Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
6Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Akauntabiliti

Akauntabiliti

Ratings: (0)|Views: 4,486|Likes:
Published by حزاعيم

More info:

Published by: حزاعيم on Nov 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/27/2013

pdf

text

original

 
1.0Pengenalan
 Akauntabiliti adalah tanggungjawab seorang pekerja terhadap tugas-tugas yang telahdiamanahkan oleh majikan di dalam sesebuah organisasi. Rasa tanggungjawabterhadap kerja yang diberikan adalah amat penting kerana melalui rasa tanggungjawab,seseorang pekerja akan membuat keputusan dengan lebih berhati-hati bagi mengelakdari melakukan sebarang kesilapan. Keadaan ini dapat membantu meningkatkan tahapproduktiviti kerja dan mencapai objektif utama di dalam sesebuah organisasi.Secara umumnya, akauntabiliti telah diperkenalkan sejak zaman dahulu lagi dimana ahli falsafah Greek yang terkenal seperti Aristotle, Plato dan Zeno telah terlebihdahulu membincangkan berkenaan akauntabiliti dalam kontek pengadilan, hukumandan kawalan sosial. Manakala pada zaman moden, akauntabiliti telah menjadi subjekperbincangan bagi banyak displin termasuk undang-undang (Stenning, 1995), politik(Aderson, 1981), pendidikan (Beneviste, 1985), penjagaan kesihatan (Emanuel &Emanuel, 1996) dan psikologi serta tingkah laku organisasi (Schlenker et al., 1994 danTetlock, 1992). Akauntabiliti mempunyai hubungan dengan beberapa fenomena termasukpengadilan dan pembuatan keputusan, penilaian perlaksanaan, perundingan,pengurusan sumber manusia, pengambilan risiko, keselamatan dan motivasi. Dalamsesebuah organisasi akauntabiliti dapat menjamin keberkesanan perkhidmatan yangdisalurkan melalui beberapa cara bergantung kepada pendekatan yang diambil olehorganisasi serta tahap kesedaran pekerja-pekerja didalam organisasi berkenaan. Antara cara-cara yang dapat menggalakkan serta meningkatkan tahap akauntabiliti
1
 
pekerja ialah melalui pencorakkan budaya kerja di dalam organisasi, penetapanmatlamat organisasi, corak kepimpinan, piawaian kerja yang telah ditetapkan danpemantauan.
2.0Definisi Akauntabiliti
Sesebuah organisasi perlu membentuk dan mengamalkan budaya organisasi yang baikserta bersistematik untuk mencapai keberkesanan dalam pergurusan. Budaya kerjayang baik sering dikaitkan dengan nilai, norma, sikap dan etika yang perlu diikuti olehsetiap pekerja dalam organisasi. Keempat-empat elemen tersebut menjadi asas bagimengawal tingkah laku pekerja, mengetahui cara pekerja berfikir serta bagaimanapekerja berhubung antara satu sama lain dan berinteraksi dengan persekitarannya.Sekiranya, budaya dalam sesebuah organisasi itu baik maka dapat menggalakkanpekerjanya meningkatkan mutu kerja dan menyumbang kepada kejayaan sertakeuntungan organisasi.Menurut Frink & Klimoski, 1998 dan Weick, (1995) akauntabiliti merupakan satutanggungjawab terhadap tindakan atau keputusan yang dibuat oleh pekerja terhadaptugasnya yang mempunyai kaitan dengan interpersonal, sosial, dan struktur organisasiyang mana ia juga terkandung dalam konteks sosiobudaya secara khas. Schlenker &Weigold, 1989 akauntabiliti boleh mewujudkan satu sistem penyelarasan di sesebuahorganisasi. Dalam erti kata yang lain akauntabiliti boleh mewujudkan standard ataupiawaian kerja yang sama untuk semua pekerja-pekerja, di mana keadaan ini
2
 
membolehkan setiap individu dan kumpulan dalam organisasi mempunyai rasatanggungjawap terhadap tugas masing-masing. Akauntabiliti merupakan konsep sebagai tanggungjawab yang berkaitan denganmemberi keterangan terhadap sesuatu yang ditanggungjawabkan kepada seseorang.(http://en.wikipedia.org/wiki/Accountability). Akauntabiliti memberi maksud kewajipanmenjalankan tugas yang dipertanggugjawabkan mengikut undang-undang danperaturan. Akauntabiliti penting dalam memastikan tugas-tugas yang dijalankanmencapai objektif yang ditetapkan.Mengikut Kamus Dwi Bahasa (Dewan Bahasa Pustaka) akauntabiliti bermaknabertanggungjawab kepada seseorang mengenai sesuatu. Manakala dalam KamusIstilah Pentadbiran Peniagaan Tinggi (DBP), akauntabiliti memberi maknakepertanggungjawab. Akauntabiliti atau lebih mudah difahami umum sebagai kebertanggungjawabanyang akan mewujudkan integriti tinggi serta penambahbaikan yang berkesan dalampengurusan organisasi. Shafritz (1992), juga telah memberi pengertian akauntibilitisebagai tindakan yang diambil dalam masyarakat yang berkait dengan undang-undangdan politik yang juga terdapat di dalam sesuatu organisasi khas.Manakala Kearns (1996), pula mendefinisikan akauntabiliti sebagai jawapanmahupun penyelesaian terhadap tindakan kepada individu yang mempunyai autorititertinggi dalam organisasi bagi memberikan prestasi kerja yang terbaik dalam memberiarahan kepada pekerja untuk memastikan keberkesanan pengurusan. Umumnya,akauntabiliti dapat disimpulkan sebagai peranan atau tanggungjawab yang perlu
3

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Hanim Ahmad liked this
Farah Mar Adilla liked this
fie_fa liked this
Dae Woong liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->