You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

1.Sejarah

2.Teknologi Lompat Bergalah

3.Lompat Bergalah Moden

4.Fasa fasa Lompatan Bergalah

Pendekatan

Pertumbuhan dan proses lompatan

Hayunan dan kuakkan

Kaedah penggiliran hayunan

Penyambungan

Pusingan

Penerbangan

5.Terminologi

6. Kelab 6 meter

7.Prestasi Terbaik Tahunan

Peserta Terbaik Lelaki

Peserta Terbaik Wanita

8.Rujukan

Kelab 6 meter

Nota

----------------------------------------------------------------------
PENGENALAN

Lompat bergalah adalah salah satu acara sukan yang menggunakan galah yang panjang dan fleksibel
(dimana galah pada hari ini kebiasaannya diperbuat daripada gentian kaca atau gentian karbon )
sebagai salah satu alat untuk melompat melepasi bar. Ia telah menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik
sejak tahun 1896 untuk lelaki dan mula diperkenalkan kepada wanita pada tahun 2000.

SEJARAH

Suatu masa dahulu galah digunakan secara praktikal untuk melepasi halangan semulajadi di kawasan
yang berbecak seperti di wilayah Friesland di Netherland, sepanjang Sungai Utara, kawasan berpaya di
Cambridgeshire , Huntingdonshire, Lincolnshire dan Norfolk. Dalam usaha untuk menyeberangi kawasan
ini tanpa basah disamping mengelakkankan penggunaan jambatan kerana perlu melalui bulatan (untuk
menyingkatkan masa), sebatang galah yang panjang disimpan di setiap rumah dan digunakan untuk
melompat melepasi terusan itu. Di Friesland, dimana lompat tinggi disebut sebagai 'fierljeppen',ia telah
menjadi salah satu aktiviti kebudayaan masyarakat setempat sebagai pertandingan tahunan.

Pertandingan galah moden dimulakan sekitar tahun 1850 di German, apabila ia ditambah sebagai salah
satu latihan gimnastik oleh Johann C.F. Gutsmuths dan Frederich L.Jahn. Teknik lompat bergalah moden
pula dibangunkan di Amerika Syarikat sekitar penghujung kurun ke 19. Di Britain, sukan ini pertama kali
di pertandingkan di Kejohanan Sukan Caledonian. PAda mulanya, galah yang digunakan diperbuat
daripada bahan yang keras seperti buluh atau besi besi aluminium.. Kemudiannya, galah fleksibel yang
diperbuat dari gentian kaca atau gentian karbon yang membolehkan pelompat melepepasi tahap
ketinggian yang baru diperkenalkan. Walaubagaimanapun, kemahiran teknikal masih dititikberatkan
dan objektif lompat galah adalah untuk melepasi palang bar yang diletakkan diantara dua tiang yang
didirikan tanpa menjatuhkan bar itu.
TEKNOLOGI LOMPAT GALAH

Persaingan lompat bergalah (pada asalnya) bermula dengan galah buluh. Apabila ketinggian yang perlu
dilepasi kian ditingkatkan, galah besi brbentuk tiub yang telah diratakan disetiap hujung pangkalnya
diperkenalkan bagi menggantikan galah buluh yang tidak cukup panjang. Galah masa kini pula dihasilkan
daripada helaian-helaian lapisan gentian kaca dikeseluruhan paksi dalam mesin pelarik galah
(rekabentuk), untuk menghasilkan galah yang panjang boleh separa lentur dan lebih mudah dilenturkan
di bawah tekanan yang dibuat oleh atlet semasa lompatan dilakukan. Jenis gentian kaca berbeza
termasuk gentian karbon digunakan untuk memberikan sesuatu galah itu kelebihan khas didalam
mempromosikan lompatan yang lebih tinggi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, gentian karbon
telah ditambah kedalam bahan untuk menghasilkan galah ini bagi menghasilkan galah yang lebih ringan
untuk dikendalikan.

Seperti dalam acara lompa tinggi, kawasan pendaratan pada asalnya hanyalah satu kawasan yang
dilonggokkan dengan sisa habuk kayu yang digergaji ataupun pasir berlapik dimana para atlet mendarat
dengan menggunakan kaki mereka. Apabila teknologi berkeupayaan menyediakan palang lompatan
yang lebih tinggi, pelapik biasa berkembang kepada beg yang diisikan dengan ketulan getah berbusa
yang besar. Saiz tempat pendaratan juga di tambah untuk mengurangkan risiko kecederaan semasa
mendarat. Teknik pendaratn yang sempurna yang mula diperkenalkan pada tahap ini adalah dengan
jatuhan bahagian belakang badan atau bahu dahulu ke tapak pendaratan. Pendaratandengan
menggunakan kaki tidak lagi dipraktikkan bagi mengelakkan risiko kaki terseliuh atau patah.

