You are on page 1of 15

1.

0 Sistem Ekonomi Malaysia

1.1 Pengenalan

Menurut Modul OUM HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas perkataan


ekonomi berasal daripada Greek iaitu oikou dan nomos. Oikou membawa maksud isi
rumah manakala nomos bermaksud peraturan isi rumah. Dengan perkataan lain
ekonomi ialah bidang sains sosial yang mengkaji usaha-usaha manusia menggunakan
sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak yang tidak
terhad. Dalam ilmu ekonomi, barang-barang dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
barang percuma, barang ekonomi, dan barang awam.

Sistem ekonomi terbahagi kepada 4 iaitu sistem ekonomi sosialis, sistem


ekonomi kapitalis, sistem ekonomi campuran dan sistem ekonomi Islam. Istilah “ sistem
” berasal dari perkataan “ sistema ” (bahasa Yunani) yang bermaksud keseluruhan yang
terdiri dari pelbagai bahagian. Sistem ekonomi pula ialah cara masyarakat membuat
pilihan mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki bagi
menyelesaikan masalah asas ekonomi. Setiap sistem mempunyai ciri-ciri dan kaedah
penyelesaian masalah asas ekonomi yang berbeza.

Akibat penjajahan British, ekonomi Malaysia sebenarnya bersifat ekonomi


pasaran yang terikat kepada sistem ekonomi kapitalis antarabangsa, dengan pola
pembangunannya mengutamakan dan menguntungkan para pelabur swasta asing dan
sebilangan kecil pengusaha tempatan. Kegiatan kapitalis moden berkembang dengan
pengeluaran dan eksport bijih timah dan getah.

Tetapi di sini kita tidak akan membincangkan tentang sistem ekonomi kapitalis di
Malaysia, tetapi apakah sistem ekonomi campuran dan bagaimana akhirnya sistem
ekonomi kapitalis yang digunakan di Malaysia beralih kepada sistem ekonomi
campuran.

1
1.2 Definisi Ekonomi Campuran

Menurut Wikipedea Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas,

“ Ekonomi campuran adalah sistem ekonomi yang menggabungkan lebih dari


satu aspek sistem ekonomi. Lazimnya, ekonomi campuran mengandungi unsur
kapitalisme dan sosialisme. Tiada satu definisi untuk ekonomi campuran tetapi aspek
penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian (termasuk pemilikan industri
secara persendirian) bercampur aduk dengan ekonomi terancang (termasuk campur
tangan untuk kebajikan sosial, pemuliharaan alam sekitar, atau pemilikan aset atau
sumber pengeluaran oleh negara ).”

Manakala menurut (Yearm 2006:24) sistem ekonomi campuran adalah satu sistem di
mana pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi untuk
menyelesaikan masalah asas ekonomi.

1.3 Ciri-ciri ekonomi campuran

1.3.1 Kegiatan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta dan pihak awam

 Kerajaan - mengeluarkan barang yang gagal disediakan oleh mekanisme harga-


meningkatkan taraf kebajikan rakyat.
 Swasta - barang yang dikehendaki oleh masyarakat memaksimumkan
keuntungan.

1.3.2 Pilihan

 Pengguna dan pengeluar, bebas membuat pilihan


 Individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran yang mereka
miliki
 Kerajaan membuat pengawalan di pasaran supaya pihak swasta hanya
mengeluarkan barang yang memberi manafaat kepada pengguna
2
1.3.3 Kegiatan ekonomi yang terkawal.

 Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang supaya kegiatan ekonomi


tidak menghasilkan kesan luaran negatif.

1.3.4 Keputusan Ekonomi

 Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan dan mekanisma harga,


kerana sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta.
 Keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat dan
swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan.
 Firma bebas bersaing tapi dikawal oleh pihak kerajaan.
 Firma bebas menentukan jenis dan jumlah barang yang hendak dikeluarkan,
kaedah pengeluaran dan pengguna sasaran bagi barang yang hendak
dikeluarkan.
 Campurtangan kerajaan bertujuan mengatasi kelemahan mekanisme harga.
 Kerajaan mengeluarkan barang-barang yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta
 Individu, pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan

1.4 Kebaikan

1.4.1 Kegiatan ekonomi yang stabil.


- Kerajaan boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi.
- Melalui dasar fiskal dan dasar kewangan.

