mempunyai kefahaman ketuhanan yang jelas, tidak
mempunyai suruhan dan larangan yang tegas), tidak mempunyai kitab-
kitab, tidak mempunyai perantara atau nabi sebagaimana agama-agama
lain di dalam mana-mana peradaban.

Shinto pada dasarnya merupakan satu bentuk fahaman animisme yang mana
mereka percaya bahawa setiap objek yang ada di sekeliling mereka
mempunyai roh atau semangat yang mana masyarakat Jepun lebih
mengenalinya sebagai "Kami".

Menurut kepercayaan masyarakat Jepun, terdapat pelbagai "Kami" namun ia


tetap mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu;

1. Ia tidak mempunyai bentuk.


2. "Kami" tidak mempunyai moral. Ia mempunyai kuasa untuk bertindak
balas, tidak kira sama ada tindakannya itu disukai oleh manusia @ tidak.
Tindakannya hanya berdasarkan kepada layanan manusia terhadapnya.
Kerana itulah masyarakat Jepun amat menghormati alam.
3. Kebanyakan daripada "Kami"  tidak menyukai darah, kekotoran dan
    kematian.
Oleh itu masyarakat Jepun mempercayai bahawa "Kami"  mempunyai hubungan
yang rapat dengan manusia. Mereka percaya bahawa "Kami" mempunyai kuasa
luar biasa untuk memenuhi permintaan mereka serta melindungi mereka
daripada bencana.

Dengan erti kata lainnya, pandangan semesta masyarakat Jepun mempunyai


ciri-ciri animistik. Oleh itu kuasa-kuasa alam semulajadi seperti pokok-pokok
besar, batu, gunung dll fenomena alam menjadi objek penyembahan agama
Shinto.

Selain daripada fahaman animisme yang mempengaruhi pandangan semesta


masyarakat Jepun, agama Shinto juga amat menekankan 4 perkara utama iaitu
kebersihan,kekeluargaan, perayaan (matsuri) dan ketaatan.

101
Ciri-ciri tersebut telah mempengaruhi pembentukan pandangan semesta
masyarakat Jepun secara keseluruhannya. Inilah keunikan Tamadun Jepun yang
tidak terdapat dalam mana-mana peradaban di dunia ini.
 

2.2 BUDDHA

Agama Buddha bukanlah agama pribumi masyarakat Jepun. Ianya merupakan


agama asing yang dibawa dari China hasil daripada proses interaksi peradaban
yang berlaku antara China dan Jepun melalui perantaranya iaitu Korea.

Buddhisme dibawa masuk ke Jepun sekitar tahun 552M ekoran daripada


pemberian beberapa buah buku mengenai doktrin agama Buddha dan
patung Buddhaoleh Raja Korea (Paikche) kepada kerajaan Jepun.

Agama Buddha seterusnya mencapai kedudukan yang kuat hasil daripada


peranan seorang individu yang berketurunan bangsawan iaitu Putera Shotoku.
Kerana minatnya yang mendalam terhadap terhadap agama Buddha, beliau telah
menjadi wali agama Buddha yang pertama di Jepun.  Antara langkah yang
telah diambil oleh beliau dalam mengembangkan ajaran Buddha ke Jepun ialah
dengan pengenalan kod perlakuan sosial yang lebih dikenali sebagai
"Perlembagaan Artikel 17".

Agama Buddha telah memainkan peranan yang kuat dalam pembentukan world
view masyarakat Jepun sama ada dari aspek keagamaan, sosial dan politik
Jepun.

Namun peranan terpenting agama Buddha dalam pembentukan world view


masyarakat Jepun jelas terlihat melalui ajaran "Zen Buddhisme" iaitu ajaran
daripada salah satu mazhab agama Buddha.

Ajaran "Zen" ini lebih digemari oleh golongan samurai atau pahlawan Jepun
memandangkan ajaran mazhab ini mementingkan disiplin diri serta
kawalan diri melalui amalan meditasi atau bertafakur. Amalan ini
memerlukan penumpuan fikiran dan emosi yang mendalam oleh pengikutnya.
Justeru itu ianya amat bersesuaian dengan jiwa samurai atau pahlawan.

