You are on page 1of 42

Panduan Asas

Ubuntu 10.04 LTS


Desktop Edition

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 1
Notis.
Artikel ini menggunakan lesen “Creative Commons Attribution-Noncommercial-Share Alike
2.5 Malaysia License.”

Keterangan Ringkas Lesen.


Anda adalah bebas:
• untuk membuat salinan, mengedar, mempamer, atau mempersembahkan karya
Tersebut
• untuk membuat karya terbitan

Di bawah syarat-syarat berikut:


• Pengiktirafan — Anda mesti mengiktirafkan karya tersebut dalam cara yang
ditentukan oleh pencipta atau pemberi lesen (tetapi tidak dalam sebarang cara yang
mencadang yang mereka telah memberi sokongan kepada anda dan pengunaan
anda karya tersebut).
• Bukan komersial — Anda tidak dibenarkan mengunakan karya tersebut untuk tujuan
komersial.
• Perkongsian Serupa — Jikalau anda mengganti, mengubah bentuk ataupun
membina atas karya tersebut, anda mesti mengedar hasil karya tersebut hanya di
bawah satu lesen yang sama seperti yang ini.

With the understanding that:


• Waiver — Any of the above conditions can be waived if you get permission from the
copyright holder.
• Other Rights — In no way are any of the following rights affected by the license:
◦ Your fair dealing or fair use rights;
◦ The author's moral rights;
◦ Rights other persons may have either in the work itself or in how the work is used,
such as publicity or privacy rights.
◦ Notice — Untuk sebarang pengulangan penggunaan ataupun pengedaran,
anda mesti menjelaskan kepada orang-orang lain terma-terma lesen karya ini.

Keterangan Penuh Lesen.


Sila rujuk laman ini -- http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/legalcode.

Penafian.
Tanda dagangan Ubuntu® adalah hak milik Canonical Ltd dan digunakan di bawah lesen
Canonical Ltd. Pandangan pada artikel ini tidak semestinya mewakili polisi dan ketetapan
dari Canonical Ltd atau Ubuntu. www.ubuntu.com.

Tanda dagangan lain adalah tertakluk pada hak milik pihak-pihak yang berkaitan.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 2
BAB 3 : DESKTOP ANDA

Asas Desktop.
Ubuntu menggunakan persekitaran desktop yang dipanggil GNOME. Ia merupakan
desktop yang amat mesra pengguna, ringan dan stabil. Untuk panduan ini, kita akan
menggunakan Ubuntu 10.04 LTS Desktop Edition dengan GNOME versi 2.30.
Anda boleh melihat versi GNOME dengan klik ke System > Administration > System
Monitor. Klik pada tab System. Ia akan memaparkan versi GNOME yang digunakan
Ubuntu.

Panel.
Terdapat dua (2) panel pada bahagian atas dan bawah desktop Ubuntu. Panel atas
memaparkan dari kiri ke kanan -- Main Menu dan Indicator Applet .

No Item Keterangan
Terbahagi kepada tiga bahagian, Applications, Places
1 Main Menu
dan System.
Memaparkan status bateri, rangkaian, wifi, suara, emel
2 Indicator Applet dan status aplikasi-aplikasi lain. Ini termasuklah
Notifications Area, Clock dan Indicator Applet Session.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 3
Panel bawah pula memaparkan dari kiri ke kanan -- Show Desktop, Window List,
Workspace dan ikon Trash.
No Item Keterangan
Klik untuk mengecilkan semua tetingkap yang dibuka
untuk menunjukkan Desktop. Membesarkan kembali
1 Show Desktop.
semua tetingkap ke keadaan asal apabila diklik sekali
lagi.
2 Window List. Memaparkan senarai tetingkap yang sedang dibuka.
Memberikan anda lebih ruang Desktop dengan
3 Workspace.
menyediakan ruang kerja tambahan.
4 Trash Apa-apa item yang dipadam akan diletakkan di sini.

Untuk menyunting panel-panel ini klik kanan tetikus pada ruang kosong di panel.

