You are on page 1of 11

http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-kedua_11.

html

PENDAHULUAN

Lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku


secara semula jadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, pengetahuan
bahasa diperolehi secara tidak langsung atau tidak formal. Menurut
Kamarudin Hj. Husin (1998) :

“Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara ‘memperoleh’ bukan


melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada
bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai
dengan sendirinya menggunakan bahasa itu.”

Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Bahasa mesti


dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan
pengukuhan. Oleh itu, dorongan (rangsangan) dan sikap positif adalah
perlu.

Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama


kepada pelajar Melayu tidak banyak masalah. Sebaliknya, mengajar
bahasa kedua kepada bukan penutur jati (orang Melayu misalnya)
memerlukan lebih perhatian. Pelajar perlu melalui rancangan-rancangan
dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah tertentu.

Menghuraikan masalah pembelajaran bahasa kedua, Abdullah


Hassan (1980) menjelaskan :
“Mungkin salah satu masalah yang besar ialah bahasa Melayu yang diajar
itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan
bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa
mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka
tuturkan di luar kelas.”

Adalah jelas bahawa mempelajari bahasa kedua merupakan satu


proses mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran,
gangguan daripada bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan
dan bahasa ibunda pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran
bahasa kedua mereka. Oleh itu, pengajaran bahasa kedua hendaklah
dirancang dan dilaksanakan secara bersistem. dan formal.

DEFINISI BAHASA KEDUA

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) maksud bahasa kedua “adalah


bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa
kandung yang dia peroleh. Bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang
dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu.”

PENGUASAAN PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA

Pengajaran bahasa kedua berbeza dengan  penguasaan bahasa pertama.


Bahasa kedua diperoleh dan dikuasai melalui pembelajaran.
Pembelajaranbya bersifat formal, menekankan banyak latihan dan
pengulangan hingga membentuk satu tabiat. Rivers W. M (1964)
menyatakan pembelajaran bahasa asing pada dasarnya adalah merupakan
satu proses mekanikal yang membentuk tabiat.
Oleh itu, cara penguasaannya adalah sama dengan proses pembentukan

tabiat yang lain seperti belajar menaip, berenang, memandu, dan lain-
lain. Proses pembelajaran menetapkan jika sekali berjaya dilakukan
dengan baik maka ia akan dapat diulangkan untuk seterusnya secara
automatik. Proses penguasaan bahasa kedua pada peringkat awal kanak-
kanak berkemungkinan sama dengan proses penguasaan bahasa pertama.
Namun, proses penguasaan bahasa kedua selepas peringkat awal kanak-
kanak akan mengalami cara yang berbeza dengan proses pemerolehan
pengetahuan bahasa pertama. Hal ini ditegaskan oleh Brown (1980) :

“Adult, more cognitively secure,appear to operate from the solid


foundation of the first language and thus manifest more interference.”

Seterusnya, Rivers melalui teori pendekatan mengajar bahasa iaitu


‘pendekatan dengar sebut’ menyatakan bahawa :

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Pembelajaran bahasa asing pada


asasnya adalah merupakan satu proses yang mekanikal membentuk tabiat.

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Analogi memberi asas yang lebih kukuh


terhadap pembelajaran bahasa asing berbanding analisa.

Daripada kenyataan tersebut dapatlah diandaikan bahawa tabiat


terbentuk melalui peneguhan. Tabiat berbahasa kedua boleh dibentuk
dengan cara mempelajari atau latih tubi. Ia memainkan peranan penting
bagi menggalakkan tabiat berfungsi.

         Menurut pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah


satu proses menguasai pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal bahasa
berkenaan. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid
terhadap struktur bahasa. Kesenangan murid mempelajari bahasa kedua
akan menyebabkan penguasaan kognitif mereka terhadap struktur bahasa
itu mudah berkembang.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN BAHASA KEDUA

<!--[if !supportLists]-->a)    <!--[endif]-->Pembelajaran bahasa kedua ialah


satu proses mekanis. Proses ini akan membentuk perlakuan dan tabiat
baru menguasai kemahiran bahasa, iaitu melalui latihan-latihan dan
peneguhan.

