Laporan PBSM
2010
PENGENALAN
Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyaiurutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud diPersekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branchof the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktupemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalamnegara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan danpenderitaan.Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalamperenggan penutup dan mencatatkan:" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang terukdilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggungderita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yangdemikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dansekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkanbahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".
Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang MerahBritish menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah diSabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.
Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkancawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu padabulan Februari 1948.17