3
bahan-bahan ilmiah bercetak seperti buku, majalah, jurnal, prosiding, kertas kerja dan laporan.Malah, bahan-bahan ilmiah tidak bercetak seperti data-data internet dan rakaman video turutmenjadi sumber penyelidikan. Penulis juga, dengan penelitian terhadap kajian para cendiakawan,mengaplikasikan kaedah semantik bagi melakukan pendefinisian makna-makna perkataantertentu kerana penulis percaya
„
makna
‟
sesuatu perkataan (berkaitan aspek intelektual)mempunyai pertalian rapat dengan nilai dan tindakan seseorang (berkaitan aspek aktual).
2
Selainitu, dengan menggunakan kaedah deliberasi, penulis cuba mengolah beberapa ide besar parapemikir terkemuka berdasarkan analisis isi dan intipati karya-karya mereka. Antara gagasanbesar yang ditelaah dan ditekuni secara intensif adalah konsep
ta`dib
yang disusun oleh SyedMuhammad Naquib al-Attas. Dalam kertas kerja ini juga, penulis lebih gemar menghurai danmembincangkan secara terperinci konsep-konsep penting berkaitan tajuk berbandingmemfokuskan data dan statistik yang sebenarnya sudah sedia maklum. Ini tidak bermaknapenelitian ini tidak bersifat empirik dan objektif, sebaliknya penulis lebih mengutamakanperbincangan perkara pokok (
substance
). Walau bagaimanapun, penulis tetap menyediakanpautan rujukan kepada statistik dan data-data tersebut.
Keputusan dan Dapatan: Kajian Kebejatan Sosial
Umumnya, kajian-kajian tentang gejala sosial yang telah dijalankan oleh penyelidik dikebanyakan universiti menunjukkan kepelbagaian tema yang penting. Antaranya, termasuk jenis- jenis: (1) gejala sosial dan kesannya; (2) salah laku dan masalah disiplin pelajar sekolah; (3)pelaksanaan undang-undang berkaitan jenayah rogol; (3) sumbang mahram dan seks sebelumperkahwinan; (4) kecelaruan gender; (5) gejala hidu gam; (6) perlumbaan haram yang dilakukanmat motor; (7) jenayah juvana; (8) pelacuran; (9) pornografi internet; (10) gejala buli di kalanganpelajar sekolah; (11) penagihan dadah; dan (12) penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.Secara keseluruhannya, dalam tempoh 2001-2005 terdapat 123 kajian mengenai pelbagai aspek gejala sosial yang berlaku di Malaysia telah dijalankan oleh pengkaji dari pelbagai universiti
.
3
2
Dalam perbahasan falsafah, makna perkataan dijana dan difahami oleh daya akliah (
cognitive power
) yang membentuk danmenyampaikan isyarat-isyarat bermakna (
meaningful signs
). Disebabkan isyarat-isyarat bermakna ini dijana oleh akal yangbersifat batin (dalaman), maka ia disampaikan atau diekspresikan ke alam luar melalui daya berbahasa atau daya pertuturandan pemahaman ini mendorong kepada tindakan jasmani. Ru
juk Adi Setia Mohd. Dom, “Teori dan Penemuan Barat tentang‘Aqal: Tinjauan dan Penilaian Ringkas Menurut Kerangka Faham Ilmu Islam”,
Seminar Pelbagai Martabat dan Sifat Akal Fikirandalam Tradisi Ilmiah Tamadun Islam
, KL: IKIM, 13-14 Mei 2008.
3
Azlina Abdullah, “Penyelidikan tentang Gejala Sosial di Malaysia dalam Dekat 2000
-
an”,
The 7
th
International MalaysianStudies Conference (MSC7),
Critical Transitions: Repositioning the State, Market and Society,
16-18March2010