Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
25Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
geografi fizikal - tenaga

geografi fizikal - tenaga

Ratings: (0)|Views: 1,497|Likes:
Published by Alex Sent

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Alex Sent on Nov 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/03/2013

pdf

text

original

 
ABSTRAK 
Matahari merupakan sumber utama bagi semua punca tenaga terutamanya bagi tenagaeksogenik. Sinaran matahari amat berperanan penting bagi mempengaruhi proses-proses di permukaan bumi. Contohnya dalam sistem geomorfologi, bahangan matahari merupakan salahsatu faktor yang mempengaruhi proses luluhawa khususnya luluhawa fizikal berlaku. Dalamsistem biosfera pula, tenaga matahari berperanan penting dalam proses fotosintesis bagitumbuhan untuk membuat makanan sendiri. Begitu juga bagi sistem hidrologi, sinaran matahariyang dipancarkan amat penting bagi berlakunya proses sejatan. Tanpa proses sejatan, kitaranhidrologi adalah tidak lengkap.Terdapat empat proses penerimaan tenaga matahari oleh bumi iaitu proses serapan,serakan, pantulan dan albedo. Serapan ialah proses penyerapan bahangan matahari oleh partikel- partikel di atmosfera seperti habuk, gas dan titisan air dalam awam. Selain itu, terdapat juga permukaan bumi yang menyerap bahangan matahari. Proses serakan pula merujuk kepada radiasimatahari disebarkan tanpa arah yang tertentu oleh partikel-partikel di atmosfera. Terdapat dua jenis serakan yang berlaku iaitu serakan Rayleigh
1
dan serakan Mie. Selain itu, proses pantulan pula merupakan proses pembalikan cahaya matahari secara menegak. Pantulan ini berlaku diatmosfera dan juga di permukaan bumi. Albedo pula merujuk kepada darjah keputihan ataukecerahan sesuatu permukaan, iaitu permukaan yang lebih cerah akan memantulkan jumlahsinaran yang lebih tinggi. Ia juga sering dirujuk sebagai nisbah antara cahaya yang dipantulkandengan cahaya yang diterima oleh permukaan bumi.
1
Lord Rayleigh, 1881, English Physicist.
1
 
PENGENALAN
Tenaga ditakrifkan sebagai suatu daya atau kemampuan untuk mengoperasikan kerja ataumenghasilkan sesuatu. Tenaga ini bukan sahaja penting untuk manusia dan binatang di muka bumi, malahan ia amat penting bagi sistem bumi. Tenaga sebenarnya tidak dapat diukur secaralangsung. Tanpa tenaga ini, bumi akan menjadi planet yang mati. Apabila planet mati, makatiada hidupan yang akan wujud di muka bumi. Sistem bumi memiliki dua sumber tenaga yang penting iaitu tenaga eksogenik dan tenaga endogenik. Tenaga eksogenik merupakan tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu dari matahari. Matahari merupakan punca tenaga utama bagikeseluruhan sistem bumi. Tanpa tenaga matahari ini, planet bumi akan mati. Manakala, tenagaendogenik pula merujuk kepada tenaga dalaman yang berpunca dari dalam atau perut bumi.Misalnya tenaga graviti, radiogenik dan sebagainya.Matahari dikenali sebagai pusat di dalam sistem suria. Matahari merupakan sumber tenaga terpenting kepada bumi. Terdapat berjuta malahan berbillion bintang yang menghasilkantenaga namun bintang-bintang tersebut terlalu jauh kedudukannya dari Bumi. Tenaga mataharimembekalkan kira-kira 99.97% dari jumlah tenaga yang terdapat dalam sistem bumi-atmosfera.Tenaga juga turut dihasilkan dari dalam bumi tetapi ia hanya dilepaskan dalam bentuk tenagaradioaktif tetapi ia hanyalah dalam kuantiti yang tertentu sahaja.Tenaga yang dihasilkan oleh matahari akan dihantar terus melalui angkasa lepas ke bumidalam bentuk gelombang elektromagnet atau tenaga sinaran yang lebih dikenali sebagai bahangan matahari. Jenis tenaga ini boleh dibezakan dengan tenaga yang lain dari segi cara penghantarannya. Gelombang elektromagnet tidak memerlukan sebarang medium seperti manayang berlaku dalam proses pengaliran atau perolakan. Gelombang elektromagnet yangdikeluarkan oleh matahari ke bumi adalah dalam gelombang pendek kerana matahari mempunyaisuhu yang amat tinggi kira-kira 6000 celcius. Namun, bukan semua tenaga suria akan sampai dan diterima oleh permukaan bumi.Terdapat sebahagian besar daripada tenaga tersebut akan diserap, ditapis, diserak dan dibalikkanoleh lapisan ozon dan juga atmosfera. Hanya sebahagian kecil sahaja tenaga tersebut yangsampai ke permukaan bumi untuk digunakan oleh seluruh hidupan dan makhluk yang wujud diatas muka bumi serta menjalankan proses-proses penting di bumi seperti fotosintesis.
2
 
Selain itu, pemindahan tenaga dari matahari ke sistem bumi juga berlangsung menerusi bahangan (insolation). Bahangan matahari ini sebelum ia tiba ke permukaan bumi, tenagatersebut akan melalui pelbagai peringkat lapisan yang ada dalam atmosfera. Bahangan tersebutakan melalui proses tapis, serapan, serakan dan pantulan oleh molekul ozon, unsur-unsur dalamatmosfera, partikel- partikel dalam udara dan sebagainya.Rajah 1 : Bahangan Matahari mengalami beberapa proses sebelum sampai ke permukaan bumi.
PROSES SERAKAN
3

Activity (25)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Muhammad Tarmizi liked this
Qharr C Teddy liked this
Era Swift liked this
Waheeda Othman liked this
Nur Shakirah liked this
Muhd Fadli liked this
Hee Leh liked this
Nor Ainna liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->