You are on page 1of 33

Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

SULIT

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR MAS


17000 PASIR MAS, KELANTAN

SKEMA PEMARKAHAN

SEJARAH (940/1)
KERTAS 1
(TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800)

SULIT

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 1


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

BAHAGIAN A

1. Jelaskan jenis-jenis kemahiran yang terdapat dalam masyarakat zaman pra sejarah dan
kepentingannya kepada aspek kehidupan mereka.

Pengenalan (3/4 markah)

1. Maksud pra sejarah - Masa silam manausia sebelum wujud rekod bertulis. Sejarah perkembangan
manusia sebelum penemuan sistem tulisan. Tempoh awal kemunculan manusia hingga permulaan
tamadun.
2. Menurut Frank Hole pra sejarah adalah masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk
tulisan. Bukti zaman pra sejarah didapati melalui kajian artifak dan fosil.
3. Latar belakang zaman pra sejarah - Pra Sejarah Awal 500 000-10 000SM. Di kenali dengan
zaman Paleolittik. Terdapat zaman Paleolitik Awal dan Paleolitik Akhir. Diikuti dengan zaman
Mesolitik atau zaman batu pertengahan. Manakala zaman neolitik /pra sejarah akhir (zaman batu
baru) Bermula sekitar 7000 -3500SM. Dikenali juga zaman `Revolusi Pertanian’. Dipelopori
oleh manusia moden dari Asia Barat. Seterusnya berhijrah ke Afrika dan selatan Eropah (Philip
Lee Ralph).
4. Masyarakat zaman pra sejarah telah mempunyai beberapa kemahiran yang berkait rapat dengan
kehidupan mereka seperti membuat alat dan senjata daripada batu, melukis pada dinding gua,
pembinaan rumah, aktiviti pertanian, membuat pakaian, perhiasan, tembikar dan sebagainya.

Isi B ( 5 isi x 2m=10m)

Kemahiran - dalam masyarakat zaman pra sejarah

1. Kemahiran melukis pergerakan binatang – Pada zaman pra sejarah (paleolitik akhir)
masyarakatnya sudah pandai membuat lukisan pada dinding gua yang menggambarkan binatang
buruan dan bentuk pergerakan binatang tersebut. Seperti gambar rusa, bison, gajah yang
ditembusi lembing pada badan dan imej binatang yang berlari, melompat dan meragut makanan.
2. Membuat alat dan senjata daripada batu - Masyarakat pra sejarah (pakeolitik akhir) sudah
mempunyai kemahiran membuat alat dan senjata daripada batu. Dalam masyarakat neolitik,
mereka membuat alat yang lebih halus, tajam dan pelbagai fungsi seperti bajak, tajak dan cangkul
daripada granit.
3. Kemahiran menjinakkan binatang - Masyarakat pra sejarah zaman neolitik telah mempunyai
kemahiran dalam menjinakkan binatang dan menggunakan tenaga binatang yang besar dan kuat
seperti lembu, kerbau dan kuda sebagai penarik bajak. Menjelang 3000 s.m. tenggala dicipta
untuk memudahkan kerja-kerja membajak sawah.
4. Kemahiran membuat tembikar – Terdapat tukang-tukang yang mahir dalam pembuatan
tembikar daripada tanah. Mereka juga telah membuat corak atau lukisan pada permukaan
tembikar dan diterapkan nilai-nilai estetika. Penghasilan tembikar adalah melalui kaedah
pembakaran atau dijemur di bawah panas matahari.
5. Kemahiran menenun kain - Teknologi menenun kain daripada bulu binatang dan benang kapuk
dengan menggunakan alat tenunan. iaitu membuat pakaian daripada bulu binatang yang
diternak dan kapas. Membuat benang kapuk dengan menggunakan alat tenunan.
6. Kemahiran mencipta roda - Membantu dalam pembuatan tembikar dan pengangkutan.
Penemuan roda telah membolehkan penghasilan tembikar menggunakan kaedah roda ceper.
Penemuan roda juga membolehkan petani mengangkut hasil pertanian menggunakan kereta kuda
dan kereta lembu.
7. Kemahiran membina perahu,dan rakit. Mereka membina perahu dengan menebuk batang-
batang pokok besar yang ditebang dihutan. Rakit dibina dengan menggunakan batang-batang
buluh yang diikat dan digunakan disungai dan laut.
8. Kemahiran membina rumah - Masyarakat zaman neolitik telah pandai membina rumah
daripada batu-bata, kayu, tanah liat dan tumbuhan liar yang terdapat di pinggir sungai. Mereka
telah membentuk tanah-tanah lanar untuk dijadikan kepingan blok sebelum disusun menjadi
dinding bagi membina rumah.

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 2


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

9. Kemahiran dalam teknik pengairan iaitu telah berupaya untuk membawa masuk air ke dalam
sistem perparitan / terusan ke kawasan pertanian. Menggunakan kaedah kincir atau sadus.
Membina sistem perparitan / Terusan dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian.
Terutamanya bagi kawasan yang kurang mendapat sumber bekalan air.
10. Kemahiran menggunakan api. Menggunakan batu untuk mendapatkaan api.
11. Kemahiran memburu binatang. Menggunakan alat pemburuan yang tajam seperti lembing dan
panah.
12. Kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat luar – melalui perdagangan tukar barang
13. Kemahiran mengeksploitasi alam sekitar. Memilih tanah yang subur untuk bercucuk tanam dan
tanah yang sesuai untuk membuat penempatan.
14. Kemahiran membuat alat perhiasan- manik
15. Kemahiran berorganisasi. Telah wujud organisasi sosial

Isi B ( 5 isi x 2m=10m)


Kepentingan kemahiran kepada aspek kehidupan masyarakat pra sejarah

1. Kepentingan melukis gambar adalah bagi menambahkan bekalan sumber makanan. Tujuan
utama amereka melukis adalah untuk memastikan mereka mendapat hasil buruan yang banyak.
Lukisan tersebut turut menggambarkan mentaliti masyarakat yang telah berkembang dan
menunujkkan pentingnya sumber makanan bagi mereka
2. Kepentingan membuat alat yang lebih halus dan tajam membolehkan masyarakat zaman neolitik
mengusahakan tanah pertanian yang lebih luas. Penciptaan alat ini telah membawa revolusi baru
dalam pertanian. Hasil pertanian meningkat dan dapat mnampung bilangan penduduk yang
semakin bertambah.
3. Mereka telah dapat menggunakan binatang-binatang yang besar seperti lembu, kerbau untuk
kegunaan dalam aktiviti pertanian. Binatang digunakan untuk membajak tanah dan mengangkut
hasil pertanian. Kemudahan ini telah menyebabkan hasil pertanian meningkat. Binatang yang
dijinakkan seperti anjing, kambing dan khinzir juga diternak untuk sumber makanan.
4. Tembikar tanah yang dihasilkan telah digunakan sebagai alat untuk memasak dan juga
menyimpan makanan, wain dan minyak, hasil pertanian dan air.
5. Pakaian mereka ini diperbuat daripada kain-kain yang lebih berkualiti. Mereka juga telah
membuat selimut untuk perlindungan daripada cuaca yang sejuk .
6. Sistem roda ini digunakan sebagai roda kenderaan yang ditarik binatang. Roda juga digunakan
untuk membuat tembikar yang dikenali sebagai roda ceper. Penggunaan roda ceper telah
membantu pengeluaran barang tembikar lebih cepat dan seragam Roda yang dicipta dapat
membantu perjalanan menjadi lebih pantas dan untuk mengangkut hasil pertanian.
7. Kepentingan membina perahu dan rakit. Telah membolehkan masyarakat zaman neolitik
mengembara ke kawasan yang jauh merentasi lautan dan mendiami keseluruhan pulau-pulau
utama dunia. Membolehkan mereka berhubung dengan dunia luar. Mereka menjelajah kawasan
baru bagi mencari tanah yang subur untuk tujuan pertanian.
8. Pembinaan rumah telah menyebabkan masyarakat zaman neolitik mula hidup menetap dan
mewujudkan kampung-kampung. Kampung ini mula berkembang menjadi bandar ekoran
pertambahan penduduk. Contohnya penempatan di Jerochi, Iraq.
9. Sistem pertanian telah menyebabkan kawasan pertanian dan penternakan menjadi lebih luas.
Pengeluaran hasil pertanian telah meningkat. Perkembangan sistem pengairan telah menyebabkan
terbentuknya organisasi politik yang kuat bagi menyelia pembinaan terusan dan pengagihan
bekalan air.

Kesimpulan ( 1 / 2 m)

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 3


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

2. Sejauh manakah bandar-bandar yang terdapat dalam tamadun awal manusia berperanan
sebagai pusat kegiatan ekonomi dan keagamaan.

Pengenalan (3 / 4 m)

1. Maksud Bandar: Detwyler & Marcus menyatakan Bandar adalah satu unit politik , satu
penempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau satu kelompok rumah kediaman atau lain –
lain struktur. Bagi MAJ Berg dalam bukunya “Historic Cities of Asia” menjelaskan bahawa bandar
sebagai suatu kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh
membaca dan menulis dan mereka terlibat dalam aktiviti ekonomi bukan pertanian.
2. Perbandaran pula merujuk kepada proses pertumbuhan dan pembinaan Bandar. Ia berlaku
disebabkan oleh pertumbuhan penduduk di Bandar ekoran daripada migrasi dan perkembangan yang
berlaku dalam Bandar.
3. Latar belakang tamadun awal. Mesopotamia - Tamadung paling awal. Bermaksud 'tanah antara dua
sungai.' Terletak antara sg. Tigris dan Euphrates. Muncul sekitar 3500 SM. Diasaskan oleh orang
Sumer. Mesir - Tamadun terawal. Lahir di lembah Sg. Nil. Terdiri daripada Mesir Utara dan Mesir
Selatan. Mesir utara wujud pemerintahan beraja, Mesir selatan dikuasai gol. Bangsawan. Mesir
disatukan - Raja Menes. India - Tamadun Indus (Harappa) bermula 2350 SM. Dua bandar utama-
Harappa dan Mohenjodaro. Tamadun ini berkembang selama 600 th. Mengalami keruntuhan sekitar
tahun 1750 SM. China - Muncul di Lembah Sg. Kuning (Hwang Ho)sekitar 2000 SM. Dinasti
pemerintah terawal - Dinasti Chia/ Dinasti Shang. Mmengamalkan sisten pemerintahanh feudal dan
ekonomi pertanian.
4. Wacana isi/ penegasan isi.

Isi ( 7 isi x 3m = 21m)

Bandar sebagai pusat kegiatan ekonomi dan keagamaan

1. Di Mesir terdapatnya bandar yang berfungsi sebagai bandar perdagangan dan pelabuhan -
Bandar ini muncul dan berkembang di kawasan tepi sungai utama dan pinggir pantai. Terdapatnya
gudang, setor, pasar dan pelabuhan. Tanis (di Mesir) sebuah bandar pelabuhan entreport yang
terkenal di kawasan timur Mediterranean zaman akhir pemerintahan Kerajaan Baru.

2. Di Mesopotamia terdapat kewujudan pasar-pasar di bandarnya. Inskripsi yang ditemui di Sussa


menyebut tentang kewujudan pasar dan terdapat catatan yang menyatakan senarai harga barang yang
dijual dipamerkan di pasar tersebut. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual barang-barang mewah
untuk kegunaan golongan atasan.

3. Pelabuhan yang terdapat di China juga merupakan pusat kegiatan perdagangan / pasar. Contohnya
seperti bandar pelabuhan Loyang dan Canton yang berada di bawah kawalan langsung kerajaan yang
juga sebagai bandar utama bagi provinsi tersebut. Terdapat kemudahan yang disediakan bagi
penginapan pedagang dan gudang menyimpan barang. Kebanyakan bandar pelabuhan utama di
China terletak di bahagian selatan negara tersebut.

4. Aktiviti pertanian. Tapak pembandaran Harappa ekonominya adalah berasaskan kepada kegiatan
pertanian dan penternakan. Pananaman padi, tebu dan kapas dijalankan secara ekstensif. Jelapang
yang luas terdapat di Harappa membayangkan betapa pesatnya pengeluaran hasil pertanian. Terdapat
lebihan makanan yang banyak sehingga turut memperkembangkan ekonomi nperdagangan di
Harappa.

5. Bandar di Mesopotamia juga merupakan kawasan perindustrian dan pengeluaran tekstil.


Pengeluaran tekstil dilakukan secara besar-besaran dikendalikan oleh organisasi besar seperti rumah
berhala dan Istana. Terdapat juga bandar di Mesopotamia sebagai pusat pembinaan kapal, membuat
tembikar, dan pertukangan kayu. Di Mesir terdapatnya bandar perindustrian- kilang tekstil,
pembinaan kapal, kuari, pembuatan barang tembikar dan logam. Kilang ini dibina di kawasan bandar

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 4


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

utama atau pelabuhan. Kilang-kilang ini mempunyai antara 20 hingga 27 orang pekerja dan
melakukan amalan pengkhususan dalam pekerjaan.

6. Pusat Keagamaan - bandar ritual, bandar pemujaan. Terdapatnya candi-candi, rumah berhala dan
jalan suci. Bandar Akhetaton di Mesir di bina khusus bagi memperingati tuhan Aton pada zaman
pemerintahan Akhenaton. Di bandar Karnak dan Luxor terdapatnya rumah berhala dan lorong yang
mempunyai sphinx di kedua- dua belah lorongnya. Bandar Abydos dianggap sebagai tempat
pengebumian tuhan Osiris. Di Thebes terdapat banyak monumen dan candi yang dibina yang
dipenuhi dengan ukiran.

7. Jalan-jalan suci terdapat di Mesopotamia yang dibina selebar antara 5-7 meter. Di bandar Babylon
jalan ini digunakan bagi menyambut perayaan Tahun Baru dan digunakan sebagai laluan perarakan
utama. Jalan ini menuju ke pintu gerbang utama di pusat bandar dan meraka akan berhimpun di dalam
pintu gerbang bagi mendengar ucapan dato bandar.
8. Di Sumeria dan Akkad rumah berhala dibina di kawasan pusat bandar utama yang dikelilingi
oleh rumah-rumah kediaman. Di Mesopotamia, rumah berhala yang terkenal adalah ziggurat.

9. Pusat Pentadbiran - Sebagai pusat pentadbiran dan kediaman raja. Terdapatnya istana raja dan
bangunan kerajaan/pentadbiran, pejabat rumah ibadat / candi dan pusat sivik (dewan orang ramai).
Menjadi tempat tumpuan masyarakat sekitar. Ch. Mesir - bandar Memphis dan Thebes, Avaris.

10. Pusat Politik - Kedudukan petempatan yang strategik dan terdapatnya kubu / tembok pertahanan.

11. Pengangkutan dan perhubungan- jalan yang luas dan lurus dibina dari utara ke selatan. Terdapat
juga jalan yang merentasi sesebuah bandar. Jalan-jalan juga dibina bagi keperluan pergerakan tentera.
Di masa aman digunakan untuk perdagangann dan pengangkutan. Ch. bandar Ur, Assur, Hattusa di
Mesopotamia.

12. Pendidikan - di Mesopotamia, rumah ibadat adalah sebagi pusat pendidikan. Begitu juga istana, turut
dijadikan pusat pendidikan. Paderi/ rahib sebagai tenaga pengajar. Wujudnya perpustakaaan di bandar
Tello dan Nippur di Mesopotamia yang menyimpan sehingga 30 000 manuskrip. Sekolah terdapat di
bandar bagi memberikan pendidikan kepada anak golongan bangsawan.