Tetapi ajaran Zen Buddhisme ini juga turut diminati oleh golongan biasa
masyarakat Jepun. Ajaran Zen ini juga menekankan aspek berani membuat
keputusan walaupun keputusan yang di ambil itu tidak menyenangkan hati kita
sendiri. Dan yang pentingnya kita mesti bertanggungjawab terhadap keputusan
yang telah di ambil itu.

Falsafah sedemikian telah tertanam dalam minda dan pemikiran masyarakat


Jepun. Sebagai kesannya, masyarakat Jepun sememangnya terkenal sebagai

102
sebuah bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berani dan kuat
semangat. Faktor inilah yang menyebabkan Jepun boleh bangkit sebagai
sebuah negara maju di dunia.

Ajaran Buddha sebenarnya telah memberi sinar yang baru dalam kehidupan
masyarakat Jepun. Melalui ajaran agama Buddha, ianya memperkenalkan
konsep kehidupan selepas mati yang sebelum ini tidak terdapat dalam
ajaran Shinto. Prinsip ini telah mempengaruhi world view  masyarakat Jepun
yang mana melalui falsafah tersebut masyarakat Jepun amat mengambil berat
segala perlakuan atau tindak tanduk mereka di dunia ini.

Selain daripada elemen-elemen di atas, terdapat juga elemen-elemen yang


terkandung didalam ajaran agama Buddha yang telah mempengaruhi world view
masyarakat Jepun. Antaranya ialah agama Buddha membawa prinsip
persamaan hak sesama manusia dan pentingnya perpaduan dalam membina
sebuah negara yang kukuh.

Menurut ajarannya, setiap manusai yang hidup di dunia ini mempunyai hak yang
sama walaupun berbeza dari segi keturunan, agama, warna kulit dll. Yang
pastinya rakyat perlu hidup bersatu padu tanpa megira perbezaan pendapat dan
sebagainya demi keharmonian dan kesejahteraan negara. Dengan itu sahajalah,
kemajuan sesebuah negara akan tercapai.

Kesimpulannya, agama Buddha telah memainkan peranan yang tidak kurang


pentingnya dalam membentuk world view masyarakat Jepun.
 

2.3 KONFUSIANISME

Sebenarnya konfusian bukanlah merupakan bentuk agama tetapi ia lebih


merupakan falsafah dan etika moral.

Ajarannya yang menekankan prinsip 5 perkara iaitu:


1. rakyat patuh kepada raja
2. anak patuh kepada ayah
3. adik patuh kepada abang
4. isteri patuh kepada suami
5. kawan setia kepada kawan
telah mempengaruhi pembentukan world view masyarakat.

Melalui prinsip (1) sebagai kesannya masyarakat Jepun mempunyai semangat


partiotik dan cintakan negara yang amat kuat dalam diri mereka. Rakyat
Jepun amat berbangga dengan tanah air mereka. Pada masa yang sama
mereka mempunyai sifat taat dan setia kepada Maharaja tanpa berbelah

103
bahagi kerana menurut ajaran Buddha, Maharaja merupakan wakil Tuhan ( tien).
Kerana itulah rakyat Jepun sentiasa menjaga institusi istana mereka agar terus
terpelihara.

Melalui prinsip (4) pula, ia sememangnya telah memberi kesan yang mendalam
kepada pembentukan world view masyarakat Jepun khususnya mengenai
kedudukan wanita. Konfusian sememangnya menekankan bahawa kedudukan
wanita sentiasa rendah daripada lelaki.

Sebelum kedatangan Konfusian ke Jepun, wanita mempunyai status yang tinggi


dalam pandangan masyarakat Jepun. Ini dipengaruhi oleh cerita mitos asal-usul
bangsa Jepun yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Dewi Matahari. Malah
pernah suatu ketika Jepun telah diperintah oleh wanita iaitu Permaisuri Himiko
(2M).

Namun selepas pengenalan sistem Konfusian, kedudukan wanita telah diletakkan


pada tahap yang rendah sehinggakan mereka tidak boleh membantah jika
mendapati suaminya mempunyai hubungan dengan peremapuan lain atau
melanggan "geisha".

