You are on page 1of 23

Bina satu set soalan objektif (40 soalan ) yang berasaskan JSU ( Jadual

Spesifikasi Ujian )

1. “_______________ mesti memenangi pertandingan kali ini jika hendak ke


peringkat akhir,” kata ketua pasukan bola jaring sekolah itu kepada ahli
pasukannya.

A. Kalian
B. Kami
C. Saya
D. Kita

2. Syahirah menangis teresak-esak____________dimarahi oleh bapanya.

A. semenjak
B. meskipun
C. lantaran
D. supaya

3. Amirah sedang ___________ kelapa untuk memasak kari.

A. menyagat
B. mengukur
C. mengisar
D. mengopek
4. Acara merentas desa itu telah dibahagikan __________beberapa kategori
mengikut peringkat umur.

A. kepada
B. dalam
C. antara
D. pada

5. Adik menangis apabila mendapati __________ daripada keropoknya telah


dimakan oleh kakak.

A. setengah
B. segelintir
C. beberapa
D. selonggok

6. Generasi muda pada hari ini merupakan___________ kepimpinan negara pada


masa akan datang.

A. warisan
B. pewaris
C. mewarisi
D. mewariskan

7. Jalan raya ke kampung datuk saya ___________ seperti ular kene palu.

A. licin-licau
B. lekak-lekuk
C. simpang-siur
D. bengkang-bengkok
8. Hanim berasa ___________ ketika terpaksa meninggalkan ibunya keseorangan.

A. sayang
B. rindu
C. malu
D. sayu

9. Adik ____________ bersedia untuk mengikuti perkhemahan itu kerana dia


____________ berdikari.

A. telah……belum
B. belum…mahu
C. sudah…masih
D. sudah…hendak

10. Ayah sedang _________ tiang-tiang pagar di kebunnya kemas-kemas untuk


membuat penandaan.

A. menunjal
B. mencabut
C. menghunjam
D. menghentam
11. Kata Haji Rahman, “Perkara-perkara lain tidak __________ dalam mesyuarat
yang lalu.”

A. membincangkan
B. dibincangkan
C. perbincangan
D. berbincang

12. Dia berasa ___________ ketika makan bersama-sama dengan tetamu kehormat
di hotel itu.

A. kekok
B. ganjil
C. gerun
D. ngeri

13. Pengalaman ___________semasa melalui zaman peperangan masih segar


dalam ingatan Pak Andak.

A. pahit getir
B. salah laku
C. penat lelah
D. susah payah

14. Rahmah dan keluarganya berpindah ke bandar ke bandar pada akhir than
lepas__________, hatinya masih teringat akan kampung halamannya.

A. Tambahan pula
B. Di samping itu
C. Oleh itu
D. Namun
15. Ampun tuanku. Silalah bersemayam di ____________ yang ada di balairung seri
supaya patik semua dapat __________ duli.

A. singgahsana…menjunjung
B. peraduan…menyembah
C. peterana…bercemar
D. takhta…mahkota

16. Semua anak Pak Long bersepakat untuk mengusahakan ___________ tanah
terbiar di Kampung Kuang dengan menanam beberapa ___________anak pokok
durian dan rambutan.

A. setapak…biji
B. sepetak…urat
C. sebidang…batang
D. sekeping…batang

17. “____________ berputus asa, usaha itu tangga kejayaan,” nasihat Puan Anna
kepada anaknya.

A. Usah
B. Minta
C. Harap
D. Tolong

18. Kami dapat mengejar Harith kerana dia belum ___________jauh.

A. kian
B. sekali
C. terlalu
D. paling
19. Danny suka membaca pelbagai jenis buku kerana dia tidak mahu menjadi
___________.

A. seperti enau dalam belukar


B. seperti rusa masuk kampung
C. seperti katak dibawah tempurung
D. seperti si buta kehilangan tongkat

20. Razif sudah tidak mahu melakukan kerja yang kotor dan ingin bertaubat. Pilih
perkataan seerti bagi kotor.

A. bersih
B. comot
C. rajin
D. keji

21. Puan Sabariah berasa bahagia kerana semua anaknya telah berjaya memasuki
universiti. Pilih perkataan berlawanan bagi bahagia.