13. Bandar tentera - Ch Bandar Avaris di Mesir, didirikan berek tentera, Ditempatkan kereta kuda
kegunaan tentera dan tentera berjalan kaki. Kapal Perang juga turut singgah bagi membayar ufti.

Kesimpulan ( 1 / 2 m)

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 5


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

3. Bincangkan pengaruh empayar China dan peranan orang laut dalam perkembangan empayar
di Alam Melayu sebelum abad ke 15.

Pengenalan (3/4 m)

1. Maksud empayar - Empayar ditakrifkan sebagai sekumpulan negeri yang berada di bawah suatu
pemerintahan yang tertinggi dan berdaulat. Diperintah oleh seorang raja atau maharaja, menjalankan
sistem pemusatan kuasa yang tinggi dan menguasai wilayah yang luas. Penduduknya terdiri daripada
orang berlainan kebudayaan dan etnik. Mereka disatukan dibawah satu pemerintahan kerana ditakluk.
2. Latar belakang empayar Alam Melayu – Empayar Srivijaya - Muncul abad ke 7 M dan terletak
di Tenggara Sumatera. Berjaya mengekalkan kekuasaan politik dan ekonomi di Alam Melayu sehingga
abad ke 13M. Diasaskan oleh Dapunta Hiyam. Berkuasa dari Seegenting Kra hingga ke Jawa Barat.
Berjaya menguasa laluan perdagangan di Alam melayu. Empayar Majapahit - Diasaskan oleh Raden
Wijaya tahun 1293 M, setelah menewaskan kerajaan Kediri. Raden Wijaya - Raja Majapahit pertama
dengan gelaran Kertarajasa Jayawardhana.
3. Latar belakang kekuatan empayar China. Dalam sejarah perkembangan empayar china, terdapat 9
buah dinasti yang memerintah negara tembok besar tersebut. Antaranya Dinasti Chin yang terkenal
dengan ketokohan Maharaja Shih Huang Ti yang telah menyatukan beberapa wilayah di China. Dinasti
terakhir ialah Dinasti Ming yang bermula pada tahun 1279 m hingga 1368 M.
4. Wacana isi.

Isi A (5 isi x 2 m 10 markah)

Pengaruh empayar China

1. Persahabatan China dengan empayar Srivijaya. Empayar China adalah merupakan empayar yang
terunggul di Asia Tenggara selepas abad 6M – 15 M sama ada dalam bidang perdagangan ataupun
diplomatik. Pada tempoh tersebut banyak ekspedisi maritim China dihantar ke seberang laut, iaitu ke Indo
China dan Kepulauan Melayu. China juga mengambil peluang untuk menguasai laluan perdagangan di
Kepulauan Melayu. Bagi menjamin keselamatan empayar Srivijaya dan kestabilan perdagangannya,
kerajaan Srivijaya telah menjlin hubungan persahabatan dengan empayar China. Antara tahun 960-983 M,
Srivijaya telah menghantar lapan utusan ke China. Jaminan dari China berjaya mengelakkan Srivijaya
daripada diserang oleh Burma, Majapahit dan Siam.
2. Perdagangan empayar Srivijaya dengan China. Banyak sumber China menyebut tentang hubungan
dagang antara empayar China dengan empayar Srivijaya. Kerajaan Srivijaya mempunyai bekalan bahan
mentah yang banyak untuk keperluan pedagang China. Antara bahan mentah tersebut ialah emas, perak,
kemenyan, gading gajah, kapur barus dan rempah ratus. Kekayaan bahan mentah menyebabkan hubungan
perdagaangan antara Srivijaya dengan China amat rapat.
3. Hubungan keagamaan. Srivijaya juga antara empayar yang terkenal dalam bidang pengajian agama
Buddha. Raja Srivijaya menjadi penaung kepada perkembangan agama Buddha. Sumber-sumber China
ada menyebut tentang raja srivijaya yang membina sebuah kuil Tao di Kanton, China. Menurut I-Ching,
seorang mubaligh Buddha dari China yang melawat Srivijaya pada tahun 671 M, terdapat seramai 1000
orang sami Buddha yang menuntut ilmu agama di Srivijaya. Jelas Srivijaya banyak membiayai pengajian
agama dan membina yayasan-yayasan agama.
4. Bantuan tentera Monggol kepada Majapahit. Dalam usaha mengembangkan empayar Majapahit,
Raden Wijaya pengasas empayar majapahit telah mendapat bantuan tentera Monggol (China) di bawah
pimpinan Shih Pi pada tahun 1292 M. Sebenarnya tentera Monggol dihantar untuk menghukum Raja
Singasari, iaitu Kertanegara yang bertindak memalukan utusan dari China. Tetapi Raaden Wijaya
menggunakan peluang tersebut untuk mendapatkan bantuan tentera Mongol untuk menewaskan
Jayakatwang. Dengan itu Raden Wijaya telah dilantik sebagai raja Majapahit.
5. Hubungan Hayam Wuruk dengan China. Semasa pemerintahan Hayam Wuruk beliau juga telah
menjalinkan hubungan yang erat dengan China. Beliau telah menghantar utusan ke China pada tahun
1370 M, 1375 M, 1377 M dan 1379 M. Hubungan persahabatan dengan China membantu Majapahit
mengukuhkan kedudukan dalam negara dan mengelakkan konflik dengan kuasa besar tersebut. Majapahit
turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan China.

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 6


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

6. Ekspedisi kelautan / maritim China. Usaha-usaha peluasan kuasa oleh Maharaja China dilakukan
melalui penghantaran ekspedisi maritim dalam jumlah yang besar. Setiap ekspedisi tersebut mengandungi
kira-kira 100 buah kapal. Dengan ekspedisi kapal yang begitu besar telah menggerunkan negara-negara
kecil di sekitar kepulauan Melayu. Menyebabkan negeri-negeri yang menjalinkan huungan persahabatan
dengan China merasa lebih selamat.

Isi B (5 isi x 2 m 10 matkah)

Pengaruh orang laut.

1. Melantik orang laut sebagai ketua hulubalang dan syahbandar. Bagi mengawal aktiviti orang laut
daripada menjejaskan perdagangan empayar srivijaya, pemerintah Srivijaya turut melantik ketua orang
laut sebagai ketua hulubalang dan syahbandar di pelabuhan dengan upah yang lumayan. Dengan ini
keadaan di pelabuhan empayar Srivijaya sentiasa berada dalam keadaan stabil dan selamat. Lebih ramai
pedagang selesa untuk berdagang dengan empayar srivijaya kerana adanya jaminan keselamatan daripada
ancaman lanun.
2. Menjadikan orang laut sebagai tentera laut. Kerajaan Srivijaya telah menjadikan orang laut sebagai
tentera laut bagi meningkatkan kekuatan tentera empayar srivijaya. Dengan menjadikan orang laut
sebagai tentera laut, usaha-usaha peluasan kuasa dapat dilakukan dengan mudah di kawasan kepulauan
Melayu. Ini kerana orang laut amat mahir tentang keadaan laut di kepulauan sekitar mereka dan mahir
mengandalikan kapal. Dedngan bantuan orang laut, empayar Srivijaya melebar dari bahagian utara
Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke sebahagian barat Pulau Jawa.
3. Mengawal jalan laut dari ancaman lanun. Masalah lanun di Selat Melaka juga telah dapat diatasi
dengan bantuan orang laut kerana mereka telah diambil bekerja dengan pemerintah empayar Srivijaya.
Jika sebelumnya sebahagian daripada lanun di Selat Melaka adalah terdiri daripada orang laut. Orang laut
juga mengambil tindakan memaksa kapal-kapal dagang yang lalu di Selat Melaka untuk singgah di
pelabuhan empayar srivijayadan turut mengawal pelabuhan empayar Srivijaya
4. Pembekal hasil laut sebagai bahan dagangan. Kegiatan mengumpul hasil laut adalah dilakukan oleh
orang laut yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang geografi pesisir laut dan dasar laut. Orang
laut juga berkebolehan mengendalikan sampan dan kemahiran mereka berenang dan menyelam di dasar
laut. Hasil laut adalah antara bahan dagangan utama di kepulauan Melayu, seperti siput, kerang dwikatup,
tiram mutiara dan siput kowri. Bahan seperti akar bahar dan tripang mendapat pasaran yang luas di China.
Bahan ini digunakan sebagai perencah sup dan dalam perubatan. Sumber China menyebut siput kowri
adalah sebagai mata wang sebelum mata wang logam diperkenalkan. Perdagangan yang pesat ini
membantu meningkatkan kekuatan empayar di Alam Melayu.
5. Memandu kapal masuk ke pelabuhan. Kemahiran orang laut tentang beting karang dan beting pasir
serta keadaan di laut membolehkan mereka mengawal laluan kapal-kapal dagangan untuk ke pelabuhan
kerajaan Srivijaya. Mereka akan menunda kapal-kapal yang ingin masuk ke pelabuhan Srivijaya dengan
mengelak laluan beting pasir dan beting karang. Dengan ini kapal yang ingin keluar dan masuk ke
pelabuhan srivijaya sentiasa terjamin keselamatannya.

Kesimpulan (1/2 m).

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 7


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

4. Jelaskan sebab-sebab berlakunya peperangan dalam masyarakat Timur Tengah.

Pengenalan ( 1/ 2 markah)

1. Latar belakang masyarakat Semenanjung Arab sebelum Islam. Orang Arab hidup dalam berpuak-
puak dari duku bangsa (kabilah) yang mempunyai pertalian keluarga yang sangat rapat. Mereka akan
mengambil tindakan secara bersama dan akan sentiasa melindungi kabilan daripada ancaman kumpulan
nomad yang lain. Orang Arab menganggap mempertahankan satu kumpulan kabilah mereka adalah satu
kerja yang suci.
2. Latar belakang masyarakat Semenanjung Arab zaman Islam. Dalam kehidupan masyarakat Arab
zaman Islam, kehidupan mereka adalah berasaskan agama. Mereka akan mempertaahankan kepentingan
agama Islam daripada ancaman lain-lain agama pada masa itu.
3. Maksud ketahanan dan pertahanan. Definisi Ketahanan - Konsep ketahanan bermaksud
ketabahan, kecekalan, dan kesabaran serta keupayaan, kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu
kesukaran dan penderitaan. Ia juga satu halangan dan keupayaan menanggung sesuatu dalam pertempuran
atau peperangan serta tidak mudah mengalah dalam peperangan. Definisi Pertahanan - Pertahanan
merujuk kepada langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk mempertahankan
diri,masyarakat,agama dan negara dari ancaman musuh dan membela golongan yang lemah drpd
teraniaya. Ketahanan dan pertahanan merujuk kepada kekuatan mental, ketabahan dan kecekalan dalam
mempertahankan sesebuah negara dari ancaman musuh. Kekuatan pertahanan dan ketahanan banyak
bergantung kepada kekuatan mental ,fizikal,peralatan senjata yang digunakan,taktik dan strategi serta
jenis tentera yang ada.
4. Wacana isi/penegasan isi.

Isi ( 7 isi x 3 m = 21 markah)

Sebab-sebab berlakunya peperangan dalam masyarakat Timur Tengah.

1. Semangat Assabiyah atau kesukuan. Iaitu semangat yang berasaskan kepada kepatuhan kepada
kumpulan kabilah atau keturunan masing-masing. Semangat yang fanatik kepada kabilah menyebabkan
masyarakat Arab jahiliyah turut dipengaruhi semangat suka berperang bagi mempertahankan kabilah
mereka. Keadaan semula jadi dalam kehidupan di padang pasir juga menyebabkan persaingan antara
kabilah. Ini menyebabkan mereka berpegangkan kepada prinsip kabilah yang kuat akan lebih berkuasa.
Oleh itu bagi mereka peperangan adalah satu cara bagi meneruskan hidup.
2. Mencari nama dan kemegahan. Kemenangan di dalam peperangan adalah merupakan satu
kemegahan bagi masyarakat Arab Jahiliyah. Setiap peperangan yang dimenangi akan membawa
kemegahan dan keuntungan yang besar kepada kabilah. Sebab itu anak lelaki amat penting dalam
kehidupan masyarakat zaman jahiliyah bagi tujuan menjulang nama kabilah mereka dalam peperangan.
Mereka bukan sahaja dilatih bermain senjata sejak kecil, tetapi diajar kemahiran menunggang kuda.
3. Bagi mendapatkan harta. Dalam peperangan zaman jahiliyah melibatkan semua anggota kabilah
dan semua harta benda dibawa bersama. Pihak yang menang akan memperolehi keseluruhan harta
rampasan yang dibawa termasuk wanita dan kanak-kanak yang dijadikan sebagai tawanan perang. Wanita
dan kanak-kanak akan dujual sebagai hamba atau meminta pihak yang kalah menebus dengan sejumlah
mata wang. Harta rampasan perang akan diagih sama rata di kalangan tentera yang menang. Syeikh
kabilah akan diperuntukkan sebanyal 1 / 4 daripada harta rampasan. Syeikh kabilah juga berhak memiliki
barang rampasan perang yang disukainya termasuk wanita dan kanak-kanak.
4. Kepentingaan ekonomi. Makkah terkenal sebagai pusat ekonomi utama penduduk bahagian tengah
semenanjung Arab, sehingga hampir melemahkan penguasaan ekonomi Yaman di selatan. Ini kerana
Makkah menjadi tumpuan penduduk seluruh semenanjung Arab, terutamanya pada musim haji.
Menyebabkan Abrahah, raja Habsyah di Yaman pada zaman sebelum Islam mengambil inisiatif untuk
menyerang Makkah bagi memastikan aktiviti ekonomi Arab berpindah ke bahagian selatan. Malah
Abrahah telah membuat satu binaan yang hampir menyerupai Kaabah, bagi tujuan menarik penduduk
semenanjung Arab membuat ibadat di sana.
5. Kepentingan maruah. Sebagai langkah untuk memulihkan semula maruah dan imej mereka yang
tercemar ekoran kekalahan dalam Perang Badar. Orang Kafir Quraisy Makkah telah dipandang rendah
oleh kabilah-kabilah Arab yang lain ekoran kekalahan tersebut. Musyirikin Makkah ingin membalas
dendam dan menebus kekalahan ke atas orang-orang Islam ekoran kekalahan mereka dalam Perang Badar