Item. Keterangan.
Add to Panel. Menambah fungsi tambahan pada panel seperti CPU
Frequency Scaling Monitor, Brigtness Applet dan lain-
lain.
Properties. Menetapkan saiz, orentasi, fungsi Autohide, Background
untuk panel.
Delete This Panel. Memadamkan panel.
New Panel. Menambah panel baru.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 4
Main Menu.

Main Menu merupakan menu utama bagi pengguna Ubuntu untuk akses kepada segala isi
komputer. Ini termasuklah aplikasi perisian, folder dan sistem serta konfigurasi OS. Main
Menu terbahagi kepada tiga (3) bahagian.

Item. Keterangan.
Akses kepada semua perisian yang terdapat pada Ubuntu
termasuklah perisian internet, pejabat, audio, video dan juga
Applications
kepada Ubuntu Software Center – iaitu aplikasi untuk menambah
dan membuang perisian.

Akses kepada cakera keras, cakera optik, peranti-peranti lain,


Places
Home Folder, Network, carian fail dan juga Recent Documents.

Akses kepada konfigurasi sistem antaranya kawalan tetikus,


System Screensaver, Users and Groups, Appearance dan lain-lain. Ia
terbahagi kepada dua iaitu Preferences dan Administration.

Indicator Applet.

Apa-apa maklumat indikator yang boleh dimanupulasikan akan terpapar di bahagian ini.
Secara lalai, ia memaparkan Networking Manager dan juga Sound Preferences. Diikuti
dengan paparan tarikh, masa, status dan terakhir butang untuk sesi yang boleh digunakan
untuk Log Out, Switch User atau Shut Down.

Item. Keterangan.
Lock Screen. Mengunci skrin, digunakan ketika anda ingin beredar
sebentar dari PC namun tidak mahu komputer
dipadamkan.
Guest Session. Fungsi unik pada Ubuntu ini membenarkan anda
membuka sesi lain yang menggunakan user Guest.
Setelah seseorang itu keluar dari sesi ini, segala data
akan dipadamkan. Pengguna yang menggunakan sesi
ini juga tidak boleh akses ke fail anda.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 5
Gunakan ini ketika anda ingin memberi pinjam
komputer kepada orang lain.
Switch From.... Tukar kepada akaun User lain tanpa perlu Log Out
akaun yang sedang dibuka. Aplikasi yang sedang
digunakan tidak akan ditutup ketika proses Switch User.
Log Out. Keluar dari akaun User yang sedang dibuka. Segala
yang sedang berjalan pada User ini akan ditutup.
Suspend. Juga dikenali sebagai Stand By. Ia akan menutup
sebahagian perkakasan yang tidak perlu seperti kipas
dan cakera keras tapi tidak menutup keseluruhan sistem.

Anda dapat menyambung semula kerja anda jika anda


memberi input pada PC seperti menekan papan kekunci.
Sesuai digunakan ketika anda tidak berada di depan PC
untuk jangka masa pendek kerana tidak perlu menunggu
PC untuk Boot.
Hibernate. Sama fungsi seperti Shutdown. Bezanya, ia akan
menyimpan segala data dan aplikasi yang sedang
berjalan. Jadi bila buka kembali PC, ia akan
memaparkan keadaan sama seperti sebelum ditutup.
Restart. Menutup dan menghidupkan semula PC secara
automatik.
Shutdown.. Menutup PC dengan cara yang selamat.

Show Desktop.

Ia butang kecil yang mempunyai fungsi untuk mengecilkan semua tetingkap yang dibuka
dan membesarkan kembali tetingkap ini apabila diklik sekali lagi.

Window List.

Menyenaraikan nama-nama tetingkap atau aplikasi yang sedang digunakan. Klik-kanan


pada nama ini untuk akses kepada menu tambahan.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 6
Workspace.

Fungsi Workspace memudahkan anda jika perlu membuka pelbagai aplikasi pada masa
yang sama. Ia menghasilkan Desktop tambahan memberikan anda ruang lebih untuk
melakukan kerja. Boleh klik sebelah kanan atau kiri kotak untuk menukar ruang kerja anda
atau;

Tekan kekunci Windows + E untuk memaparkan Expo. Dwi-klik untuk masuk ke salah satu
Workspace.

