Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kasl, Ignoratio Elenchi dan Unconscious Stupidity: Tuntutan Terhadap Pengorbanan

Kasl, Ignoratio Elenchi dan Unconscious Stupidity: Tuntutan Terhadap Pengorbanan

Ratings: (0)|Views: 12|Likes:
Published by Peminggir Kota
Kejahilan yang tak tersedarkan (Unconscious Stupidity) ialah keadaan di mana diri individu tidak menyedari kebodohan dan kejahilan dirinya walau dia mengerti kebanyakan tindakannya adalah tidak sesuai, bodoh dan mendatangkan dampak negatif samada terhdap dirinya mahupun terhadap orang lain. Ia timbul akibat kekeliruan dan kesalahan dalam memahami ilmu dan hakikat. Kesannya, seseorang mengimani kepercayaan bodoh dan karut tentang sesuatu. Kekeliruan dan kesalahan memahami ilmu ini pula berpunca daripada sikap kasl (malas) yang menimbulkan kekeliruan dan salahfaham terhadap ilmu dan seterusnya menatijahkan Ignoratio Elenchi (irrelevant conclusion) iaitu kesimpulan yang tidak releven/berkaitan. Dalam kata lain, untuk berlakunya fenomena “kejahilan tak tersedarkan” (unconscious stupidity), kejadian-kejadian seperti malas, salahfaham terhadap hakikat dan ignoratio elenchi (kesimpulan tak releven) perlu berlaku terlebih dahulu secara berturutan.
Kejahilan yang tak tersedarkan (Unconscious Stupidity) ialah keadaan di mana diri individu tidak menyedari kebodohan dan kejahilan dirinya walau dia mengerti kebanyakan tindakannya adalah tidak sesuai, bodoh dan mendatangkan dampak negatif samada terhdap dirinya mahupun terhadap orang lain. Ia timbul akibat kekeliruan dan kesalahan dalam memahami ilmu dan hakikat. Kesannya, seseorang mengimani kepercayaan bodoh dan karut tentang sesuatu. Kekeliruan dan kesalahan memahami ilmu ini pula berpunca daripada sikap kasl (malas) yang menimbulkan kekeliruan dan salahfaham terhadap ilmu dan seterusnya menatijahkan Ignoratio Elenchi (irrelevant conclusion) iaitu kesimpulan yang tidak releven/berkaitan. Dalam kata lain, untuk berlakunya fenomena “kejahilan tak tersedarkan” (unconscious stupidity), kejadian-kejadian seperti malas, salahfaham terhadap hakikat dan ignoratio elenchi (kesimpulan tak releven) perlu berlaku terlebih dahulu secara berturutan.

More info:

Published by: Peminggir Kota on Nov 09, 2010
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/09/2010