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 8


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

pada tahun 2H.Orang Kafir Quraisy ingin menuntut bela di atas kematian saudara dan keluarga mereka
dalam Perang Badar. Seperti Khalid al-Walid yang menuntut bela atas kematian bapanya. Begitu juga
dengan Hindun, isteri Abu Sufyan yang ingin menuntut bela kematian bapanya, Utbah.
6. Memperteguhkan keutuhan agama Islam. Sebab peperangan dalam Islam adalah untuk menegakkan
agama Allah (Islam) dan memelihara kehormatan dan keutuhan agama Islam, masyarakat dan negara
Islam. Perang Badar yang berlaku pada tahun ke 2 H adalah kerana orang Quraisy makkah ingin
menhgapuskan di Madinah. Musyirikin Makkah ingin melemahkan penguasaan orang Islam di Madinah.
Selepas Perang Badar terdapat beberapa ancaman ketenteraan di bawah pimpinan Abu Sufyan b. Harb
terhadap Madinah. Islam sendiri adalah agama damai dan cinta akan perdamaian kerana perkataan Islam
sendiri membawa maksud salam dan perdamaian. Menjadi tanggungjaswab setiap orang Islam
merpertahankna agamanya. Allah s.w.t tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah
orang Islam diancam di dalam negaranya sendiri seperti di Madinah.
7. Peluasan Wilayah/Empayar. Peluasan wilayah Islam – di samping objektif di atas, peperangan
dalam Islam juga untuk meluaskan tanah jajahan, contohnya pada zaman khulafah Al-Rasyidin, wilayah
Islam sampai ke Afrika Utara(Mesir), dan Parsi. Zaman Khalifah abu Bakar, beluai berjaya mengalahkan
tentera Parsi di Hirah, Iraq dan tentera Byzantium di Palestin. Zaman kerajaan Bani Umayyah, wilayah
Islam berkembang sehingga ke Andalus, Sepanyol.
8.Membina kekuatan ekonomi. Peperangan dalam Islam disebabkan untuk meningkatkan sumber
ekonomi orang Islam, misalnya menakluk Iraq. Iraq kawasan yang subur untuk mendapatkan sumber
ekonomi dan bercucuk tanam. Dalam Islam juga ketika melakukan peperangan adalah dibenarkan
merampas harta orang kafir (ghanimah). Orang arab Quraisy menyerang orang Islam di Madinah kerana
mereka menganggap penguasaan orang Islam di Madinah telah menyekat laluan perdagangan mereka
antara bahagian utara dan selatan semenanjung Arab. Musyrikin Makkah juga bimbangkan keselamatan
rombongan pedagang mereka yang sentiasa melalui kota Madinah untuk berniaga di Utara Semenanjung
Arab.
9. Menyelesaikan perbalahan politik dan Mempertahankan negara. Peperangan dalam Islam
bertujuan untuk menpertahankan maruah diri, agama dan negara. Penduduk Madinah terpaksa
mempertahankan negara kota Madinah apabila mereka diancam oleh golongan Musyirikin Makkah.
Langkah menjaga dan melindungi keselamatan penduduk Madinah yang sentiasa diancam oleh gerakan-
gerakan ketenteraan Musyirikin Makkah. Sebagaimana Abu Sufyan dengan 200 tenteranya telah
membakar rumah dan memusnahkan tanaman sebuah kampung berhampiran Madinah. Peristiwa ini
berlaku sebelum meletusnya Perang Uhud. Dengan itu, penduduk Madinah terpaksa menghadapi
beberapa peperangan besar bagi mempertahankan Madinah, seperti Perang Badar, Perang Uhud dan
Perang Khandak.
10. Meneguhkan kedudukan/ mempertahankan diri. Ancaman daripada sebahagian masyarakat
Yahudi Madinah terhadap orang-orang Islam dan diri Nabi Muhammad sendiri, menyebabkan orang
Islam terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri. Yahudi Bani Qainuqa dan Bani Nadir
sentiasa mengancam masyarakat Islam Madinah. Persekutuan Yahudi Bani Nadir, Bani Quraizah dan
Musyrikin Makkah telah mencetuskan Perang Ahzab tahun 5H. Kemenangan berpihak kepada orang
Islam dan semua lelaki dewasa Yahudi Bani Nadir telah dihukum bunuh bagi tujuan memberi pengajaran
kepada orang Yahudi.
11. Melemahkan penguasaan Empayar Rom dan Parsi. Sebahagian besar bahagian utara dan selatan
semenanjung Arab berada di bawah pengarun empayar Rom dan empayar Parsi. Syria du utara berada di
bawah pengaruh empayar Rom Timur (Byzantium). Dalam peperangan di Muktah, Nabi uhammad telah
menghantar sejumlah kira-kitra 3000 angkatan tentera Islam bagi menentang kira-kira 200 000 tentera
Byzantium. Namun akibat kekuatan tentera mu,suh, tentyera Islam terpaksa berundur ke Madinah selepas
beberapa panglima perang Islam syahid, termasuk Zaid dan Jaafar b. Abi Talib.Hanya pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al khattab, baharulah tentera Byzantium berjaya ditewaskan.
12. Menunjukkan amalan etika Islam ketika peperangan. Islam mempunyai etika peperangan sendiri.
Islam melarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam
peperangan. Islam juga melarang membunuh binatang ternakan kecuali utk dimakan dan dilarang
memusnahkan tanam-tanaman serta harta benda pihak musuh.

Kesimpulan ( 1 / 2 markah)

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 9


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

5. Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku di Eropah ekoran revolusi perindustrian di


England pada abad ke 18.

Pengenalan. (3 / 4 markah)

1. Revolusi perindustrian bermula pada pertengahan kedua abad ke 18 di England. Revolusi ini telah
menjadikan England muncul sebagai kuasa ekonomi unggul di Eropah dan berjaya melebarkan
pengaruhnya ke seluruh dunia melalui dasar imperialisme. Revolusi ini menyaksikan perubahan pesat
dalam kaedah pengeluaran hasil pertanian dan barangan daripada menggunakan tangan kepada
penggunaan jentera/mesin dan proses kimia.
2. Revolusi Perindustrian England yang bermula pertengahan kedua abad ke 18btelah meletakkan asas-
asas untuk perubahan politik, ekonomi dan sosial di Eropah dan dunia pada abad berikutnya. Revolusi ini
telah menyaksikan England muncul sebagai kuasa ekonomi unggul di Eropah dan telah melebarkan
pengaruhnya ke seluruh dunia sebagai kuasa imperialis.
3. Wacana isi / penegasan isi

Isi ( 7 isi x 3 m = 21 markah)

Perubahan-perubahan yang berlaku di Eropah ekoran revolusi perindustrian di England pada


abad ke 18.

1. Perubahan dalam bidang pertanian. Beberapa perubahan yang nyata telah berlaku berkaitan dengan
bidang pertanian, antaranya ialah pengenalan sistem tanah berpagar mengantikan tanah lapang. Iaitu
menyatukan tanah pertanian membentuk ladang yang lebih luas. Melalui penyatuan tanah ini tanaman
baru, penggunaan teknik penanaman yang baru dan jentera diperkenalkan. Antara jentera baru yang
diperkenalkan ialah alat menggali dan jentera penabur benih. Kaedah ini menyebabkan tanaman tumbuh
teratur mengikut baris dan memudahkan kerja menggembur dan membersihkan tanah.
2. Bidang pertindustrian. Perkembang ini melibat industri tekstil, arang dan besi. Ini kerana permintaan
yang tinggi bagi tekstil sehingga mesin dicipta seperti pemintal yang dicipta oleh James Hargreaves pada
tahun 1764M. Manakala pada tahun 1795 M Edmund Cartwright mencipta mesin tenun menggunakan
kuasa air. Dalam peleburan besi, menggunakan arang untuk menghasilkan besi tempa bagi membuat
peralatan mesin. Wap juga digunakan dalam perindustrian untuk menggerakkan jentera.
3. Dalam bidang pengangkutan. Selain itu bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, keretapi
dan terusan telah berkembang. Dalam bidang perkapalan, kapal mula dibina dengan besi menggantikan
kayu balak dari Baltik. Dalam pembinaan jalan pula John Macadam telah memperkenalkan pembinaan
dari batu dan minyak tar. Ia lebih memudahkan dan melancarkan perhubungan dari satu kawasan ke
kawasan yang lain. Pada tahun 1762 terusan yang pertama dibina untuk membawa batu arang ke bandar
perusahaan Manchester. Lokomotof jentera wap dibina pada tahun 1801 untuk menarik gerabak yang
kemudiannya dikenali sebagai kepala keretapi
4. Kemajuan dalam perdagangan luar. Penghasilan barangan yang berlebihan akibar RI membawa
kepada keperluan dieksport ke luar negeri. Kemajuan dalam bidang pertanian, perindustrian dan
pengangkutan meninggalkan kesan yang besar ke atas perdagangan luar England. Kemajuan dalam
bidang pertanian yang bertolak daripada penggunaan kaedah-kaedah moden telah membantu
membangunkan kawasan terbiar dan menghasilkan lebihan tanaman. Membawa kepada keperluan untuk
mengadakan kemudahan infrastruktur yang baik dan memasarkan hasil pertanian dan perkilangan
keseluruhan negara dengan lebih cepat dan cekap. Kilang kapas telah menghasilkan tekstil yang melebihi
permintaan pasaran tempatan. Ekspot kapas dan pakaian England meningkat 10 % setiap tahun. Ini
disebabkan kemajuan dalam teknik pengeluaran. Import kapas mentah juga meningkat.
5. Pertambahan penduduk bandar yang tinggi. Kemudahan infrastruktur memudahkan migrasi
penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar. Migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar
dan kekawasan yang lebih maju adalah bertujuan untuk mencari peluang pekerjaan dan membaiki taraf
hidup supaya lebih baik. Antara kawasannya ialah Lancashire, Rest Riding di Yorkshire, Warwickshire,
Nattinghamshire dan staffordshire mengalami pertambahan penduduknya yang padat. Penghijrahan buruh
dari India, Hindia Barat dan Afrika, iaitu kawasan jajahan Inggeris juga berlaku.
6. Penghijrahan ke luar England. Kemajuan dalam bidang pengangkutan menyebabkan ramai
penduduk England berhujrah keluar dengan tujuan untuk meningkatkan lagi taraf hidup mereka. Berlaku
penghijrahan ke Amerika Utara (US), Australia dan New Zealand. Pertambahan dan perkembangan

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 10


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

koloni penduduk Inggeris di tempat lain secara tidak langsung meningkatkan kepesatan dalam
perdagangan luar England.
7. Kemunculan golongan usahawan baru. Revolusi Perindustrian telah menyebabkan munculnya
golongan usahawan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli bank, peguam dan jurutera.
Mereka memperoleh pendapatan yang hampir sama dengan golongan bangsawan. Gol. ini berkeinginan
mencuba idea baru dan bersedia menerima risiko dalam urusan perniagaan. Mereka juga berjaya
mempengaruhi parlimen dan mewujudkan akta-akta perdagangan dan ekonomi melalui usul di parlimen
yang banyak memihak kepada mereka.
8. Kewujudan kumpulan kelas pekerja. Revolusi perindustrian juga melahirkan kelas pekerja untuk
bekerja dilombong dan kilang. Mereka dikenali sebagai proletariat dan terdiri daripada penganggur,
pemintal dan penenun. Pada penghujung abad ke 18 M dan ke 19M mereka dibayar gaji yang rendah
kerana kebanyakan kerja dilakukan dengan mesin.
9. Perkembangan perdagangan bebas. Pada tahun 1820an dan 1830an parlimen England meluluskan
beberapa akta yang menghapuskan dasar-dasar ekonomi yang menyekat kebebasan antaranya ialah
Pemansuhan monopoli perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan negara China pada tahun
1833M. Mengurangkan senarai bayaran yang dikenakan duti import dan eksport. Melonggarkan undang-
undang jagung (corn law) pada tahun 1822. Mengikut Corn law 1815, import jagung diharamkan
melainkan harga dalam negeri mencapai 8 syiling satu quarter suku. Akta perkapalan dipinda pada tahun
1825M.

Kesimpulan (1/2 m)

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 11


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

6. Bincangkan sistem pendidikan di China yang dilihat sebagai sistem yang berorientasikan
peperiksaan.

Pengenalan

1. Maksud pendidikan. Dari segi bahasa, perkataan education (pendidikan) berasal daripada perkataan
Latin iaitu educare yang membawa makna mengasuh, memelihara serta membimbing. Para sarjana pula
melihat maksud pendidikan daripada pelbagai sudut. Socrates mendefinasikan pendidikan sebagai satu
usaha merangsang pemikiran yang rasional dan mendisiplinkan mental untuk meningkatkan pengetahuan
dan kebenaran. Syed Naquib al-Attas pula berpendapat pendidikan bertujuan bukan sekadar memupuk
individu atau pun warganegara yang sempurna tetapi menjelmakan insan yang sempurna.
2. Latar belakang tamadun China. Tamadun China merupakan antara tamadun yang paling tua dan
setanding dengan tamadun – tamadun tua lain termasuklah tamadun India. Tamadun China bermula di
Lembah Hwang Ho dan kemudiannya tersebar hampir ke seluruh negara China. Ia mengalami zaman
yang berbeza dan kerajaan – kerajaan yang berbeza termasuklah Chin, Han dan seumpamanya.
3. Latar belakang sistem pendidikan China. Sistem pendidikan dalam tamadun China boleh dikatakan
bersifat rasional dan menekankan persoalan kemanusiaan. Tumpuan utama bidang pendidikan dalam
tamadun China adalah untuk meningkatkan keperibadian dan akhlak seseorang , ketenteraman dalam
kehidupan seharian dan tanggungjawab kepada negara. Sistem pendidikan tidak terlalu menekankan
persoalan keagamaan dan golongan agama seperti pendeta tidak memainkan peranan yang besar dalam
memberikan pendidikan dalan tamadun China. .
4. Wacana isi / penegasan isi. Sistem pendidikan dalam tamadun China ialah pelajar – pelajarnya secara
umum terbuka kepada semua golongan meskipun pada kebiasaannya hanya golongan aristokrat dan
berada sahaja yang memberikan penekanan kepada pendidikan kepada anak – anak mereka. Ini kerana
untuk mengikut satu – satu sistem pendidikan sehingga seseorang itu menduduki peperiksaan umum
memakan belanja yang sangat besar.

Isi (7 isi x 3m = 21 m)

sistem pendidikan di China yang dilihat sebagai sistem yang berorientasikan peperiksaan.

1. Kurikulum berasaskan sukatan peperiksaan. Pendidikan dalam masyarakat China bukan bertujuan
untuk memajukan individu atau kehidupan sosial rakyatnya, tetapi untuk memungkinkan murid-muridnya
lulus peperiksaan mengikut keperluan-keperluan tertentu. Dari kaca mata rakyat pula matlamat
pendidikan adalah untuk membolehkan golongan remaja memasuki peperiksaan awam. Lantaran itu ibu
bapa China lebih gemar anak-anak mereka mengikuti kurikulum yang bercorak akademik. Oleh itu sistem
pendidikan China selalunya dirujuk sebagai bentuk pendidikan statik, berketurunan atau pendidikan
formal paling sempurna.
2. Pemilihan pegawai kerajaan. Sistem pendidikan China berkait dengan pemilihan pegawai awam
melalui peperiksaan am. Melibatkan penyediaan pelajar untuk menduduki tiga tahap peperiksaan awam
melalui tiga peringkat ijazah akademik. Apabila lulus peperiksaan awam mereka boleh bekerja sebagai
pegawai kerajaan dan mengisi jawatan-jawatan penting dalam empayar.
3. Meningkatkan status. Status mereka yang lulus dalam peperiksaan juga akan meningkat.
4. Peperiksaan ini dijalankan di bawah kawalan yang amat ketat. Pada waktu peperiksaan calon
dikunci di dalam bilik dan mereka tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran hingga terpaksa makan di
dalam bilik. Ini menyebabkan calon melalui tekanan yang luar biasa sehinggakan ada yang jatuh sakit dan
meninggal.
5. Peperiksaan kelayakan peringkat daerah. Sebelum pelajar menduduki peperiksaan untuk ijazah
pertama, dia perlu menduduki peperiksaan kelayakan di daerahnya sendiri. Sebelum menduduki
peperiksaan awam pertama pelajar perlu melalui beberapa tahap kurikulum. Pada peringkat kurikulum
rendah, murid-murid akan belajar huruf-huruf penting dalam bahasa dan menghafal sembilan buah buku
suci. Huruf-huruf ini dikenali sebagai ideogram. Sistem tulisan ini adalah dalam bentuk gambar yang
melambangkan objek atau symbol-simbol yang mewakili idea konsep. Di peringkat Menengah para
pelajar dilatih membuat karangan, mengkaji kesusasteraan esei. Di sekolah tinggi pula mereka akan
menterjemahkan buku-buku suci ke dalam bahasa Cina moden. Mereka juga perlu mahir menjelaskan
kandungan buku-buku suci yang dipelajari. Sekiranya seseorang itu berjaya hingga ke tahap ini, barulah
dia layak untuk menduduki peperiksaan awam rasmi pertama di daerahnya.