Trash.

Jika anda ada memadamkan folder atau fail. Ia akan disimpan pada Trash dahulu. Anda
boleh akses ke Trash dengan klik skali pada ikon ini.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 7
Antara Muka Nautilus.
Ketika anda menggunakan Ubuntu pasti akan berinteraksi dengan fail dan folder. Bila
mana, sesuatu tetingkap dibuka untuk melungsuri direktori dalam komputer anda. Ini
bermakna anda membuka Nautilus.

Pengurus fail Nautilus terdiri dari beberapa unsur yang penting. Amat penting bagi anda
mengetahui fungsinya supaya dapat mengurus fail dengan lebih baik.

No. Item. Keterangan.


Membolehkan anda akses kepada banyak tugas Nautilus.
Kebanyakkan fungsi ini boleh diakses dengan klik-kanan tetikus
1 Menu
pada fail. Anda juga boleh menetapkan Backgrounds and Emblems
dan Preferences di sini.

Membolehkan anda untuk navigasi Nautilus dengan cepat. Terdapat


2 Toolbar butang Back, Forward, Up, Stop, Reload, Home, Computer, dan
Search .

Membolehkan anda mengesan kedudukan fail, folder atau URI.


3 Location Bar Terdapat dua jenis paparan iaitu berdasarkan teks dan berdasarkan
butang.

Membantu anda dalam navigasi fail dan folder. Secara lalai, ia


4 Side Pane akan memaparkan Places di mana hanya sekali klik anda boleh
terus ke folder atau peranti yang disambung ke komputer.

Menunjukkan bilangan item dalam folder dan juga memaparkan


5 Status Bar jumlah ruang kosong memori, apabila satu fail dipilih ia
menunjukkan nama fail tersebut dan saiznya.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 8
Fungsi Bookmark.
Gunakan fungsi Bookmark untuk meletakkan folder kegemaran anda dibahagian Side
Pane yang mana folder ini boleh diakses dengan sekali klik sahaja.
1. Pilih folder yang ingin di Bookmark.

2. Seret folder tersebut ke Side Pane.

Menyahpalam Peranti.
Apabila anda memalamkan peranti lain seperti Flash dan pemain MP3. Ikon peranti itu
akan muncul di Side Pane. Untuk akses terus anda boleh klik pada ikon itu. Untuk
menyahpalam, klik butang Eject.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 9
Menu Tambahan.
Fungsi-fungsi lain boleh diakses dengan klik-kanan pada folder atau fail.

Item. Keterangan.
Open Membuka folder atau fail.
Open in New Tab Membuka folder pada tab baru.
Open in New Window Membuka folder pada tetingkap baru.
Open with Other Membuka fail dengan aplikasi lain yang bukan
Application... lalai.
Cut Menyalin item kemudian item asas itu akan
dipadamkan setelah salinan selesai.
Copy Menyalin item tetapi item asal akan kekal.
Paste Into Folder Menampal item disalin ke dalam sesuatu folder.
Make Link Membuat pintasan atau shortcut.
Rename... Menamakan semula fail atau folder.
Move to Trash Buang item ke Trash.
Compress... Memampatkan item. Juga dikenali sebagai
Archive.
Sharing Options Membuka opsyen untuk berkongsi item dengan
rangkaian LAN.
Send To... Menghantar item ke emel atau bluetooth. Juga
fungsi lain.
Properties Akses tambahan pada info item.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 10
Tab.
Tab membenarkan anda membuka folder lain dalam satu tetingkap berbanding cara lama
yang memerlukan anda membuka tetingkap berlainan.
1. Klik-kanan pada folder > Open in New Tab.