Peraturan yang berubah tahun demi tahun telah menyebabkan kawasan pendaratan ditambah
kelebarannya beserta penambahan pelapik lembut dikawasan yang keras disekitar kawasan pendaraan
yang tidak bertutup.

Palang rentas pula berkembang dari hanyalah sebatang palang aluminium berbentuk segi tiga kepada
palang bulat gentian kaca bersama pelapik getah dikedua-dua belah hujungnya. Ia menjadi palang yang
seimbang dan boleh dijatuhkan apabila disentuh oleh pelompat galah.

LOMPAT BERGALAH MODEN


Atlet menyertai lompat bergalah sebagai salah satu dari empat acara lompatan yang diadakan di trek
dan padang. Lompat bergalah juga adalah acara kelapan dalam Acara Dekathlon. Semasa pertandingan,
ketinggian paras palang untuk dilepasi akan ditentukan oleh pegawai acara. Ketinggian pertama yang
lebih dikenali sbg ketinggian pembukaan kebiasaannya berada pada tahap ketinggian yang boleh
dilepasi oleh semua peserta. Peserta boleh mula menyertai lompatan pada mana-mana tahap ketinggian
yang dikehendakinya dari ketinggian standard yang telah ditetapkan pada awalnya. Apabila peserta
telah mula menyertai pusingan lompatan itu, peserta akan diberikan 3 peluang untuk melepasi
ketinggian yang telah ditetapkan. Jika peserta berjaya melepasi halangan walaupun terpaksa
menggunakan satu daripada 3 peluang pecubaan yang telah diberikan,peserta akan dapat 3 peluang
lompatan semula yang baru pada tahap ketinggian yang seterusnya. Pada bila-bila masa, peserta boleh
membuat keputusan untuk melepasi ketinggian paling maksimum yang diingininya. "Tiada ketinggian"
atau lebih dikenali sebagai NH (no height) dirujuk kepada peserta yang gagal melepasi palang pada
sebarang ketinggian yang telah ditetapkan semasa pertandingan.

Peserta yang berjaya melepasi palang pada paras yang paling tinggi akan dinobatkan sebagai juara.
Kedudukan juara, naib juara dan tempat ketiga di tentukan berdasarkan jumlah percubaan yang diambil
oleh setiap peserta untuk melepasi ketinggian palang. Keputusan seri mungkin berlaku apabila terdapat
dua atau lebih peserta yang melakukan jumlah kegagalan yang sama semasa melepasi ketinggian
palang.Walaubagaimanapun, keputusan seri ini boleh di rungkaikan dengan cara mengarahkan peserta
berkenaan untuk melepasi semula palang pada ketinggian yang sama, dimulakan pada ketinggian
terakhir percubaan lompatan bergalah dilakukan. Jika peserta-peserta itu masih gagal melepasi
ketinggian palang itu, palang berkenaan akan dikurangkan sedikit ketinggiannya.Lompatan berakhir
apabila salah seorang peserta gagal melepasi halangan.

