ahli biologi molekul, mendefinisikan biogeografi sebagai pembelajaran tentang garis keturunangen, manakala ahli ekologi menganggap biogeografi adalah kajian tentang ekosistem dan banjaran geografikal. Tambahan lagi, biogeografi juga dikenali sebagai pembelajaran berkaitan biosfera, yang mengandungi tentang alam sekitar fizikal, tanah, haiwan dan tumbuhan (Malte, C.Ebach & Raymond, S. Tangney, 2007:1).Seterusnya, pengertian biogeografi juga turut dinyatakan oleh beberapa sarjana,antaranya J.Tivy, yang menunjukkan istilah biogeografi sebagai gabungan sains biologi dangeografi. Dalam pengkajian geografi, kajian biogeografi termasuk pembahagian corak haiwandan tumbuhan yang ada di biosfera dalam konteks ruang dan waktu dan percubaan untuk menganalisis tentang punca dan proses yang mana bertanggungjawab dalam kepelbagaian ruangdan waktu.(:4) Manakala menurut Margaret Anderson, beliau mendefinisikan biogeografisebagai pati dalam hubungan biologi diantara haiwan dengan keseluruhan persekitaran yang bernyawa dan tidak bernyawa. Beliau juga turut mengatakan bahawa, kajian biogeografi padamasa dahulu terdiri daripada haiwan dan tumbuhan sebagai kajian utama dan pada masa kini, perkara ini dibahagikan kepada dua cabang iaitu geografi tumbuhan dan haiwan. Tetapi dalamkajian ahli geografi, geografi tumbuhan lebih dititik beratkan berbanding geografi haiwan (JoyJivy, Terj. Rosiyah Abdul Latif & Chan Ngai Weng, 1992:2). Ismail (1989) pula mendefinisikan biogeografi sebagai kajian hidupan daripada segi geografi dan dari segi biologi kerana mengkajitaburan hidupan, implikasinya dan sebab keadaan ini wujud.Definisi tentang biogeografi juga turut dinyatakan oleh M. G. Lemee iaitu Profesor Ekologi di Orsay, di dalam bukunya yang bertajuk Precis de Biogeoraphie. Menurut beliau, biogeografi merupakan satu sains geografi kerana biogeografi mempunyai kecenderungan untuk membentuk hubungan dengan alam tumbuhan dan haiwan serta fenomena geografi. Antaranya,cuaca, geomorfologi, tanah, aktiviti manusia yang bertujuan untuk mendapat suatu pandangansintetik tentang aspek-aspek permukaan bumi (Joy Jivy, Terj. Rosiyah Abdul Latif & Chan NgaiWeng, 1992: 2). Seterusnya, menurut Brown dan Gibson (1983), mereka menyatakan bahawa biogeografi merupakan ilmu bagi memahami tumbuh-tumbuhan dulu dan kini, pengkaji merujunkepada perubahan pola taburan tumbuhan mengikut perubahan masa.