2. Nama folder tadi akan muncul pada Tab baru.

3. Untuk memindahkan fail ke Tab yang lain. Hanya seret fail itu ke arah Tab yang
dikehendaki.

Mengarkib Fail.
Arkib atau juga dikenali sebagai Compress membolehkan anda meletakkan pelbagai item
dalam satu fail yang dimampatkan saiznya supaya lebih kecil untuk dibawa terutamanya
untuk diemelkan pada seseorang.
1. Klik-kanan pada folder > Compress.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 11
2. Tetapkan nama fail di Filename dan jenis arkib.

3. Tetapkan destinasi fail di Location.


4. Pilih Other Options jika anda mahu tambah Password atau memecahkan fail ini ke
bahagian lebih kecil.

Properties.
Memaparkan maklumat tambahan item dan konfigurasi. Klik-kanan pada item >
Properties.

Item. Keterangan.
Basic Memaparkan Name, Type, Size, Location, Volume,
Accessed dan Modified. Anda juga boleh menukar
nama dan ikon fail di sini.
Emblems Memberikan ikon kecil pada ikon fail sebagai tanda.
Permissions Memberikan kebenaran untuk mengakses kepada folder
atau fail. Terbahagi kepada tiga (3) iaitu Owner, Group
dan Other.
Pilihan untuk memberikan kebenaran execute juga
terdapat di bahagian ini.
Open With Memilih perisian untuk membuka fail.
Notes Menulis nota atau peringatan pada fail.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 12
Video/Audio/Image/ Memaparkan maklumat terperinci fail atau folder.
Document
Share Berkongsi fail atau folder dengan PC lain dalam
rangkaian LAN.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 13
Mengurus Sambungan Internet.
Ubuntu boleh berinteraksi dengan pelbagai jenis sambungan internet moden pada masa
kini.

Menyambung Wifi.
1. Klik-kiri pada ikon Network Manager.

2. Klik pada senarai Wifi yang tertera.


3. Masukkan kata laluan jika diminta.

4. Tunggu seketika untuk sambungan.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 14
Menyambung Jalur Lebar 3G.
Untuk sambungan modem atau telefon bimbit melalui kabel.

1. Palamkan modem 3G anda sama ada menggunakan telefon bimbit atau modem
khusus 3G.
2. Tunggu seketika untuk Ubuntu mengeluarkan pop up.
3. Pilih model modem/telefon bimbit anda di Create a connection for this mobile
broadband device. Seterusnya, klik Forward.

4. Pilih negara anda, dalam kes ini pilih Malaysia. Seterusnya, klik Forward.
5. Pilih pembekal perkhidmatan jalur lebar anda sama ada Celcom, Digi atau Maxis.
Seterusnya, klik Forward.
6. Pilih pelan yang digunakan anda. Pelan seperti pascabayar dan prabayar mungkin
menggunakan tetapan yang berbeza. Seterusnya, klik Forward.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 15
7. Jika tiada apa-apa perubahan lagi klik Apply.
8. Untuk menyambung ke 3G. Klik-kiri tetikus pada ikon Network Manager. Klik pada
nama 3G anda cipta tadi. Tunggu seketika untuk sambung.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 16
Menyambung Sambungan Wayar.
1. Pasangkan wayar LAN ke komputer. Tunggu seketika untuk Ubuntu mendapatkan
alamat IP.

2. Jika, tiada sambungan secara automatik klik-kiri pada ikon Network Manger klik
nama yang tertera di bawah tajuk Wired Network.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 17
Mengakses Rangkaian LAN.
Bagi PC yang disambung ke rangkaian LAN dan mempunyai komputer lain disambung
pada rangkaian sama, anda boleh berkongsi fail, mengakses serta memindah fail antara
komputer tanpa perlu menggunakan peranti lain. Akses ke komputer lain boleh dicapai
dengan cara-cara ini.

Melalui Network pada Nautilus.


1. Klik Places > Network.

2. Dwi-klik pada ikon PC yang tertera atau masuk Windows Network.

Nota.
Perlu diingatkan, kebenaran untuk menulis dan
membaca fail hendaklah diberikan oleh PC yang
sedang diakses.

Melalui Alamat IP.


