You are on page 1of 8

2.

0 TEORI HURAIAN BAHASA

Definisi tatabahasa berlainan antara ahli bahasa dari segi susunan perkataan
dan ayat. Namun begitu, ini tidak jauh menyimpang daripada maksudnya.
Tatabahasa dapat disimpulkan sebagai satu konsep tatabahasa yang
mempunyai peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.

Teori bahasa terbahagi kepada empat, iaitu teori tradisional, teori


struktural, teori transformasi generatif, dan teori fungsional. Teori-teori ini
dilahirkan hasil daripada ketidakpuasan hati terhadap beberapa aspek teori dan
metodologi yang telah dipakai oleh aliran sebelumnya. Tiap-tiap aliran
dipengaruhi oleh ilmu lain yang ada kaitan dengannya. Sebagai contoh, teori
tradisional dipengaruhi oleh ilmu falsafah, teori struktural dipengaruhi oleh teori
psikologi behaviorisme, teori transformasi generatif dipengaruhi oleh teori kod-
kognitif.

Pengaruh yang diterima oleh tiap-tiap aliran tatabahasa itu berlainan.


Lantaran itu, sudut pandangan yang terdapat dari tiap-tiap aliran tatabahasa itu
juga berbeza. Namun demikian, ada juga ciri-ciri persamaan itu terletak pada
istilah-istilah dan konsep-konsep yang dibuat oleh teori yang baru adalah
berasaskan pada apa yang telah dicapai oleh teori yang sebelumnya.

Berikut merupakan huraian bagi setiap teori ang dinyatakan di atas:

2.1 Teori Tradisional

Teori tradisional ini telah bermula sejak zaman silam Yunani pada abad
ke-15 Sebelum Masihi terhadap bahasa Yunani. Ahli-ahli falsafah Yunani
ialah seperti Plato iaitu mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri
daripada bahan-bahan penulisan. Kajian-kajian mereka dibuat
berasaskan falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu
cabang falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang
falsafah yang penting. Bahasa juga merupakan satu bidang yang dapat
membantu mereka untuk menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang
Yunani meliputi aspek-aspek tatabahasa yang ada pada masa itu,
contohnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru, dan kata
pertikel.

Teori ini kemudiannya terus berkembang terhadap bahasa latin,


bahasa Arab, dan bahasa Sanskrit. Tokoh utama bagi menghuraikan
bahasa Sanskrit ialah pendeta Panini. Manakala di Malaysia pula, tokoh
bahasa ialah pendita Zaaba san Profesor Asmah Omar. Kajian bahasa
bentuk ini diteruskan hinga abad ke-19 di mana orang mulai sedar
bahawa bahasa tidaklah kekal lama sekiranya tidak diamalkan dan
menurut pensejarahan, bahasa berubah-ubah dari abad ke abad.

Teori ini lebih menfokuskan kepada huraian aspek-aspek


tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Menurut kamus dewan edisi
keempat, morfologi membawa maksud kajian tentang pembentukan kata
dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan.
Morfologi terbahagi kepada dua iaitu kata nama dan kata kerja.

Manakala, sintaksis pula menurut kamus dewan edisi keempat


membawa maksud pengetahuan dalam cabang ilmu linguistik, peraturan
tentang susunan kata dalam ayat. Kajian sintaksis terbahagi kepada
empat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seru, dan ayat perintah.
Bahagian-bahagian dalam ayat mempunyai subjek, predikat, objek, dan
keterangan.
Pengajaran tatabahasa bersifat deduktif iaitu daripada umum
kepada sepesifik iaitu dengan membuat penerangan dan memberikan
sedikit contoh. Sebagai contoh, konsep nilai murni diajarkan dalam
sesuatu pengajaran dan pembelajaran, murid diberikan contoh kemudian
murid diminta untuk memberikan contoh yang mereka ketahui. Hal ini
dapat diaplikasikan oleh murid itu sendiri apabila mereka melalui situasi
ini.

Bahasa merupakan pengucapan buah fikiran dan perasaan.


Namun begitu, penulisan adalah lebih penting daripada pengucapan
mahupun lisan. Hal ini kerana apa yang dikaji merupakan apa yang ditulis
sahaja bukan apa yang diucapkan.

2.1.1 Konsep

Bahasa merupakan salah satu disiplin dalam ilmu falsafah.


Huraian bahasa dibuat berdasarkan tanggapan atau perspektif ahli
falsafah. Hal ini kerana, bahasa merupakan organisma yang hidup
dan berkembang. Di samping itu, kajian bahasa dibuat dalam
bentuk perbandingan bahasa. Tambahan lagi, bahasa dapat
dihuraikan berasaskan tatabahasa sejagat yang berindukkan
bahasa Yunani dan bahasa lain. Dalam teori ini, mereka berpegang
kepada konsep di mana kajian bahasa dibuat terhadap bentuk
tulisan semat-mata.

2.1.2 Ciri-ciri

Ciri-ciri yang terdapat dalam teori ini ialah, tulisan lebih penting
daripada pengucapan atau lisan. Kajian bahasa juga berbentiuk
deduktif serta huraian bahasa berasaskan tanggapan atau
perspektif daripada ahli falsafah.

2.1.3 Implikasi

Dalam bilik darjah, sangat ditekankan pengajaran bahasa yang


berbentuk deduktif di mana pelajar diajarkan dahulu sesuatu
konsep kemudian mengapliaksikannya sendiri. Dalam konteks ini,
hukum-hukum bahasa perlu dilkuasai oleh pelajar dan kemhiran
menulis merupakan kemahiran utama yang hendak dikuasai
kepada murid. Tatabahasa terjemahan juga digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua.

