You are on page 1of 95

PENGURUSAN

KAUNSELING
ORGANISASI
PENDIDIKAN
(NPQH)

MOHD DAWI ITHNIN


JABATAN HAL EHWAL MURID & KAUNSELING
OBJEKTIF
• Memahami perbezaan antara nasihat,
bimbingan dan kaunseling.
• Berpengetahuan menggunakan
pendekatan kaunseling dalam
pengurusan organisasi.
• Membantu Guru Bimbingan & Kaunseling
bagi menyelia keberkesanan
perkhidmatannya dan peranannya
mengikut SPI.
• Dapat membezakan antara Kaunselor
Profesional dan Guru Bimbingan
PERANAN
GURU BESAR
• Menyediakan kepemimpinan untuk program B & K.
• Menyediakan personel kepada Jawatankuasa
B & K.
• Menyediakan sokongan dan galakan pentadbir.
• Mengambil bahagian secara aktif dalam menentu
dan menjelaskan tugas dan peranan B & K.
• Memberi masa yang cukup, tempat, kemudahan
dan alat-alat yang diperlukan untuk melaksanakan
program.
• Berunding dengan jawatankuasa B & K
tentang pengelolaan, pengawalan dan
penilaian program.
• Memastikan perkhidmatan B & K
dilaksanakan dan dinilai.
• Membantu mengenal pasti keperluan B & K
di sekolah dan mencadangkan kewujudan
unit kaunseling atau intervensi kaunseling
yang beretika.
• Membina perhubungan tugas yang
menyokong dan bekerjasama dengan
pentadbir, guru-guru dan pakar.
• Membantu dalam pembinaan perancangan
dan struktur bimbingan yang komprehensif,
termasuk program guru-penasihat yang
boleh dilaksanakan dalam jadual sekolah.
• Menyampaikan falsafah dan struktur
program kepada ibu bapa dan masyarakat
umum.
• Berunding dengan jawatankuasa bimbingan
tentang isu yang istimewa, kebimbangan,
atau masalah yang terdapat di kalangan
pelajar dan personel sekolah.
PENASIHAT

“Orang yang memberi


tunjuk ajar”
PEMBIMBING

“Orang yang memandu


dan memimpin”
BIMBINGAN

Bimbingan ialah bantuan yang diberikan


kepada seseorang individu untuk
menentukan matlamat-matlamat jangka
pendek dan panjang, merancang cara-cara
bertindak dan memperbaiki sikap dan
tingkah laku dalam aspek-aspek yang
dirasakan perlu oleh individu itu.

Alice Crow (1964)


KAUNSELING

“Proses teratur yang


melibatkan perbincangan
yang rapi tentang
masalah yang dihadapi
oleh seseorang”
KAUNSELING
“…. counseling, like kissing, is so
intrinsically interesting and satisfying that
few bother to critically examine it.”

“….kaunseling, umpama suatu kucupan


yang memberikan kepuasan dan kesan
dalaman, walau bagaimanapun tidak
ramai yang mengamatinya secara kritikal.”
Thoresen, 1969
ORGANISASI
Kesatuan yang terdiri
daripada bahagian-bahagian
atau orang dalam sesuatu
pertubuhan atau kumpulan
untuk tujuan-tujuan tertentu
demi kepentingan bersama.
STRUKTUR ORGANISASI

TERDAPAT 6 ELEMEN UTAMA


PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH
PENGURUS SEMASA
MEREKABENTUK STRUKTUR
ORGANISASI UNIT KAUNSELING
ENAM ELEMEN TERSEBUT
1. Pengkhususan kerja.
2. Pembentukan jabatan.
3. Rantaian arahan.
4. Jarak kawalan kuasa.
5. Pemusatan dan pengagihan kuasa.
6. Formalisasi.
PENGKHUSUSAN KERJA

Pembahagian GBKSM untuk


merujuk kepada darjah
pembahagian tugas organisasi
kepada kerja-kerja berasingan.
PEMBENTUKAN JABATAN

