Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
98Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Modal Insan

Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Modal Insan

Ratings: (0)|Views: 6,597 |Likes:
Published by Michelle
this is one of my essay that i have done for my revision..
this is one of my essay that i have done for my revision..

More info:

Published by: Michelle on Nov 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/01/2013

pdf

text

original

 
SoalanIbu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka jadi insan yang berguna. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.Setiap ibu bapa di dunia ini pastinya mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Baru-baru ini,berita tentang kejayaan adik Nur Madihah yang mendapat 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia sekaligus menjadikan beliau sebagai contoh bagi anak-anak muda untuk mencapai kecemerlangandalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, usaha ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.Pertamanya, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi,seperti pepatah Melayu µmelentur buluh biarlah dari rebungnya¶. Hal inidemikian kerana, anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hatidan lebih mudah untuk memahami sesuatu mata pelajaran yang diajar. Buktinya, mereka tidak mudah melakukan perkara negatif dan sentiasa sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalamkehidupan. Oleh itu,hal sebegini akan menguatkan pegangan anak-anak dalam kehidupan dansentiasa ingin memajukan diri demi menjadi modal insan yang sempurna.Selain itu,ibu bapa perlu menyediakan semua keperluan dan kemudahan yang berkaitandengan pendidikan kepada anak-anak mereka. Segala pertolongan daripada ibu bapa akan dapatmembantu meningkatkan proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah khususnya. Sebagaicontoh,penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Ibu bapa harus menyediakan tempat belajar yang strategik serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak mereka.Dengan hal ini,anak-anak mereka dapat belajar secara efektif dan berkesan.Di samping itu juga,adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyokong setiap penglibatan dan aktiviti anak-anak yang menjurus ke arah kebaikan serta kecemerlangan merekadalam pendidikan. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang memperuntukkan masa dan perhatianuntuk anak-anak biasanya akan berjaya melahirkan insan yang berkualiti. Ibu bapa dapatmember kata-kata peransang serta bimbingan sama ada secara formal atau melalui tindakan dan percakapan. Contohnya,ibu bapa dapat memberikan mereka hadiah sekiranya anak-anak mereka berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Dengan cara ini,anak-anak mereka akan berasalebih yakin dan bersemangat untuk belajar.Ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau setiap aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka.Hal ini penting bagi menjamin disiplin anak-anak agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan penyakit sosial yang kian berleluasa. Antaranya ialah melepak dan ponteng sekolah. Ibu bapa perlu sentiasa bertanya keadaan mereka di sekolah dan mengambil tahu setiap perkara yangmereka lakukan. Janganlah bersikap lepas tangan terhadap perkara seperti ini.Justeru,pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam merealisasikan impian mereka untuk menjadikan anak-anak mereka orang yang berjaya.

Activity (98)

You've already reviewed this. Edit your review.
Rickybalu Balu liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Ammu Kutti Malathi added this note
thanks
Ammu Kutti Malathi added this note
sweet.......................
Yat Hero liked this
Norhalida Jafar liked this
Fabio Cannavaro liked this
Tanya Yong liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->