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 12


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

6. Peperiksaan ijazah pertama di ibu kota daerah. Selepas lulus peperiksaan kelayakan, pelajar akan
bersedia untuk menduduki peperiksaan peringkat ijazah pertama yang diadakan di bandar utama
daerahnya. Pada peringkat ijazah pertama calon peperiksaan akan menjawab dua esei prosa (esei moden),
satu puisi dan beberapa tema buku suci. Peperiksaan ini memakan masa selama sehari semalam. Jika lulus
peperiksaan ini pelajar akan dianugerahkan ijazah Hsiu Tsai yang disamakan dengan ijazah pertama
zaman moden
7. Peperiksaan ijazah kedua di ibu kota wilayah. Tahap peperiksaan ijazah kedua diadakan di ibu
kota provinsi yang dibuka kepada mereka yang telah memperolehi ijazah pertama. Ijazah kedua pula,
calon diuji lima atau enam esei dan, lima soalan berkaitan dengan sejarah dan ekonomi negara
(peperiksaan di ibu kota provinsi). Peperiksaan ini memakan masa selama sembilan hari. Calon yang
berjaya akan dianugerahkan ijazah Chun-jen.
8. Peperiksaan ijazah ketiga (Doktor falsafah) di ibu kota empayar. Peperiksaan peringkat doktor
falsafah berjalan selama 13 hari di ibu kota empayar melalui peperiksaan istana dengan kehadiran oleh
Maharaja China. Mereka yang lulus peperiksaan ijazah ketiga dikenali sebagai Chin-Shih. Tiga orang
daripada kalangan Chin-Shih akan dilantik sebagai Chuang Yuan iaitu tiga ahli akademik terkemuka
Empayar China. Sebuah badan penasihat yang terdiri daripada para lulusan Chin-Shih juga dibentuk.
9. Peperiksaan keahlian Akademi Diraja. Mereka yang telah mendapat ijazah kedoktoran layak
menduduki peperiksaan terakhir untuk menjadi ahli seumur hidup dalam organisasi intelek yang dikenali
sebagai Imperial Academy (Han-lin Yuan). Ahli-ahli Han Lin ialah penyair kerajaan dan sejarawan
negara. Mereka ini kebiasaannya bertindak sebagai kabinet maharaja. Mereka yang lulus dengan
cemerlang akan dilantik sebagai tokoh kesusasteraan negara dan menduduki kedudukan tertinggi dalam
negara.
10. Tiada had umur menduduki peperiksaan. Ini menyebabkan ada kalanya anak, ayah dan datuk
menduduki peperiksaan serentak.
11. Ada ketikanya peperiksaan tidak dikendalikan dengan jujur. Ada pelajar yang menipu dan pegawai
kerajaan yang berkaitan peperiksaan menerima rasuah. Jika penipuan tersebut boleh dikesan,
hukumannya ialah hukuman mati.

Kesimpulan [1/2 Markah]


Pendidikan rasmi di China berkembagn melalui dikri yang ditentukan oleh orientasi kebudayaan China
yang bersifat humanistik, sekular dan rasional. Tumpuan utama pendidikan adalah untuk memajukan
sensiviti moral dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 13


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

7. Huraikan kemajuan dalam bidang seni bina India ditapak Mohenjodaro dan Harappa.

Pengenalan.

1. Latar belakang tamadun India.


2. Definisi seni bina. Seni bina boleh didefinisikan sebagai kecekapan merancang dan membuat
bangunan yang indah sesuai dengan maksud dan tujuan. Perkataan seni bina atau architecture telah
digunakan sejak tahun 1563 M yang berasal daripada perkataan Latin dan Greek. Seni bina mempunyai 3
syarat utama iaitu barangan (peralatan untuk membina bangunan), kekukuhan (hasil pembinaan yang baik
dan kesukaan (kesenangan dan keselesaan kepada penghuni).
3. Seni bina Inda mencapai kemajuan sejak zaman awal lagi. Kuil-kuil dan bangunan yang dibina dengan
batu masih kekal sehingga ke hari ini. Binaan tersebut menggambarkan kemajuan dari segi teknikal dan
nilai artistik tukang-tukang mahir dalam seni bina. Seni bina India banyak dipengaruhi oleh agama Hindu,
Buddha; pengaruh luar seperti Yunani, Rom dan Parsi; dan pengaruh cuaca.
4. Maksud bandar. Detwyler & Marcus menyatakan Bandar adalah satu unit politik , satu penempatan
yang didiami oleh sejumlah penduduk atau satu kelompok rumah kediaman atau lain – lain struktur Bagi
MAJ Berg dalam bukunya “Historic Cities of Asia”menjelaskan bahawa Bandar sebagai suatu kawasan
yang dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh membaca dan menulis dan mereka
terlibat dalam aktiviti ekonomi bukan pertanian. Bagi Raja Afandi (1977) menjelaskan bahawa
perbandaran adalah proses di mana terdapatnya orang – orang tinggal dan bekerja seperti perdagangan,
perindustrian dan perkhidmatan awam

Isi (7 isi x3 m = 21 markah)

kemajuan dalam bidang seni bina India ditapak Mohenjodaro dan Harappa.

1. Masyarakat Indus mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang perancangan dan
pembinaan bandar. Bandar Harappa dan Mohenjodaro dibina berdasarkan pelan struktur yang sama.
Kebanyakan bandar terdiri daripada dua bahagian iaitu kubu dan bandar. Kubu dibina bagi mengelak
serangan musuh dan mengatasi banjir. Di bahagian barat terdapat kubu pertahanan yang di kelilingi oleh
tembok. Kubu ini dilengkapi dengan menara berbentuk empat segi dan benteng. Di dalam kubu terdapat
banyak bangunan awam yang didirikan di atas podium yang dibina daripada bata tanah liat. Di bahagian
bawah kubu terdapatnya bandar yang menganjur sejauh tiga batu.

2. Bangunan yang dibina menggunakan batu bermutu tinggi dan saiz yang standard 11 x 5.5 x 2.5
inci dan 9.2 x 4.5 x 2.2 inci. Bangunan dibina dalam bentuk blok empat segi dan berderetan di sepanjang
jalan dan lorong. Rumah didirikan menghala utara ke selatan dan timur ke barat yang dipisahkan oleh
jalan raya.

3. Rangkaian jalan raya yang tersusun dan sistematik. Jalan utama dibina secara lurus dan lebarnya
30 kaki. Jalan dari utara ke selatan disilang oleh jalan lain pada sudut tepat (90 djh.). Terdapat lorong-
lorong kecil yang dibina selari dengan jalan utama.

4. Terdapat sistem perparitan. Adanya kemajuan dalam pembinaan longkang dan sistem pembuangan
air untuk rumah persendirian dan tempat mandi umum. Longkang dibina di sepanjang jalan utama.
Longkang dibina tertutup dan dilengkapi lubang pemeriksaan yang akan memudahkan kerja pembersihan
sekiranya tersumbat. Air dari rumah dialirkan ke longkang besar menerusi longkang kecil. Menunjukkan
masyarakat Indus amat menitikberatkan aspek kebersihan.

5. Binaan rumah. Rumah sama ada dibina dua tingkat atau lebih dan dibina mengikut pelan yang sama
tetapi saiz berbeza. Setiap rumah mempunyai bilangan bilik yang berlainan iaitu daripada satu bilik
hingga dua belas bilik. Setiap nrumah dilengkapi dengan bilik mandi, pendingin dan perigi. Terdapat
ruang lapang antara rumah bagi menjamin peredaran udara. Air dari rumah disalurkan melalui longkang
kecil ke longkang utama.

6. Great Bath - antara teknologi pembinaan yang mahir. Berukuran 39 kaki panjang dan 23 kaki lebar
dan 8 kaki dalam. Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam menuju ke dasar kolam. Dasar kolam dibina

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 14


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

dengan batu dan disadur dengan bitumen. Air kolam dari perigi berdekatan dan boleh dikosongkan dan
diisi semula. Berhampiran great bath terdapat bilik-bilik mandi yang kecil yang hanya digunakan oleh
paderi. Beberapa bilik kecil ini mempunyai tandas. Keunikan kolam mandi ini ialah airnya boleh
dikosongkan dan diisi semula.

7. Bangunan awam - seperti tempat mandi awam yang dibina berhampiran dengan jalan utama. Tempat
mandi awam digunakan oleh masyarakat bawahan, buruh dan hamba. Tandas untuk orang awam turut
disediakan. Terdapat juga rumah kongsi bagi buruh dan hamba yang dibina dalam satu deretan dan
mempunyai dua bilik berkeluasan 20 x 12 kaki persegi. Bangunan lain ialah sebuah dewan perhimpunan
dan pejabat rasmi paderi yang berukuran 70 x 24 meter.

8. Perigi utama. Bertujuan untuk menyalurkan air ke dalam great bath.

9. Jelapang bijirin. Terdapat bebera jelapang besar yang digunakan bagi menyimpan bijirin dan
dibahagikan kepada blok kecil berukuran 50 x 20 kaki. Jelapang bijirin di Mohenjodaro merupakan
bangunan kayu yang dibina atas podium. Terdapat 27 blok yang dilengkapi dengan saluran perudaraan.
Jelapang di Harappa didirikan atas podium setinggi 3 kaki.

Kesimpulan ( 1 / 2 markah)

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 15


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

8. Bandingkan ciri-ciri tamadun awal Mesopotamia dengan ciri-ciri tamadun awal Mesir.

Pengenalan ( 5 markah)

1. Maksud tamadun- Profesor M.A.J. Beg, - tamadun merupakan pencapaian manusia dalam
bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik. Bagi Gordon Childe- ahli
arkeologi Australia - tamadun melambangkan satu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian
diri dengan persekitarannya.
2. Latar belakang tamadun Mesopotamia- Tamadung paling awal. Bermaksud 'tanah antara dua
sungai. Terletak antara sungai Tigris dan Euphrates. Muncul sekitar 3500 SM. Diasaskan oleh orang
Sumer.
3. Latar belakang tamadun Mesir. Tamadun Mesir – juga antara amadun terawal. Lahir di lembah
Sg. Nil. Terdiri daripada Mesir Utara dan Mesir Selatan. Mesir utara wujud pemerintahan beraja, Mesir
selatan dikuasai gol. Bangsawan. Pemerintahan Mesir kemudiannya disatukan oleh Raja Menes.
4. Penegasan isi

Isi ( 5 isi x 4 m = 20 markah)

Perbandingan ciri-ciri tamadun awal Mesopotamia dengan ciri-ciri tamadun awal Mesir.

1. Kemajuan Dalam Ekonomi Pertanian. Salah satu ciri tamadun awal masyarakat Mesopotamia dan
Mesir ialah kemajuan dalam ekonomi pertanian. Pertanian di Mesopotamia adalah secara ladang. Ladang
yang dimiliki oleh raja (istana), rumah berhala (paderi) dan pegawai tentera. Tanaman termasuk bijirin
dan kurma. Rakyat bekerja di ladang sebagai penyewa(serf). Ladang ditadbir oleh kakitangan rumah
berhala (shatammu). Bajak dan alat menabur benih telah digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja
pertanian. Bagaimanapun di Mesir secara teorinya tanah dan hasil pertanian adalah milik Firaun. Hasil-
hasil pertanian diedarkan oleh ejen-ejen Firaun. Namun dari segi praktikal, kebanyakan tanah dimiliki dan
diusahakan oleh individu. Ini kerana raja telah mengurniakan tanah kepada rakyat dan tentera. Jenis-jenis
tanaman yang diusahakan di Mesir ialah barli, millet, gandum, sayur-sayuran, kapas dan buah-buahan.
2. Kemajuan Dalam Aktiviti Perdagangan Ciri tamadun awal di Mesopotamia dan Mesir yang
seterusnya ialah kemajuan dalam aktiviti perdagangan. Perdagangan adalah sumber ekonomi kedua
penting di Mesopotaamia.Barang-barang ekspot termasuk tekstil, bulu dan kulit binatang, senjata dan
barang kemas. Barang import terdiri daripada tembaga, rempah-rempah dan balak. Perdagangan turut
dijalankan di antara tamadun lain seperti Mesir, kawasan Meditenerian, Parsi dan India. Peringkat awal
perniagaan system barter. Kemudian mata wang perak digunakan. Begitu juga di Mesir, perdagangan
juga kegiatan ekonomi yang penting. Aktiviti perdagangan dimonopoli oleh bangsawn dan Firaun. Sistem
barter digunakan pada peringkat pertama. Penggunaan mata wang bermula apabila pedagang Parsi
memperkenalkan mata wang perak shekel. Eksport utama Mesir adalah gandum, kain dan barangan
kemas. Importnya pula kayu balak, perak dan gading. Hubungan perdagangan dijalankan di antara
nagara-negara Afrika, Asia, Crete dan Cypus. Kapal-kapal laut besar kepunyaan firaun digunakan dalam
kegiatan perdagangan.
3. Kemajuan Teknologi. Masyarakat tamadun Mesopotamia dan Mesir juga mempunyai kemajuan
dalam bidang teknologi. Kemajuan teknologi di Mesopotamia seperti pembinaan rumah ibadat bertingkat
iaitu ziggurat, pembinaan taman tergantung di Babylon dan teknologi pembuatan seperti tekstil dan
tembikar. Terdapat juga teknolgi dalam sistem pengairan/terusan, pembinaan kubu dan tembok,
pembinaan pintu gerbang dan teknologi pembinaan jalan raya. Batu bakar digunakan secara meluas dalam
pembinaan. Manakala di Mesir terdapatnya pembinaan piramid dan mencipta kalendar, mencipta roda,
dan kalendar. Kemajuan teknologi di Mesir juga dapat dilihat dalam aspek pembinan monumen dan
candi-candi yang banyak terdapat di lembah raja-raja.
4. Kemunculan dan Perkembangan Bandar. Salah satu ciri masyarakat tamadun awal
Mesopotamia susun lapis masyarakat Mesir boleh dibahagi kepada tiga bahagian utama iaitu- kelas
atasan (Firaun dan keluarga diraja), kelas menengah (bangsawan, paderi, tentera, pembantu raja, tukang
mahir dan petani dan akhir sekali kelas bawah (hamba) dan Mesir ialah kemunculan bandar.
Perkembangan pembandaran Mesopotamia bermula pertengaha abad ke 4 SM. Terdapat 13 buah bandar –
Lagash, Uruk, Babylon, Ur, Eridu, kish dan Ubaid. Kawasan bandar terbahagi kepada 3 bahagiain iairu
Pusat Bandar ( Libbi Ali ), Kawasan Luar Bandar dan kawasan pelabuhan. Dalam bandar Mesoppotamia

