Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
iDeologi.my - Yazid Bin Muawiyah

iDeologi.my - Yazid Bin Muawiyah

Ratings: (0)|Views: 78 |Likes:
Published by harisdaniel
Artikel tentang Khalifah Yazid bin Mu'awiyah - Golongan yang diampunkan oleh Allah - oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah
Artikel tentang Khalifah Yazid bin Mu'awiyah - Golongan yang diampunkan oleh Allah - oleh Ahmad Sufyan Che Abdullah

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: harisdaniel on Nov 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/11/2010

pdf

text

original

 
Siapa Yazid bin Muawiyyah r.a Yang Diburukkan itu?
Date
2010/10/14 6:30:00 |
Topic:
Sunnah dan Sirah
Usaha untuk memburuk-burukan para sahabat Rasulullah oleh musuh Islam biasanya akandimulakan dengan memburukkan Yazid r.h, kerana khalifah Yazid bin Muawiyyah bukanlahterdiri daripada sahabat Nabi. Maka musuh Islam, melalui usaha tulisan sejarah palsu yangdireka-reka sehingga akhirnya tidak sedikit umat Islam yang terpengaruh akibat usaha yangbegitu licik ini. Maka tidaklah pelik jika banyak buku sejarah Islam yang ditulis ramai penulisIslam, turut memaparkan keburukan khalifah Yazid.
Marahkan Anak, Sindir Menantu
Hakikatnya tulisan ini bukanlah untuk memihak kepada sesiapa, dan bukanlah untuk menyalahkan sesiapa, tetapi sekadar mengambil pendekatan yang adil dan saksama, agartidak membuka ruang kepada musuh Islam untuk memburuk-burukkan sahabat Nabi,terutama Muawiyyah yang telah melantik Yazid, anak beliau, sebagai khalifah. MenyebarkanYazid sebagai khalifah yang jahat dan berperangai buruk, secara tidak langsungmemburukkan Sayyidina Muawiyyah yang bertanggungjawab melantiknya. Bahkan padamasa yang sama menghina para sahabat Nabi yang lain, yang mengaku taat setia (bai'ah)kepadanya, seperti Ibn Umar, dan Ibn Abbas. Teorinya, jika Yazid diburukkan, maka yangyang dipersalahkan ialah Muawiyah, kerana kononya kerana tamak dan gilakan kuasa,sehingga sanggup melantik anak sendiri yang jahat, semata-mata ingin mencipta sistemmonarki beraja!Termasuk dalam artikel yang memburukkan Yazid, dalam ruanganbicara agama akhbarutusan, bertarikh 12 Oktober 2010. Tapi saya tidak terkejut dengan tulisan itumemandangkan banyak artikel ruangan sebelum ini yang memburuk-burukkan Muawiyahsendiri.
Siapa Yazid?
Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufyan, ialah khallifah Islam yang ke-7 selepas Muawiyah r.a.daripada kalangan kaum Arab Quraysh. Itu jika dikirakan tempoh khalifah Hasan bin Ali r.asebagai khalifah, walaupun sekejap. Yazid dilahirkan pada tahun 26 Hijrah semasa bapanya,menjadi gabenor Sham di bawah pemerintahan Sayyidina Uthman. Justeru, Yazid bukanlahsahabat Nabi s.a.w. Namun untuk memburukan beliau, lebih baik berhati-hatilah.Menurut Sheikh Muhammad Khudari Bik, pengarang buku "Itmam al-Wafa' fi Sirahal-Khulafa'" yang terkenal itu, pelantikan Yazid sebagai khalifah telah dbuat pada zamanMuawiyah r.a setelah muawiyah mengambil pandangan daripada seluruh bandar taklukanIslam ketika itu. Ini terbukti menyanggah fitnah jahat musuh Islam bahawa Muawiyah adalah
Deologi.my - Sunnah dan Sirah - Siapa Yazid bin Muawiyyah r.a Yang ...http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=271 of 411/11/2010 4:09 PM
 