1.4.2 Agihan pendapatan yang lebih setara.


- Individu dan firma dalam ekonomi mempunyai kebebasan
- Untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.
3
- Pelaksanaan sistem percukaian dan pemberian subsidi untuk
mengecilkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dengan
golongan yang miskin.

1.4.3 Menyediakan barang awam

 Kerajaan bertanggungjawab untuk mengeluarkan barang awam bagi


meningkatkan kebajikan dan pembangunan negara.
 Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai kos
penyediaan barang awam yang strategik dan yang diperlukan oleh
masyarakat seperti perkhidmatan pendidikan, kesihatan, pertahanan dan
sebagainya.
1.5 Kelemahan

1.5.1 Kerenah birokrasi kerajaan menghalang perkembangan sektor


swasta.

 Contohnya, kelewatan kerajaan utnuk meluluskan projek pihak swasta dan


pemberian lesen sering kali mengganggu kegiatan ekonomi yang ingin dilakukan
oleh pihak swasta.

1.5.2 Kesukaran menentukan dasar yang sesuai

 Akibat kesukaran menjangka keadaan ekonomi masa depan dimana spekulasi


ekonomi dunia yang tidak menentu ataupun ramalan berdasarkan maklumat
yang tidak tepat.

1.5.3 Pembaziran sumber akibat daripada kerugian perusahaan awam.

 Jika pengurusan perusahaan awam itu tidak cekap sehingga mengalami kerugian yang
besar.
4
 Pentadbiran sektor awam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang
menyebabkan pihak pengurusan perusahaan awam sukar membuat keputusan dengan
cepat untuk menghadapi perubahan.

1.6 Sistem Ekonomi Campuran di Malaysia

1.6.1 Peraturan dan undang-undang.


 Kerajaan telah membuat peraturan dan undang-undang tertentu kepada
perjalanan sistem pasaran.
 Contohnya, undang-undang buruh diperkenalkan supaya tidak berlaku
penindasan terhadap buruh.

1.6.2 Pengawalan harga barang dan perkhidmatan.

 Contohnya, bagi barang keperluan asas seperti gula, beras, garam dan susu
adalah barang kawalan dan harganya tidak boleh dinaikkan atau diturunkan
tanpa persetujuan kerajaan.
 Kerajaan menentukan kawasan perindustrian, perumahan, industri berat dan
ringan untuk mengelak kesan eksternaliti negatif.
 Pengeluar diwajibkan untuk mempamerkan bahan yang digunakan dalam
penyediaan makanan dan tarikh luput penggunaannya supaya pengguna tidak
terbeli barang yang tidak sesuai atas sebab agama dan kesihatan sekaligus
mengelakkan eksploitasi pengeluar ke atas pengguna.
 Aktiviti perniagaan harus mempunyai lesen daripada pihak berkuasa supaya
aktiviti pengeluar tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan.

1.6.3 Sistem percukaian.

 Bertujuan menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan penggunaan


pengguna terhadap sesuatu barangan.

5
 Beban cukai atau bahagian jumlah cukai yang perlu ditanggung oleh pembeli
dan pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan
penawaran.

1.6.4 Subsidi

 Pemberian subsidi oleh kerajaan akan mengurangkan kos pengeluaran


pengeluar
 Jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar bergantung kepada
keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran.