Dasar yang membahagikan kerja


mengikut kumpulan dipanggil
pembentukan jabatan.
SURAT PEKELILING
IKHTISAS GBKSM

SPI 19 Ogos 2002


PEMBERITAHU PELANTIKAN GURU
BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH
MASA (GBKSM) PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN SISWAZAH/
BUKAN SISWAZAH
…14 SENARAI TUGAS GBKSM
RANTAIAN ARAHAN

Satu hubungan yang tidak


terputus daripada kekuasaan
pihak atasan terhadap GBKSM
mereka. Ia juga menjelaskan
siapa melaporkan kepada siapa.
SURAT PEKELILING
IKHTISAS GBKSM
SPI Bil 3/1996 (11 Julai 1996)
PANDUAN TAMBAHAN :
PERLANTIKAN GURU KAUNSELING
SEPENUH MASA DI SEKOLAH MENENGAH

Pengetua/Guru Besar

Pen. Kanan Pen. Kanan


Akademik HEM

Kaunselor
JARAK KAWALAN KUASA

Berapakah bilangan pekerja yang


membolehkan seseorang pengurus
mengarah dengan berkesan dan
cekap.
(1:500)
PEMUSATAN DAN
PENGAGIHAN KUASA
Merujuk kepada darjah di mana segala
keputusan organisasi berpusat di suatu titik di
dalam organisasi. Konsep ini meliputi
kekuasaan rasmi sahaja. Jika keputusan
organisasi dibuat tanpa mengambil kira
pendapat pekerja peringkat rendah, organisasi
tersebut mengamalkan pemusatan kuasa. Jika
sebaliknya semakin banyaklah pengagihan
kuasa yang berlaku.
FORMALISASI

Sejauh mana sesuatu tugas


mengikut piawaian. Dalam
organisasi yang mengamalkan
formalisasi, terdapat huraian kerja
yang terperinci, banyak peraturan
organisasi dan prosedur kerja
yang banyak dinyatakan dengan
jelas sekali.
REALITI RAKYAT MALAYSIA
(Membina matlamat yang selari)

• Penduduk berbilang kaum


• Latar belakang masyarakat
• Aspek budayanya
• Sistem kepercayaan
• Latar belakang ekonomi
• Sistem politik
PERKEMBANGAN TERKINI
SEMAKIN MENCABAR

• Ibubapa/penjaga celik huruf


• Peluang dan ruang banyak
• Pembangunan Industri
(ICT,VCD,INTERNET)
• Program dan aktiviti semakin banyak
• Masyarakat Perihatin
REALITI GBKSM

• MEMAHAMI KONSEP

• MEMBINA IMEJ

• MEMBINA HUBUNGAN
SEBAB-SEBAB KAUNSELOR
TIDAK DAPAT MAKLUMAT
PERMASALAHAN PELAJAR

• Kaunselor di anggap tidak cekap


• Aduan tidak dibuat kerana urusan peribadi
• Mengambil tindakan sendiri di luar
peraturan/undang-undang.
• Takut, malu, atau tidak rela untuk
menghadapi risiko.
• Takut disoal siasat dengan begitu teruk
• Menjaga nama baik
• Takut terguguat kebolehan
• Masalah tidak pasti
PERSONALITI GURU
(SAE)

• SOSIAL
• ARTISTIK
• ENTERPRISING
PERKEMBANGAN TERKINI
• Pencegahan dadah
• Pencegahan rasuah
• Sekolah selamat
• Patriotik pelajar
• Akta, peraturan dan surat-surat pekeliling
ikhtisas
• Masalah sosial
• Integrasi
• Pembangunan Insan
• Media
PEKELILING-PEKELILING
BERKAIATAN

• Pekeliling Ikhtisas Kementerian


Pendidikan Malaysia
• Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam
• Akta Pendidikan
PEKELILING IKHTISAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

