Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

Psikolinguistik Dan Sosiolinguistik Dalam Pengajaran Bahasa

Ratings: (0)|Views: 584|Likes:
Published by aderussardini

More info:

Published by: aderussardini on Nov 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/23/2012

pdf

text

original

 
PSIKOLINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK DALAM PENGAJARAN BAHASA Selasa, 13 Julai 2010 03:36 | Ditulis oleh profabdullah |
 Kursus dalam Perkhidmatan Kakitangan Penting Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia,Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.26-31 Julai 1976 
Pengajaran
 Sejak de Saussure membuat tanggapan dan pencerapan bagi menjalankan pengkajian bahasa darisegi struktur bentuk, maka linguistik berkembang dengan majunya. Bidang linguistik  berkembang dengan begitu pesat dalam kurun ke-20 ini. Ini bermakna kajian linguistik telahlama bermula. Sejak manusia mula berasa kagum terhadap bahasanya, mereka telah mulamengkaji dan mempelajari bahasa mereka itu. Manusia mula belajar mengkaji bahasanya keranakeperluan untuk menguasainya. Oleh itu, Panini, seorang ahli agama Hindu, telah mulamempelajari bahasa Sanskrit sejak 3000 tahun dahulu demik kepentingan mengekalkan sebutandan bacaan yang tepat bagi kitab suci Veda. Hasil kajian dan pengamatan itu masih dimanfaatioleh masyarakat Hindu hingga ke hari ini. Sarjana Yunani juga demikian, mereka berusahamenggolongkan kata-kata mengikut sifat benda-benda di dunia. Sehingga hari ini pun, penggolongan kata yang dibuat oleh orang Yunani itu seperti
nama, perbuatan, sifat, sendi
,dan
 seruan
, masih kita pakai. Begitu juga Al-Khalil dalam kurun ke-7 M telah mengkaji bunyi- bunyi al-Qur¶an yang tersusun pada zaman itu dapat dibakukan sistem sebutan dan ejaannyasehingga bacaannya masih kekal tidak berubah hingga sekarang.Daripada apa yang saya perkatakan ini terlihat bagaimana linguistik am:
 fonologi,morfologisintaksis,semantik,
dan
leksikografi
berhubung rapat dengan pembelajarandan pengajaran
bahasa
. Pendek kata tanpa deskripsi dari segi linguistik, maka sukarlah sesuatu bahasa itu diajarkan secara formal. Hasil kajian linguistik am terhadap bahasa itu dapat menjadi bahan penting dalam pengajaran bahasa. Sengaja saya gunakan di sini istilah
 pengajaran
 bahasakerana istilah pembelajaran mencakupi pengertian lain. Bidang pembelajaran mencakupi
 
 bidang
 psikologi
, iaitu cara bahasa
diperoleh
dan
dipelajari
. Aspek ini lebih lazim dikenalisebagai
 psikolinguistik 
. Memang
 psikolinguistik 
dan
linguistik gunaan
terlibat dalam pengajaran bahasa, dan bidang-bidang ini telah begitu berkembang dan penting sehingga setiap satunyamenjadi bidang sendiri pula. Dalam bab ini, saya membincangkan implikasi teori-teori tertentudalam pembelajaran dan pengajaran bahasa.
aedah Pengajaran Bahasa Zaman Yunani
 Mungkin manusia telah mula belajar bahasa selain daripada bahasa kandungnya sejak merekamula berasa perlu untuk berhubung antara satu sama lain. Tidak syak lagi bahawa ahli-ahli pelayaran, ketua-ketua angkatan perang yang menakluki negara-negara lain, telah mempelajari bahasa-bahasa lain untuk memudahkan kerja mereka. Agaknya sukar untuk kita menentukancorak kaedah yang mereka gunakan. Satu caranya ialah kita dapat membuat andaian tentang halini dengan melihat cara orang Zaman Pertengahan mempelajari bahasa. sebenarnya perkembangan dalam pembelajaran bahasa semenjak zaman Yunani sehinggalah kurun ke-20 initidaklah banyak berubah. Apabila pertembungan antara manusia menjadi lebih rapat akibatsistem perhubungan antara manusia menjadi lebih rapat akibat sistem perhubungan antaramanusia menjadi lebih rapat akibat sistem perhubungan antara manusia menjadi lebih rapatakibat sistem perhubungan yang merapatkan negara-negara, maka pembelajaran bahasamemerlukan kaedah yang lebih berkesan dan boleh menimbulkan hasil yang baik dalam masayang lebih singkat. Sebelum itu, perkembangannya amat perlahan. Sebenarnya pembelajaran bahasa sehingga itu, hanyalah bergantung pada kaedah terjemahan; samalah sebagaimana orangmempelajari bahasa Latin pada masa dahulu. Dalam kaedah ini, terjemahan memainkan perananyang amat penting. Bahan-bahan pengajaran mereka hanyalah terbentuk daripada bahanterjemahan semata-mata. Dalam bahagian tatabahasa pula, unsur-unsur tersebut selalu diajarkansecara formal. Tatabahasa yang diajarkan itu biasanya menggunakan kerangka dan unsur-unsur tatabahasa Latin yang disesuaikan di sana sini kepada bahasa yang diajarkan.Dalam mempelajari bahasa Malaysia, kita juga sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur dankeadaan ini. Buku yang dikarang untuk mengajar bahasa Melayu yang dihasilkan oleh
 