1.6.5 Pemilikan Kerajaan

 Kerajaan akan memilik negarakan sesuatu firma supaya firma tersebut dapat
menguasai seluruh pasaran dan dapat menghasilkan keluaran untuk menikmati
ekonomi bidangan.
 Ciri-ciri firma yang dimiliknegarakan :
a. Pelaburan yang besar dan pulangan yang rendah
b. Menyediakan perkhidmatan yang sangat penting kepada masyarakat
c. Keluaran yang penting kepada ekonomi

Dari perbincangan di atas jelaslah menunjukkan bahawa sistem ekonomi


campuran di Malaysia bukanlah suatu sistem yang terlalu lama mahupun terlalu baru.
Sistem ini lahir dari adaptasi akibat kegagalan sistem ekonomi sebelumnya iaitu sistem
ekonomi kapitalis dan sosialis di mana sistem ini mengambil nilai-nilai terbaik dari
sistem ekonomi tersebut.
2.0 Dasar-dasar Ekonomi di Malaysia

2.1 Pengenalan
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga ke akhir tahun
1960an, pembangunan ekonomi di dorong oleh kuasa pasaran. Hasilnya, Malaysia
mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak
6
seimbangan yang serius. Ini bermakna, walaupun pertumbuhan ekonomi tinggi,
kekayaan tidak diagihkan dengan baik. Golongan yang miskin, kebanyakannya kaum
bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan berkerja sebagai petani, masih
ramai dan masih mundur. Manakala kaum Cina dan orang asing pula menguasai
bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat. Di sini jelas menunjukkan betapa
kegagalan sistem ekonomi yang dijalankan di Malaysia.

” Malaysia mendukung cita-cita ingin mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan masyarakat, memelihara hidup yang demokratik, memiliki masyarakat yang
adil, di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama oleh semua kaum. Justeru
kerajaan sentia memberi keutamaan dan perhatian untuk mencapai cita-cita tersebut
dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur dan stabil. Oleh itu
kerajaan telah menggubal beberapa dasar awam yang bertujuan untuk mencapai cita-
cita tersebut. Salah satu dasar-dasar awam kerajaan ialah dasar ekonomi. Matlamat
utama dasar ekonomi ini ialah untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi yang
dihadapi oleh negara seperti inflasi, pengangguran dan kemelesetan ekonomi. ”

(HBSS 2203 Perkembangan Ekonomi Asas : 238, 239)

Antara dasar ekonomi kerajaan yang diketahui umum ialah:

 Dasar Ekonomi Baru


 Dasar Pertanian Negara
 Dasar Perindustrian Berat
 Pelan Induk Perindustrian
 Dasar Penswastaan
 Dasar Persyarikatan Malaysia
 Dasar Kependudukan

2.2 Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Oleh itu Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk menangani
masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang
menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Ia bertujuan untuk
7
menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat
supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan
dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah


pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar, memodenkan sektor
pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera
dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera.

Sasaran juga ditetapkan iaitu 30% pegangan ekuti korporat oleh Bumiputera,
penetapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30% daripada
bilangan pekerja mestilah Bumiputera. Prinsip pokok pengstrukturan ini adalah supaya
sasaran ini dapat dicapai dari ekonomi yang sedia berkembang dan tidak mengambil
dari kaum Bukan Bumiputera untuk diberikan kepada kaum Bumiputera. Kejayaan
Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi berserta dengan agihan seimbang telah diakui
oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen penting
dalam kejayaan ini.

Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar
kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol
ialah penurunan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun
2005 (Just Faaland : 129). Di kawasan luar bandar, pendapatan penduduk telah
meningkat dan pengangguran tidak ketara (under employment) hampir hilang.
Kemudahan moden seperti jalan raya, sekolah, klinik kesihatan, kuasa eletrik dan bekalan
air telah menjadi kemestian.

Bilangan profesional Bumiputera juga telah bertambah. Kini, terdapat ramai pakar
perubatan Bumiputera di hospital-hospital. Banyak syarikat besar di Malaysia sekarang
diketuai oleh golongan profesional Bumiputera. Ramai profesional Bumiputera mampu
berdaya saing untuk bekerja di luar negara. Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan
golongan profesional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa
beli yang kuat. Ini dapat dilihat, misalnya dari pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di

8
kawasan perumahan kota. Sekarang ini, terdapat ibu bapa Bumiputera yang mampu
membiayai anak mereka belajar di universiti di dalam mahupun di luar negara.