• Pekeliling dari mula hingga sekarang


• Pekeliling Ko-kurikulum
• Pekeliling Disiplin
• Pekeliling Bimbingan & Kaunseling
PERHUBUNGAN
• Balai polis
• ADK Daerah
• Kebajikan Masyarakat
• IPTA/IPTS
• Kementerian (Bahagian berkaitan)
• Jabatan (JPN Negeri)
• PPD
• dll
RASIONAL KEDUDUKAN
KAUNSELOR
Bukan sahaja menerima arahan
pengetua
tetapi
bekerjasama dengan PK 1 dan
PK HEM mahupun Penyelia
Petang
RASIONAL MENGAPA
GBKSM TIDAK
DIBENARKAN MENGAJAR
SENARAI TUGAS
(BIMBINGAN & KAUNSELING 18 MAC 1996)

1. Menyelia rancangan tahunan program dan


aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sekolah.
2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temubual dan
perbincangan dengan pelajar, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa
dan bekas pelajar.
3. Merancang, mengawalselia dan
mengemaskinikan rekod dan inventori
pelajar.
Sambungan

4. Mengumpul, menyelia, dan menyebar


maklumat Bim. & Kaun. kepada
semua pelajar melalui sebarang
media yang sesuai.
5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti
Bim. & Kaun. kelompok dan tunjuk
ajar yang meransang perkembangan
pelajar secara optimum.
6. Merancang, melaksana dan
mengawalselia perkhidmatan
kaunseling individu secara
profesional.
Sambungan
7. Merancang, melaksana dan mengawalselia
aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar.
8. Merancang, melaksana, mengawalselia
serta menilai program dan aktiviti pemilihan
mata pelajaran elektif untuk peperiksaan
seperti UPSR
9. Merancang, melaksana, mengawalselia
serta menilai program dan aktiviti
pendidikan pencegahan dadah, inhalan,
rokok dan alkohol.
10. Merancang, menyedia dan mendedahkan
pelajar kepada peluang melanjutkan
pelajaran di institut pengajian tinggi dalam
dan luar negara.
Sambungan
11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan
menilai program dan aktiviti perkhidmatan
konsultasi dan rujukan, berhubung Bim. &
Kaun. Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan
Dadah.
12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan
menilai program dan aktiviti konferens
dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan
guru dan agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang terlibat dalam proses
pendidikan dan perkembangan pelajar.
Sambungan

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, model,


instrumen, pendekatan dan sebagainya
secara menyeluruh bagi meningkatkan
mutu dan profesionalisma perkhidmatan
Bim. & Kaunseling Sekolah.
14. Merancang, menyelaras dan menilai
sumber dan bahan resos perkhidmatan
Bim. & Kaun. Sekolah.
15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa
Penyelaras Perkhidmatan Bim. & Kaun.
Sambungan
16. Menjadi penggerak utama dalam program
latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan
profesionalisma perkhidmatan Bim. &
Kaun. di sekolah.
17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada
pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja
yang memerlukannya.
18. Menjadi personel perhubungan/seranta
sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.
Sambungan

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam


jawatankuasa kurikulum sekolah.
20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis
Perancangan Sekolah.
21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-
mantee sekolah.
22. Menjadi penyelaras dalam program-
program pengembangan pelajar seperti
kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus
ketatanegaraan dan sebagainya.
SENARAI TUGAS
(BIMBINGAN & KAUNSELING 19 OGOS 2002)

1. Meneliti, mengkaji dan mengenalpasti


keperluan perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling di sekolah
berasaskan kepada pendekatan
perkembangan, pencegahan,
pemulihan dan krisis dalam bidang
akademik, kerjaya, psikososial &
kesejahteraan mental, keibubapaan
dan masalah murid.
Apa yang hendak diteliti ?

Bagaimana mengkajinya ?

Cara untuk mengenalpasti ?


Melalui soal-selidik ?
Melalui pemerhatian ?
Melalui perbincangan ?
Melalui kajian pembacaan ?
Melalui sumbangsaran ?
Melalui kajian rambang ?
Maklumat daripada pelajar.