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 16


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

terdapatnya pembinaan kubu pertahanan, pembinaan tembok pertahanan, pintu gerbang, pasar dan jalan
raya. Berbanding Di Mesir kemunculan bandar dikatakan bermula lebih kurang 2000 tahun selepas
kemunculan Mesir di Lembah Sg. Nil. Bandar Nekhen dan Nekheb adalah bandar tertua dalam Tamadun
Mesir. Bandar yang penting ialah Memphis, Thebes dan Akhetatom.
5. Kemajuan Sistem Politik dan Pentadbiran. Masyarakat di Mesopotamai dan Mesir juga telah
mencapai kemajuan dalam bidang politik dan pentadbiran. Di Sumeria, bandar-bandar seperti Ur, Urech,
Kish dan Babylon mempunyai kerajaan berasingan dan pemerintahannya sendiri. Pemerintah Babylon
yang bernama Hammurabi merupakan raja yang termasyhur kerana kanun undang-undangnya yang adil
dan saksama. Manakala di Mesir, sebelum tahun 3100 SM terdapat dua buah kerajaan iaitu di utara dan
selatan Sungai Nil. Akhirnya, Raja Menes dengan ibu kotanya di Memphes telah berjaya menyatukan
Mesir dan mewujudkan satu sistem kerajaan yang efisyen. Raja-raja Mesir digelar firaun dan baginda
mempunyai kuasa mutlak serta berhak sepenuhnya ke atas tanah dan air di Mesir.
6. Kepercayaan dan Agama. Ciri tamadun awal masyarakat Mesopotamia dan Mesir seterusnya ialah
dalam aspek agama dan kepercayaan. Di Mesopotamia, setiap bandar dinaungi oleh Tuhan. Orang
Sumeria tidak menyembah raja mereka tetapi mereka menganggap raja mereka sebagai wakil tuhan di
dunia. Tuhan orang Mesopotamia memiliki ciri-ciri dan sifat seperti manusia dan diberikan rupa fizikal
manusia. Orang Sumeria amat takut kepada malapetaka dan mereka percaya kepada banyak tuhan dan
upacara pemujaan tuhan dilakukan di atas ziggurat. Begitu juga agama dan kepercayaan sangat sebati
dengan kehidupan orang Mesir. Mereka menganggap raja mereka sebagai tuhan dan percaya bahawa
orang yang telah mati akan hidup semula di akhirat dan kehidupan mereka penuh dengan kebahagiaan.
Malah golongan pemerintah telah membina piramid untuk menyimpan mumia dan sebagai tempat roh
bersemadi. Tuhan yang paling penting dan diagung-agungkan ialah Amon-Re (Tuhan Matahari) dan
Osiris (Tuhan Sungai Nil).
7. Kewujudan organisasi sosial. Organisasi sosial juga adalah juga merupakan ciri tamadun awal
Mesopotamia dan Mesir. Sistem lapisan masyarakat tamadun Mesopotamia dibahagikan kepada 4 lapisan
iaitu paling atas sekali ialah raja, diikuti golongan bangsawan dan paderi, seterusnya golongan profesional
dan pedagang dan bawah sekali rakyat biasa dan hamba. Golongan pemerintah dalam tamadun
Mesopotamia terdiri daripada raja dan golongan bangsawan dan raja atau raja pendeta mempunyai
kedudukan tertinggi. Manakala susun lapis masyarakat Mesir boleh dibahagi kepada tiga bahagian
utama iaitu- kelas atasan (Firaun dan keluarga diraja), kelas menengah (bangsawan, paderi, tentera,
pembantu raja, tukang mahir dan petani dan akhir sekali kelas bawah (hamba).Di Mesir, Firaun (raja)
berada di kedudukan paling atas susun lapis masyarakat.
8. Perkembangan Tulisan dan Pendidikan. Perkembangan bahasa dan tulisan merupakan satu lagi ciri
penting tamadun awal manusia di Mesopotamia dan Mesir.. Bentuk tulisan pepaku di Sumeria dipanggil
cuneiform yang menggunakan huruf-huruf “v” sebagai asas tulisan tersebut. Sekolah yang terdapat di
Sumeria awalnya didirikan di rumah berhala. Manakala di Mesir pendeta Mesir telah mencipta bentuk
tulisan bergambar yang dinamakan hieroglif, tulisan hieroglif menggunakan huruf pepaku, gambar
simbol alam semulajadi untuk membentuk sistem tulisannya.
9. Kesenian. Kesenian adalah antara aspek yang paling menonjol dalam ciri tamadun awal Mesopotamia
dan Mesir. Tamadun Mesopotamia memiliki nilai-nilai kesenian yang tinggi, terutamanya dalam bidang
pembinaan bangunan. Pembinaan gerbang, kubah dan tembok bermula di Mesopotamia. Masyarakat
Mesopotamia juga mahir dalam pengukiran patung dan ukiran timbul pada permukaan batu.
Bagaimanapun di Mesir, masyarakatnya lebih cenderung dalam aspek pembinaan candi dan piramid di
makam golongan bangsawan. Masyarakat Mesir juga mahir dalam bidang seni ukir patung dan barang
tembikar. Mereka menempatkan patung di rumah-rumah berhala. Orang Mesir juga mahir dalam bidang
seni lukis yang di kesan pada dinding makam, tembikar dan candi.
10. Pengkhususan Kerja. Pengkhususan kerja adalah merupakan ciri tamadun awal yang telah terdapat
dalam tamadun Mesir dan Mesopotamia. Di Mesopotamia terdapat pengkhususan kerja dalam bidang
pengeluaran tekstil dan tembikar. Terdapat bengkel tenunan yang besar di temui dan dikendalikan oleh
rumah berhala dan istana. Terdapat juga pekerja khusus dalam bidang perbankan, perdagangan dan
pentadbiran. Begitu juga di Mesir telah terdapat pengkhususan kerja dalam bidang pembinaan kapal,
industri kuari, pembuatan tembikar dan tekstil.

Kesimpulan.
Apa saja yang berkaitan dengan soalan dan isi.

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 17


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

BAHAGIAN B

9. Sejauh manakah masyarakat Arab pada zaman jahiliyah di katakan masyarakat yang tidak
mempunyai peradaban dan tamadun.

Pengenalan (3 / 4 m)

1. Makasud Jahiliyah. Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Al-Quran tidak
memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai
zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah
tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai tamadun / peradaban,
masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkah dan masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca
atau menulis.
2. Latar belakang masyarakat Arab Jahiliyah. Zaman jahiliyah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan
Saba kira-kira 300 tahun (3 abad) sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan berakhir apabila
turunnya wahyu al Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 610 M.
3. Maksud tamadun – tamadun ialah kata Arab yang bermaksud kemajuan, kehalusan budi pekerti dan
sopan santun. Menurut Ibnu Khaldum, perkataan tamadun atau madani adalah merujuk kepada
masyarakat manusia yang maju dan makmur sama ada di kota atau di desa. Bagi penulis barat,
4. Wacana isi / penegasan isi.

Isi (7 isi x 3 markah = 21 markah)

Sebab masyarakat Arab dikatakan tidak bertamadun.

1. Akidah. Akidah ialah kepercayaan seluruh jiwa dan raga terhadap keEsaan Allah (swt), dan tiada yang
lain disembah melainkanNya. Zaman jahiliyah dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari segi
agama dan kesesatan dalam beragama yang begitu hebat di Semenanjung Arab. Masyarakat Arab pada
era zaman jahiliyah dikatakan hilang pedoman dan dilanda kejahilan dalam beragama. Tersebarnya
pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana hubungan masyarakatnya dengan dunia luar menerusi
hubungan perdagangan. Orang Parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi, manakala orang Rom
berusaha menyebarkan agama Nasrani di kalangan masyarakat pesisiran pantai Semenanjung Arab.
Manakala orang Arab di bahagian tengah Semenanjung Arab berpegang teguh dengan agama anenek
moyang mereka, iaitu agama menyembah berhala.
2. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Pada zaman Jahiliyah,
masyarakatnya tidak mempunyai pemimpin agama yang boleh membimbing mereka mengenal agama
yang benar dan hidup bersyariat yang baik. Tidak ada nabi dan rasul yang menyeru mereka ke arah agama
yang benar dan menyampaikan ajaran Allah (swt). Berbeza dengan zaman sebelum runtuhnya empangan
Maarib di mana terdapatnya beberapa orang nabi dan rasul yang menyeru masyarakat Arab ke arah agama
Allah (swt). Masyarakat arab jahiliyah juga tidak menggunakan kitab-kitan suci yang diturunkan kepada
nabi-nabi sebelum mereka sebagai panduan dan rujukan daripada kesesatan. Malah mereka memesongkan
isi kitab terdahulu untuk kepentingan puak-puak masing-masing. Seperti kaum Yahudi yang mengubah isi
kandungan kitab Injil dan mengingkari ayat-ayat Allah (swt)
3. Keruntuhan akhlak. . Mereka mengamalkan nilai-nilai baik dan buruk dalam kehidupan seharian.
Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina,
merompak, mengamalkan semangat asabiyah dan lain.
4. Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya
mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, al-Nahl dan Surah. Kedudukan
wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak perempuan sebaik
sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.
5. Penipuan dalam ekonomi. Menipu timbangan dan sukatan, mengamalkan riba. Kegiatan
perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka mengenakan kadar bayaran balik yang tinggi kepada
peminjam. Mereka juga sering melakukan penipuan terutamanya dari segi sukatan dan timbangan.
Perkara ini banayak diamalkan di kalangan bangsa Yahudi di Madinah.
6. Ilmu pengetahuan – sangat sedikit orang arab yang tahu membaca dan menulis dan tiada tradisi
penyebaran ilmu dan pendidikan dalam masyarakat Arab jahiliyah. Mereka hanya memiliki asas-asas
ilmu politik, ekonomi dan perniagaan. Masyarakatnya hidup dalam keadaan buta huruf. Penyebaran ilmu

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 18


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya
hubungan perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan
sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang
Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua
orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang kaum Quraysi yang tahu
membaca dan menulis sahaja.
7. Keangkuhan dan sombong - Mereka mengamalkan semangat abasiyah. Oleh sebab mereka hidup
secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan
berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan
segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi. Bagi yang hidup secara berpuak-puak,
mereka ini sering berperang sesama sendiri sama ada secara individu atau kelompok. Tujuannya adalah
untuk mendapat kuasa, restu puak, perlindungan dan pengaruh daripada penjajah
8. Sistem pemerintahan. Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur dan mempunyai sistem
pemerintahan. Keseluruhan Semenanjung Arab dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah
mengikut sistem kabilah. Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor
perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara
Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya berbentuk negara naungan. Kerajaan Ghassan adalah
naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh
oleh sistem politik sama ada Rom atau Parsi. Makkah turut menerima ancaman Habsyah-Rom di bawah
penguasa Abrahah. Orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah
berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua
kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah. Segala peraturan perlu
dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah
yang lain.

Terdapat juga ciri-ciri ketamadunan masyarakat Arab zaman jahiliyah

9. Mengamalkan perdagangan antarabangsa. Sistem ekonomi orang-orang Hadari kebanyakannya


ialah pedagang yang bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor
unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas
dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu Syam dan pada musim sejuk,
mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung
Tanah Arab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu Ukaz, Zulmajaz dan
Zulmajinman. Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa.
Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China dan Nusantara. Mereka
mengambil barang dagangan dari pelabuhan di Yaman dan membawa ke Syam (Damsyik) untuk dijual
kepada pedagang Eropah.
10. Menghormati tetamu dan musuh. Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah menghormati
tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, sabar, serta memberi penghargaan terutamanya kepada
golongan penyair.
11. Mahir dalam bidang kesusasteraan. Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan
berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah. Mereka dikatakan telah
menghasilkan karya-karya bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di
Kaabah. Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Karya-
karya ini kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok.
Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau khayalan. Semua karya ini dikatakan
mengandungi kata-kata yang tidak sopan.

Kesimpulan

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 19


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

10. Jelaskan usaha-usaha yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke arah pembentukan
masyarakat Islam Madinah.

Pengenalan ( 3 / 4 markah)

1. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w.


2. Latar belakang Madinah Madinah merupakan sebuah kota di Hijaz yang dikenali dengan nama
Yathrib sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w . Kota ini terletak antara Yaman di selatan dengan Syria
di utara, di kawasan oasis yang subur. Jaraknya lebih kurang 200 batu di sebelah utara kota Makkah.
3. Masyarakat madinah Penduduk Madinah terdiri daripada beberapa suku kaum , iaitu Arab. Penduduk
utama di kota ini ialah suku kaum Arab, Aus dan Khazraj yang tinggal di bahagian selatan . Antara suku
kaum bukan Arab, iaitu Yahudi yang terdiri daripada Bani Quraizah , Bani Nadhir , dan lain-lain lagi
yang menduduki di selatan utara kota ini.
4. Wacana isi / penegasan isi.

Isi (7 isi x 3m = 21m)

Usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w. ke arah pembentukan masyarakat Islam Madinah

1. Menemui jemaah haji dari Madinah. Seperti biasa Nabi Muhammad s.a.w sering bertemu dengan
jemaah haji dari luar Makkah, terutamanya dari Madinah. Antara tokoh yang ditemui Nabi Muhammad
s.a.w. ialah Suwayd b. Samit dan Iyas b. Mu’adh. Nabi telah menemui kedua-dua tokoh tersebut dan
menyeru mereka kepada agama Islam. Kedua-dua tokoh tersebut telah memeluk Islam dan menyebarkan
agama Islam di Madinah.
2. Menemui rombongan suku Khazraj. Tahun berikutnya tiba pula rombongan kaum Khazraj di
makkah untuk menunaikan haji. Ketibaan mereka diketahui oleh Nabi, lalu baginda menemui mereka
untuk menyampaikan seruan Islam. Pertemuan itu diadakan dekat bukit Aqabah. Mereka telah diberi
penerangan oleh Nabi tentang agama Islam. Sebelum mereka berangkat pulang ke Madinah, mereka
berkata kepada Nabi “bahawa masyarakat kami di Madinah sedang berpecah belah dan kami berharap
tuanlah yang dapat mennyatukan mereka.” Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 11 kerasulan Nabi
Muhammad .s.a.w.
3. Mengikat Perjanjian Aqabah I. Musim haji berikutnya, mereka datang lagi menemui Nabi. Pada kali
ini jumlah mereka meningkat kepada 12 orang, iaitu 10 kaum Khazraj dan 2 kaum Aus. Mereka datang
menemui Nabi di bukit Aqabah. Daam pertemuan ini, mereka telah membuat perjanjian dengan Nabi
yang dikenali Perjanjian Aqabah I (perjanjian damai). Dalam perjanjian itu mereka berjani ntidak akan
menyekutukan Allah (swt) dengan apa jua pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak
perempuan, tidak berbohong sama ada disengajakan atau tidak terhadap diri sendiri dan orang lain dan
tidak derhaka. Perkara ini adalah berkait dengan perkara asas dalam Islam yang berkaitan dengan aqidah
dan syariat yang sekali gus menyanggahi nilai kehidupan jahiliyah.
4. Menghantar utusan dakwah ke Madinah. Selepas perjanjian Aqabah I, Nabi Muhammad s.a.w.
telah menghantar Mus’ab b. Umayr ke Madinah untuk menyebarkan Islam di sana. Nabi juga ingin
mengukuhkan pegangan agama Islam kepada mereka yang baru memeluk Islam dan mengajarkan mereka
ayat-ayat al Quran. Misi Mus’ab ke Madinah ke Madinah telah mencapai kejayaan yang besar.
5. Perjanjian Aqabah II. Pada tahun ke 13 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. sampai pula rombongan
seramai 73 orang dari Madinah, terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj, termasuk 2 wanita. Bilangan
kaum Khazraj lebih besar daripada kaum Aus. Mereka menemui Nabi di tempat yang sama dalam
perjanjian Aqabah I. Mereka menandatangani perjanjian aqabah II yang dikenali juga sebagai perjanjian
peperangan kerana menyentuh tentang peperangan. Setelah mendengar penerangan Nabi, mereka pun
membaiah dengan berjabat tangan dengan baginda.
6. Melantik naqib. Nabi Muhammad s.a.w telah melantik seramai 12 orang naqib (ketua) yang terdiri
daripada 9 orang kaum Khazraj dan 3 orang kaum Aus untuk menyebarkan Islam di Madinah. Mereka
menjadi penghubung antara nabi Muhammad di Makkah dengan masyarakat madinah. Pelantikan naqib
menampakkan rancangan jangka panjang Nabi untuk menyebarkan Islam di Madinah. Ini berikutan
kesetiaan yang ditunjukkan oleh penduduk Madinah dan kesudian mereka untuk menerima agama Islam
tanpa apa-apa penentangan. Hasil usaha mereka menyebabkan agama Islam lebih cepat tersebar di
Madinah.

