LUMBA HARAM:Punca Dan CaraMengatasi
Pembabitan remaja dalam kegiatan lumba haram bukanlah satu isuluar biasa dalam masyarakat kita hari ini. Oleh sebab desakan naluri remajayang suka mencuba dan tidak takut pada risiko yang bakal ditempuh, mereka berani melakukan apa-apa sahaja. Mereka ini mudah berasa seronok daningin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media. Pengaruh rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam menentukan pemilihan aktiviti yanggemar dilakukan oleh kelompok remaja ini. Remaja akan mengikuti apa-apayang dilakukan oleh kawan-kawan mereka.Selain itu, cara hidup remaja itu sendiri juga mendorong gejala ini berlaku. Kebanyakan remaja berpendidikan rendah lebih cenderungmelibatkan diri dalam kancah lumba haram ini. Pergaulan mereka hanyaterdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki tahap pemikiran yangsama apatah lagi sekiranya masing-masing sentiasa memberikan galakan dansemangat berbaur negative antara satu sama lain. Mereka bangga danseronok dengan pujian serta cuba menarik perhatian orang lain.Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam diri mereka.