Maklumat daripada guru-guru.

Maklumat daripada ibu bapa.

Maklumat daripada
masyarakat setempat dan
lain-lain.
PENDEKATAN UMUM
BIMBINGAN & KAUNSELING
• KRISIS

• PEMULIHAN

• PENCEGAHAN

• PERKEMBANGAN
PENDEKATAN KRISIS

Tiap individu mempunyai masalah.


Bimbingan apabila seseorang itu
menemui keadaan yang menggugat
kebajikan diri atau kebajikan orang lain
atau apabila sesuatu keputusan segera
harus diambil, intervensi krisis boleh
digunakan.
Misalnya;
Seorang guru dan seorang
pelajar sedang bertegang leher.
Seorang pelajar lelaki datang ke
sekolah dan tiba-tiba ia
menangis kerana terharu
memikirkan penceraian ibu
bapanya.
PENDEKATAN PEMULIHAN

Memberi fokus kepada kekurangan


yang telah dikenal pasti. Penyelesaian
dicadangkan atau dilaksanakan dengan
harapan agar individu berupaya
memajukan diri dan mengelakkan
situasi krisis.
Misalnya;
Sesetengah pelajar, atas sebab-
sebab yang berbeza, tidak belajar
beberapa kemahiran asas tatkala
mereka belajar di sekolah. Maka
melalui ujian pelajar dan intervensi
bimbingan dan kaunseling khas.
Pelajar ini boleh mengambil
bahagian dalam kelompok supaya
kemahiran-kemahiran tertentu boleh
di bincang dan dipraktikan.
PENDEKATAN
PENCEGAHAN

Mencuba meramalkan masalah


dan menghalangnya daripada
berlaku. Pendekatan ini perlu
merangka senarai perkara-
perkara untuk dicegah atau
dielakkan.
PERKARA YANG CUBA
DIHALANG
• Seks rambang
• Mengandung tanpa nikah
• Menyalah guna dadah
• Ponteng terlalu kerap
• Tabiat belajar yang buruk
• Kerosakan akhlak juvana
• Menghisap rokok
• Makan berlebihan
• Malas
• Tidak cermat memandu
• Salah guna hak harta benda
• Tidak bekerja
• HIV/AIDS
• Tingkahlaku lucah
• Disiplin
PENDEKATAN
PERKEMBANGAN

Percubaan untuk mengenal pasti


kemahiran tertentu dan
pengalaman yang diperlukan oleh
tiap individu sebagai sebahagian
daripada kehidupan dalam
mencapai kejayaan.
Individu yang gagal belajar
tentang tugas perkembangan
dalam satu peringkat hidupnya,
berkemungkinan mengalami
kesukaran dalam tugas yang
akan datang, penolakan dan
tidak disetujui oleh masyarakat,
dan menjadi kecewa dan
gusar.
PERINGKAT/TUGAS
PERKEMBANGAN
• Bayi dan awal kanak-kanak (0-5 tahun)
• Pertengahan kanak-kanak (6-11 tahun)
• Remaja (12-18 tahun)
• Awal dewasa (19-30 tahun)
• Pertengahan umur
• Kematangan lanjut
KESAN DARIPADA
PERINGKAT
PERKEMBANGAN YANG
TIDAK TERCAPAI
• Tidak percaya
• Keraguan dan malu
• Rasa bersalah
• Rendah diri
• Kekeliruan
• Mengasing diri
• Tidak berkembang
• Putus asa
PROSES PERKEMBANGAN
PEMIKIRAN

