You are on page 1of 16

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN BAGI TOPIK

“MEREKOD DOKUMEN PERNIAGAAN” DI DALAM SUBJEK PERDAGANGAN DI


KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TAMAN EHSAN, KEPONG,
SELANGOR

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji penggunaan


strategi pengajaran dan pembelajaran strategi pengajaran dan
pembelajaran secara teknologi ICT dan secara kombinasi bagi topik
Merekod Dokumen Perniagaan. Sasaran kajian ialah pelajar tingkatan
empat yang mengambil matapelajaran Perdagangan sebagai
matapelajaran elektif dengan melihat skor mereka selepas menjalani
rawatan strategi pengajaran dan pembelajara secara teknologi ICT dan
secara kombinasi . Selain itu, pengkaji turut meletakkan guru-guru
yang mengajar subjek Perdagangan untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh guru-guru matapelajaran Perdagangan bagi topil tersebut

1. PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Topik merekod dokumen perniagaan adalah merupakan salah satu komponen di


dalam pendidikan perdagangan. Pendidikan perakaunan ini memberi sumbangan yang
bernilai dan bernilai kepada pertumbuhan pelajar dalam memenuhi keperluan guna
tenaga mahir negara. Namun demikian, fenomena yang berlaku di Malaysia pada hari ini
ialah pelajar tidak cenderung untuk memilih pendidikan berkonsepkan perakaunan ini
kerana menganggap topik tersebut membebankan mereka.

Oleh yang demikian, menyedari kepentingan dan keperluan pendidikan berkenaan


maka “Laporan Kabinet telah memperakukan bahawa: “ Oleh kerena pelajaran
perdagangan adalah penting dalam pembangunan Negara, dan oleh kerana kemudahan
yang di dapati di sekolah-sekolah berhubung dengan pendidikan ini tidak memuaskan,
maka diperakukan agar pendidikan dalam jurusan perdagangan ini diberi perhatian khas.
( Suhaida Abdul Kadir , 2002).
Selain itu, kurang kepakaran guru dalam mata pelajaran ini secara tidak langsung
menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh demikian,
guru perlu memainkan peranan penting dalam perkembangan sistem pendidikan.
Memandangkan pendidikan sentiasa mengalami perubahan, maka guru juga mesti
berubah serta memperlengkapkan diri dengan kepelbagaian pengetahuan, kemahiran,
sentiasa kreatif dan berinovasi serta mempunyai kepakaran dalam bidang pengkhususan
masing-masing. Tugas dan tanggungjawab guru semakin mencabar dan kompleks. Para
guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas dengan perkembangan dan kehendak masa
kini terutama di bidang pendidikan selaras dengan perkembangan sains dan teknologi,
teknologi maklumat dan sebagainya ke arah melahirkan generasi pelapis untuk menerajui
negara.

1.2 Nama Ahli Jawatankuasa Pengkaji


Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah
Taman Ehsan, Kepong, Selangor. Nama-nama guru dalam Jawatankuasa adalah :-

1. Hasniza Binti Ab Wahab L20092003474


2. Noor Ezreen Binti Mohd Ehlas L20092003521
3. Nurul Shariza Binti Mohd Shah L20092003529

1.3 Nama dan Alamat Sekolah

Sekolah Menengah Taman Ehsan, Kepong, Selangor.


1.4 Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran Perdagangan adalah salah satu mata pelajaran elektif dalam dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini tidak begitu di
sukai atau digemari oleh kebanyakkan pelajar sekolah menengah. Pelajar yang
mengambil mata pelajaran ini berada dalam kategori pelajar sederhana dan rendah, juga
bersifat pasif dalam pengajaran dan pembelajaran Perdagangan. Mereka kurang berminat,
tidak yakin pada diri , malas dan tidak mahir.

Didalam topik Merekod Dokumen Perniagaan, kefahaman asas tentang Kitaran


Perakuanan amat penting serta perlu dititikberatkan. Topik ini menghendaki pelajar
merekod dokumen-dokumen di dalam jurnal, Lejar sehinggalah menyediakan Imbangan
Duga. Kelemahan pelajar di dalam menguasai topik ini akan menyebabkan mereka gagal
atau tidak mendapat keputusan yang baik di dalam kertas soalan tersebut.