pdf

text

original

 
 Kasl, Ignoratio Elenchi
dan
Unconscious Stupidity
: Tuntutan Terhadap Pengorbanan
Oleh: Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh 
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada
-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, akuberlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, aku berlindung kepada-
Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
  Akal Sebagai Indikator Keunggulan Insan
Tindakan manusia didorong oleh apa yang difikirkannya. Semestinya, manusia berfikir mengunakanakal fikiran. Tuhan menganugerahkan akal fikiran kepada manusia sebagai kurnia besar dan membolehkan
manusia dikenal sebagai „manusia‟ dan membezakannya dengan makhluk yang lain. Potensi akal manusia
sangat luar biasa. Bagi golongan yang tidak mensyukuri nikmat, sering sahaja kedengaran suara-suarasumbang yang berusaha untuk meremeh dan meruntuhkan kredibiliti akal. Tanpa menafikan had, limitasi danketerbatasannya (akal), perbuatan meremehkan keunggulan akal harus dikutuk dengan sekerasnya. Golonganini, secara implis
it menderita penyakit „kejahilan yang tak tersedarkan‟.Dalam perbahasan falsafah, manusia diertikan sebagai „haiwan rasional‟ (
al-hayawan al-natiq
). „
 Natiq
yang bermaksud „rasional‟ merupakan fakulti dalaman manusia yang memformulasi „makna‟ (
dhu nutq
)”.Manakala konsep „makna‟ (
ma‟na
) adalah pengenalan terhadap tempat letak sesuatu dalam sistem yangdiketahui apabila hubungan sesuatu dengan sesuatu yang lain dalam sistem berlaku dan difahami.Artikulasi atau penampakkan (
articulation
) simbol linguistik kepada susunan bermakna (
meaningful pattern
) merupakan ekspresi luaran terhadap hakikat dalaman iaitu akal (
„aql 
).
„Aql 
ialah suatu perkaradalaman (
an innate property
) yang memegang dan menjalin objek-objek pengetahuan melalui perkataan-perkataan.Dengan kata lain, makna perkataan dijana dan difahami oleh daya akliah (
cognitive power 
) iaitu akal,yang membentuk dan menyampaikan isyarat-isyarat bermakna (
meaningful signs
). Disebabkan isyarat-isyaratbermakna ini dijana oleh akal yang bersifat batin (dalaman), maka ia disampaikan atau diekspresikan ke dunialuar melalui daya berbahasa atau daya pertuturan dan pemahaman ini mendorong kepada tindakan jasmani.
Unconscious Stupidity (Kejahilan Yang Tak Tersedarkan): Angkat Ibu Jari Kaki ke Atas!
Kejahilan yang tak tersedarkan (
Unconscious Stupidity
) ialah keadaan di mana diri individu tidak menyedari kebodohan dan kejahilan dirinya walau dia mengerti kebanyakan tindakannya adalah tidak sesuai,bodoh dan mendatangkan dampak negatif samada terhdap dirinya mahupun terhadap orang lain. Ia timbulakibat kekeliruan dan kesalahan dalam memahami ilmu dan hakikat. Kesannya, seseorang mengimanikepercayaan bodoh dan karut tentang sesuatu. Kekeliruan dan kesalahan memahami ilmu ini pula berpuncadaripada sikap
kasl
(malas) yang menimbulkan kekeliruan dan salahfaham terhadap ilmu dan seterusnya
 
menatijahkan
Ignoratio Elenchi
(
irrelevant conclusion
) iaitu kesimpulan yang tidak releven/berkaitan. Dalam
kata lain, untuk berlakunya fenomena “k 
ejahilan tak tersedarkan
(
unconscious stupidity
), kejadian-kejadianseperti malas, salahfaham terhadap hakikat dan
ignoratio elenchi
(kesimpulan tak releven) perlu berlakuterlebuh dahulu secara berturutan.Malas/ 
Kasl
Kekeliruan dan salahfaham terhadap ilmu dan hakikat
ignoratio elenchi
Kejahilan tak tersedarkan (
unconscious stupidity
)Ini jelas kelihatan dalam kalangan mereka yang mengambil mudah dalam berfikir, membuatkesimpulan yang simplistik, sering melakukan pra-hukuman yang tidak matang terhadap sesuatu tanpasebarang hujah dan selidikan, tak punya keupayaan menganalisis sesuatu isu dengan baik dan pelbagai lagi
simptom yang berlaku tanpa disedari si pelakunya. Syed Munawwar, melalui „laman jaringan sosial‟
Facebook 
, secara sinikal menonjolkan ketidak-puasan hatinya terhadap kelompok ini dengan saranan beliau
„mengangkat ibu jari kaki ke atas‟ tanda protes terhadap konsekuensi tindakan golongan ini.
 Sebagaimana teori Sigmund Freud tentang Prinsip Kepuasan (
Pleasure Principle
), individu yangmenderita penyakit kejahilan tak-tersedarkan ini seolah-olah selesa dan puas dengan keadaan diri yang jahildan terus-menerus mengekalkan kejahilan dalam diri mereka. Malah, sebarang perbuatan yang melanggarinorma kemalasan dan kejahilan yang mereka anuti selama ini akan mendapat tentangan yang berterusan.
Fenomena Kasl dan Ignoratio Elenchi
Malas itu agaknya sudah menjadi fenomena biasa bagi sesetengah golongan. Dalam konteksmasyarakat Melayu Islam di Malaysia, sejak zaman penjajahan lagi, perang saraf dilancarkan para penjajah
dengan momokan dan penyebaran mitos „kaum pri
-
 bumi malas‟. Akiba
tnya, bagi mereka yang malas berfikirlansung mengiyakan propaganda diabolis Barat ini. Lantas, akibat kelemahan daya akli dan kemalasan berfikir,mereka terkeliru dan tersalahfaham dalam memahami hakikat, lalu membuat kesimpulan yang tidak releven
 