1. Buka apa-apa folder. Contohnya Home Folder.

2. Tekan Ctrl + L untuk menukar Location Bar kepada alamat.


3. Taipkan smb:// diikuti dengan alamat IP komputer yang ingin diakses. Contohnya
jika IP ia 192.168.0.32 .Taipkan smb://192.168.0.32 . Kemudian, tekan Enter.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 18
Mengurus Pencetak.
Aplikasi mengurus pencetak boleh diakses melalui System > Administration > Printing .

Memasang Pencetak.
Kebanyakkan masanya apabila anda menyambung pencetak. Ubuntu akan memasang
sendiri pencetak itu tanpa perlu memasang pemacu tambahan. Jika tidak, ikuti panduan di
bawah.
1. Klik butang New.

2. Pilih sambungan yang digunakan. Kemudian, Klik Forward.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 19
3. Pilih jenama dari senarai. Klik Forward.

4. Pilih pula model pencetak. Untuk Drivers dicadangkan anda memilih nama yang
mempunyai [recommended]. Klik Forward.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 20
5. Sunting apa-apa yang perlu jika tidak abaikan sahaja. Klik Apply.

6. Kini pencetak itu akan muncul pada Printer configuration.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 21
DAPATKAN AKSESORI LINUX @ DIGIPLEX
http://digiplex.digide.com.my

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 22
Pencetak Dalam Rangkaian.
Untuk menggunakan pencetak lain dalam rangkaian.
1. Klik Server > Settings.

2. Tandakan Show printers shared by other systems.

Untuk berkongsi pencetak anda.


1. Pada tetingkap Printer configuration. Klik Server > Settings.
2. Tandakan Publish shared printers connected to this system.
3. Klik-kanan tetikus pada ikon pencetak yang ingin dikongsi.
4. Klik Shared.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 23
Konfigurasi Pencetak.
Untuk menukar ketetapan pencetak. Dwi-klik pada ikon pencetak yang dikehendaki. Dari
sini anda boleh mengubah saiz kertas, kualiti cetakan, orientasi dan pelbagai lagi.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 24
Mengawal Kelantangan Audio.
Ada dua (2) cara mengawal kekuatan audio :
• Letakkan penunjuk tetikus atas ikon Sound. Kemudian, gunakan skrol tetikus untuk
menguat atau memperlahan suara. Atau;

• Klik-kiri tetikus pada ikon itu kemudian seret bar yang muncul ke kiri atau kanan.
Untuk membisukan audio :
1. Klik-kanan tetikus pada ikon.
2. Kemudian, klik Mute All.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 25
Sound Preferences.
Sound Preferences membolehkan anda memanipulasikan Sound Effects, Profile Audio
Hardware, kenyaringan mikrofon, Connector bagi output audio, mengawal kelantangan
bagi aplikasi yang sedang menggunakan audio dan lain-lain. Untuk akses ke Sound
Preferences :

1. Klik-kanan tetikus pada ikon.


2. Klik Sound Preferences.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 26
Tema dan Penampilan.
Terdapat dua (2) cara untuk akses panel Appearance Preferences bagi menukar
penampilan Ubuntu anda :
• Pergi ke System > Preferences > Appearance atau ;

• Klik-kanan tetikus pada mana-mana ruang kosong pada Desktop. Klik Change
Desktop Background .

Tema.
Untuk menukar tema.
1. Klik pada tab Theme.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 27
2. Klik sekali pada tema yang dikehendaki.
3. Tekan Close.

Untuk memasang dan menambah tema.


1. Klik pada Get more themes online.
2. Setelah Firefox keluar. Cari tema yang dikehendaki dan muat turun.
3. Pada tab Theme tadi klik butang Install.
4. Cari pakej fail yang dimuat turun dan tekan Open. Tunggu seketika untuk Ubuntu
mengaplikasikan tema yang baru.
5. Tekan Close jika sudah selesai.

Latar Belakang.
Untuk menukar latar belakang.
1. Klik tab Background.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 28
2. Klik sekali pada imej yang dikehendaki.
3. Anda boleh tetapkan style seperti Tiled, Zoom, Centered, Scaled dan Fill Screen.