Oleh yang demikian, tujuan peperiksaan ini adalah untuk menguji pengetahuan
pelajar tentang keseluruhan isi kandungan sukatan pelajaran yang meliputi aspek-aspek
seperti kebolehan memahami, mentafsir maklumat, mengaplikasi, membuat penilaian ,
pemahaman pelajar tentang konsep dan prinsip amalan perakaunan serta menguji
kemahiran dalam pengendalian akaun-akaun dengan baik.

1.5 Pemasalahan Kajian

Dalam kajian ini , kami mengedarkan mene kepada guru mata pelajaran Prinsip
Perakuanan bagi menebual guru untuk mendapatkan gambaran sebenar masalah dan
kelemahan yang dihadapi oleh pelajar. Hasil daripada temubual yang telah dijalankan
didapati, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti.

1.5.1 Refleksi Pelajar

Diantara kelemahan utama pelajar yang memilih mata pelajaran ini


sebagai mata pelajaran elektif mereka ialah persepsi pelajar yang
menganggap topik Merekod Dokumen Perniagaan ini adalah sukar dan hanya
pelajar yang pandai sahaja boleh mengikutinya.
Selain itu pelajar sukar untuk memahami sesuatu konsep dan menguasai
kemahiran-kemahiran asas bagi topik tersebut menyebabkan mereka tidak
memberikan tumpuan dalam pelajaran mereka. Pelajar membuat latih tubi
bersendirian di dalam kelas dan tidak wujud perbincangan kumpulan antara
pelajar menyebabkan pelajar menjadi pasif dalam menyelesaikan latihan yang
diberikan. Hal ini demikian, menjurus kepada suatu yang kurang baik dimana
pelajar tidak menadapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

1.5.2 Refleksi Guru


Dalam pada itu juga, peranan guru amat penting dalam membantu
pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun kokurikulum.
Namun demikian, tidak dinafikan guru juga menghadapai masalah semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini dimana guru bagi mata
pelajaran Perdagangan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
mengajar pelajar sesuatu topik pelajaran yang memerlukan penerangan yang
jelas. Oleh yang demikian, guru perlulah memikirkan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif disamping mempelbagaikan
kaedah pengajaran bagi menjadikan proses pengajaran lebih menarik dan
memudahkan pelajar memahaminya.

1.6 Tujuan Kajian

1.6.1 Objektif umum


Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan strategi
pembelajaran dan amalan pengajaran guru dalam meningkatkan pemahaman
dan kemahiran pelajar ke atas topik Merekod Dokumen Perniagaan dalam
subjek Perdagangan.
1.6.2 Objektif Khusus
i) Guru
 Membantu memperkenalkan guru kepada kaedah-kaedah
Pengajaran dan pengajaran yang lebih menarik dan efektif.
 Mengubah amalan guru atau sikap guru kepada Pengajaran Dan
Pembelajaran yang berkesan.
 Mengamalkan pengajaran yang berpusatkan pelajar.

ii) Pelajar:

 Supaya semua pelajar memainkan peranan yang aktif semasa sesi


Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.
 Pelajar dapat menguasai topik yang diajar.
 Perbincangan pelajar di laksanakan secara berstruktur dan terancang
bagi menjadikan proses pengajaran dan pengajaran lebih menarik.

1.7 Soalan Kajian

Seterusnya soalan kajian perlu di bina bagi mencapai objektif kajian. Antara soalan
kajian adalah seperti berikut:-

1.7.1 Apakah perkaitan di antara prestasi pelajar sebelum dan selepas bagi pelajar
yang mengikuti strategi pengajaran dan pembelajaran secara teknologi ICT
dan secara kombinasi bagi topik “Merekod Dokumen Perniagaan” ?
1.7.2 Adakah wujud perbezaan diantara strategi pengajaran dan pembelajaran
teknologi ICT dan strategi pengajaran dan pembelajaran kombinasi bagi topik
“Merekod Dokumen Perniagaan” terhadap prestasi pelajar?

1.8 Limitasi Kajian


Pelbagai batasan yang menghadkan kepada pengumpulan data terpaksa dihadapi
oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini. Antaranya ialah:

1.8.1 Masalah dalam mendapatkan sampel yang memuaskan

Pengkaji mnghadapi masalah didalam mendapatkan sampel yang benar-


benar memuaskan yang dapat mengambarkan keadaan sebenar populasi.
Sampel yang digunakan juga telah dibataskan kepada guru-guru dari satu
sekolah sahaja dam mungkin hasil kajian berkenaan hanya benar untuk
mengambarkan situasi sampel berkenaan sahaja.