pengasas sistem monarki beraja. Pada waktu itu, ramai lagi sahabat Rasululah yangterkemuka yang masih hidup seperti Ibn Abbas, Ibn Umar, isteri nabi Aisyah dan ramai lagi.Menurut Muhammad al-Khudari lagi, pelantikan Yazid, setelah pandangan para sahabatdiambil, lalu diberikan taat setia oleh sebilangan besar sahabat, kecuali beberapa orangsahaja, iaitu Abdullah Ibn Zubayr r.a. dan Husayn bin Ali r.a.Logiknya, para sahabat Rasulullah s.a.w tidak akan merestui sekiranya seorang khalifah itu jahat dan zalim atau jahil. Ini kerana syarat untuk menjadi khalifah bukanlah sebarangankerana syaratnya adalah ketat. Bahkan seorang mujtahid dalam bidang agama.Muhammad bin Ali bin Abi Talib al-Hanafiyah r.a (anak Khalifah Ali r.a. yang paling alim),sepertinya dinyatakan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah, mengatakan bahawa Yazid adalahseorang yang sangat baik dan soleh bahkan sangat menjaga sembahyangnya, juga seorangyang berpegang teguh kepada sunnah.Ini membuktikan bahawa Yazid bukanlah seburuk yang digambarkan sejarah. Sekalipun kita juga tidak mengganggap Yazid sebagai seorang yang terbaik di kalangan mereka atau tidak pernah melakukan kesilapan.
Fitnah Ibn Zubayr
Abdullah bin Zubayr selepas itu melancarkan beberapa siri pemberontakan tetapi akhirnyaditumpaskan pada zaman khalifah Abd Malik bin Marwan.Sebagai seorang Islam, kita juga tidak wajar untuk membela serangan terhadap sehabat NabiAbdullah Ibn Zubayr ini sekalipun beliau banyak melakukan pemberontakan sehinggatercetus siri-siri peperangan. Kita anggap itu adalah ijtihad beliau sebagai seorang sahabat,tetapi ijtihad itu, pada mata kita, adalah mungkin kurang tepat, kerana Rasululah s.a.w sendiritelah melarang melakukan pemberontahan untuk menjatuhkan pemerintah yang dipilih secarasah. Bahkan jika dilihat dalam mana-mana karya sarjana hadis terutama Sahih Muslim,hampir semua sarjana hadis menyifatkan pemberontakan Ibn Zubayr sebagai 'Fitnah IbnZubayr'. Ia seakan cerita sejarah yang sudah dimaklumi oleh para ulama' hadis. Tetapi atasprinsip tidak mahu menyalahkan sahabat dalam apa jua isu, ulama' tetap menghormat IjtihadIbn Zubayr sebagai seorang sahabat. Apa pun, Abdullah ibn Zubayr telah memberikansumbangna yang tidak sedikit kepada Islam.
Dituduh Pembunuh Husayn bin Ali r.a.
Yazid dikatakan sangat kejam sehingga dituduh membunuh sahabat dan juga cucu Rasulullah,Husayn. Kita sedia maklum bahawa Husayn juga ada melakukan pemberontakan terhadapkhalifah Yazid, tetapi dalam menghormati sahabat Rasulullah, Yazid tidaklah sekejem ituseperti ditulis oleh majoriti penulis sejarah. Sarjana hadis Islam menolak sekeras-kerasnyafitnah tersebut.Ibn Kathir dalam buku sejarahnya yang masyhur, al-Bidayah wa al-Nihayah berkata, ".. IbnAsakir telah melaporkan banyak cerita yang mencerca Yazid Bin Muawiyah tetapi semuanyaternyata palsu.."Ibn al-Solah, seorang ulama' hadis yang masyhur, juga menjelaskan bahawa semua ceritatentang pembunuhan Husayn oleh Yazid adalah bohong. Bahkan para sarjana lain seperti Ibnal-Arabi, Imam al-Ghazali, Ibn Khaldun, turut menafikan cerita tersebut. Bahkan mereka
Deologi.my - Sunnah dan Sirah - Siapa Yazid bin Muawiyyah r.a Yang ...http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=272 of 411/11/2010 4:09 PM
 
