Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Gerakan Pemisahan Dalam MCA

Gerakan Pemisahan Dalam MCA

Ratings: (0)|Views: 42|Likes:
Published by siew chang yee

More info:

Published by: siew chang yee on Nov 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/09/2010

pdf

text

original

 
4.3.4GERAKAN PEMISAHAN DALAM MCAKejayaan MCA dalam Pilihan Raya Umum 1955 telah memberikan mandat kepadanya untuk meneruskan perjuangan parti itu dalam mempertahankan hak serta kepentingan orang Cina. Namun begitu, kegagalan MCA dalam menyuarakan tuntutan serta pandangan komuniti Cinasecara berkesan membawa kepada kemerosotan pengaruh parti tersebut. Pada masa yangsama, pergeseran yang berlaku di antara dua kumpulan pemimpin MCA turut melemahkan parti tersebut. Di mana pucuk kepimpinan tertinggi MCA yang dipimpin oleh Tan ChengLock dikuasai oleh kumpulan saudagar kaya yang berpendidikan Inggeris. Manakalakumpulan pemimpin pertengahan yang dikenali ‘Laukeh’ dan mempunyai pengaruh yangkuat ke atas dewan perniagaan Cina. Perbezaan latar belakang pemimpin MCA berkenaantelah membawa kepada keretakan parti tersebut menjelang pertengahan 1950an. Iniseterusnya membawa kepada perselisihan pendapat dan mengakibatkan krisis dalaman dalamMCA. Lantaran itu, masyarakat Cina mulai hilang keyakinan terhadap MCA dan mulamengalihkan sokongan mereka kepada parti-parti yang lain dan dianggap lebih mampumemperjuangkan kepentingan mereka dengan lebih berkesan.Pada masa yang sama, Akta Pendidikan 1952 yang telah dikaji semula selepas PilihanRaya Umum 1955 tidak banyak membawa perubahan. Laporan Razak yang diumumkantetap tidak diterima oleh majoriti masyarakat Cina yang beranggapan ianya tidak banyak  berbeza dengan Akta Pendidikan 1952. Akta Pendidikan 1957 yang berlandaskan LaporanRazak menggariskan dua jenis sekolah rendah iaitu ‘sekolah umum dan ‘sekolah jenisumum’
1
.Bahasa Melayu dijadikan bahasa yang wajib dipelajari di samping bahasa Inggerisdan laporan ini turut menekankan sukatan pelajaran yang sama tanpa mengira bahasa penghantar 
2
. Masyarakat Cina ternyata kurang senang dengan laporan ini kerana beranggapania bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahasa Cina dan menghapuskannya secara beransur-ansur. Di samping itu, syarat yang mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu danInggeris turut mendapat bantahan kerana ia dianggap akan membebankan pelajar-pelajar Cina.
1
Ibrahim Saad,
 Pendidikan dan politik di Malaysia
, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1986, hlm52.
2
 
 Ibid 
, hlm 53.
 