1.8.2 Had-had masa dan kos


Masalah yang sering dihadapi oleh pengkaji-pengkaji amatur seperti kami
ialah masalah dari segi masa dan kewangan yang amat terhad.
Memandangkan masa yang diberikan amat terbatas dan masalah
kewangan yang sangat terhad, adalah menjadi satu kesukaran untuk
pengkaji menjalankan kajian dengan mendalam dan tepat.

2. KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kesukaran pelajar untuk memahami beberapa konsep serta kemahiran bagi topik
Merekod Dokumen Perniagaan telah menyebabkan pelajar tidak memberikan
tumpuan dalam pelajaran terutamanya jika guru mengajar dengan menggunakan
kaedah tradisional. Disebabkan iu, pengkaji merasakan kaedah-kaedah pengajaran
dan pembelajaran strategi pengajaran dan pembelajaran secara teknologi ICT dan
secara kombinasi merupakan salah satu langkah yang boleh diambil bagi mengatasi
masalah ini.

Pengkaji telah membuat tinjauan keatas kajian-kajian lepas yang telah dijalankan
berkenaan dengan kaedah-kaedah alternatif bagi mengajar topik Merekod Dokumen
Perniagaan iaitu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran kombinasi dan melalui
penggunaan perisian komputer dan LCD.

Oleh itu, pengkaji melihat dengan menjalankan kajian ini ia dapat menguji
keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut melalui prestasi pelajar
serta melihat amalan pengajaran guru bertujuan untuk melihat kecenderungan guru di
dalam menggunakan kaedah pengajaran tertentu.

Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perkaitan di antara strategi pengajaran dan
pembelajaran dengan prestasi dalam subjek Perdagangan, selain bertujuan untuk
mengenalpasti perbezaan diantara strategi pengajaran dan pembelajaran tradisional
dengan strategi pengajaran dan pembelajaran secara teknologi ICT dan secara
kombinasi terhadap prestasi pelajar.

2.2 Teori / Konsep / Prinsip


Strategi pengajaran dan pembelajaran kombinasi mengalakkan pelajar-pelajar
untuk berinteraksi sesama ahli kumpulan. Teori kohensif sosial mengalakkan pelajar
untuk berinteraksi dengan mengenali dan mengambil berat diantara ahli kumpulan.
Oleh itu, tugasan berkumpulan yang diberikan oleh guru boleh menarik minat pelajar
untuk menyelesaikannya secara berkumpulan berbanding secara individu.

Ia juga sekaligus akan mengalakkan perbincangan sesama ahli kumpulan dan


mengelakkan pelajar daripada tidak memberi tumpuan dalam pelajaran. Ini kerana
selain memahami konsep, pendidikan perakaunan yang juga merupakan satu subjek
yang lebih berbentuk penyelesaian masalah. Oleh itu, kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bersifat terbuka mampu membina strategi-strategi di dalam
menyelesaikan soalan berbanding jika ia dilakukan secara individu.

Semasa setiap ahli kumpulan berinteraksi dan berbincang, berlaku perubahan


dalam kognitif pelajar. Teori perkembangan kognitif dapat membantu pelajar untuk
menguasai konsep-konsep yang sukar melalui bimbingan diantara ahli kumpulan.
Melalui kaedah ini, pelajar yang berkebolehan tinggi boleh membantu pelajar yang
kebolehannya berada di tahap yang lebih rendah.
Jika berlaku percanggahan pendapat ia akan menyebabkan gangguan kepada
perkembangan kognitif pelajar. Namun begitu, tidak balas dan perbincangan untuk
mendapatkan kata putus akan menyebabkan pelajar tersebut memahami perkara
tersebut dengan alasan yang lebih logik.

Melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran kombinasi, ia turut melibatkan


proses pembentangan dimana, berdasarkan teori penerangan kognitif pelajar yang
memberi penerangan mampu untuk mengekalkan maklumat di dalam ingatan mereka
dalam jangka masa yang lebih panjang. Proses penerangan juga boleh melibatkan
penggunaan perisian komputer dan LCD sebagai alat bantuan dan alat pemudah cara.

2.3 Kajian Lepas

Suhaida, Zaidatol, Noran, Habibah & Ahmad Tarmizi (2006) , mendapati bahawa
prestasi kumpulan Pembelajaran Koperatif iaitu secara berkumpulan didapati lebih
tinggi daripada prestasi kumpulan Pembelajaran Tradisional setelah mengambil kira
tahap kebolehan subjek di dalam topik Merekod Dokumen Pernigaan. Ini bermakna
strategi Pembelajaran Koperatif memberi kesan yang lebih baik bagi meningkatkan
prestasi pelajar. Kajian ini dijalankan keatas pelajar Tingkatan Empat, sekolah
menengah akademik daerah Hulu Langat. Sampel kajian terdiri daripada kelas prinsip
akaun yang diajar oleh guru yang terlibat di dalam kajian ini secara sukarela.

