You are on page 1of 2

iDeologi.my - Isu Umum dan Semasa - Doa Permudahkan Kelahiran http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?

storyid=25

Doa Permudahkan Kelahiran


Date 2010/10/6 6:00:00 | Topic: Isu Umum dan Semasa

Kebetulan ada ramai juga yang bertanyakan tentang ayat Quran dan doa ketika bersalin, jika
ada dalam Sunnah atau hadis yang sahih. Setakat ini, belum dijumpai secara jelas hadis
tentang itu tetapi terdapat amalan para ulama' salaf, yang boleh dijadikan panduan untuk
menghadapi saat getir ini. Biasalah manusia pelupa seperti kita, bila saat getir barulah nak
ingat Allah... yang pasti, Allah sentiasa kasih dang sayang pada kita, hamba ciptaanNya.
1.
Ibn Qayyim dalam Kitab Tibb Nabawi (Perubatan Nabi) ada menyebutkan, al-Khalal
berkata, Abdullah bin Ahmad telah menceritakan kepadaku, katanya, aku melihat ayahku
(Imam Ahmad bin Hanbal), telah menulis kepada seorang wanita yang susah melahirkan
anaknya, pada satu bekas putih, atau tempat yang bersih. Dia menulis hadis seperti
disebutkan oleh Ibn Abbas:

‫رب العالمين‬ ‫ الحمد‬،‫ سبحان ﷲ رب العرش العظيم‬،‫ال إله إال ﷲ الحليم الكريم‬،

surah Nazi'at: 46

‫كَأَنﱠھ ُ ْم يَوْ َم يَ َروْ نَھَا لَ ْم يَلْبَثُوا إِال ﱠ َع ِشيﱠةً أَوْ ض َُحاھَا‬

surah al-Ahqaf: 35

ِ َ‫ك إِال ﱠ الْقَوْ ُم الْف‬


‫اسقُون‬ ٌ ‫ُون لَ ْم َيلْ َبثُوا ِإال ﱠ َسا َعةً ﱢمن ن ﱠ َھا ٍر َبال‬
ُ َ‫غ فَ َھلْ يُھْل‬ َ ‫كَأَنﱠھ ُ ْم َيوْ َم َي َروْ َن َما ي ُو َعد‬

Tulisan ini dibasuh kemudian diberi minum. al-Khallal menyebutkan juga, tulisan gitu ditulis
menggunakan dakwat za'faran atas bekas putih, lalu dibasuh airnya dan diberi minum.

Amalan ini juga disebutkan oleh Ibn Abi Syaybah dalam Musannaf beliau.

2.
Ibn Qayyim juga menyebutkan ditulis pada bekas bersih:
Surah Insyiqaq ayat 1-4.
‫ت‬ ْ َ‫ﱠت * َوأَلْق‬
ْ ‫ت َما ِفي َھا َوتَخَ ل ﱠ‬ َ ْ ‫ت * َو ِإ َذا‬
ْ ‫األرْ ضُ ُمد‬ ْ ‫ت * َوأَ ِذن‬
ْ ‫َت ِل َربﱢ َھا َو ُحق ﱠ‬ ْ ‫ِإ َذا ال ﱠس َما ُء انْ َشق ﱠ‬
Dibersihkan tulisan itu, lalu diberi minum, kepada orang yang hamil, dan direnjis pada
perutnya.

1 of 2 11/11/2010 4:21 PM
iDeologi.my - Isu Umum dan Semasa - Doa Permudahkan Kelahiran http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=25

Apa pun, Ibn Qayyim dalam bab-bab yang lain, mensyaratkan agar seseorang itu mestilah
meyakini setiap amalan yang dilakukan, dengan doa yang jitu kepada Allah.

Sebenarnya ada pelbagai lagi doa yang diajar oleh ulama' yang muktabar yang boleh juga
diamalkan, tetapi ada baiknya kita cari amalan daripada ulama' salaf yang lebih dekat dengan
Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w.

This article comes from iDeologi.my


http://ideologi.my/v3

The URL for this article is:


http://ideologi.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=25

2 of 2 11/11/2010 4:21 PM

You might also like