You are on page 1of 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE1403 : MENGGAMBAR

SEMESTER SEPTEMBER 2010

1. Tugasan ini mengandungi DUA (2) soalan sahaja. Anda boleh menjawab
menggunakan Bahasa Melayu sahaja.

2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times
New Roman” dan langkau baris 1.5.

3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

5. Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan


selepas tarikh tidak akan diterima.

7. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

8. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan bukti
yang tepat dan relevan.

9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan yang
diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.

1
SOALAN TUGASAN

1. Menggambar merupakan salah satu bidang dalam Seni Visual di peringkat Sekolah
Rendah. Salah satu aktiviti menggambar ialah resis. Hasilkan resis mudah yang anda
ketahui melalui pengalaman anda membuat penerokaan tentang resis.

(a) Hasilkan EMPAT teknik resis mudah yang anda ketahui melalui pengalaman
anda membuat penerokaan tentang resis.
(20 markah)

2. Resis menggunakan kain di sebut juga sebagai batik. Beberapa proses perlu
dijalankan untuk menghasilkan batik.

(a) Lukiskan proses penghasilan batik menggunakan teknik mencanting.


(5 markah)

(b) Huraikan kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah. Penjelasan


tentang fakta perlu berserta dengan contoh serta bahan rujukan.
(5 markah)

[Jumlah: 30 markah]

2
PANDUAN PELAJAR

1. (a) Hasilkan EMPAT teknik resis mudah melalui penerokaan.


• Pelajar diminta untuk memilih empat teknik resis mudah seperti dalam modul
• Tema berdasarkan pengamatan anda kepada persekitaran
• Karya tersebut perlu mengikuti spesifikasi berikut:

Tema : Organik/geometrik
Saiz : Kertas lukisan bersaiz 15 cm x 20 cm ( saiz separuh A4 )
Bahan : Seperti dalam modul
Teknik : Seperti dalam modul ( krayon resis dengan air, krayon resis dengan
poster warna, krayon resis dengan warna tempera, krayon resis, kertas lilin resis,
resis dengan kain, krayon resis batik, resis dari warna air dan lilin biasa, resis dari
kapur dan lilin dan lain-lain)
Persembahan / kekemasan : Karya perlu di mounting mengikut format yang betul
dan tidak perlu dibingkai. Keterangan mengenai bahan dan teknik perlu
dinyatakan di bahagian bawah hasil karya.

2. (a) Proses penghasilan batik menggunakan teknik mencanting atas kain.


- Anda diminta untuk melakar proses di atas kertas A4
- Lakaran tidak perlu diwarnakan
- Proses perlu mengikut urutan yang betul

( b) Huraikan kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah.


- Anda perlu mencari bahan melalui buku rujukan serta berikan contoh yang
sesuai.
- Bahan rujukan perlu dari sumber yang sahih.

3
PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan
penulisan.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan
memasukkan markah kedalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar.

You might also like