Kajian lain yang dijalankan oleh Abdul Razak (2005), ia menunjukkan bahawa
pencapaian pelajar yang menggunakan perisian komputer dan LCD begitu
memberangsangkan. Menurut beliaun, kaedah merekod dokumen di dalam lembaran
yang bersesuaian adalah lebih mudah jika menggunaan perisisan “Powerpoint” dan
Excel”. Kajian ini dijalankan keatas pelajar-pelajar tingkatan empat seramai 28 orang
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, Lenggong.

Manakala, menurut kajian yang dijalankan oleh Abdul Razak (2003), aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kombinasi dapat membantu meningkatkan kemahiran
pelajar dalam Merekod Dokumen Perniagaan dengan baik. Sepanjang menjalankan
kaedah ini, pelajar merasa amat gembira dengan pencapaian mereka. Didapati
terdapat perubahan terhadap pembelajaran pelajar. mereka menjadi lebih aktif,
bersemangat dan lebih seronok dan terdapat peningkatan dalam prestasi pelajaran
mereka. Kajian ini dijalankan keatas 19 orang pelajar tingkatan lima dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik.
Suhaida (2002) menyatakan bahawa pelajar kumpulan Pembelajaran Koperatif
(berkumpulan) lebih tinggi dan signifikan berbnading dengan pelajar kumpulan
Pembelajaran Tradisional. Maka, ini menyokong dapatan kajian lepas yang
melibatkan mata pelajaran lain seperti mata pelajaran sains yang dijalankan di dalam
negara. (Siti Rahayah 1998) dan luar negara. Contohnya mata pelajaran sains dan
matematik (Chang dan Mao 1999, Whicker, Bold an Numnery 1997). Implikasi
dapatan ini adalah penting kerana ia mencadangkan bahawa Pembelajaran Koperatif
wajar digunakan dalam kelas khususnya di dalam pengajaran matapelajaran yang
melibatkan aktiviti pengiraan

3. METODOLOGI

3.1 REKA BENTUK KAJIAN.

Kajian ini di lakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ehsan, Kepong.


Kajian ini akan dilakukan ke atas pelajar Tingkatan 4 yang mempunyai 40 orang pelajar
yang mengambil mata pelajaran Perdagangan. Daripada temubual bersama guru-guru
Perdagangan, pengkaji mendapati pelajar kurang menguasai topik Merekod Dokumen
Perniagaan. Pemilihan topik ini adalah kerana kebanyakan para pelajar sukar untuk
memahami akan merekod dokumen perniagaan ke jurnal, lejar mahupun Imbangan Duga.
Selain daripada itu, topik Merekod Dokumen Perniagaan di dalam Rancangan Pengajaran
mata pelajaran Perdagangan mempunyai 40 jam masa mengajar. Ini menunjukkan betapa
pentingnya topik Merekod Dokumen Perniagaan yang memerlukan pemahaman yang
mendalam dan ini sangat penting untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian.

Maka, pada masa kajian dijalankan, para pelajar akan di ajar dengan topik yang sama
iaitu topik Merekod Dokumen Perniagaan. Pengkaji akan menggunakan 4 instrumen
dalam menjalankan kajian ini iaitu temubual, Ujian Pra, kaedah pengajaran secara
alternatif dan Ujian Pencapaian. Kaedah pengajaran secara alternatif terdiri daripada 2
kaedah iaitu kaedah teknologi ICT dan LCD serta kaedah kombinasi. Setelah
menjalankan kajian, pengkaji akan membandingkan skor markah pelajar sebelum dan
selepas menjalankan kaedah pengajaran secara alternatif.

3.2 UJIAN RINTIS.

Bagi Ujian Rintis yang akan dijalankan, kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian
ini adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Perdagangan
Tingkatan 4 seramai 2 orang dan pelajar Tingkatan 4 seramai 40 orang. Kajian ini
dilakukan di sebuah kelas dan membahagikan pelajar kepada 2 buah kumpulan yang
terdiri 20 orang pelajar bagi setiap bahagian iaitu 20 orang pelajar yang akan diajar
dengan kaedah pengajaran teknologi ICT dan LCD serta 20 orang pelajar yang akan
diajar dengan kaedah pengajaran kombinasi.