2.2 Teori Struktural

Teori ini dikaitkan dengan pertumbuhan linguistik ilmiah di Amerika pada


tahun 1930-an iaitu pada abad ke-20 Sebelum Masihi. Teori ini juga
dikenali sebagai Taxanomic atau Bloomfieldian. Tokoh bahasa yang
terlibat dalam teori ini terdiri daripada Sausure, Otto Jespherson, Harris
dan sebagainya. Teori ini juga telah dijadikan asas untuk kaedah
mengajar pegawai dan tentera semasa perang dunia kedua. Ini dikenali
sebagai kaedah terus dan kaedah tentera.

2.2.1 Konsep

Dalam teori ini, bahasa merupakan satu sistem yang mempunyai


talian antara unit fonem iaitu sebagai unit bahasa dengan morfem
dalam satu unit bahasa. Di samping itu, teori ini menekankan
bahasa dalam sebagai satu sistem pertuturan yang arbitrari.
Arbitrari menurut kamus dewan edisi keempat ialah, tidak
berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti. Dalam
teori ini, bahasa merupakan alat komunikasi yang utama dan aspek
pertuturan merupakan alat perhubungan asas utama. Kajian ini
juga berdasarkan struktur iaitu dimulai dengan fonologi kemudian
morfologi dan akhir sekali sintaksis.

2.2.2 Ciri-ciri

Dalam teori ini, bahasa dikaji sebagai sistem lambang pertuturan.


Bahasa dikaji secara diskriptif, dan bersifat serta empirikal.
Empirikal membawa maksud berdasarkan pemerhatian atau
eksperimen iaitu dengan kata lain, boleh diuji. Bahasa yang
dianalisis ialah bahasa lisan dengan bersifat structured-centered.
Konsituen yang paling kecil dalam teori ini ialah mengecilkan
perkataan, diikuti frasa, klausa, subjek, dan predikat. Di samping
itu, perkaitan unit tatabahasa dan ayat dianalisis secara konsituen
terdekat.

2.2.3 Implikasi

Dalam teori ini pembelajaran lebih kepada berasaskan rangsangan


dan gerak balas. Bahan rangsangan untuk penguasaan lisan
ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran kemahiran menulis.
Berbanding teori tradisional, teori ini lebih kepada pengajaran
berbentuk induktif. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti
kata lain, ia dijalankan secara formal. Teori ini tidak menekankan
penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
Makna perkataan dijelaskan dengan cara memberikan makna yang
sama dalam bahasa natif dalam pembelajaran bahasa kedua.
2.3 Teori Transformasi Generatif

Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-
an iaitu aliran Transformasi Generatif (TG). Pelopor aliran ini ialah Noam
Chomsky dengan bukunya ‘Syntactic Structures’ (1957) dan ‘Aspects of
the Theory of Syntax’ (1965). Analisis TG bertujuan membentuk rumus-
rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan
penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan
membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat
dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah
rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi.

Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk


berbahasa. Bagi penutur asli, mereka mempunyai kecekapan berbahasa
ini iaitu competense. Kecekapan ini merupakan satu set implisit iaitu
dinyatakaan secara tidak langsung atau tidak secara terang-terangan.
Penguasaan bahasa berdasarkan penguasaan bahasa pertama dahulu.
Pengetahuan bahasa merupakan fenomena mental. Struktur dalaman
penutur asli membolehkan ayat berfrasa dan ayat yang mempunyai
ketaksaan. Dua struktur ayat dalam teori ini ialah struktur dalaman dan
struktur permukaan.

Rumus-rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur


kata, menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula.
Pendekatan huraian bersifat deduktif dan “kaji diri”. Teori ini juga
menunjukkan kajian berbentuk hipotesis tentang bagaimana bahasa
bertugas. Kita juga dapat lihat dalam teori ini, bahasa bersifat sejagat dan
kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol
untuk menganalisis nahu.
2.4 Teori Fungsional

Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli


bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji
bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian
terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Kajian bahasa bukan
semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga
terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa
ketika seseorang itu berkomunikasi. Halliday menganggap bahasa
sebagai alat perhubungan.

Teori ini mewujudkan pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan


bahasa. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalam
pembentukan sistem bahasa. Hal ini kerana teori ini mementingkan
aspek semantik. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan
non-verbal. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan
emosi penutur. Turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai
alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku
pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Tiga fungsi utama dalam berbahasa ialah fungsi ideasional,


interpersonal, dan tekstual. Fungsi ideasional menyatakan pengucapan
serta hasrat dan fikiran. Manakala, fungsi interpersonal menggambarkan
gambaran operasi bahasa sebagai alat interaksi. Dan akhir sekali, fungsi
tekstual menggambarkan bagaimana bentuk-bentuk ayat untuk
menyampaikan mesej.

Teori ini sangat mementingkan aspek semantik. Kajian bahasa


bukan setakat struktur tetapi fungsinya sebagai alat komunikasi. Ahli-ahli
bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara
lainnya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk
berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik
sebaliknya terbuka dan dinamis. Seterusnya, asas elemen-elemen dalam
struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Oleh
sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan
bahasa. Kemudian, variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu
situasi sosial. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat
untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan
penuturnya.

You might also like