A. gembira
B. sengsara
C. malang
D. susah

22. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Bagaimanakah keadaan ayah kamu yang sedang dirawat di hospital itu?

A. Ayah saya semakin sihat tetapi masih memerlukan rawatan.


B. Mungkin ayah saya akan dibenarkan keluar pada hari ini.
C. Ayah saya telah dirawat di hospital itu selama lima hari.
D. Ayah saya sedang dirawat di Wad 18, Hosipital Taiping.

23. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Boleh, mari saya pimpin tangan nenek.

A. Adakah cucu hendak ke seberang?


B. Benarkah cucu hendak melintas jalan ini?
C. Salahkah kalau cucu pimpin tangan nenek?
D. Bolehkah cucu tolong nenek melintas jalan?

Soalan 24-25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24. “Ibu, inilah hadiah tempat pertama pertandingan pidato yang saya menangi,”
kata Irfan kepada ibunya.

A. Irfan menunjukkan hadiah tempat pertama pertandingan pidato kepada


ibunya.
B. Irfan menunjukkan hadiah tempat pertama yang dimenangi dalam
pertandingan pidato kepada ibunya.
C. Irfan memberikan hadiah tempat pertama yang dimenangi dalam
pertandingan pidato kepada ibunya.
D. Irfan memberikan hadiah yang dimenangi dalam pertandingan pidato yang
pertama kepada ibunya.

25. Fatimah meyakinkan ayahnya bahawa dia akan menjaga diri dengan baik
sepanjang lawatan ke Kuala Lumpur.

A. “Ayah janganlah risau, saya akan menjaga diri semasa berada di Kuala
Lumpur nanti,” kata Fatimah kepada ayahnya.
B. “Ayah yakin kamu boleh menjaga diri dengan baik semasa di Kuala Lumpur
nanti, “kata ayah kepada Fatimah.
C. “Di Kuala Lumpur saya yakin dapat menjaga diri dengan baik,”kata Fatimah
kepada ayahnya.
D. “Jagalah diri baik-baik semasa berda di Kuala Lumpur nanti,”kata Fatimah
kepada ayahnya.
Soalan 26 – 27

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26. I. Anak Mak Kiah menyandang jawatan yang tertinggi di jabatan itu.
II. Tentera yang sedang berkawad itu menyandang senapang di bahunya.
III. Penduduk di negara itu menyandang derita akibat gempa bumi yang
melanda.
IV. Ayah menyandang di pangkal pokok setelah penat menebas lalang di
kebunnya.

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV,V

27. I. Tugas guru bahasa bukanlah perkerjaan yang ringan.


II. Orang yang ringan tulang, rezekinya tidak pernah berkurang.
III. Sikap permusuhan antara kedua-dua buah negara itu tidak boleh
dipandang ringan.
IV Murid-murid digalakkan membaca bahan-bahan bacaan ringan untuk
mengisi masa lapang mereka.
Soalan 28 – 30
Pilih ayat yang betul.

28. A. Kejadian pecah rumah yang dilaporkan itu berlaku di suatu malam yang
sunyi

B. Pertemuan kedua-dua orang pemimpin itu berlangsung di Kuala Lumpur.

C. Hang Tuah menghunuskan keris Taming Sari dan menikam Hang Jebat.

D. Kerajaan akan membuat keputusan mengenai dengan perkara tersebut.

29. I. Uji bakat akan dijalankan di studio mini syarikat itu.

II. Kerja rumah itu akan saya siapkan selepas makan nanti.

III. Pilihlah makanan apa yang kamu suka di atas meja itu.

IV. Hanya sebilangan besar ibu bapa yang hadir ke majlis permuafakatan itu

30 . I Persembahan teater oleh murid-murid tahun enam itu telah menarik


perhatian penonton.
II Hanya orang yang tertentu sahaja dijemput ke mesyuarat tergempar itu.
III Kebanyakkan murid-murid di kampung itu berbasikal ke sekolah.
IV Buku-buku sekolah Amin dibiarkan beserakan di biliknya.
Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Rumah Terbuka 1 Malaysia ialah sambutan sesuatu perayaan utama


rakyat Malaysia yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Contoh perayaan
ialah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Tadau Kaamatan di
Sabah dan Hari Gawai di Sarawak. Rumah Terbuka 1 Malaysia bagi perayaan
tersebut diadakan pada setiap tahun.