PRAKONVENSIONAL:
Berasaskan kepada menemui keperluan
peribadi.
Peringkat 1: Hukuman dan kepatuhan
“Saya akan buat supaya
saya tidak dihukum.”
Peringkat 2: Instrumental-relativis
“Saya akan buat, jika
anda buat sesuatu
untuk saya.”
KONVENSIONAL:
Berasaskan menemui keperluan norma
kelompok
Peringkat 3: Orientasi budak lelaki atau
perempuan baik.
“Saya akan buat untuk
menyukakan hati anda.”
Peringkat 4: Undang-undang dan
peraturan.
“Saya akan lakukan itu sebab
itu tugas saya.”
PASCAKONVENSIONAL:
Berasaskan prinsip moral.
Peringkat 5: Kontrak - sosial.
“Saya akan lakukan kerana ini
yang paling baik untuk ramai.”
Peringkat 6: Etika sejagat.
“Saya akan lakukan kerana
kata hati saya mengatakan
saya betul.”
PERINGKAT YANG HENDAK
DIBIMBING
• 7 TAHUN PERTAMA
Kasih Sayang
• 7 TAHUN KEDUA
Pembentukan
• 7 TAHUN KETIGA
Bersahabat
KEPERLUAN KASIH SAYANG
• Memberi perhatian
• Luangkan masa untuknya
• Berikan peluang kepadanya
• Berikan dorongan
• Berikan tanggungjawab
• Berikan hak dirinya
• Berikan pujian
Sambungan

• Berikan pemahaman
• Berikan keyakinan
• Berikan segala yang diperlukan
CARA/MASA
PEMBENTUKAN
• Memberi ganjaran kepada mereka
• Boleh menghukumnya
• Melaksanakan kedua-dua kaedah
• Merasai apa yang mereka rasakan
• Tentukan had kebebasan haknya
• Tanggapan mereka kita pakar atau
berkemahiran
• Bertingkahlaku dan bertindak
secara “consistent”
PERSAHABATAN
(Maksud Persahabatan)
“Untuk sama-sama memperhalus
tujuan hidup, memperdekatkan di
antara satu jiwa dengan jiwa yang
lain yang telah terdapat kecocokan
di dalam satu perkara, sehingga
dapat didamaikan di dalam perkara
yang belum cocok”
CIRI-CIRI REMAJA
(UNTUK BERSAHABAT)
• Terlalu egoistik
• Bekorban dan memberi kesetiaan
• Cepat jatuh cinta dan cepat putus cinta
• Memperhambakan diri kepada pemimpin
• Memberontak menentang pihak berkuasa
• Mementingkan diri sendiri
• Emosi berubah-rubah
AKADEMIK
(Krisis,pemulihan,pencegahan &
perkembangan)

• Pemilihan Mata Pelajaran


- Mata Pelajaran Teras
- Pemilihan Mata Pelajaran Elektif
- Pemilihan Mata Pelajaran mengikut
minat kerjaya.
• Kemahiran Belajar
- Kemahiran membaca
- Kemahiran mencatat/mengambil nota
- Kemahiran pengurusan masa
- Kemahiran pengurusan diri
- Kemahiran mendengar
- Kemahiran mengingat
- Kemahiran mengulangkaji
- Kemahiran menjawab soalan
peperiksaan
- Kemahiran menghadapi peperiksaan
- Kemahiran berfikir
• Penempatan
- Penempatan selepas UPSR
- Penempatan selepas PMR
- Penempatan selepas SPM
- Penempatan selepas STPM
- Penempatan selepas Sijil Politeknik
- Penempatan selepasa Matrikulasi
- Penempatan selepas Diploma/Ijazah dan
seterusnya.
- Penempatan ke alam pekerjaan
KERJAYA
(Krisis, pemulihan, pencegahan &
perkembangan)

• Ujian-ujian Psikologi
- Mengenalpasti minat
- Mengenalpasti personaliti
- Mengenalpasti nilai
• Pendidikan Perkembangan Kerjaya
- Pengenalan bidang dan jenis-jenis kerjaya.
- Kesepadanan pemilihan mata pelajaran,
minat personaliti dan nilai dengan kerjaya.
- Perkembangan Pasaran Kerjaya di dalam
dan luar negara.
- Matlamat mengenai bekerja secara
bersendirian, kerajaan dan korporat.
- Peluang pendidikan dan latihan kerjaya.
- Sumber kewangan bagi melanjutkan
pendidikan
dan latihan kerjaya.
PSIKOSOSIAL & KESIHATAN
MENTAL
(Krisis, pemulihan, pencegahan &
perkembangan)