Justeru, terbukti telah ada pengstrukturan ekonomi di mana bidang pekerjaan


tidak lagi dikenal secara automotik dengan kaum. Ertinya, sebelum DEB, kaum
Bumiputera adalah petani atau nelayan yang tinggal di luar bandar sementara kaum
Cina merupakan peniaga di kota. Kini penglabelan automatik itu tidak lagi berlaku. DEB
juga telah merapatkan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan bukan
Bumiputera. Misalnya, nisbah pendapatan Bumiputera kepada Cina meningkat
daripada 1:1.74 pada tahun 1990 kepada 1:1.64 pada tahun 2004.

Walaupun DEB telah membawa buah kejayaan, namun ianya juga mempunyai
beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan.
Intervensi kerajaan diperlukan untuk mencapai sasaran DEB. Akibatnya, wujud di
kalangan kaum Bumiputera sindrom pergantungan kepada kerajaan. Ada pengusaha
atau peniaga Bumiputera yang berniaga secara “Ali-Baba” atau berniaga di atas angin.

Dalam banyak segi, DEB telah berjaya dan secara kasar mencapai objektifnya
seperti yang diharapkan ketika pembentangan dasar ini pada tahun 1969. Namun
masih banyak yang perlu dilaksanakan sebelum objektif muktamad dapat direalisasikan
sepenuhnya. Sekiranya ekonomi dapat berkembang dengan lebih pesat, tahap
kemiskinan dan ketidakseimbangan ras mungkin boleh dikurangkan. Percubaan
kerajaan untuk meningkatkan kadar pembangunan pasti memmerlukan lebih banyak
perbelanjaan, lebih banyak cukai akan dikenakan.

Ringkasnya DEB tidak mungkin dapat membasmi kemiskinan dan mencapai


kesimbangan ras dam tempoh ia beroperasi tetapi permulaan besar telah dibuat yang
akan membawa ekonomi Malaysia memasuki fasa baru.

2.3 Dasar Perindustrian Negara

Di  dalam  dekad  50-an  dan 60-an, program perindustrian di negara ini
dijalankan  sebagai  usaha  untuk  mempelbagaikan ekonomi  negara  yang  pada 
masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Namun kedua-dua komoditi ini

9
tidak stabil. Oleh itu kerajaan telah melancarkan   program perindustrian  untuk 
mencetuskan  perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil.

Pada tahun  70-an,  kerajaan  di  samping  mempelbagaikan ekonomi  telah 


menitikberatkan  pertumbuhan  industri  yang lebih  pesat  untuk  menampung
keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan  telah 
diberikan kepada   industri-industri   yang   berasaskan  eksport  dan industri yang
mengunakan ramai buruh. Pada tahun  80-an  pula,  program   perindustrian   negara
mengalami   satu   lagi  perkembangan  menerusi  penggalakan industri berat. Ini
bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan  menambahkan 
kemahiran  rakyat  di bidang  teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk
mempercepatkan lagi proses perindustrian.

Perkilangan adalah sektor baru tetapi penting dan akan bertambah tinggi
kedudukannya pada tahun-tahun akan datang. Memandangkan penyertaan orang
Melayu yang sedikit dalam sektor ini dari segi keusahawanan, modal dan guna tenaga,
adalah mustahak lebih ramai orang Melayu digalakkan menyertai dengan lebih aktif
dalam sektor ini.

“ Selaras  dengan   hasrat   untuk   mengenalpasti   kelemahan ciri-ciri  


struktur   serta  mengatasinya,  kerajaan  telah melancarkan dua kajian utama pada
tahun 1983,  iaitu  Kajian Dasar   Perindustrian   Malaysia   (KDPM)  dan  Pelan 
Induk Perindustrian (PIP).    KDPM  benujuan  untuk  menyemak  dan mengubahsuai 
dasar-dasar  perindustrian  negara  yang sedia ada  dan  mengkaji  semula  galakan-
galakan  pelaburan   dan dasar-dasar  peningkatan eksport.   PIP pula bertujuan untuk
menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti
strategi-strategi  untuk  sektor-sektor  kecil yang  berpotensi  untuk  tumbuh  dengan 
pesat.  Dasar utama perindustrian telah mengambil  kira  beberapa  prinsip  asas yang
terkandung di dalam  perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.am sektor ini.”