<!--[if !supportLists]-->b)    <!--[endif]-->Bentuk bahasa pertuturan dipelajari


terlebih dahulu. Pengajaran bahasa kedua mesti didahulukan dengan
kemahiran lisan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula daripada
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Kanak-kanak diajar menyebut perkataan sebelum
bentuk-bentuk tulisan.

<!--[if !supportLists]-->c)    <!--[endif]-->Pembelajaran secara membuat


analogi. Pelajar cepat menerima dan memahami makna perkataan dengan
cara melihat persamaan dan perkaitannya dengan objek yang
dianalogikan. Analogi digunakan untuk menunjukkan persamaan ciri atau
sifat. Cara ini akan mempermudah guru mengajar tanpa perlu
menghabiskan masa panjang untuk menjelaskan konsep-konsepnya.
<!--[if !supportLists]-->d)    <!--[endif]-->Makna dipelajari dalam konteks.
Makna haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna
itu dalam konteks agama, adat dan adab, dan sosio budaya teks atau
rujukan teks.

PERBEZAAN CARA PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA DENGAN  CARA


PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA

<!--[if !supportLists]-->1)    <!--[endif]-->Dari Segi Prinsip

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Penguasaan Kemahiran Bahasa

Dalam pemerolehan bahasa pertama, penguasaan sesuatu kemahiran


bahasa berlaku secara beransur-ansur. Mula-mula mereka mengeluarkan
bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi menjadi perkataan
dan selepas itu mencantumkan perkataan-perkataan menjadi ungkapan
atau ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran
bahasa ibunda daripada penutur lain. Lama-kelamaan mereka akan
menjadi mahir dengan sendiri. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal
daripada proses melahirkan ucapan.

Manakala pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu proses


mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa.
Latihan-latihan peneguhan diberikan untuk membentuk tabiat bahasa
yang dipelajari.

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Penguasaan Aspek Bahasa


Dalam pemerolehan bahasa pertama setiap kemahiran bahasa dikuasai
dengan cara yang perlahan. Cara ini membolehkan beberapa aspek bahasa
dapat dikuasai secara sekali gus. Sebagaimana diketahui, bahasa
mempunyai banyak rumus dan peraturan. semuanya itu dikuasai secara
serentak. Kanak-kanak umpamanya dapat menguasai bunyi, perkataan,
pengimbuhan, makna, dan penggunaannya dalam ayat secara sekali gus.

Hal ini berbeza dengan pengajaran bahasa kedua yang mesti


didahulukan dengan kemahiran lisan. Aktiviti pengajaran bermula
daripada kemahiran mendengar, kemudian bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Kanak-kanak diajar menyebut sesuatu kata itu
dahulu sebelum mengajar bentuk-bentuk tulisan. Cara ini akan
menghasilkan satu pengajaran bahasa kedua yang berkesan.

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Mempelajari Penggunaan Bahasa

Dalam pemerolehan bahasa pertama, prinsip ini menerangkan bahawa


kanak-kanak tidak mengkaji tatabahasa untuk menguasai bahasa tersebut.
Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan
sebab binaan ayat itu adalah betul atau salah, tetapi mereka diberi tahu
betul dan salah ayat itu. Dalam aspek tatabahasa misalnya, kanak-kanak
tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar
menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul.

Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar belajar


secara membuat analogi. Pembelajaran cara ini membolehkan pelajar
menerima pelajaran dengan cara melihat persamaan dan perkaitan antara
bentuk-bentuk yang diajar. Mereka diberi latih tubi dalam pola-pola yang
diajar. Analogi digunakan untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa
tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menjelaskan konsep-konsep
tatabahasa. Mereka diberitahu sebab binaan bahasa yang digunakan itu
adalah salah atau betul.