• Pembentukan Sahsiah
- Mengenal sahsiah diri
- Membentuk sahsiah cemerlang
- Penerimaan kendiri
• Kemahiran Psikososial
- Kemahiran komunikasi
- Membentuk sifat tegas diri/asertif
- Pengurusan tekanan
- Membentuk rohani
- Kemahiran pengawalan diri
- Kemahiran pemikiran kritikal dan
analitikal
- Kefahaman norma dan nilai
masyarakat
• Kemahiran Sosial
- Kemahiran menyesuaikan diri.
- Kemahiran penampilan diri.
- Kemahiran mengendalikan tekanan.
Perasaan
Kewangan
Keluarga
Rakan Sebaya
Pembelajaran
- Kemahiran melingdungi diri.
KEIBUBAPAAN
(Krisis, pemulihan, pencegahan &
perkembangan)

• Komunikasi.
• Perkembangan individu
• Isu-isu Kekeluargaan
- Kepimpinan
- Perkembangan Remaja masa kini dan akan
datang
- Kerukunan dan kesejahteraan keluarga
KAEDAH
• Ceramah
• Seminar
• Forum
• Bengkel
• Hari Keluarga
• Home Visit
• Kaunseling Keluarga
• Khidmat Konsultasi
FASA PERANCANGAN
PROGRAM PELAJAR

• Kenal diri
• Motivasi
• Kemahiran belajar
• Teknik Menjawab
• Resume
MASALAH MURID/PELAJAR
(Krisis, pemulihan, pencegahan &
perkembangan)

• Kemahiran Komunikasi
• Kemahiran Penyelesaian Masalah
• Kepimpinan
• Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
• Kemahiran Sosial
• Kemahiran Pemilihan Aktiviti Keutamaan
1. Merancang, melaksana, dan menyediakan
rancangan tahunan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
- Membuat program tahunan dan
bersesuaian dengan takwin
sekolah.
- Lengkap dengan aktiviti, sasaran
dan objektif yang hendak dicapai.
- Program perlu lengkap dengan kertas
kerja, pengurus kursus/program dan
aktiviti yang berlaku tiap program.
- Penilaian kursus/program.
1. Merancang, mengawalselia dan
mengemaskini rekod dan inventori
murid.