Pelajar dibahagikan kepada 2 buah kumpulan secara rawak tanpa mengasingkan


mereka mengikut tahap pengetahuan. Manakala, Ujian Pra dan Ujian Pencapaian akan
dilakukan secara serentak. Guru-guru akan mengajar topik Merekod Dokumen
Perniagaan pada masa yang sama kajian dilakukan. Kajian ini akan dilaksanakan
mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut:

1) Mengenalpasti isu dan masalah.

2) Perancangan tindakan.

3) Pelaksanaan tindakan.

4) Menganalisis data.

5) Penilaian.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan 4 instrumen iaitu:


a) Temubual.

Dimana, pengkaji akan melakukan temubual bersama guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Perdagangan. Ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan pelajar dalam
topik yang sukar dikuasai bagi mata pelajaran Perdagangan. Temubual ini dilakukan
sebelum kajian dijalankan.

b) Soalan Ujian Pra.

Pelajar akan diberi satu set soalan ujian iaitu Ujian Pra. Soalan ujian adalah berkaitan
dengan topik Merekod Dokumen Perniagaan. Ujian Pra ini dijalankan adalah bertujuan
untuk mendapatkan maklumat tentang tahap pengetahuan pelajar akan topik Merekod
Dokumen Perniagaan. Selain daripada itu, pengkaji dapat melihat prestasi pelajar
sebelum melaksanakan kaedah pengajaran secara alternatif.

c) Pengajaran secara alternatif.

Guru akan mengajar topik Merekod Dokumen Perniagaan dengan menggunakan kaedah
pengajaran iaitu Penggunaan teknologi ICT dan LCD serta kaedah kombinasi.

i) Kaedah Teknologi ICT dan LCD.

Guru akan menggunakan kaedah teknologi ICT dan LCD semasa mengajar topik
Merekod Dokumen Perniagaan selepas melakukan Ujian Pra. Kaedah pengajaran ini akan
menggunakan perisian komputer iaitu Powerpoint dan Excell serta LCD. Ini bertujuan
untuk mendedahkan pelajar terhadap konsep-konsep asas dalam merekod dokumen. Guru
akan melihat keberkesanan pengajaran terhadap pelajar selepas melakukan kaedah ini
melalui soalan ujian.

ii) Kaedah kombinasi.

Para pelajar akan didedahkan pengajaran dan pembelajaran secara individu, berkumpulan
dan pembentangan. Guru akan menggabungkan semua kaedah ini dalam pengajaran topik
yang sama. Guru akan memberikan nota atau soalan latihan bagi setiap individu dan
secara berkumpulan untuk perbincangan. Daripada perbincangan latihan, pelajar akan
membuat pembentangan. Ketiga-tiga kaedah ini akan dijalankan pada masa yang sama.
Guru akan melihat keberkesanan pengajaran terhadap pelajar ini selepas melakukan
kaedah ini melalui soalan ujian.

d) Soalan Ujian Pencapaian.

Guru akan memberikan satu set soalan yang berkaitan dengan topik yang sama yang
dinamakan sebagai Ujian Pencapaian. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk melihat
prestasi pelajar terhadap topik yang telah diajar dengan menggunakan kaedah-kaedah
pengajaran yang telah diterangkan diatas. Ini kerana pengkaji dapat membuat
perbandingan prestasi sebelum dan selepas menggunakan kaedah pengajaran diatas
melalui skor markah pelajar.

3.4 PROSEDUR KAJIAN.

3.4.1 Pelaksanaan Kajian.

Kaedah Teknologi ICT dan LCD.

Pelaksanaan program:

i) Melaksanakan Ujian Pra

ii) Melaksanakan Pengajaran berasaskan Teknologi ICT dan LCD.

iii) Melaksanakan Ujian Pencapaian

Tindakan yang dijalankan:

- Tahap satu:
Melaksanakan Ujian Pra untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan mata
pelajaran atau topik Merekod Dokumen Perniagaan.

- Tahap dua:

Guru akan mengajar dengan menggunakan perisian komputer dan LCD. Dimana guru
akan menggunakan Powerpoint dan Excell dalam pengajaran. Guru juga akan
menggunakan LCD untuk membantu mata pelajaran kajian menguasai kemahiran
mengenalpasti dokumen, mengklasifikasi dokumen dan merekod dokumen. Masa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama 1 jam 30 minit. Disini, pelajar akan
didedahkan dengan konsep asas merekod dokumen perniagaan. Selepas itu, pelajar
akan berbincang dan guru akan menunjukkan kaedah serta pelajar akan menjawab
soalan yang ditayangkan di skrin.