Untuk menambah latar belakang.


1. Klik butang Add.
2. Pilih imej dari komputer.
3. Kemudian klik Open.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 29
Masa dan Tarikh.
Untuk menukar masa dan juga tarikh.
1. Pergi ke System > Administration > Time and Date .

2. Klik butang dengan imej kunci. Masukkan kata laluan seperti yang diminta.

3. Ubah masa dan tarikh.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 30
Paparan Monitor.
Menukar resolution, refresh rate, rotation dan detect monitors boleh dicapai dengan akses
ke Display Preferences dengan pergi ke System > Preferences > Display.

Memaparkan Imej Pada Projektor.


1. Palamkan kabel projektor pada laptop atau desktop.

2. Buka Display Preferences. Ubuntu akan memaparkan nama projektor tersebut. Jika
tiada, klik pada Detect monitors.
3. Untuk mengaktifkan paparan projektor, klik kekotak projektor dan klik On.
4. Klik Same image in all monitors jika mahu paparan sama seperti apa yang tertera
pada skrin.
5. Pilih rotation jika projektor diletakkan secara lain dari kebiasaan.
6. Kemudian, klik Apply.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 31
Pengurusan Kuasa.
Anda boleh tetapkan mod yang ingin digunakan komputer seperti Sleep setelah beberapa
minit komputer diabaikan, keadaan laptop ketika skrin dilipat atau lain-lain lagi.
Pengurusan kuasa yang betul dapat menjimatkan tenaga terutama laptop yang bergantung
pada bateri.
Anda boleh akses ke Power Management Preferences dengan pergi ke System >
Preferences > Power Management.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 32
Membersih Sistem.
Setelah menggunakan Ubuntu beberapa lama, kadang-kala ada fail atau pakej yang tidak
digunakan lagi. Proses pembersihan fail ini bolehlah dibuat melalui Computer Janitor.
Untuk akses pergi ke System > Administration > Computer Janitor.

Membuang Fail Lama.


1. Tunggu seketika ketika Computer Janitor sedang loading.

2. Ubuntu akan memaparkan senarai fail lama yang boleh dibuang.


3. Sila perhatikan senarai ini sama ada terdapat aplikasi atau fail yang masih ingin
disimpan. Ini kerana aplikasi yang tiada kemaskini juga akan disenaraikan. Sila
butang tanda pada nama yang ingin disimpan.
4. Setelah berpuas hati, klik Do selected tasks.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 33
Kemaskini Ubuntu.
Ubuntu sentiasa dikemaskini, ini memandangkan sifat perisiannya yang berkonsepkan
sumber terbuka. Maka banyak kelompangan atau kecacatan perisian dapat dikemaskini
dengan pantas. Dari masa ke semasa, Update Manager akan pop up secara automatik
dan menyatakan terdapat kemaskini.
Anda juga boleh akses ke Update Manager dengan pergi ke System > Administration >
Update Manager.

Mendapatkan Server Terpantas.


Jika anda dapati kelajuan muat turun kemaskini tidak selaju prestasi internet anda. Cuba
lakukan langkah di bawah.
1. Klik Settings pada Update Manager.

2. Pada tab Ubuntu Software, klik Download from.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 34
3. Pilih Other.
4. Klik pada Select best server pada tetingkap yang keluar.

5. Tunggu seketika. Setelah Ubuntu memilih server yang pantas. Klik Choose server.
6. Kemudian, tekan Close. Tunggu sekejap untuk Ubuntu mengemaskini data.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 35
Repositories.
Repositories atau singkatannya Repo merupakan cara untuk Ubuntu mengemaskini perisian
yang ada dengan lebih teratur dan berpusat. Selalunya setiap perisian yang dipasang akan
dibekalkan sekali dengan link Repo.
Berbeza dengan OS lain yang anda perlu mengemaskini secara berbeza mengikut perisian
contohnya anda kena kemaskini anti virus dan perisian pejabat secara berasingan. Ini
kadangkala merumitkan bukan itu sahaja kadangkala kemaskini perisian itu tidak
seimbang.
Untuk akses ke repositories, pergi ke System > Administration > Software Sources.