Kelengkapan dan undang-undang acara lompat bergalah adalah lebih kurang menyerupai acara lompat
tinggi.Walau bagaimanapun, atlet lompat bergalah ada peluang untuk memilih posisi pendataran palang
sebelum setiap lompatan dan boleh meletakkan posisi palang itu diantara 0 ke 80cm melewati bahagian
belakang kotak; lubang logam dimana galah ditempatkan serta merta sebelum lompatan dilakukan.
Sekiranya galah yang digunakan oleh atlet berkenaan mencungkil palang ke atas, lompatan itu dianggap
batal walaupun atlet berkenaan berjaya melompat melepasi ketinggian palang yang telah
ditetapkan.Walau bagaimanapun, sekiranya acara lompat bergalah ini diadakan dikawasan yang tidak
bertutup, atlet telah berjaya melepasi palang tetapi angin telah secara tiba-tiba meniup palang dan
jatuh, lompatan itu masih dikira sebagai sah dan tidak terbatal percubaan atlet itu. Sekiranya galah yang
digunakan pula terpatah semasa percubaan lompatan, atlet boleh diberikan kebenaran untuk membuat
percubaan sekali lagi.
Terdapat pelbagai faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran yang boleh menyumbang kepada kejayaan
dan kegagalan sesuatu percubaan lompatan termasuklah kelajuan, teknik, ketinggian, keupayaan
melompat, kekuatan, keyakinan diri dan persiapan mental, kelajuan angin dan arah angin bertiup,suhu
dan sebagainya. Peserta mestilah memilih galah dengan kepanjangan dan kekakuan yang bersesuaian
dengan keupayaan dirinya, dimana mungkin berubah mengikut faktor-faktor yang telah dinyatakan di
atas.Sifat sambil lewa memilih galah yang sesuai akan memberikan kesan terhadap atlet dimana galah
itu mungkin terlalu anjal dimana boleh menyebabkan galah atlet berkenaan akan tersasar terlalu jauh
dari dari lubang galah yan telah ditempatkan atau berkemungkinan juga galah itu melayang di bawah
palang sebelum mendapat ketinggian yang maksimum. Demikian juga sebaliknya dimana sekiranya
galah itu terlalu kaku (tidak anjal) akan menyebabkan atlet berkenaan tertolak ke belakang.

Galah kebiasaannya dibuat khas untuk pelompat berdasarkan berat yang dikehendaki oleh atlet. Ada
juga sesetengah organisasi yang melarang para ale untuk menggunakan galah yang tidak mencapai
piawai berat yang dikehendaki atas sebab sebab keselamatan. Walaupun undang-undang ini sepatutnya
menjadikan galah untuk lompatan menjadi kurang berbahaya, ia masih menjadi sesuatu yang kurang
selesa bagi para atlet dan dalam sesetengah kes ia sebenarnya menjadikan sukan ini lebih berbahaya.
Berat yang dicadangkan haruslah sejajar dengan tahap kelenturan yang telah dipersetujui oleh
pengeluar dimana meletakkan jumlah piawaian tekanan terhadap galah dan mengukur berapa jauh
bahagian tengah galah tersingkir. Kelenturan dan kepanjangan gala adalah amat penting untuk
pelaksanaan lompatan yang baik. Adalah bukan sesuatu yang jagal untuk seorang peserta membawa
hampir 10 batang galah bersamanya dalam satu-satu pertandingan lompat bergalah.

Keberkesanan sifat galah boleh diubah-ubah dengan cara meninggikan atau merendahkan pegangan
galah. Pegangan kemas tangan kiri dan kanan secara tipikalnya adalah pada keluasan bukaan bahu.
Galah diperbuat untuk semua orang, pada semua tahap kemahiran, dari saiz sependek 10 kaki, 90 lb
hingga ke sepanjang 17 kaki dan seberat 230 paun.

FASA FASA LOMPATAN BERGALAH

Walaupun terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh pelompat bergalah dalam kemahiran yang
berbeza untuk melepasi palang, peserta secara umumnya menerima satu model teknikal yang boleh
dipecahkan kepada beberapa fasa seperti yang disenaraikan di bawah:
Menghampiri

Fasa menghampiri melibatkan

Pertumbuhan dan proses lompatan

Hayunan dan kuakkan

Kaedah penggiliran hayunan

Penyambungan

Pusingan

Penerbangan

TERMINOLOGI

PALANG - Sebatang

KELAB 6 METER

Terbuka kepada atlet yang telah melompat melepasi ketinggiann 6 meter dan ke atas. Atlet2 ini
dianggap sebagai pelompat2 yang amat berprestij. Pada tahun 1985, Sergei Bubka menjadi atlet
pertama yang melepasi ketinggian 6 meter. Bubka juga memegang record dunia pada tahap ketinggian
lompatan 6.14 meter yang dilakukannya pada 31 Julai 1994 di Sestriere.

Kesemua ahli Kelab 6 meter adalah lelaki dan satu-satunya wanita yang berjaya menghampiri ketinggian
5 meter dalah seorang atlet dari Russia yang juga memegang rekod dunia, Yelena Isinbayeva. Yelena
melepasi ketinggian itu pada tahun 2005 dan beliau turut memecahkan rekod beliau sendiri pada tahun
yang sama dengan ketinggian lompatan 5.01 meter.