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 20


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

7. Persaudaraan Muhajirin dengan Ansar. Bagi mengukuhkan masyarakat islam Madinah, Nabi
Muhammad s.a.w telah mengambil usaha menyatupadukan masyarakat Islam madinah. Ini juga sebagai
langkah membantu orang Muhajirin yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa harta benda. Bagi
mengukuhkan kedudukan orang Muhajirin, Nabi telah bermesyuarat dengan Sayidina Abu Bakar dan
Sayidina Umar al Khattab. Persaudaraan yang ditanam oleh Nabi dalam diri orang Islam ini menjadikan
mereka seperti saudara kandung sendiri. Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan orang-orang Muhajirin
dengan orang-orang Ansar seperti membawa mempersaudarakan Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid
bin Harith , Umar bin al- Khattab dengan Itban bin Malik , Abdul Rahman bin Auf dengan Sa’d al- Rabi’
dan lain-lain lagi. Perhubungan kekeluargaan antara orang Muhajirin dengan Ansar juga di lakukan
tanpa memberikan implikasi persaudaraan nisab (keturunan) , termasuk hak pusaka, tolong-menolong dan
lain-lain.
8. Membina masjid yang pertama dalam Islam. Nabi Muhammad telah mengambil tindakan
membina sebuah masjid sebaik sahaja baginda sampai di Madinah. Masjid ini dianggap sebagai lambang
penyatuan masyarakat di Madinah dan penyatuan seluruh umat Islam di Madinah. Sebab itu Nabi
Muhammad telah menjadikan masjid bukan sahaja sebagai tempat untuk beribadat sahaja, malah juga
sebagai tempat melaksanakan misi pentadbiran, politik dan ekonomi masyarakat Islam Madinah.

9. Mengukuhkan aqidah melalui pendidikan. Semasa di Madinah nabi Muhammad s.a.w. telah
membentuk masyarakat Madinah melalui sistem pendidikan. Baginda menekankan hal-hal yang berkaitan
dengan ibadat seperti solat, puasa, zakat, syariah, muamalat dan sebagainya. Baginda juiga amat
menekankan kepentingan akhlak yang baik dan adab-adab mengikut al-Quran. Baginda juga banyak
menerangkan tentang kisah-kisah yang berlaku kepada umat terdahulu akibat mereka lalai dengan
perintah allah (swt)

10. Mengukuhkan ekonomi dan sosial umat Islam. Masalah sosial dan ekonomi orang-orang
Muhajirin telah di selesaikan kerana orang-orang Ansar yang menolong mereka telah di didik sehingga
memiliki keimanan yang kukuh, ketaqwaan yang ikhlas , dan konsep persaudaraan yang harmoni dan
mereka berlumba-lumba menghulurkan sumbangan bantuan kepada orang-orang Muhajirin . Ini termasuk
sumbangan yang bersifat wang , makanan , pakaian , ladang pertanian , bidang ternakan , tapak tempat
tinggal dan lain-lain lagi.

11. Membentuk Ummah Konsep “satu ummah” , sebagaimana tercatat dalam Piagam Madinah, telah
memperkukuh lagi persaudaraan antara kaum Ansar dengan Muhajirin . Peruntukan Piagam Madinah ini
telah mewajibkan setiap penduduk Islam supaya berkerjasama dalam menegakkan amal kebaikan dan
mencegah kemungkaran , tidak boleh membiarkan saudara seagamanya dibebankan dengan hutang ,
berperang , dan membunuh sesama sendiri, dan menegah daripada berpihak kepada orang kafir untuk
memusuhi Islam . Akhirnya, orang-orang Muhajirin dan Ansar disatukan menerusi satu “ummah” dalam
sebuah negara Islam Madinah dan mereka telah berjaya hidup secara aman dan harmoni.

12. Membentuk kehidupan berlandaskan takwa dan keimanan. Penyatuan antara golongan Ansar
(penduduk Madinah) dengan Muhajirin (pendatang Makkah) di asaskan kepada keimanan, ketaqwaan,
dan persaudaraan tanpa melihat kepada keturunan , bahasa dan warna kulit. Dasar ini telah menyedarkan
kaum Aus dan Khazraj daripada meneruskan sikap permusuhan antara mereka. Rasulullah s.a.w
menjelaskan bahawa semua jenis persengketaan dan perselisihan terhapus setelah mereka memeluk
agama Islam. Tiada sesiapa pun sesudah itu yang boleh menuntut bela atau menuntut hutang darah.

Kesimpulan ( 1/ 2 markah)

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 21


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

11. Bincangkan usaha-usaha khalifah Umar Abd. Aziz bagi menegakkan sebuah negara dan
masyarakat Islam tulen ekoran kecelaruan pentadbiran Kerajaan Bani Umayyah dalam zaman
sebelumnya.

Pengenalan (3 / 4 markah)

1. Latar belakang Khalifah Umat Abd. Aziz. Khalifah Umar Abd. Aziz juga dikenali sebagai Umar II.
Merupakan khalifah Bani Umayyah yang ke 8, menggantikan Sulayman b. Malik. Terkenal sebagai
seorang yang warak, zuhud, dan patuh kepada ajaran Islam. Berusaha melaksanakan dasar pemerintahan
Islam seperti datuknya, Umar al Khattab. Dianggap oleh ahli sejarah sebagai Khulafa al Rasyidin Kelima.
Beliau dianggap jaguh dalam menegakkan semula KBU, masyarakatnya dan negara Islam.
2. Latar belakang KBU. Kerajaan Bani Umayyah diambil sempena nama ketua keluarga Umayyaah b.
Abd. Syams b. Abdul Manaf b. Qusay b. Kilab. Kerajaan Bani umayyah diasaskan pada tahun 41 H (661
M). Keluarga abu Sufyan memerintah KBU selama 23 tahun dengan seramai 3 orang khalifah yang
memerintah iaitu Muawiyah b. Abu Sufyan, Yazid b. Miawiyah dan Miawiyah b. Yazid. Keluarga Marwn
pula telah memerintah KBU selama 68 tahun dengan seramai 11 orang Khalifah.
3. Pada zaman KBU, perpecahan masyarakat Islam mula ketara kerana terdapatnya pelbagai idealogi dan
pengaruh Romawi yang mula meresap masuk ke dalah kehidupan masyarakat Islam. Ini membawa
kepada pertentangan sesama masyarakat Islam dalam KBU.

Isi (7 isi x 3 m = 21 markah)

1. Menghentikan kegiatan peperangan dan penaklukan. Setelah Umar b Abd Aziz dilantik sebagai
khalifah, beliau telah mengarahkan supaya semua kegiatan perang, penalukan ke atas golongan bukan
Islam dan semua pemberontakan Islam dihentikan. Contohnya golongan pemberontak Khawarij telah
menghentikan pemberontakan mereka ke atas Kerajaan Umaiyah. Mengarahkan tentera yang sedang
mengepung kota Constantinople supaya pulang. Begitu juga dengan tentera yang sedang berada di
kawasan bekas jajahan Byzantuim diarahkan pulang. Tujuan beliau berbuat demikian ialah untuk
mewujudkan keamanan serta memberi peluang kepada tentera pulang dan berehat bersama keluarga
mereka.

2. Menggalakkan perkahwinan campur. Bagi mewujudkan hubungan yang mesra dan kestabilan dalam
masyarakat, beliau menggalakkan perkahwinan campur antara orang Arab dengan bukan Arab. Sebelum
ini dua golongan ini sering bermusuhan akibat dasar perkauman KBU. Ianya juga bertujuan memujuk
orang bukan Islam agar memeluk Islam. Usaha ini dilakukan di seluruh negara dengan mengeluarkan
arahan kepada gabenor wilayah. Orang yang memel;uk Isl;am akan diberi keistimewaan sbagaimana
dinikmati oleh orang Islam.

3. Memansuhkan cukai jizyah. Memansuhkan cukai jizyah yang dikenakan ke atas orang bukan Arab
beragama Islam (golongan Mawali). Iaitu hanya mengenakan jizyah ke atas orang bukan Islam sahaja
yang berada di bawah naungan kerajaan Islam sebagaimana yang dilaksanakan pada zaman Khulafa al
Rasyidin.

4. Mewujudkan persamaan hak dan tanggungjawab antara masyarakat yang beragama Islam. Sama
ada dari keturunan Arab atau bukan Arab. Zaman sebelumnya orang bukan Arab dinafikan hak dan
keistimewaan mereka sebagai orang Islam.

5. Melaksanakan Dasar Ekonomi Baru bagi menambahkan pendapatan ekonomi negara. Iaitu melalui
cukai kharaj. Setiap tanah yang diperolehi melalui penaklukan akan menjadi hak milik bersama orang
Islam dan hasil tanamannya akan dikenakan cukai tanah. Tanah-tanah kharaj juga tidak boleh dijual beli
atau diagihkan kepada sesiapa sama ada dalam bentuk kiurniaan atau hadiah.

6. Pada zamannya, beliau telah membezakan cukai jizyah dengan cukai tanah. Jika sebelum ini sesiapa
yang membayar cukai jizyah tidak perlu membayar cukai tanah (kharaj). Khalifah UAA menetapkan
cukai jizyah dibayar oleh orang bukan Islam yang menetap di bawah naungan kerajaan Islam. Manakala
cukai kharaj dibayar oleh sesiapa yang memiliki tanah sama ada Islam atau bukan Islam.

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 22


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

7. Memansuhkan segala jenis perayaan, upacara-upacara perasmian kerajaan, hadiah-hadiah kepada


tetamu dan perbelanjaan lain yang membazir. Dengan tindakan ini, kedudukan kewangan negara menjadi
semakin kukuh.

8. Beliau juga telah mengurangkan kadar cukai ke paras yang mampu dibayar oleh pembayar,
terutama golongan Zimmi tanpa menjejaskan kedudukan kewangan negara. Cukai kharaj telah
dikurangkan mengikut kadar seperti mana yang dikenakan pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Iaitu
daripada 188,000 dirham pada zaman Khalifah Abdul Malik ke paras 120,000 dirham padamana
Khalifah UAA.

9. Menggalakkan kehidupan di bandar. Membenarkan rakyat yang baru memeluk Islam berpindah ke
bandar. Ini bagi menggalakkan perkembangan sosio ekonomi bandar dan meningkatkan kehidupan
rakyat.

10. Memperluaskan aktiviti dakwah Islamiah. Khalifah UAA telah menghantar guru-guru agama ke
seluruh negara, termasuk 10 orang dihantar ke Afrika Utara bagi menyebarkan Islam di kalangan kaum
Barbar. Bagi mereka yang belum memeluk Islam, hak ibadat mereka dipelihara. Namun mereka tidak
dibenarkan mendirikan rumah ibadat yang baru sebagai langkah menyekat penyebaran agama selain
Islam.

11. Khalifah UAA juga mengambil langkah berbaik-baik terhadap musuh KBU. Bukan sahaja
dengan musuh dari luar, bahkan juga dengan kaum Khawarij. Sebelum ini KBU telah menunjukkan sikap
permusuhan terhadap mereka. Sikap tolerasni ini dilakukan menerusi dialog atau berbahas. Kaum
Khawarij tidak menunjukkan penentangan apabila mendengar hujah Khalifah UAA

Kesimpulan (1/2 m)

Kesimpulannya , sikap adil Khalifah UAA terhadap semua rakyat, agama dan, keturunan menyebabkan
ramai pengganut agama lain seperti Yahudi, Kristian dan Majusi menghormati beliau. Malah ramai
bangsa bukan Arab seperti Parsi dan Barbar telah memeluk Islam. Khalifah UAA memerintah hanya
selama 2 1/2 tahun, namun beliau telah banyak mengubah sikap keturunan KBU yang terdidik dengan
dasar perkauman khalifah sebelumnya.

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 23


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

12. Bincangkan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. bagi
mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah.

Pengenalan ( sehingga 5 markah)

1. Maksud ketahanan dan pertahanan- ketahanan ertinya ketabahan, kecekalan dan kesabaran. Ketahanan
dari segi fizikal merangkumi aspek pembinaan jasmani dan ketenteraan. Ketahanan dari segi kerohanian
meliputi aspek agama dan moral. Pertahanan bermaksud mempertahankan diri, agama dan negara dari
serangan musuh. Termasuk membela golongan yang lemah dan teraniaya.
2. Latar belakang masyartakat Madinah. Penduduk Madinah terdiri daripada beberapa suku kaum
Arab dan bukan Arab. Orang Arab Islam terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj (Ansar). Manakala orang
Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah digelar Muhajirin. Golongan bukan Islam terdiri darrpada
Yahudi yang terbahagi kepada beberapa kumpulan, seperti Bani Qainuqa, Bani Quraizah, dan Bani Nadir.
Terdapat juga golongan bukan Islam minoriti yang terdiri daripada golongan munafik dan Nasrani.
3. Latar belakang pemerintahan Madinah. Selepas termeterainya perjan jian Aqabah dan selepas nabi
berhijrah ke Madinah, Baginda telah meletakkan asas bagi membentuk sebuah negara Islam. Baginda
telah merangka struktur masyarakat untuk menjamin kewujudan dan kelangsungan sebuah negara Islam
di Madinah. Baginda telah melatakkan asas peraturan bertulis bagi kehidupan seluruh ahli masyarakat
Madinah melalui pembentukan Piagam Madinah.
4. Wacana isi / penegasan isi.

Isi (5 isi x 4 m = 20 markah)

Langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. bagi mempertahankan
kedaulatan negara Islam Madinah.

1. Menggubal Piagam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w telah membuat beberapa langkah yang
boleh menjamin keamanan di negara kota itu untuk menghindar tindakan jahat orang Yahudi yang boleh
mengancam keselamatan umat Islam di Madinah. Nabi Muhammad s.a.w telah memperuntukkan dalam
Piagam Madinah hak-hak golongan Yahudi seperti memberikan kebebasan mengamalkan upacara dan
ibadat agama mereka , kebebasan dalam kegiatan ekonomi, sosial, adat – istiadat, dan mereka pula
diminta supaya bersedia untuk mempertahankan keselamatan Madinah daripada ancaman musuh.
Sebaliknya , mereka pula meminta jasa baik Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi oleh mereka . Dalam Piagam Madinah setiap penduduknya mempunyai hak yang sama.
Golongan-golongan Yahudi ini hanya mematuhi Piagam Madinah pada peringkat permulaan sahaja.
Selepas itu , mereka mengingkarinya seperti telah di rancang terlebih dahulu kerana tindakan mereka
berdasarkan komposisi dalam golongan Yahudi yang terdiri daripada Bani Qainuqa’ , Bani Nadhir , dan
Bani Quraizah.

2. Mempertahankan diri dalam Perang Badar. Selepas kaum muslimin keluar dari Makkah, orang
kafir Quraisy Makkah cuba pula menghapuskan kehidupan orang Islam di Madinah. Mereka bimbang
apabila orang Islam menguasai Madinah, akan menganggu laluan perdagangan mereka antara Makkah
dan Syam. Nabi Muhammad bersama kira-kira 313 orang Islam telah bergerak ke luar dari kota Madinah
dan berkampung di Badar (sempena nama sebuah perigi) antara Makkah dn Madinah. Pertempuran yang
berlaku di situ telah memberi kemenangan kepada orang Islam.