menyifatkan Yazid tidak merestui pun, pembunuhan itu.
Yazid Menurut Gambaran Imam Bukhari
Bagi saya, daripada kita mempercayai tulisan sejarah para sarjana yang mana sandaran dansumbernya boleh dipertikaikan itu, cukuplah bagi kita untuk menerima hadis yangdirekodkan oleh Imam Bukhari rh. yang mana kita semua memperakui karya Bukhari sebagaisumber hadis yang paling sahih. Ummu Haram menceritakan bahawa beliau mendengarRasulullah s.a.w bersabda, Tentera pertama yang berperang menggunakan jalan laut telahpasti akan mendapat Syurga Allah. Kata Ummu Haram, "Adakah aku termasuk di kalanganmereka?" Rasulullah menjawab, "Ya, kamu di kalangan mereka", Nabi s.a.w berkata lagi,"dan pasukan tertera terawal di kalangan umatku yang menyerang negara Qaisar(Konstantinopel), maka telah diampunkan bagi mereka dosa-dosa mereka. Ummu Harambertanya lagi, "aku termasuk di kalangan mereka?" Rasulullah s.a.w berkata, "Tidak"[Bukhari, Kitab Jihad, No 2707/ Muslim, Kitab Imarah, 3535].Dan sejarah membuktikan bahawa tentera pertama yang dimaksudkan oleh Rasulullah ituadalah Yazid bin Muawiyah. Yazidlah yang mengetuai bala tentera menyerang konstentipelbuat pertama kalinya. Yazidlah termasuk dalam golongan yang diampunkan dosa-dosanya.Adakah orang yang diisyaratkan Rasulullah ini boleh disifatkan sebagai kejam dan zalim??Dalam sebuah hadis yang lain, Imam Bukhari ingin mengisyaratkan kepada kelebihan Yazidseperti dalam hadis yang diceritakan oleh Nafi', ketika terdapat segolongan di Madinah yangmemberontak dengan Yazid bin Muawiyah, Ibn Umar telah mengumpulkan semua saudaradan anak-anaknya lalu berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, akandipacakkan tiang bendera pada belakang orang pada hari kiamat. Dan sesungguhnya kitatelah mengistiharkan taat setia kepada lelaki ini (Yazid bin Muawiyah) berasaskan kepadataat setia yang sah di sisi Allah dan Rasul-Nya. Dan aku tidak tahu petanda dosa yang lebihbesar daripada dosa memerangai orang yang telah diberi taat setia ke atas berasaskan Allahdan Rasul-Nya. Dan aku tidak mahu tahu di kalangan kamu sekalian yang memungkirinyaatau pun diputuskan sahaja tali silaturrahim antara aku dan dia! [Bukhari, Kitab al-Fitan, No6578]Jelas Imam Bukhari mengisyaratkan bahawa ketegasan Ibn Umar terhadap keluarganyabahawa pelantikan Yazid adalah berasaskan peraturan Allah dan Rasululah sendiri, sehinggasanggup memutuskan tali persaudaraan dengan mereka yang sanggup memeranginya.Jika beginilah gambaran Yazid oleh Bukhari di kalangan para sahabat Nabi, maka untuk menerima cerita tentang kejahatan Yazid, kezaliman beliau, adalah jauh sekali. Bahkan padazaman beliaulah umat Islam mula mengecapi nikmat kekayaan, dan kemegahan. Beliauadalah khalifah ketujuh daripada keturunan Quraysh yang mana Rasulullah s.a.w bersabda:"Agama Islam ini akan terus kuat sehingga 12 khalifah. Semuanya daripada kalanganQuraysyh. Semuanya dari kalangan Quraysy." [Hadis Riwayat Muslim]Seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Basyir, r.a berkata, "Yazid bukanlah yang terbaik dikalangan kita, dan bukan juga yang paling faqih, Tetapi Demi Allah, aku lebih sukakanperpaduan umat Muhammad daripada mereka berpecah-belah" (al-Awasim wa al-Qawasim).Jelas, inilah yang menjadikan Muawiyah memikirkan untuk melantik Yazid, ia sebenarnyaidea para sahabat beliau juga agar umat Islam ketika itu tidak terus diporak-perandakan olehSyiah. Kerana kerja Syiah pada masa itu bukanlah untuk menaikan keluarga Ali sepertiHusayn sebenarnya, tetapi kerja mereka adalah untuk memporak-perandakan Islam. Sebagai
Deologi.my - Sunnah dan Sirah - Siapa Yazid bin Muawiyyah r.a Yang ...http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=27of 411/11/2010 4:09 PM

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->