- Tahap tiga:

Guru akan melaksanakan Ujian Pencapaian. Guru akan mengambil skor markah
pelajar untuk dibandingkan antara sebelum dan selepas pengajaran kaedah teknologi
ICT dan LCD.

Kaedah Kombinasi.

Pelaksanaan program:

i) Melaksanakan Ujian Pra

ii) Menjalankan pengajaran kaedah Kombinasi

iii)Melaksanakan Ujian Pencapaian

Tindakan yang dijalankan:

- Tahap satu:
Guru akan melaksanakan Ujian Pra bagi topik yang akan diajar untuk mengetahui
tahap pengetahuan pelajar tentang topik yang berkaitan.

- Tahap dua:

Guru akan membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang
bagi 1 kumpulan. Guru akan mengedarkan dokumen dan pelajar diminta merekodkan
dokumen perniagaan ke dalam jurnal dan lejar masing-masing. Pembelajaran ini
secara individu dan dijalankan selama 15 minit.

- Tahap tiga:

Selepas tamat 15 minit, pelajar akan di arahkan menggabungkan jawapan masing-


masing dalam 1 jurnal dan lejar utama. Pembelajaran ini dilakukan secara
berkumpulan dan dijalankan selama 30 minit.

- Tahap empat:

Pelajar perlu mengimbangkan atau menutup akaun-akaun lejar dan memindahkan


bersama-sama baki ke dalam Imbangan Duga. Pembelajaran ini dilakukan secara
berkumpulan dan dijalankan selama 15 minit.

- Tahap lima:

Setiap kumpulan akan melaporkan hasil kombinasi catatan masing-masing secara


bergilir-gilir. Guru boleh membuat kesimpulan atau membuat pembetulan jika perlu.
Pembelajaran ini adalah sesi pembentangan dan pembincangan di dalam kelas.

- Tahap enam:

Guru akan memberikan soalan Ujian Pencapaian selepas mengajar menggunakan


kaedah kombinasi. Ini bagi menunjukkan perubahan pencapaian pelajar sebelum dan
selepas menggunakan kaedah ini.

4.0 ANALISIS DAN DAPATAN


Daripada kaedah-kaedah yang telah dijalankan, guru akan membuat refleksi dan
penilaian di atas kaedah-kaedah yang telah dijalankan. Guru akan membuat perbandingan
skor markah sebelum dan selepas menjalankan pengajaran dan pembelajaran kaedah-
kaedah teknologi ICT dan LCD serta kombinasi. Di antara Ujian Pra dan Ujian
Pencapaian akan menunjukkan skor markah yang berlainan. Skor markah bagi Ujian
Pencapaian diharapkan dapat meningkat berbanding sebelumnya bagi menunjukkan
bahawa telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam merekod dokumen
perniagaan.

RUJUKAN
Abdul Razak. (2005). Penggunaan Perisian Komputer dan LCD sebagai Bahan Bantu Mengajar
dan Pemudahcara. (atas talian)
http://jpnperak.edu.my/portal/download/kajantindakanweb/2005/laporan/votek/2_hulu_pera
k_abdul_razak_mat_wahie.pdf (3 September 2009)

Abdul Razak. (2003). Meningkatkan Kemahiran Merekod Dokumen Perniagaan Prinsip


Perakaunan menggunakan Kaedah Kombinasi. (atas talian)
http://jpnperak.edu.my/portal/download/KajianTindakanWeb/2007/rumusan/rum%20votek
%20edt/3.pdf (3 September 2009)

Naina Mohd. B. Md. Noor. (1999/2000). Stail pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid.
Jurnal Pendidikan TigaENF, Jilid 2: Bil 3.

Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib. (2004). Preferen pelajar terhadap teknik pengajaran guru.
Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya. 93-112.

Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Educational Psychologist, 22,
89-108.

Suhaida, Zaidatol, Noran, Habibah & Ahmad Tarmizi. (2006). Kesan Strategi Pembelajaran
Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan.
Universiti Malaya.

Suhaida Abdul Kadir. (2002). Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap
Prestasi Artibusi Pencapaian Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial Dalam
Pendidikan Perakaunan. Tesis Pendidikan. UPM.

You might also like