3. Penyingkiran Yahudi Bani Qaynuqa’. Penyingkiran Yahudi Bani Qaynuqa’ ini berpunca daripada
sikap mereka yang suka memperkecilkan kemenangan kaum muslimin dalam Perang Badar pada tahun
kedua hijrah (624M). Bani Qainuqa’ telah menghina Piagam Madinah dan mempersenda kemenangan
Rasulullah s.a.w dan pengikutnya dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah . Mereka tidak
mematuhi amaran Rasulullah s.a.w supaya menjaga kedamaian dan keharmonian di Madinah. Seterusnya
mereka bertindak menggangu maruah wanita secara terang-terangan. Sehubungan dengan itu, Rasulullah
s.a.w telah menghalau mereka keluar dari kota Madinah ke suatu kawasan yang berhampiran dengan
negeri Syria antara Semenanjung tanah Arab.Mereka dibenarkan membawa bersama harta benda mereka
yang ada di Madinah.

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 24


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

4. Mempertahankan diri dalam Perang Uhud. Perang Uhud berlaku ekoran rasa kecewa musyirikin
Makkah kerana tewas dalam Perang Badar. Nabi telah mengambil tindakan untuk berperang di luar kota
Madinah di sebuah bukit bernama Bukit Uhud. Di sana tentyera Islam seramai kira-kira 700 orang telah
berjaya menmguasai Bukit Uhud dan hampir memnangi perang tersebut. Namun kerana kealpaan mereka
dengan pesan Rasulullah agar tidak meninggalkan puncak bukit tersebut, menyebabkan mereka turun ke
kaki bukit bagi mengambil harta peninggalan musuh. Ini menyebabkan tentera Islam diserang balas dari
belakang oleh tentera musyirikin Quraisy dan tewas dalam perang tersebut.

5. Penyingkiran Yahudi Bani Nadir. Bani Nadhir telah melakukan dua kesalahan besar . Pertama,
mereka mengadakan komplot untuk membunuh Rasulullah s.a.w semasa baginda mengadakan rundingan
dengan salah seorang daripada ketua mereka. Yahudi Bani Nadir telah menuntut bayaran ganti rugi yang
tinggi di atas dua orang lelaki Yahudi yang telah dibunuh secara tidak sengaja oleh seorang Arab yang
bernama ‘Amru b. Umayyah. Bagi menyelesaikan perkara ini, Nabi telah mengadakan perbincangan
dengan ketua Bani Nadir. Dalam perjumpaan ini, Bani Nadir mengambil kesempatan untuk membunuh
Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Baginda terselamat dengan turunnya wahyu daripada Allah s.w.t apabila
dimaklumkan perkara tersebut oleh malaikat Jibril. Kedua, mereka menyokong Quraisy Makkah dalam
Perang Uhud . Kesalahan ini merupakan pengingkaran terhadap Perlembagaan Madinah. Dengan arahan
Rasulullah s.a.w kemudiannya, mereka dikepung oleh tentera Islam selama 6 hari . Setelah mereka
menyerah kalah , mereka bersetuju untuk meninggalkan kota Madinah.

6. Mempertahankan diri dalam Perang Khandak. Peristiwa ini berlaku adalah ekoran usaha Quraisy
akkah bersama Yahudi bani Nadir ingin menawan kota Madinah dan menghalau nkeluar orang Islam dari
situ. Orang Yahuni Bani Nadir juga ingin membalas dendam kepada orang Islam apabila mereka telah
dihalau keluar dari Madinah. Awalnya kaum muslimin hanya ingin bertahan di dalam kota Madinah
kerana memikirkan keselamatan orang tua, wanita dan kanak-kanak. Tetapi Salman al-Farisi telah
mencadangkan untuk menggali parit di luar kota Madinah sebagai benteng dan kubu. Dengan itu kaum
musyirikin Makkah dan orany Yahudi tidak dapat masuk ke dalam kota Madinah. Peperanga ini
dimenangi oleh orang Islam walaupun jumlah mereka hanya 3000 orang berbanding tentera Ahzab
seramai 10 000 orang.

7. Penyingkiran Yahudi Bani Quraizah. Bani Quraizah juga mengingkari Piagam Madinah dengan
menimbulkan masalah besar ketika Perang Khandak (Azhab). Huyai bin Ahtab , pemimpin Bani Nadhir
yang di halau dari Madinah telah menghasut pemimpin Bani Quraizah, iaitu Ka’ab bin Asd sehingga
akhirnya bersetuju membatalkan perjanjiannya dengan Rasulullah s.a.w dan seterusnya memihak kepada
tentera Quraisy yang sedang mengepung Madinah. Bani Nadhir tidak mengendahkan amaran Rasulullah
s.a.w tentang bahayanya tentang pengkhianatan mereka itu. Setelah Perang Khandak (Azhab) dimenangi
oleh tentera Islam , umat Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah selama 25 hari. Akhirnya
mereka menyerah kalah dan bersetuju melantik Sa’ad bin Muaz , pemimpin suku kaum Aus membuat
pengadilan terhadap mereka . Sa’ad telah membuat keputusan bahawa harta mereka di rampas , kanak-
kanak, orang-orang tua, dan wanita ditawan , dan orang-orang lelaki pula di pancung. Hukuman ini
setimpal dengan pengingkaran mereka terhadap perjanjian sebelum ini bersama orang-orang Islam.
Masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang Yahudi ini akhirnya telah dapat diselesaikan oleh Rasulullah
s.a.w dengan adil .

8. Memulau golongan munafik. Nabi telah memberitahu kepada para sahabat baginda agar memulau
golongan Munafik. Ini kerana mereka telah memalingkan diri daripada menyertai Perang Uhud dan
bersahabat dengan golongan Yahudi yang sering berusaha memecah belahkan umat Islam Madinah.

Kesimpulan ( 1/ 2 markah)

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 25


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

13. Huraikan sejarah perkembangan mata wang dan peranan mata wang dalam sistem ekonomi
masyarakat Arab.

Pengenalan ( 5 markah)

1. Ekonomi Islam merupakan satu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariah
Islam sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber. Ekonomi Islam bertujuan
untuk membentuk kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara dari segi rohani, jasmani bagi
mendapatkan keredhaan allah (swt). Ekonomi Islam adalah merupakan sebahagian daripada cara hidup
Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani, jasmani, atau spiritual dan material.

2. Mata wang Islam merupakan sebahagian daripada ciri ketamadunan Islam. Pengeluaran mata wang
Islam telah mengalami evolusi mengikut peredaran zaman. Mata wang dirham dan dinar merupakan mata
wang Islam yang asal sebelum lahirnya
wang yang lain.

3. wacana isi / penegasan isi.

Isi A ( 4 isi x 3 m = 12 markah

Sejarah perkembangan mata wang,

1. Sebelumnya, Islam menggunakan mata wang Rom yang berupa dinar emas dan Parsi yang berupa
dirham perak. Mata wang ini terus digunakan sehingga pemerintahan Khalifah Abd Malik bin Marwan
685 – 705 M. Mata wang Islam mula dibentuk pada masa pemerintahan khalifah Umar al-Khattab(13-
23H). Khalifah Umar telah mengadakan standardisasi mata wang perak.Manakala mata wang emas
mereka menggunakan sistem nomisma.

2. Khalifah Ali bin Abi Talib mengeluarkan mata wang dirham yang ditulis dengan khat Kufi.Baginda
merupakan orang pertama yang mengadakan reformasi mata wang Islam yang dilakukan di kota
Basrah pada tahun 660M dengan memperkenalkan mata wang dirham Islam yang ditulis dengan khat
Kufi.Pada waktu itu mata wang bar ini belum dapat diedarkan secara rasmi di pasaran disebabkan
kualiti yang masih rendah dan piawainya yang belum tetap. Terdapat tiga jenis matawang iaitu Dirham
Bajli dari Parsi, Dirham Rumi dari Rom dan Dirham Tabari dari Asia Tengah.

3. Zaman pemerintahan KBU, Abdul Malik bin Marwan (65-86H) telah memperkenalkan mata wang
baru iaitu dinar emas dan dirham perak yang bercirikan Arab-Islam yang dicetak di Damsyik pada 695 M.
Mata wang itu direka khas dan disesuaikan dengan kehendak Islam dan juga menunjukkan
kekuasaan Bani Umaiyah. Bentuk ukirannya ditulis dengn perkataan Allah dan juga tanda mohor
khalifah. Gabenor-gabenornya turut mencetak mata wang misalnya gabenor di wilayah Iraq iaitu al-Hajjaj
telah mencetak mata wang dirham di Basrah, manakala gabenor Mesir, Abdul Aziz pula mencetak
mata wang dinar di Fustat pada tahun 697 M.. Mata wang dirham yang dihasilkan adalah berdasarkan
timbangan mata wang emas Rom iaitu 425 garam. Mata wang baru ini lebih ringan dan menjadi lebih
popular daripada mata wang lama. Mata wang yang dihasilkan ini lebih ringan berbanding dengan mata
wang emas Rom, menyebabkan ia mudah diedarkan di seluruh dunia. Ia juga dapat mengurangkan
sikap bergantung kepada mata wang asing. Sejenis lagi matawang daripada tembaga dikenali ‘Fals’
berdasarkan mata wang asing.

4. Pada zaman Bani Abbasiah pula, penggunaan wang dinar emas digunakan dalam perbelanjaan
negara. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur(136-158H) telah memperkenalkan mata wang diperbuat daripada
emas dan perak yang kurang bermutu untuk menggantikan mata wang zaman KBU. Mata wang tersebut
dikeluarkan untuk mengatasi masalah perbelanjaan negara yang semakin bertambah. Semasa
pemerintahan al-Makmun (198-218H), percetakan wang diselaraskan oleh kerajaan pusat di Baghdad
kerana sebelum itu ia dicetak di semua bandar besar di seluruh dunia Islam. Selepas kejatuhan Bani
Abbasiah (1258H), dinar emas terakhir dicetak tanpa menggunakkan perkataaan dinar. Zaman Khalifah

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 26


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

al- Makmun 813-833 M, percetakan mata wang emas diselaraskan oleh kerajaan pusat Baghdad.
Contohnya pada taksiran cukai. Sejak abad ke-10 M , segala urusan perdagangan menggunakan mata
wang emas. Lombong emas terdapat di Mesir pada zaman Fatimiyyah. Dinar emas terakhir dicetak di
Baghdad pada tahun 1258 M selepas kejatuhan kerajaan Bani Abbassiyah. Di Mesir, dinar terakhir
dicetak pada zaman Saifuddin, pada tahun 1346 M.

Isi B. (4 isi x 2 m = 8 markah)

Peranan mata wang dalam sistem ekonomi masyarakat Arab.

1. Pembayaran zakat – kewajipan zakat dalam al-Quran dan nisab serta kadar zakat ditentukan oleh
hadith seperti zakat perniagaan, emas, perak dan lain-lain.

2. Cukai – menentukan kadar bayaran umat Islam dan bukan Islam seperti kadar cukai kharaj
berdasarkan matawang dirham iaitu 10 dirham berdasarkan setiap unit tanah pertanian
3. perbelanjaan -sejak zaman Rasulullah SAW lagi,semua urusan perdagangan,jual beli, hutang dan lain-
lain mengikut (jual beli) nilaian matawang bukannya sistem barter. menentukan belanjawan seperti
gaji,elaun,simpanan baitulmal,sewaan ,cukai tahunan dan lain-lain. Contohnya bayaran gaji tentera pada
zaman Kerajaan Bani Umayyah dan Abbasiah.

4. Alat perimbangan sosial- memelihara perimbangan sosial masyarakat ,mengelakkan penipuan dan
penindasan melalui sistem barter.

5. Lambang negara Islam – satu artifak penting sebagai bukti keislaman sesebuah negara.Matawang
menjelaskan agama,sistem pentadbiran dan pengaruh yang diterima oleh sesebuah kerajaan.

6. Mudah dibawa- matawang lebih ringan

7. Wakaf / sedekah

8. Pertukaran dalam perdagangan antarabangsa.

Kesimpulan :

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 27


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

14. Bincangkan usaha-usaha memantapkan ilmu di kalangan umat Islam pada zaman
pemerintahan Khulafa al Rasyidin.

Pengenalan ( 3 / 4 markah)

1. Maksud pendidikan. Menurut Dictionary of Education, pendidikan nialah proses pembelajaran yang
baik terutamanya melalui pengajaran. Dalam Islam, pendidikan dilihat sebagai satu proses membentuk
keperibadian manusia dari satu tahap ke satu tahap hingga mencapai matlamat insan yang sempurna dan
dapat mengabdikan diri kepada Allah.

2. Latar belakang pemerintahan Khulafa al Rashidin. Khulafa al Rasyidin adalah membawa maksud
pengganti, iaitu pengganti kepada Nabi muhammad s.a.w dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran
negara Islam. Tugas khalifah adalah meneruskan usaha-usaha nabi muhammad s.a.w. uinntuk
menyebarkan Islam di muka bumi. Oleh itu, khalifah harus melaksanakan pentadbiran mengikut acuan
yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah.

3. Terdapat empat orang pemerintah zaman pentadbiran Khulafa al Rasyidin, bermula dengan Khalifah
Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman b. Affan dan Khalifah Ali b. Abu
Talib. Keempat-empat orang khalifah ini memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan pada
peringkat awal perkembangan agama Islam di Semenanjung Arab.

4. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, pendidikan berkembang di kotakota seperti Madinah, Makkah,
Basrah, Kufah, Damsyik dan Fustat.

Isi (7 isi x 3 markah = 21 markah)

Usaha-usaha memantapkan ilmu di kalangan umat Islam pada zaman pemerintahan Khulafa al
Rasyidin

1. Mendirikan madrasah. Terdapat banyak madrasah didirikan bagi tujuan kemajuan dalam pendidikan
masyarakat Islam. Antaranya Madrasah Makkah diwakili oleh Muaz b. Jabal sebagai guru al Quran dan
perkara halal serta haram dalam Islam. Mdrasah Madinah terkenal dengan ulama yang masyhur seperti
Umar b. Al Khattab, ali bv. Abi Talib, Zaid b. Thabit dan abdullah b. Umar. Madrasah Basrah diwakili
oleh Abu Musa al- Asy’ari dan Anas b. Malik.

2. Mengumpulkan al Quran. Dalam peperangan menentang golongan murtad di Yamamah pad tahun
12 H, seramai 70 orang qari dari kalangan sahabat telah gugur syahid. Sayidina Umat telah
mencadangkan supaya ayat-ayat al Quran dikumpulkan dan disusun supaya terjamin pemeliharaannya.
Peringkat awal Sayidina Abu Bakar teragak-agak untuk melakukannya, tetapi beliau akhirnya bersetuju
dan memerintahkan Zaid b. Thabit untuk melaksanakan tugas tersebut. Beliau telah menulis al-Quran di
atas pelpah-pelepah kurma, kepingan batu kulit kambing serta unta.

3. Penyebaran ilmu hadis. Khalifah Abu Bakar telah menjadikan kota Madinah dan Masjid Nabawi
sebagau pusat untuk mengukuhkan pendidikan dalam keluarga Islam. Di masjid tersebut diajarkan
tentang al-Quran dan hadis. Antara tokoh hadis yang terkenal ialah Abu Hurairah, Aisyah, abdullah b.
Umar, Zaid b. Thabit dan lain-lain lagi. Ramai sahabat nabi danb dari kalangan tabiin yang datang ke
Madinah untuk belajar tentang al-Quran dan hadis.