Tetamu khas yang diundang ke majlis Rumah Terbuka 1 Malaysia ialah


Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong. Sambutan yang merupakan salah satu produk pelancongan
ini dihadiri oleh berpuluh-puluh ribu penduduk tempatan daripada pelbagai kaum.
Ribuan pelancong asing juga turut menghadiri majlis ini.

Pelbagai jenis makanan disajikan kepada pengunjung yang hadir. Selain


itu, persembahan kebudayaan pelbagai kaum turut memeriahkan suasana.

Sesungguhnya, sambutan in mampu mewujudkan persefahaman antara


kaum. Pada masa yang sama, sambutan ini juga dapat mempromosikan negara
kepada pelancong asing. Oleh itu, Rumah Terbuka 1 Malaysia perlu diteruskan
pada masa akan datang.
31. Apakah nama program utama perayaan rakyat Malaysia di peringkat
nasional?

A. Rumah Malaysia
B. Rumah 1 Malaysia
C. Rumah Terbuka 1 Malaysia
D. Rumah Terbuka Perayaan Malaysia

32. Mengapakah program tersebut diadakan?

A. Memperkenalkan identiti Malaysia


B. Memupuk semangat perpaduan antara kaum
C. Mempromosikan negara kita kepada pelancong asing
D. Mewujudkan toleransi antara kaum dan mempromosikan Malaysia

33. Pada pendapat kamu, apakah langkah lain yang paling berkesan bagi

mewujudkan perpaduan antara kaum?

A. Aktiviti pesta sukan

B. Aktiviti majlis kenduri jiran sekampung

C. Aktiviti bergotong-royong dalam kalangan ahli masyarakat

D. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelbagai kaum

34. Perayaan manakah yang tidak disambut di peringkat kebangsaan?

A. Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji

B. Hari Hold an Keputeraan Sultan

C. Hari Deepavali dan Hari Wesak

D. Hari Gawai dan Tadau Kaamatan


35. Peribahasa yang manakah sesuai bagi menggambarkan aktiviti dalam

majlis tersebut?

A. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

B. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

C. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

D. Air dicincang tidak akan putus.


Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

LAPORAN AKTIVITI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAHMAT

Bagi merancang dan menjalankan aktiviti PPIM sekolah, jawatankuasa kerja


telah dilantik dalam mesyuarat agung yang lalu. Ahli jawatankuasa ini terdiri
daripada :

Pengerusi : Syarina bt. Zainudin ( Tahun 6 Cerdik )

Naib Pengerusi : Fatin Husna binti Moghuni (Tahun 6 Cerdik)

Setiausaha : Intan bt. Ahmad ( Tahun 5 Bijak )

Ahli Jawatankuasa : Nor Husna bt. Hashim (5 Cergas)

Syafiqah bt. Azman ( 5 Cergas)

Amani Rasyiqah bt. Zainudin ( 4 Cerdik)

Pergerakan ini telah mengadakan beberapa pertandingan di peringkat


sekolah sebagai persediaan bagi menghadapi pertandingan di peringkat daerah.
Keputusan pertandingan adalah seperti yang berikut :

a) Kumpulan Rabiatul Adawiyah - johan nasyid, menjahit, berzanji dan


naib johan marhaban.
b) Kumpulan Aisyah - naib johan membaca al-Quran dan
menjahit
c) Kumpulan Umi Kalsum - johan marhaban, membaca al-Quran,
dan naib johan menghafaz surah
d) Kumpulan Khadijah - johan menghafaz surah, naib johan
nasyid, dan tempat ketiga marhaban.
Pergerakan ini telah menyertai semua pertandingan yang diadakan di peringkat
daerah. Antara keputusan yang telah dicapai ialah :

a) Nasyid – johan
b) Menjahit – johan
c) Marhaban – naib johan
d) Membaca al-Quran – naib johan
e) Hafaz surah – tempat ketiga
f) Berzanji – sagu hati

Disediakan oleh, 9 SEPTEMBER 2008

Intan
(INTAN BT. AHMAD)
Setiausaha,
Pergerakan Puteri Islam Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat.

36. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menggerakkan aktiviti PPIM di Sekolah


Kebangsaan Bukit Rahmat?

A. Guru Besar
B. Setiausaha
C. Jawatankuasa pergerakan
D. Ahli-ahli biasa pergerakan

37. Apakah yang telah dilakukan oleh PPIM sekolah ini untuk berjaya di peringkat
daerah?

A. Melibatkan semiua ahli jawatankuasa untuk mengadakan latihan


B. Mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan
C. Mengadakan pertandingan di peringkat sekolah
D. Menyediakan jadual latihan
38. Kumpulan yang paling banyak mendapat gelaran johan ialah

A. Aisyah
B. Khadijah
C. Umi Kalsom
D. Rabiatul Adawiyah

39. Apakah acara yang mendapat tempat yang kurang memberangsangkan di peringkat
daerah?

A. Berzanji dan hafaz surah


B. Berzanji dan marhaban
C. Nasyid dan hafaz surah
D. Membaca al-Quran dan marhaban

40. Mengapakah pertandingan peringkat sekolah itu perlu diadakan?

A. Terlalu banyak pelajar yang berbakat dan ingin mewakili sekolah tersebut ke
pertandingan peringkat daerah.
B. Pihak sekolah hendaklah memilih wakil yang paling layak untuk menyertai
pertandingan peringkat daerah.
C. Pertandingan itu mesti diadakan sebelum peserta menyertai pertandingan
peringkat daerah.
D. Pertandingan itu merupakan aktiviti bulanan bagi persatuan tersebut.
Jadual Spesifikasi Ujian bagi soalan yang telah dibina.

JAWAPAN BERPASANGAN
BILANGAN

MAKLUMAT SOALAN ARAS

SIMULASI (GRAFIK)
(JADUAL SPESIFIKASI ITEM) SOALAN
TABURAN
JAWAPAN

SEDERHANA

KOMPLEKS
MUDAH
SOALAN TATABAHASA

A B C D
01 Kata Ganti Nama Diri / /
02 Kata Hubung / /
03 Kata Kerja / /
04 Kata Sendi Nama / /
05 Kata Bilangan / /
06 Kata Berimbuhan / /
07 Kata Ganda (Penggunaan) / /
08 Kata Adjektif / /
09 Kata Bantu / / /
10 Kata Kerja / /
11 Kata Berimbuhan / /
12 Kata Adjektif / /
13 Kata Majmuk / /
14 Penanda Wancana / /
15 Bahasa Istana / / /
16 Penjodoh Bilangan / / /
17 Kata Perintah / /
18 Kata Penguat / /
19 Peribahasa (Simpulan Bahasa) / /
20 Sinonim / Sama Erti / /
21 Antonim / Lawan Kata / / /
22 Menentukan Jawapan /
23 Membina Soalan / /
24 Ayat Sama Maksud / /
25 Ayat Sama Maksud / /
26 Kata Banyak Makna / /
27 Kata Banyak Makna /
28 Struktur Ayat / Gramatis / /
29 Struktur Ayat / Gramatis / /
30 Struktur Ayat / Gramatis / /
JUMLAH SOALAN 3 10 14 6 8 8 6 8
TATABAHASA
UCAPAN
(Tema Sekolah)
31 Soalan / Item 31 / /
32 Soalan / Item 32 / /
33 Soalan / Item 33 / /
34 Soalan / Item 34 / /
35 Soalan / Item 35 / /
PUISI (PANTUN) :
(Tema : Nilai Murni)
36 Soalan / Item 36 / /
37 Soalan / Item 37 / /
38 Soalan / Item 38 / /
39 Soalan / Item 39 / /
40 Soalan / Item 40 / /
JUMLAH SOALAN PETIKAN 3 2 6 2 2 2 3 3
JUMLAH SOALAN TATABAHASA 3 10 14 6
JUMLAH SOALAN PEMAHAMAN 12 20 8
PERATUS SOALAN PEMAHAMAN 3O% 50% 20% 10 11 9 10
(%)

Nota :

Aras soalan yang ditetapkan : Mudah 30 % ( 20 soalan )

Sederhana 50% ( 20 soalan )

Kompleks 20% (08 soalan)


Menganalisis soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom

1. Aras Pengetahuan

Aras kognitif ialah aras yang terendah yang melibatkan proses mengingat
kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.Aras ini menguji sejauh mana
keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah
dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau


simbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan
tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur
tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam
sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan,
dan nyatakan.