(irrelevant conclusion/ 
 Ignoratio Elenchi
). Justeru, suara-
suara lemah seraya kedengaran: “kita ini buat jarum pun tak pandai, inikan pula mahu memerintah negeri sendiri”.
Kata-kata seperti ini merupakan manifestasi
kejahilan tak tersedarkan
yang berlaku dalam diri masyarakat dewasa itu.Fenomena ini bukan hanya berlaku di Tanah Melayu, bahkan di seluruh tanah yang terjajah oleh kuasaImperialis Barat. Malek Ben Nabi menamakan fenomena jahil tak tersedarkan ini sebagai
imferiority complex
 yakni penderitaan jiwa akibat rasa rendah diri yang amat. Ini bermakna, akar jati diri terus tercabut danlangsung tiada keyakinan terhadap diri dan kebudayaan sendiri.Yang lebih pelik, dalam era moden ini, gejala kejahilan tak tersedarkan ini mengalami evolusi.
„Kejahil
an yang sengaja dibuat-
 buat tak sedar‟ muncul dan menambah
-burukkan keadaan parah umat. Inilahgolongan manusia yang disebut dalam al-
Qur`an sebagai orang yang „lebih sesat daripada haiwan ternak‟
(surah al-
A‟raf ; ayat 179). Golongan ini langsung tidak pe
duli akan hakikat, kebenaran, keindahan,ketersusunan yang telah Allah aturkan sesuai dengan fitrah dan sunnatulLah. Umpama kata peribahasa Melayu,
“Bagai beruk mendapat bunga”, segala yang baik itu dirosakkannya, dijungkarbalikkan, dan
dipunahkannya.Hakikatnya, golongan ini cuba menjarakkan diri mereka daripada landasan fitrah dan sunnatulLah. Apasebenarnya yang mereka fikirkan hanyalah ilusi hasil kesimpulan tidak releven (
 Ignoratio Elenchi
).
Pengorbanan: Mujahadah, Ijtihad dan Jihad 
Al-Attas merupakan antara orang yang paling berjasa dalam menyusun makna-makna dan kata kunci
yang memancarkan pandangan alam Islam. Dengan mengaplikasikan konsep „
A
dab‟ yang disusun al
-Attas,manusia-
manusia yang menderita penyakit „jahil yang
tak-tersedarkan (
Unconscious Stupidity
) ini dapatdisamakan sebagai orang yang mengalami keruntuhan adab (
the loss of Adab
) atau dalam kata lain disebut
 biadab. Perkataan „biadab‟ sebenarnya berakar daripada kata „adab‟ manakala „bi‟ pada awal perkataan adabitu merupakan imbuhan pinjaman daripada bahasa Parsi yang bermaksud „tidak‟. Jadi, „biadab‟ bermaksud
tidak ada adab. Al-Attas, dengan pengaruh falsafah sufi tinggi,
mendefinisikan „adab‟ sebagai “
pengenalandan pengakuan, tentang kedudukan sebenar segala sesuatu menurut martabat kejadiannya, dengan itumembawa kepada pengenalan dan pengakuan tentang kedudukan/ martabat Tuhan menurut susunan
kewujudan”.
 Sepertimana yang telah disinggung sebelum ini, manusia yang menderita
 penyakit „jahil yang
tak-tersedarkan (
Unconscious Stupidity
) mengalami pengosongan nilai (
nihil
) adab dalam diri. Pengosongan nilaipositif adab ini telah menyebabkan vakum dan akhirnya keadaan vakum tidak bertahan lama kerana arus deraskebodohan tidak tertahankan. Proses berlakunya kebodohan ini adalah berlawanan secara total dengan proses
mencapai kebijaksanaan. Bijaksana di sini bermaksud “orang ya
ng mampu mengenal hakikat dirinya yang
sebenar dan kedudukannya dalam martabat kewujudan Khaliq dan makhluk”. Proses mencapai kebijaksanaan,
berdasarkan logik tazkiyah al-nafs ala-sufi, adalah seperti berikut:

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->