(Laporan Dasar Perindustrian Negara)

10
PIP   telah mengenalpasti   12   sektor   industri   yang  patut  diberi
penekanan.  Tujuh daripada sektor-sektor  ini  adalah  yang berasaskan  sumber 
tempatan  iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan,
kimia, logam bukan ferus dan keluaran- keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi
merupakan industri yang bukan berasaskan  sumber  iaitu eletrik  dan  eletronik, 
peralatan  pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan  tekstil  dan 
pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai
matlamat memperluaskan asas industri negara.

PIP  merangkumi  strategi-strategi  dan langkah-langkah yang boleh  membawa 


Malaysia  ke   dalam   era   sebuah   negara perindustrian  dan  seterusnya  menjadi 
teras kepada sebuah negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi  Malaysia  akan
diterajui  oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi
industrialisasi yang  outward-looking. Sejauh  mana  PIP akan  mencapai hasil yang
baik bergantung kepada keupayaan  pekilang-pekilang  di  Malaysia  mengekalkan,
meningkatkan  daya  saing  di pasaran antarabangsa yang penuh cabaran.

2.4 Dasar Pembangunan Nasional

“ Tahun  1990  menandakan  berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang


Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB
(1971 - 1990), ekonomi Malaysia telah berkembang  dengan  pesatnya  walaupun 
menghadapi  pelbagai cabaran. Dasar Pembangunan Negara telah dilancarkan oleh
Y.A.B. Dato'  Seri  Dr.  Mahathir Mohamad,  Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun
1991.  Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)  1991  -  2000  telah
digubal   berasaskan   Dasar   Pembangunan  Nasional  (DPN), menandakan
bermulanya satu lagi  era  baru  di  dalam  usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020.”

(Laporan Dasar Pembangunan Negara)

DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB
serta kekuatan  dan  kelemahan  yang  wujud semasa  pelaksanaannya.  Ia 
11
mengandungi  beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu
dimensi baru  dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan
dan menyusun  semula masyarakat.

Seperti DEB, DPN akan  meneruskan  usaha-usaha  mengurangkan


ketidakseimbangan  ekonomi  bukan  sahaja  di  kalangan kaum etnik tetapi juga di
antara golongan  kaya  dan  miskin  dan antara  wilayah.  Ketidakseimbangan  ekonomi 
ini akan dapat dikurangkan  berasaskan  prinsip  pembangunan  seimbang  dan
pengagihan  yang  saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan
perpaduan negara.

2.5 Dasar Penswastaan

Penswastaan atau penyerahan milik negara kepada sektor swasta bermaksud


mengubah sesuatu perniagaan, perkhidmatan atau perusahaan daripada hak milik atau
kawalan negara, kerajaan atau awam kepada hak milik atau pengendalian swasta.
Istilah “penswastaan” juga merujuk kepada penggunaan kontraktor swasta untuk
memberi perkhidmatan yang dahulunya disediakan oleh sektor awam.

Dasar penswastaan di Malaysia bermula dengan rasmi pada tahun 1983. Namun
pelaksanaannya telah diberi nafas baru selepas Datuk Daim Zainuddin sebagai Menteri
Kewangan pada pertangahan tahun 1984 dan kemerosotan ekonomi pada tahun 1985-
1986 (Ishak Shaari : 262).

Dasar penswastaan ini boleh dianggap sebagai suatu lanjutan daripada DEB
yang bertujuan memindahkan 30% daripada saham milik syarikat kepada kepentingan
bumiputera. Dasar tersebut merupakan pembaharuan yang penting dari segi strategi
mencapai DEB, iaitu untuk mendorong dan mengarahkan pertumbuhan ekonomi
melalui pelaburan kerajaan dapam perusahaan awam.