4. Memantapkan peranan masjid. Masjid memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu
pengetahuan zaman Khalifah Abu Bakar. Pendidikan, penyebaran dakwah, dan pentadbiran dijalankan di
masjid. Beliau telah menghantar guru yang mahir tentang ilmu berkaitan hadis dan al-Quran seperti zaid,
Abdullah b. Saad untuk mengajar al-Quran dan hadis di sekitar masjid yang terdapat di Madinah.

5. Menyusun sukatan pengajaran bagi saudara baru muslim. Khalifah Umar al khattab telah
menyusun sistem pengajaran agama yang sesuai bagi saudara-saudara baru yang memeluk agama Islam.
Langkah ini diambil bagi mengalakkan timbulnya salah faham tentang agama Islam dan kekeliruan

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 28


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

berkaitan dengan keimanan dan soal ibadat. Beliau juga telah melantik guru-guru bagi mengajar saudara
baru tentang isi al Quran, ilmu hadis dan perkara yang berkakitan deangan akidah.

6. Menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi negara. Khalifah umar al Khattab telah menjadikn
bahasa Arab sebagai bahasa rasmi di seluruh negara dan jajahan takluknya di samping mengekalkan
bahasa ibunda suku kaum masing-masing. Ini kerana bahasa aran dapat memantapkan akal dan
meninggikan akhlak. Beliau turut memerintahkan disusun ilmu tatabahasa Arab kerana ilmu tatabahasa
adalah pokok dalam mempelajari bahasa Arab.

7. Mengadakan kelas al-Quran. Kelas mengaji dan membaca al Quran diadakan di kuttab dan serambi
masjid. Pelajar diajar membaca al-Quran oleh guru yang mahir atau para hafiz dan menghafalnya.
Golongan penghafal al-Quran akan mengajar anaak-anak orang muslim tentang cara untuk menghafal al-
Quraan dan memahaami isi kandungaannya. Ianya bertujuan bagi meningkatkan jumlaah penghafal al-
Quraan yang semakin berkurangan akibat peperangan dan wilayah Islam yaang makin luas.

8. Menyalin semula al-Quran. Semasa pemerintahan Khalifah uthman b. Affan, timbul masalah
berkaitan bacaan al-Quran. Ini kerana perbezan mashaf yang dimiliki oleh tentera-tentera Islam yang
tersebar di merata dunia arab ketika itu. Uthman telah mengarahkan supaya al-Quran yang ada pada
Hafsah b.Umar disalin semula dan dibuat sebanyak 6 buah atau salinan. Tugas ini dilakukan oleh Zaid b.
Thabit yang banyak berpandukan kepada hafalan para hafiz dan rujukan bacaan Quraisyi kerana al-Quran
diturunkan mengikut dialek tersebut. Ianya dibukukan dan dipanggil Mushaf Uthmani yang dipakai
sehingga ke hari ini. Al- Quran tersebut diedarkan ke wilayah-wilayah utama Islam bagi menyelaraskan
semula bacaannya.

9. Membukukan ilmu tatabahasa Arab. Khalifah Sayidina Ali b. Abu Talib dianggap sebagai pengasas
ilmu nahu. Beliau telah mengambil tindakan membukukan ilmu tatabahasa Arab bagi tujuan
mempertahankan dan memelihara bahasa Arab daripada pengaruh bahasa asing. Langkah ini juga
bertujuan untuk memudahkan orang bukan Arab yang baru memeluk Islam mempelajari bahasa Arab.

Kesimpulan ( 1 / 2 markah)

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 29


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

15. Bincangkan sumbangan Sulayman al-Mahri berkenaan dengan bidang kelautan dan geografi.

Pengenalan ( 3 / 4 markah)

1. Definisi pelayaran dan penerokaan. Penjelajahan dan penerokaan. Penjelajahan – mengelilingi,


menjelajahi atau berjalan ke merata-rata tempat (kamus Dewan 1990). Penerokaan – perbuatan, usaha
meneroka, mengkaji kawasan baru dengan tujuan utk menyelidik.Umumnya P&P bermaksud usaha untuk
mengetahui sesuatu yang baru di luar lingkungan negara penerokan tersebut.
2. Latar belakang pelayaran dan penerokaan Islam
Penerokaan dan pelayaran Islam menekankan konsep tiga P, iaitu pembebasan, pengislaman
pengintelektualan dengan tujuan menjaga kebajikan dan keadilan sesuai dengan ajaran Islam.
3. Latar belakang Sulaiman al Mahri
Sulaiman al Mahri berasal dari Maharan, Hadralmaut (di selatan Arab).Beliau hidup dalam pertengahan
awal abad ke-10H / 16M . Beliau ialah pengembara Arab yang terkenal pada awal abad ke-16M. Beliau
telah membuat pengembaraan yang insentif ke hampir semua lautan yang terkenal dan telah menulis
pengalamannya dalam beberapa risalah pada permulaan abad ke 16.

Isi (7 Isi X 3 Markah = 21 Markah)

Sumbangan dalam bidang kelautan dan geografi

1. Menjelajah Lautan di dunia. Laluan pelayaran pertama beliau bermula dari Lautan Hindi melalui
Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan Arab, Lautan Atlantik dan memasuki Mediterranean melalui selat
Gibraltar. Laluan pelayaran kedua bermula dari Lautan Hindi ke Pantai Habsyah, Mozambique, Tanjung
Harapan melalui Lautan Atlantik memasuki Mediterranean hingga Selatan Gibraltar. Laluan ini juga
digunakan oleh Vasco da Gama.
2. Ilmu Bintang, Cakerawala Dan Takwin Risalah Pertama Qiladat al Shumus fi ‘ilm at tarikh
membincangkan tentang pembahagian tahun, bulan, bintang dan matahari. Beliau juga membincangkan
tentang taqwim Qibti, Byzantine dan Parsi serta mazhab agama Kristian di Mesir dan Parsi. Terdapat juga
perbincangan era sains.
3. Ilmu astronomi dan sainns nautikal. Risalah Kedua Kitab Tuhfat al Fuhul fi Tamhid al Usul
membincangkan tentang cakerawala dan bintang, ilmu pelayaran, pelabuhan, dan angin. Termasuk juga
tentang bumi yang berbentuk sfera, serta bintang, cara pelayaran di laut dan seni ilmu pelayaran yang
berdasarkan kepada dua faktor iatu pandangan yang baik dan pengalaman.
4. Membincangkan tentang garis lintang bumi. Risalah ini juga memperkatakan tentang kegunaan
garis lintang bintang bagi menentukan garis lintang sesebuah pelabuhan. Membincangkan tentang jarak
antara beberapa pelabuhan
5. Penemuan Ilmu Kelautan Dan Angin Risalah Ketiga Al Umat al Mahriyah fi Dabt al Ulum al
Bahriyah membincangkan jarak antara bintang dan Khatuliswa, nama bintang dan laluan laut yang utama
di sepanjang pantaibarat di Tanjung Camarin,, pantai selatan Arab, barat laut India, malaya, Indo China
dan barat China.
6. Membincangkan tentang monsun. Beliau juga turut membincangkan tentang angin Monsun di
Lautan Hindi dan dua jenis monsun yang melanda secara berlawanan di pantai barat dan timur India,
Burma dan Malaya. Turut dijelaskan sepuluh perkara merbahaya yang harus dielakkan oleh para pelayar.
7. Penemuan Pulau-pulau Dan Tanah Pantai. Risalah Keempat ialah Kitab al Minhaj al Fakhir fi Ilmi
al Bahr al Zakhir menceritakan tentang jalan laluan laut di pantai Arab, Makran, Sind, Gujerat, Afrika
Timur, Bengal, Siam, Mala, Melaka, Indo-China dan lain-lain. Juga membincangkan tentang latitud yang
dialami dalam pelayaran.
8. Memperkatakan tentang tanah dan pulau. Beliau turut menulis tentang pulau-pulau besar dan luas
seperti Madagascar, Maldives, Ceylon, Jawa, Sumatera, Borneo dan Celebes. Beliau juga menulis tentang
pendaratan dan penemuan di barat India, pantai Arab dan timur Afrika.
9. Bentuk Muka Bumi. Risalah Kelima Kitab Sharh Tuhfat al Fuhul fi Tahhid al Usul menceritakan
tentang langit berbentuk sfera, bintang-bintang, jalan laluan laut, tinggi muka bumi dari paras laut,
bintang serta pergerakan angin.

Kesimpulan (1 / 2 markah)

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 30


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

16. Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis.

Pengenalan (5 markah)

1. Maksud ekonomi Islam. Ekonomi Islam merupakan satu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras
dengan tuntutan syariah Islam sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber.
Ekonomi Islam bertujuan untuk membentuk kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara dari segi
rohani, jasmani bagi mendapatkan keredhaan allah (swt). Ekonomi Islam adalah merupakan sebahagian
daripada cara hidup Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani, jasmani, atau spiritual dan
material.
2. Maksud ekonomi barat. Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber – sumber ekonomi yang
terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
3. Maksud ekonomi kapitalis. Sistem yang menggalakkan pengumpulan modal. Kebebasan ekonomi
hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.
Membolehkan individu atau kumpulan individu berusaha menambahkan kekayaan dengan melabur semua
keuntungan. Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsip untuk
mendapatkan peluang pekerjaan. Sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar – besaran
yang bercorak baru. Sistem ekonomi yang dijalankan tanpa campurtangan kerajaan. Kemunculan idea
Kapitalisme dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal, namun ia tidak menyeluruh. Kapitalisme
menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Fahaman kapitalisme menjadi lebih
kukuh selepas gerakan reformasi dan kemunculan aliran-aliran agama baru khususnya aliran Calvinisme.
Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan merupakjan adalah sistem ekonomi utama di
dunia yang memacu era perindustrian. Menjelang abad ke-19, fahaman Kapitalisme menjadi dominan dan
disebarkan ke seluruh dunia menerusi aktiviti penerokaan dan penjelajahan yang dilakukan oleh kuasa-
kuasa Barat.

Isi (5 isi x 4 m = 20 markah)

Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam Dengan Sistem Ekonomi Kapitalisme

1. Konsep : ISLAM: Menekankan usaha mencari rezeki yang halal, tanpa menindas dan kerana
Allah. KAPITALIS: anggota masyarakat bebas memiliki harta dan menyertai kegiatan ekonomi.
Pemerintah tidak menghalang peniaga untuk berurus niaga dan mengumpul harta kekayaan, memiliki
harta persendirian, dan memperkembangkan aktiviti ekonomi mereka.Meletakkan keuntungan material
semata-mata

2. Matlamat Ekonomi : ISLAM : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan
ekonomi sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika
dilakukan mengikut kehendak – kehendak syarak’ Usaha mencari rezeki dalam Islam adalah
untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. KAPITALIS : untuk memaksimakan
untung, majikan menindas pekerja, bayar gaji yang rendah dan nafikan hak mereka. Barat- untuk
kepuasan individu semata-mata.berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke
– 16 dan seterusnya.

3. Pemilikan Harta : ISLAM: Hak milik tidak mutlak, tetapi terikat kepada hukum dan peraturan Allah
untuk menjamin keadilan dan kesejahateraan masyarakat dan negara. Islam menganggap harta
kekayaan adalah milik Allah dan diberikan milik sementara kepada manusia. KAPITALIS:
Menganggap harta adalah milik individu dan individu serta syarikat bebas mengumpulkan harta.

4. Kebebasan Mencari Rezeki dan Menurut Nilai-nilai Akhlak :ISLAM : Tidak sahaja
memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah ia juga memberikan perlindungan
terhadap apa yang diperolehi. Nilai – nilai akhlak dan sifat – sifat menjadi asas pengisian prinsip
berkenaan. Masyarakat Islam bebas mencari rezeki namun kerajaan berhak campur tangan bagi
menjaga kepentingan umum. KAPITALIS: kebebasan tidak terhad dan mementingkan

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 31


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

keuntungan yang maksimum. Kapitalis menuntut agar tidak campur tangan daripada kerajaan
‘laissez faire’

5. Cara Mendapatkan Harta : ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang
halal ( bukan dengan melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara – cara yang
bertentangan dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam. KAPITALIS : Harta merupakan
hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara bebas untuk mendapatkan
keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan.

6. Peranan Pihak Berkuasa: ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya


campurtangan pihak pemerintah dalam kegiatan – kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk
pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Canpurtangan pihak pemerintah adalah
bertujuan untuk melindungu dan menjaim kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat ia
mestilah berlandaskan syariah. KAPITALIS : Peranan pemerintah adalah minimum selagi
pemilik harta mengikut saluran undang – undang.

7. Sistem Percukaian : ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan
bayaran zakat mengikut kadar dan cukai-cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak – pihak
yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta.
KAPITALIS: Pembayar cukai bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah serta
tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara ). Pihak yang memungut
cukai mendapat keuntungan yang tinggi. Kuntungan yang diperolehi dugunakan untuk membangunkan
bidang ekonomi yang lain seperti meningkatkan peluang perdagangan dan membeli tanah untuk
disewakan.

8. Pelaburan Harta: Di dalam sistem ekonomi Islam pelaburan merupakan suatu yang tidak
asing lagi diperkatakan. Oleh kerana sistem Islam mengutamakan aktiviti pelaburan yang sihat
dan mempunyai tujuan yang mulia maka aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti gharar adalah
diharamkan.Gharar menurut bahasa ialah risiko yang tidak diketahui pada masa hadapan.Di
samping ianya tidak berteraskan riba ia juga memberikan pengagihan keuntungan yang saksama
kepada setiap pemodal atau sekiranya menganggung kerugian maka setiap pemodal menanggung
kadar kerugian yang sama. KAPITALIS: Melaburkan harta atau keuntungan dengan matlamat
untuk mendapatkan keuntungan yang maksima.

9. Konsep Kepertanggungjawaban : ISLAM : Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka


bumi ini dan pemegang amanah untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta
hendaklah melalui cara diredai oleh Allah s.w.t. KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan
majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan. Oleh kerana sistem
sekular adalah berteraskan ekonomi buat untung tanpa mempedulikan apa-apa nilai wahyu, maka mereka
mengutamakan kepentingan individu atau kepentingan golongan tertentu serta menindas golongan atau
individu yang lemah dan tertindas di atas prinsip siapa kuat dialah yang berkuasa (survival of the fittest).

10. Berkerja dan Ganjaran : ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah Islam,
malah ia menadi asasnya. Berdasarkan prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah dan syarikat
digalakkan dalam aktiviti ekonomi. KAPITALIS : Meminimumkan kos dan memaksimumkan
keuntungan untuk mengelakkan kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk
menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan kerugian.

11. Menjauhkan Perbuatan Merosakkan :ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan


akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 32


Peperiksaan Pra STPM 2010 PPD Pasir Mas.

ekonomi. KAPITALIS : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan
di atas tanggungjawab moral.

12. Agihan Kekayaan : Islam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan untuk individu
semata-mata, malah dikenakan zakat bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
KAPITALIS: Ekonomi barat meletakkan kekayaan yang diperoleh adalah hak individu.

13. Ekonomi yang memudaratkan awam : ISLAM: Mensyaratkan aktiviti ekonomi yang
dijalankan bagi kesejahteraan awam. Akitiviti yang memudaratkan seperti judi, arak, pelacuran,
riba dan sebagainya diharamkan. KAPITALIS: mengiktirafkan kegiatan ini.

Kesimpulan :

Sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi kapitalis adalah berbeza kerana ekonomi Islam
berdasarkan sunnah dan wahyu sedangkan kapitalis adalah ciptaan manusia.

Rujukan Online Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com/ 33

You might also like