Menambah Repo.
Ketika Software Sources sedang dibuka.
1. Klik tab Other Software.

2. Klik butang Add.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 36
3. Kemudian, letakkan link Repo pada ruang APT Line.
4. Klik Add Souce.
5. Klik Close. Tunggu seketika untuk Ubuntu dikemaskini.

Authentication.
Kadangkala Repo disertakan bersama Authentication Key. Ini bagi menjamin keselamatan
ketika proses kemaskini dilakukan. Ia selalunya dimuat turun dari laman web atau
diberikan dalam fail bentuk teks.
Untuk menambah Authentication Key.
1. Pergi ke tab Authentication.

2. Klik Import Key File...


3. Pilih fail yang berkenaan dan klik OK.
4. Tekan butang Close.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 37
Hardware Drivers.
Kebanyakkan pemacau atau Driver bagi PC telah pun tersedia dalam Ubuntu.
Bagaimanapun, ada sesetengah pemacu tidak dapat disertakan sekali dengan Ubuntu
kerana isu lesen.
Antara pemacu yang perlu dipasang pemacu adalah kad grafik Nvidia atau Ati,
sesetengah peranti Wifi dan lain-lain. Untuk itu, ikuti langkah ini jika ingin memasang
pemacu terlarang.
Akses ke Hardware Drivers dengan pergi ke System > Administration > Hardware Drivers.

1. Klik Activate pada pemacu yang ingin dipasang.

2. Tunggu seketika untuk Ubuntu memuat turun dan seterusnya memasang pemacu
berkenaan.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 38
Mengurus Pengguna Dan Kumpulan.
Kebanyakkan pengguna komputer hari ini akan berkongsi komputer dengan beberapa
pengguna yang berlainan seperti ahli keluarga. Justeru, memberikan akaun yang
berlainan pada setiap pengguna yang berbeza amat digalakkan bagi mengelakkan fail
atau data perngguna berlainan dicampur adukkan.
Akses ke Users and Groups dengan pergi ke System > Administration > Users and Groups.

Menambah Pengguna Baru.


1. Klik Add yang terletak di bahagian kiri bawah.

2. Masukkan nama penuh di ruang Name dan nama samaran di ruang Short Name.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 39
3. Anda akan ditanya untuk membuat kata laluan bagi pengguna baru, isikan ruangan
ini dan klik Don't ask for password on login jika mahu pengguna baru memasuki
akaun tanpa meletakkan kata laluan.

Menetapkan Jenis Akaun.


1. Klik pada akaun yang ingin anda tukarkan.
2. Lihat Account Type di sebelah kanan. Klik Change.
3. Pilih sama ada Custom, Administrator atau Desktop User.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 40
Akaun yang mempunyai kuasa Administrator boleh memasang, mengubah dan
membuang aplikasi-aplikasi serta beberapa ciri yang lain. Sedangkan Desktop User tidak
mempunyai kuasa sebegini. Mereka hanya boleh menggunakan perisian tanpa ada kuasa
untuk menambah atau membuang perisian terbabit.

Menetapkan Kumpulan.
Kumpulan amat berguna apabila anda ingin memberi atau menghalang akses dari
sesetengah pengguna. Katakanlah anda mempunya fail yang ingin diberikan akses kepada
hanya pengguna wanita. Anda boleh buat satu kumpulan Wanita dan letakkan pengguna
komputer anda yang berjantina wanita ke dalam kumpulan ini.
1. Pada Users and Groups tekan Manage Groups.
2. Anda boleh menambah pengguna ke dalam senarai yang sedia ada atau klik Add
untuk menambah kumpulan baru.

3. Sebarang kumpulan juga boleh dibuang dengan klik Delete.

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 41
DAPATKAN UBUNTU TERKINI @ DIGIPLEX
http://digiplex.digide.com.my

E-Buku ini disediakan oleh Digide Technology ( www.digide.com.my ) dan komuniti Jom Linux ( www.jomlinux.com ) 42

You might also like