Malah wanita Jepun telah ditanam dalam minda mereka bahawa mereka
dilahirkan didunia semata-mata untuk memberi khidmat kepada kaum
lelaki dengann ikhlas, jujur dan setia. Dalam budaya Jepun tradisi, seorang
isteri yang ideal akan berjalan beberapa langkah di belakang suaminya. Malah
dia perlu membawa semua barangan sewaktu berbelanja.

Namun pada zaman moden ini, wanita Jepun kebanyakannya mempunyai


kerjaya dan kedudukan ekonomi keluarga banyak dibantu oleh kaum wanita.
Namun yang pentingnya kedudukan wanita Jepun sememangnya sentiasa
berada di bawah lelaki. Inilah world view ajaran Konfusian yang telah
membentuk pemikiran masyarakat Jepun.

Secara keseluruhannya, melalui prinsip (1-5) yang diterapkan oleh ajaran


Konfusian, ianya mementingkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
Ajaran ini menekankan bahawa manusia secara lumrahnya memerlukan kasih
sayang dan konsep ini telah diterima oleh semua lapisan masyarakat Jepun
sebagai satu sifat yang mulia. Konsep ini  dalam bahasa Jepunnya dikenali
sebagai "karuna". Falsafah dan pemikiran sedemikian telah berakar umbi dalam
pemikiran masyarakat Jepun sehinggalah ke hari ini. Tambahan pula falsafah
"karuna" ini mempunyai keserasian dengan budaya tradisi Jepun.

Kesimpulannya, agama merupakan elemen utama dalam membentuk world view


Tamadun Jepun.
 

104
3)  MASYARAKAT JEPUN

Masyarakat Jepun merupakan sebuah bangsa yang unik. Secara umumnya,


masyarakat Jepun mempunyai beberapa ciri utama antaranya ialah;
1.  Jepun merupakan sebuah negara yang " homogeneous" iaitu satu bangsa
yang tidak mempunyai  ras, agama, bahasa dan bangsa.
2.  Masyarakatnya mempunyai sikap menjunjung tinggi kepada budaya ilmu
serta mempunyai sikap ingin tahu yang kuat kepada maklumat.
3.  Masyarakatnya mempunyai sikap positif terhadap bekerja.
4.  Masyarakatnya mempunyai sifat ingin bersaing yang kuat dalam diri mereka.
5.  Masyarakat Jepun sering membuat keputusan secara bersama dan
bekerjasama bukan mementingkan kepentingan individu.
6.  Masyarakatnya terkenal dengan sifat kesenian yang tinggi dalam menjalani
urusan kehidupan seharian.

SIKAP (2) DAN (3)

Akibat daripada sikap masyarakat Jepun yang mempunyai sikap ingin tahu yang
mendalam kepada maklumat dan sikap positif kepada bekerja telah banyak
merangsang dan mempercepat pertumbuhan sains dan teknologi Jepun.

Jika dibuat perbezaan dengan Barat pada peringkat awal Revolusi Perindustrian,
ianya mendapat tentangan yang kuat dari kaum buruh kerana bagi mereka alat-
alat kilang moden  menjadi ancaman bagi mereka. Namun di Jepun jentera-
jentera baru ini dikagumi ramai. Masyarakat Jepun amat positif terhadap sesuatu
yang baru lebih-lebih lagi jika sesuatu yang baru itu boleh membawa kepada
kemudahan.

Akibat daripada sikap masyarakat Jepun yang sentiasa ingin mendapatkan


maklumat, fenomena atau budaya membaca dikalangan masyarakat Jepun amat
jelas terlihat. Dengan itu tidak hairanlah sekiranya kadar buta huruf di Jepun
adalah 0%.

Masyarakat Jepun juga amat positif kepada bekerja malah mereaka sanggup
bekerja lebih daripada 12 jam sehari tanpa mempunyai perasaan marah, jemu
atau tidak berpuas hati. Menerusi fahaman Buddha, bekerja pada tugas masing-
masing sama nilainya dengan beribadat. Malah ajaran Shinto juga memberikan
status yang tinggi kepada seseorang yang bekerja dalam bidang produktif untuk
kesejahteraan masyarakat (contoh petani).

