Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bertolt Brecht - Sumbangan dalam bidang teater

Bertolt Brecht - Sumbangan dalam bidang teater

Ratings: (0)|Views: 282 |Likes:
Published by Joo Lazuardi

More info:

Published by: Joo Lazuardi on Nov 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/11/2013

pdf

text

original

 
BERTOLT BRECHT: SUMBANGAN DALAM BIDANG TEATERPengenalan
 
Latar belakang Bertolt Brecht
Bertolt Brecth dilahirkan pada tahun 1898 di Jerman dan dibaptiskan sebagai Eugen BertholdFriedrich. Beliau merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan pengarah teater yang sangatberpengaruh pada abad ke-20. Beliau merupakan seorang
 pacifist 
dan sangat terpengaruhdengan idea-idea Karl Marx. Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama, beliaumenggunakan puisi, lagu dan akhirnya teater untuk memaparkan idea-idea beliau supaya dapatmengubah keadaan negara tersebut. Bahkan, beliau pernah menggambarkan negaranyasemasa berada dalam Republik Weimar sebagai “terperangkap dalam empat cengkaman iaituketenteraan, kapitalisme, industrialisasi dan penjajahan (Cohen: 1981).Beliau terpaksa keluar dari negaranya pada zaman pemerintahan Hitler. Beliau telahhidup berpindah-randah di beberapa buah negara Eropah dan akhirnya menetap di Amerikadalam tahun 1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman. KerajaanJerman Timur turut menubuhkan
Berliner Ensemble Theatre
untuknya bagi membolehkanbeliau mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater hasil daripada pementasan-pementasan yang dilakukan oleh beliau sebelumnya dan karya-karya yang ditulis semasadalam pelarian (Leach: 2004).Sepanjang hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasan teater.Antara hasil-hasil karya beliau yang terkenal ialah
The Caucasian Chalk Circle (Der kaukasische Kreidekreis), The Threepenny Opera (Die Dreigroschenoper), Life of Galileo(Leben des Galilei), Mother Courage and Her Children (Mutter Courage und ihre Kinder) danThe Good Person of Szechwan (Der gute Mensch von Sezuan)
(Leach: 2004).
 
Manakalasumbangan beliau yang terbesar ialah sebuah teori yang beliau panggil sebagai
Epic Theatre
dan akan dihuraikan secara lebih lanjut dalam tugasan ini.
 
Apa itu
Epic Theatre
?
Teori ini dinamakan sebagai
Epic Theatre
kerana ianya bersifat episodik, dengan setiap babakmemaparkan cerita yang berlainan, tetapi apabila digabungkan menjadi sebuah cerita. Contohmudah bagi memahami pernyataan ini ialah kartun Dragonball yang memaparkan cerita yangberlainan dalam setiap sirinya, tetapi masih merupakan satu cerita apabila digabungkan. Selainnama Epic Theatre, teori ini juga dinamakan sebagai
Dialectic Theatre
kerana dalampementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan argument antara dua belahpihak yang saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain (Brown: 1995).Dalam
Epic Theatre
, tujuan sesebuah pementasan dijalankan adalah untukmempersembahkan idea-idea dan penonton harus membuat penilaian terhadap idea-ideatersebut. Oleh itu, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak boleh menyebabkan penontonhanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah pementasan. Sebaliknya, Brechtmenjelaskan bahawa para penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuahpementasan dan tidak perlu beremosi sebaliknya berfikir secara kritikal akan mesej yang ingindisampaikan dalam pementasan itu dan melaksanakan perubahan apabila keluar daripementasan itu. Menurut beliau, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘dialeniasi’(diasingkan) daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai
Verfremdungseffekt 
yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "
alienation effect 
ataupun kesan pengasingan (Wilson & Goldfarb: 2000).
Verfremdungseffekt (Alienation Effect)
Dalam bahasa Jerman,
Verfremdungseffekt 
bermaksud ‘mengasingkan’ (alienate) atau‘menjauhkan’ (distance) penonton daripada sesebuah pementasan. Dalam epic theatre, Brechtcuba mengasingkan penonton daripada watak-watak dan lakonan mereka dalam sesebuahpementasan. Dengan cara ini, para penonton tidak akan tersentuh dengan pementasantersebut serta tidak bersimpati mahupun berempati dengan apa yang dipaparkan. Sebaliknya,beliau mahu para penonton untuk memahami secara intelektual dilema yang dihadapi olehsesebuah watak serta kesilapan yang telah dibuat yang membawa kepada berlakunya dilemmatersebut. Apabila para penonton diasingkan secara emosi daripada pementasan, penontondapat berempati dengan pementasan tersebut secara intelek (intellectual empathy) danmungkin akan berusaha mengubah keadaan masyarakatnya (Leach, 2004).

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Sofiah Omar liked this
Sofiah Omar liked this
Joo Lazuardi liked this
sy8 liked this
sy8 liked this
sy8 liked this
sy8 liked this
sy8 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->