Berikut adalah senarai nama ahli Kelab 6 meter:

Sergei Bubka Soviet Union / Ukraine 6.14 m 6.15 m 1985

Maksim Tarasov Russia 6.05 m 6.00 m 1997

Dmitri Markov Belarus / Australia 6.05 m [2] 1998

Okkert Brits South Africa 6.03 m [3] 1995

Jeff Hartwig United States 6.03 m [4] 6.02 m 1998

Igor Trandenkov Russia 6.01 m 1996

Tim Mack United States 6.01 m 2004

Radion Gataullin Soviet Union / Russia 6.00 m 6.02 m 1989

Tim Lobinger Germany 6.00 m 1997


Toby Stevenson United States 6.00 m 2004

Paul Burgess Australia 6.00 m 2005

Brad Walker United States 6.00 m 2006

Jean Galfione France 6.00 m 1999

Danny Ecker Germany 6.00 m


2001

PRESTASI TERBAIK TAHUNAN

Peserta Terbaik Lelaki

YEAR HEIGHT ATHLETE PLACE

1971 5.43 Kjell Isaksson (SWE) Siena

1972 5.63 Bob Seagren (USA) Eugene

1973 5.49 Steve Smith (USA) New York

1974 5.53 Steve Smith (USA) Pocatello

1975 5.65 Dave Roberts (USA) Gainesville

1976 5.70 Dave Roberts (USA) Eugene

1977 5.66 Wladyslaw Kozakiewicz (POL) Warsaw


1978 5.71 Mike Tully (USA) Corvallis

1979 5.65 Patrick Abada (FRA) Paris

Philippe Houvion (FRA) Paris

1980 5.78 Wladyslaw Kozakiewicz (POL) Moscow

1981 5.81 Vladimir Polyakov (URS) Tbilisi

1982 5.75 Dave Volz (USA)

Jean-Michel Bellot (FRA) Nice

1983 5.83 Thierry Vigneron (FRA) Rome

1984 5.94 Sergey Bubka (URS) Rome

1985 6.00 Sergey Bubka (URS) Paris

1986 6.01 Sergey Bubka (URS) Moscow

1987 6.03 Sergey Bubka (URS) Prague

1988 6.06 Sergey Bubka (URS) Nice

1989 6.06 Sergey Bubka (URS)

Rodion Gataullin (URS) Donetsk

1990 5.92 Rodion Gataullin (URS) Seattle

1991 6.10 Sergey Bubka (URS) Malmö

1992 6.13 Sergey Bubka (UKR) Tokyo

1993 6.05 Sergey Bubka (UKR) London

1994 6.14 Sergey Bubka (UKR) Sestriere

1995 6.03 Okkert Brits (RSA) Cologne

1996 6.02 Sergey Bubka (UKR) Atlanta, Georgia

1997 6.05 Sergey Bubka (UKR) Fukuoka

1998 6.01 Jeff Hartwig (USA) Uniondale

1999 6.05 Maxim Tarasov (RUS) Athens


2000 6.03 Jeff Hartwig (USA) Jonesboro

2001 6.05 Dmitriy Markov (AUS) Edmonton

2002 5.90 Jeff Hartwig (USA)

Tim Lobinger (GER) Athens

2003 5.95 Romain Mesnil (FRA) Castres

2004 6.01 Tim Mack (USA) Monaco

2005 6.00 Paul Burgess (AUS) Perth

2006 6.00 Brad Walker (USA) Jockgrim

2007 5.95 Brad Walker (USA) Brisbane

Peserta Terbaik Wanita

YEAR HEIGHT ATHLETE PLACE

1996 4.45 Emma George (AUS) Sapporo

1997 4.55 Emma George (AUS) Melbourne

1998 4.59 Emma George (AUS) Brisbane

1999 4.60 Stacy Dragila (USA)

Emma George (AUS) Seville

2000 4.63 Stacy Dragila (USA) Sacramento

2001 4.81 Stacy Dragila (USA) Palo Alto

2002 4.78 Svetlana Feofanova (RUS) Stockholm

2003 4.82 Yelena Isinbayeva (RUS) Gateshead

2004 4.92 Yelena Isinbayeva (RUS) Bruxelles


2005 5.01 Yelena Isinbayeva (RUS) Helsinki

2006 4.91 Yelena Isinbayeva (RUS) London

2007 4.91 elena Isinbayeva (RUS) Saint-Denis

You might also like