Faktor-faktor inilah yang menyebabkan Jepun boleh bangkit sebagai negara


maju dewasa ini.

105
 
 

4)    KESIMPULAN

        Jepun merupakan sebuah tamadun yang unik yang mana adakalanya ia
sukar difahami diterima oleh masyarakat luar. Ini disebabkan oleh beberapa
faktor antaranya :

1.    "island mentality"(shimaguni konjo)

        rakyat Jepun merasakan dirinya terpisah sebagai negara kepulauan.Ini


menyebabkan rakyatnya kurang membiasakan diri atau berasimilasi dengan
masyarakat luar. Bahkan mereka mempunyai perasaan curiga kepada mereka
yang bukan rakyat Jepun. Rakyat Jepun lebih cenderung untuk menonjolkan
"keterasingan" bangsa mereka, berbanding keinginan untuk menonjolkan ciri-ciri
kesamaan dengan bangsa asing.

2.    sifat dualisme

        Masyarakat Jepun sememangnya terkenal dengan sifat dualismenya dalam


menjalani kehidupan seharian mereka. Dengan itu wujud beberapa sikap aneh di
kalangan masyarakat Jepun yang mana sikap tersebut tidak terdapat dalam
mana-mana jua tamadun.Antaranya sikap "honne" dan "tatamae". "Honne"
merupakan sikap rasmi yang mewakili kumpulan manakala "tatamae" pula
merupakan sikap individu atau sikap tersendiri masyarakat Jepun dalam proses
interaksi mereka.

    "Giri" (kewajipan) dan "Ninjo" (perikemanusiaan) juga merupakan antara


elemen dualisme utama dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Jepun.
Konsep ini sebenarnya membawa konflik kepada masyarakat Jepun. Jika terlalu
"giri" mereka akan terlalu mementingkan diri sendiri sedangkan pada masa
yang sama mereka perlu mempunayi "ninjo". Namun jika terlalu "ninjo",
mereka akan dikatakan sebagai seorang yang tidak mempunayi semangat "giri".

    Kontradiksi antara sifat kasar dan halus. Ini dapat dilihat dalam kehidupan
masyarakat Jepun sepertimana sikap kasar mereka yang ditunjukkan melalaui
peperangan (Perang Dunia ke ii). Namun pada masa yang sama juga mereka
mempunyai sifat kehalusan yang tinggi. Ini dapat dilihat melalui upacara minum
teh (Cha-no-yu) dan cara mereka menyusun makanan. Kehalusan hidup
masyarakat Jepun banyak dipengaruhi oleh agama pribumi mereka iaitu Shinto.

Secara keseluruhannya, tamadun Jepun memperlihatkan tamadun yang unggul


terutamanya pada zaman kontemporari. walaupun Jepun telah mencapai zaman
kemodenan yang bermula semasa pemerintahan Meiji(1868-1912), namun

106
unsur-unsur tradisional yang melambangkan identitinya masih terus terpelihara 
sehingga ke hari ini. Inilah keistimewaan Tamadun Jepun yang perlu dinilai oleh
tamadun-tamadun lain dalam menongkah arus pemodenan.

SOALAN PEMAHAMAN

1. Bagaimanakah agama Shinto berperanan dalam membentuk pemikiran serta


tingkah laku masyarakat Jepun?

2. Apakah ciri-ciri masyarakat Jepun yang ideal yang boleh membawa kepada
perkembangan positif Tamadun Jepun?

3. Di atas ciri-ciri apakah bangsa Jepun dianggap sebagai sebuah masyarakat


yang unik?
 
 

RUJUKAN

Hendry, Joy, 1987. Understanding Japanese Society,London:Routledge.

Keene, Donald, 1981. Appreciation of Japanese Culture, Tokyo: kodansha


International Ltd.

Umesao, Tadao, 1985. Seventy-seven to the Civilization of Japan, Osaka:


Sogansha Inc.
 
 
 

107

You might also like