Penswastaan bukanlah suatu konsep baru. Rancangan penswastaan telah


menimbulkan banyak persoalan, termasuk kesimbangan di antara sektor awam dan

12
sektor swasta dalam sebuah ekonomi campuran dan kesannya ke atas ekonomi secara
keseluruhan.

Dasar penswastaan di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kempen penswastaan


antarabangsa yang bermula pada tahun 1980an, khususnya di Britain dan di Amerika
Syarikat serta perkembangan pengaruh pemikiran ekonomi kanan di Barat dan
galakkan agensi antarabangsa seperti bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (Ishak
Shaari : 262).

Pelaksanaan dasar penswastaan di negara ini telah meningkatkan tekanan


terhadap pekerja sektor awam dan rakyat yang bergantung ada perkhidmatan awam.
Kesan penswastaan di negara ini menjadi lebih buruk kerana dilaksanakan dalam
keadaan ekonomi negara mengalami kemerosotan paling teruk semenjak merdeka iaitu
pada tahun 1985-1986 ( Ishak Shaari : 266).

Walaupun pengalaman penswastaan di Malaysia masih terhad, tetapi


pelaksanaannya telah menimbulkan kebimbangan tentang pakatan atau persetujuan
ala kartel, sama ada secara rasmi atau tidak. Kemungkinan syarikat tertentu mendapat
maklumat daripada orang dalam dan dapat membuat tawaran yang diterima oleh
kerajaan.

Sungguhpun beberapa projek telah diswastakan dan pelaksanaan projek-projek ini


menimbulkan beberapa persoalan, kerajaan tatap meneruskan lagi tempoh
penswastaan dalam Rancangan Malaysia ke-enam (1991-1995). Bagi mencapai
matlamat ini satu Pelan Induk Penswastaan telah disediakan bagi memberi garis
panduan untuk pelaksanaan penswastaan yang lebih teratur dan berkesan. Seterusnya
berdasarkan pelan ini, kerajaan akan menyediakan Pelan Tindakan Penswastaan
jangka pendek yang menjelaskan secara terpeinci entiti yang akan diswastakan
terutamanya industri yang berbentuk monopoli dan laporan akan diedarkan kepada
umum.

2.6 Kesimpulan

13
Apa yang nyata, situasi ekonomi kali ini berbeza dan jauh lebih meruncing jika
dibandingkan pada sepuluh tahun yang lalu. Namun hakikatnya, situasi ekonomi kali ini
masih mampu ditangani dengan perancangan dan program yang berkesan dan
sistematik serta dasar – dasar kerajaan yang bertepatan yang dilancarkan untuk
membantu keadaan gawat sekarang ini. Selain itu, amatlah diperlukan dilakukan kajian
yang terperinci terhadap keperluan dan kepentingan yang terjejas teruk. Amatlah
diharapkan juga agar semua pihak sama – sama bertindak pantas serta menjalanikan
tanggungjawab masing masing dengan sikap yang lebih komited, optimis dengan
memberikan maklum balas yang bijak dan tepat agar segala masalah negara ini dapat
diatasi dan ditempuhi dengan jayanya.

3. RUJUKAN

1. Heng Siew Ngu, M.d Zyady Md. Tahir. (2009). Longman Teks Pra Universiti
STPM Matrikulasi: mikroekonomi. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

2. Ishak Shaari (1992). Ekonomi STPM : ekonomi Malaysia. Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

3. Just Faaland (2005). Dasar Ekonomi Baru : pertumbuhan negara dan


pencapaian ekonomi orang Melayu. Utusan Publications & Distrubutors, Kuala Lumpur.

14
4. Lai Mooi Chang (2005). Pra-U Makroekonomi. Pearson Malaysia Sdn Bhd, Kuala
Lumpur.

5. Normala Ismail (2009). HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas. Open


Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.

6. http://pmr.gov.com.my/dasar_pembangunan_negara

7. http://pmr.gov.com.my/dasar_pembangunan_nasional

8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_campuran

15

You might also like