Berdasarkan soalan yang telah dibina, aras pengetahuan terkandung


pada soalan satu hingga lapan belas, dua puluh dan dua puluh satu. Hal ini
adalah kerana soalan-soalan tersebut hanya berkaitan dengan tatabahasa yang
melibatkan pengetahuan pelajar yang lalu dan penggunaan proses mental.
Selain itu, soalan-soalan ini menyuruh pelajar supaya mengingat pada
pembelajaran yang lalu. Pengetahuan yang diminta juga sama dengan
pengajaran yang dijalankan guru. Tambahan pula, soalan-soalan tersebut tidak
memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru. Selain itu,
soalan tiga puluh satu,tiga puluh empat dan tiga puluh enam juga melibatkan
aras pengetahuan kerana jawapan pada soalan tersebut tidak berlainan dengan
ayat di dalam petikan. Pelajar hanya perlu mengingati kembali fakta yang
terdapat pada petikan tanpa perlu menganalisis sedalamnya.
2. Aras kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar memberi huraian atau makna


sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan
• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi)
• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi
• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini
anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan,
dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman


• Proses mental
• Maklumat asas telah diajar
• Perlu bahan atau alat komunikasi
• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.
Berdasarkan soalan yang telah dibina, aras kefahaman terkandung pada
soalan sembilan belas, tiga puluh dua, tiga puluh lima, tiga puluh tujuh dan
empat puluh. Ini kerana pencarian jawapan pada setiap soalan baru diselesaikan
dengan pemahaman tersendiri dan pengalaman serta pelbagai kaedah
penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan. Soalan-soalan ini
sememangnya menguji kebolehan pelajar memahami, menterjemah, menukar
dan menjelaskan fakta berdasarkan soalan atau ayat petikan yang diberi.

3. Aras aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip,


hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami
segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang
sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan,
susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi

• Menggunakan proses mental aplikasi


• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik
darjah.

Berdasarkan pada soalan yang telah dibina, soalan yang terkandung pada aras aplikasi
ialah soalan dua puluh dua hingga dua puluh tujuh. Melalui soalan-soalan ini, pelajar
menggunakan pengetahuan, tatabahasa yang mereka pelajari serta kefahaman mereka
tentang pengetahuan dan maklumat itu untuk penyelesaian soalan atau diaplikasikan
dalam satu situasi baru.

4. Aras analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada


unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini
menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur
yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis


1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga
perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan,
pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah
kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis


• Soalan menggunakan proses mental analisis
• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
• Situasi, dokumen perlu dianalisis
• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang
dipelajari.
Berdasarkan pada soalan yang telah dibina, soalan dua puluh lapan hingga tiga
puluh berkait dengan aras analisis. Ini kerana soalan ini memerlukan pelajar
mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponannya yang berasingan dan
mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-
komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara
yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan.

5. Aras sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu


struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.


1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan
yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan,
hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

Berdasarkan pada soalan yang dibina, aras sintesis terkandung pada soalan tiga puluh
lapan dan tiga puluh sembilan. Ini kerana soalan-soalan ini memerlukan pelajar
mencantumkan atau mengabungkan fakta-fakta yang berkaitan pada soalan.
6. Aras penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan


kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang
nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau
sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat,
berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering
digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan,
nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

Berdasarkan pada soalan yang telah dibina, aras penilaian hanya terkandung
pada soalan tiga puluh tiga yang memerlukan pelajar memberi pendapat
dengan alasan-alasan tertentu.

You might also like