i. Buku Rekod Kaunselor


ii.Maklumat/Latar belakang tiap
pelajar.
iii. Maklumat dari ujian-ujian
psikologi.
iv. Maklumat pencapaian
akademik
1. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat
serta resos Bimbingan dan Kaunseling dalam
bidang akademik, kerjaya, psikososial &
kesejahteraan mental, keibubapaan dan
kemahiran mengatasi masalah kepada murid
melalui sebarang media yang sesuai bertujuan
untuk meningkatkan potensi murid secara
optimum.
i. Bahan bercetak mengenai Bim. &
Kaunseling (Kerjaya)
ii. Papan kenyataan untuk B & K
iii. Pamplet dan ucapan di tapak
perhimpunan
iv. Edaran mingguan/bulanan
v. Dapatkan bahan dari agensi yang
berkaitan.
5. Memberi perkhidmatan
bimbingan/kaunseling Individu secara
profesional dan beretika.
- Kad Rekod Kaunseling
- Borang Temujanji Kaunseling
Individu
- Surat Kebenaran Keluar Kelas
- Laporan sesi kaunseling individu
- Buku rekod pertemuan (di semak
oleh Pengetua)
6. Memberi perkhidmatan
bimbingan/kaunseling kelompok
secara profesional dan beretika.
- Kad Rekod Kaunseling
- Borang Temujanji kaunseling
kelompok
- Surat Kebenaran Keluar Kelas
- Laporan sesi kaunseling kelompok
- Buku rekod pertemuan (di semak
oleh Pengetua)
SISTEM REKOD SESI
KAUNSELING
• Borang tinjauan keperluan khidmat kaunseling.
• Borang temujanji kaunseling individu.
• Borang rujukan khidmat kaunseling.
• Borang sesi kaunseling kelompok.
• Borang sesi kaunseling individu.
• Kad Rekod Kaunseling.
• Rekod sesi kaunseling individu.
• Rekod sesi kaunseling kelompok.
• Borang pengakuan pelajar.
• Laporan sesi kaunseling (Jika diambil tindakan).
1. Memberi khidmat
bimbingan/kaunseling krisis kepada
murid dan individu-individu yang
berkaitan dengan kes.
- Borang untuk di isi oleh guru-guru
- Rujukan Pengetua
- Rujukan PK HEM
- Rujukan PK Akademik
- Klien yang dikenalpasti oleh Guru
B&K
1. Merancang, menyediakan dan mengurus
pendidikan perkembangan kerjaya.
i. Ujian-ujian psikologi yang berkaitan.
ii. Maklumat Biasiswa/Pinjaman.
iii. Maklumat IPTA/IPTS/Luar Negara.
iv. Siri Pendidikan Kerjaya Jilid 1-6.
v. Kit Maklumat Kerjaya (40).
vi. Pita Kerjaya Sains & Teknologi.
vii. Pita Bimbingan Kerjaya ANSARA.
viii. Pita ke Abad 21 Sains & Teknologi.
ix. Lawatan kerjaya
x. Pameran Kerjaya/Hari Kerjaya.
xi. Buku Skrap Kerjaya
 Merancang, melaksana, mengawalselia
program dan aktiviti bimbingan murid
termasuk program pendidikan pencegahan
dadah, inhalan, rokok, alkohol,
bimbingan/kaunseling HIV/AIDs dan disiplin
murid.
i. Pendidikan pencegahan dadah
dalam KBSM.
ii. Kenali dan perangi dadah.
iii. Tatacara tindakan ke atas kes-kes
penggunaan dadah di kalangan pelajar.
iv. Maklumat ADK, PEMADAM, PPD/JPN,
PENGASIH/NGO
v. Pameran/Ceramah
10. Merancang, melaksana,
mengawalselia program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan,
berhubung bidang-bidang di bawah
perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
- Guru-guru
- Ibu bapa
- Masyarakat sekitar
- Badan-badan berkanun
Sambungan

11. Merancang, melaksana, mengawalselia


program dan aktiviti konferens dengan ibu
bapa, guru, kakitangan bukan guru dan
agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang
terlibat dalam proses pendidikan dan
perkembangan murid.
12. Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,
Program Sekolah Selamat, Dasar
Pendidikan Wajib; Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa
Tambahan dan Jawatankuasa Penempatan
(Kemasukan) murid di sekolah.
Sambungan

13. Menyediakan laporan tahunan


program dan aktiviti Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah dan
mengemaskini sistem fail, rekod dan
dokumentasi perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh Ketua Jabatan dari
semasa ke semasa.
• Senarai Tugas

12 Kerja-kerja Bimbingan

2 Kerja-kerja Kaunseling
SENARAI SEMAK KEPERLUAN
PERKHIDMATAN
• Maklumat Kaunselor
• Buku Rekod Kaunselor
• Sistem Fail/Rekod
• Borang/Buku Rekod
• Buku Panduan/Rujukan
• Pendidikan Kerjaya/Ujian Psikologi
• Penglibatan/Kepakaran
• Kelengkapan Bilik Kaunseling
• Perbelanjaan (Kewangan)
MASA BERTUGAS
DICADANGKAN 8 - 4

500 PELAJAR – SEORANG


GBKSM
Questions?
Thank you!

MOHD DAWI ITHNIN


JABATAN PENGURUSAN
HAL EHWAL MURID DAN KAUNSELING

You might also like