Swettenham (1886), Maxwell (1882), Winstedt (1927), dan Za¶ba (1965) sendiri, terang-terangdidasarkan kepada tatabahasa bahasa Inggeris yang sebenarnya disadur daripada tatabahasa bahasa Latin. Za¶ba pula menerima unsur-unsur bahasa Arab. Umpamanya deskripsi jenis kata-katanya masih lagi mengikut golongan kata-kata Yunani, seperti yang ditiru oleh Latin keranaZa¶ba menerima adanya kata-kata jenis
nama, perbuatan, sifat, sendi,
dan
 seruan.
Swettenham pula membincangkan unsur 
kala
seolah-olah bahasa Melayu itu adalah suatu bahasa yangmempergunakan
kala
seperti bahasa Inggeris. Begitu juga Winstedt menyebutunsur 
bilangan
Za¶ba (1940/1965) pula tidak sunyi daripada masalah demikian. Dalam bukunya
 Pelita Bahasa Melayu I 
, Za¶ba mengatakan bahawa huruf menghasilkan bunyi. Ini tidak  berbeza daripada pendapat Yunani 2000 tahun dahulu, dan konsep ini masih belum berubahdalam buku Za¶ba.Seperti yang saya katakan tadi, proses pembelajaran bahasa ini berubah dengan pesat dalamkurun ke-20 ini. Hal ini telah berlaku kerana beberapa faktor. Negara-negara mula berhubungantara satu dengan lain dan memerlukan pembelajaran bahasa untuk perhubungan.Perkembangan linguistik telah memberi pedoman yang baharu kepada bidang ini; dan tidak jugakurang pentingnya, bahawa dalam masa Perang Dunia Kedua, negara Amerika Syarikat telahmemberi tumpuan kepada pembelajaran bahasa-bahasa Eropah seperti bahasa Jerman, Perancis,dan Rusia untuk kepentingan peperangan. Hal ini telah menghasilkan kesan positif yang banyak terhadap pembelajaran bahasa. di samping itu pada masa yang sama, kajian psikologi menjadilebih saintifik. Salah satu daripada bidang yang dikaji, ialah, bagaimana kanak-kanak belajar menuturkan bahasa. kajian-kajian seperti ini dijalankan oleh Freud, Piaget, dan ahli-ahli psikologi yang lain, telah mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap pengajaran bahasa.mereka mendukung teori behaviorisme. Apa yang mereka anggap behaviorisme itu ialah gerak-geri binatang, termasuklah manusia, segala-galanya merupakan dasar dalam pembentukan tabiat.Pembentukan tabiat ini mestilah berdasarkan rangsangan dan gerak balas. Ramai ahli psikologimenjalankan kajian tentang behaviorisme. Kajian dan hasil kajian ini digunakan untuk menjelaskan seorang ahli psikologi di Universiti Harvard, B.F. Skinner, yang menulis buku
Verbal Behavior 
(1957). Dalam buku itu beliau membincangkan teori bagaimana manusia belajar bertutur. Segala-galanya ini mempunyai implikasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->