Pemimpin-pemimpin MCA peringkat pusat dikecam kerana gagal menangani isu pendidikan dan bahasa ini dengan berkesan. Mereka yang kebanyakkannya berpendidikanInggeris dilihat lebih mengutamakan soal kepentingan ekonomi daripada bahasa, pendidikanmahupun kebudayaan. Ini telah mengakibatkan kebangkitan golongan pemimpin ‘Laukeh’yang berpendidikan Cina seperti Lau Pak Kuan dan Leong Chee Cheong, dan Cho Yew Fai.Pergeseran dalaman MCA telah mewujudkan dua kumpulan yang utama dan mempunyaimatlamat perjuangan, kepentingan serta pandangan yang agak berbeza. Kumpulan CinaPeranakan yang berlatar pendidikan barat diketuai oleh Tan Cheng Lok, Tan Siew Sin, OngYoke Lin dan Leong Yew Koh dilihat lebih bersifat liberal dan mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin Melayu. Manakala kumpulan kedua pula yang merupakan “Laukeh”yang berpendidikan Cina dan merupakan pemimpin dewan perniagaan Cina, persatuan dialek dan huay tuan pula lebih menekankan kepentingan kebudayaan, bahasa, hak serta pendidikanCina. Mereka merupakan pemimpin di peringkat cawangan seperti Lau Pak Kuan dan LeongChee Cheong dari Perak, Cho Yew Fai dari Selangor dan Lim Lian Geok dari Persatuan GuruCina Bersatu
3
.Konflik MCA semakin ketara apabila soal kemerdekaan dibincangkan danSuruhanjaya Reid ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Lau Pak Khuan telah mendesak MCA agar memastikan soal kewarganegaraan, persamaanhak dan kebebasan pengunaan bahasa Cina dimasukkan ke dalam memorandum bersamaParti Perikatan yang akan diserahkan kepada Setiausaha Negara Tanah Jajahan di London
4
. Kegagalan MCA peringkat pusat melaksanakan tuntutan ini menyebabkan Lau Pak Khuanmemulakan gerakan pemisahan di dalam MCA yang diketuai beliau, Leong Chee Cheong,Cho Yew Fa dan Lim Lian Geok yang juga dikenali sebagai ‘
The Big Four 
5
.Ianya kemudianmenyaksikan Lau Pak Khuan mengetuai The Pan-Malayan Federation of Chinese Association( PMFCA ) dalam mengemukakan memorandum yang berasingan kepada Setiausaha TanahJajahan di London
6
. PMFCA yang mewakili 1,094 persatuan Cina dan dewan perniagaan
3
Heng Peck Koon,
Chinese politics in Malaysia
, hlm 239.
4
R.K Vasil,
 Ethnic politics in Malaysia
, Radiant Publishers, New Delhi, 1980, hlm.103-104.
5
Heng Peck Koon
 , Chinese politics in Malaysia,
hlm. 239.
6
Oong Hak Ching, Partai Malayan 1956-1963: Satu tinjauan tentang perjuangannya, Tesis IjazahSarjana Muda Dalam Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi, 1973, hlm. 172.
 
telah membuat satu memorandum bersama dengan Parti Malaya Melaka yang diketuai olehEncik Tan Kee Gak 
7
. Namun begitu, memorandum tersebut tidak diterima oleh SetiausahaTanah Jajahan, A.Lennox-Boyd yang telah mengadakan rundingan dengan perikatan UMNO-MCA-MIC.
 
Pertelingkahan secara terbuka dalam MCA jelas memberi impak kepada perkembangan MCA . Di Perak misalnya, walaupun cubaan untuk memecat Lau Pak Khuangagal tetapi bibit perpecahan dalam parti sudah jelas dan tidak dapat dibendung lagi. Pada 23 November 1957, Lau Pak Kuan bersama-sama Fong Seong bertindak menyokong PPP dalam pilihan raya kecil 1957
8
. Ini menandakan bermulanya kemerosotan MCA di Peraterutamanya di daerah Kinta sehinggalah pada Pilihanraya Majlis Perbandaran Ipoh tahun1958 yang menyaksikan keempat-empat calon MCA ditewaskan oleh calon PPP
.
4.4.3KETEGANGAN HUBUNGAN MCA DAN UMNOPilihan Raya Umum 1959 merupakan yang pertama selepas Tanah Melayu mencapaikemerdekaannya. Menurut Ting Chew Peh, ia memperlihatkan tiga aspek yang penting
9
. Pertama, ia berlaku selepas peninggalan British dan kemerdekaan Tanah Melayu. Kedua, perubahan saiz dan populasi pengundi serta peningkatan mendadak pengundi Cina. Ketiga pula, perubahan kepimpinan yang menyaksikan kelahiran kumpulan “
Young Blood 
” mahupun
Young Turks
” dalam MCA. Barisan pemimpin ini yang diketuai oleh Dr. Lim Chong Euyang lebih lantang dalam memperjuangkan hak serta kepentingan masyarakat Cina.Kumpulan
Young Turks
” ini berjaya mengambil alih pucuk kepimpinan MCA pada tahun1958, selepas Dr. Lim Chong Eu menewaskan Tan Cheng Lok dengan undian sebanyak 89-67. Namun begitu, hubungan kepimpinan baru ini dengan UMNO dilihat agak renggang.Ini kerana UMNO dilihat lebih gemar bekerjasama dengan Tan Cheng Lok yang digelar “
old  guard 
dan lebih sanggup berkompromi dalam soal bahasa dan juga pendidikan Cina.Pergeseran MCA-UMNO jelas apabila pilihan raya umum 1959 tiba, di mana MCA dalamkepimpinan Dr. Lim telah menuntut 40 kerusi parlimen dan kuasa untuk memilih calonnya
7
 
 Ibid 
.
8
R.K Vasil,
 Politics in a plural society
, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1971, hlm.232.
9
Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A Study Of Race Relations In A Plural
 
Society,hlm. 189.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->