  

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Penggunaan Bahasa

Dalam pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak belajar menggunakan


bahasa melalui pemerhatian atau pendengaran dan kemudiannya
menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi
memberikan maknanya. Walaupun tidak memahami sistem tatabahasa,
tetapi mereka amat mengetahui hubungan antara perkataan dalam ayat
dan hubungan antara satu ayat dengan ayat lain. Mereka menggunakan
sesuatu perkataan dalam konteks makna, bukannya dalam konteks
tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi
menjelaskan makna perkataan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi
pemakaian makna dan perkataan yang betul.

       Sebaliknya, dalam pembelajaran bahasa kedua, makna haruslah


dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri.
Makna perkataan perlulah diajar dalam konteks agama, adat dan adab,
dan budaya. Ini adalah cara yang difikirkan berkesan dalam memberikan
makna.

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kebiasaan Mempelajari Bahasa

Dalam pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak mempelajari


pertuturan menurut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan
seseorang individu atau kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan
sendiri dan mempunyai tabiat  bertutur yang tersendiri. Kanak-kanak
tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara
tersendiri.
Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Pembelajaran
berlaku secara formal dan mempunyai guru. Peluang pembelajaran hanya
dapat diikuti di tertentu sahaja.

2) Strategi

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Tatacara Penguasaan

Cara memperolehi bahasa pertama tidak sama dengan cara menguasai


bahasa kedua. Pemerolehan bahasa pertama melalui proses tidak formal.
Sebaliknya, pembelajaran bahasa kedua memerlukan usaha gigih dan
perancangan teliti. Manusia tidak perlu berguru dalam institusi formal
untuk membolehkan mereka bertutur dengan baik dalam bahasa ibunda.
Sebaliknya, seseorang perlu berguru secara formal untuk mempelajari
bahasa kedua, walaupun tidak menjamin orang berkenaan bertutur
dengan fasih dan lancar dalam bahasa tersebut.

            Proses-proses yang menghasilkan kemahiran berbahasa dalam


bahasa pertama dan bahasa kedua adalah berbeza. Hal ini dapat dilihat
dari istilah yang digunakan. Bagi bahasa pertama, istilah ‘penguasaan’
atau ‘pemerolehan’ digunakan, manakala bagi bahasa kedua, istilah
‘pemelajaran’ digunakan. Dalam hal ini, Kamarudin (1988) menyatakan :

“Berbeza dengan pemelajaran bahasa pertama, penguasaan bahasa kedua


bukanlah didapati melalui pemerolehan tetapi dikuasai melalui
pemelajaran. Ini dilakukan dalam keadaan yang lebih formal,
memerlukan banyak latihan dan pengulangan hingga menjadi sesuatu
tabiat.”
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Fungsi

Tujuan yang menguasai pengetahuan bahasa pertama dan mempelajari


bahasa kedua adalah berbeza. Berlainan dengan proses pemerolehan
bahasa pertama, pembelajaran bahasa kedua merupakan usaha yang
ditentukan oleh manfaat yang bakal diperoleh.

Tujuan mempelajari bahasa kedua biasanya dikaitkan dengan


peranan bahasa dalam kehidupan seseorang pengguna. Oleh itu,
pengajaran bahasa kedua sering mengarah kepada sesuatu tujuan yang
tertentu.

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kebebasan Memilih

Dalam konteks ini, proses pemerolehan bahasa pertama merupakan satu


proses yang tidak ada pilihan. Manakala proses penguasaan bahasa kedua
pula adalah proses yang ada pilihan. Proses penguasaan bahasa kedua
didorong oleh sebab-sebab tertentu. Biasanya kanak-kanak bahasa
pertama mendapat dorongan dan motivasi yang kuat untuk mempelajari
bahasa itu bersungguh-sungguh. Ini kerana mereka mempunyai keperluan
untuk menggunakan bahasa itu. Ia agak berbeza dengan pemelajaran
bahasa kedua. Keinginan untuk mempelajari bahasa ini tidak kuat
walaupun mereka sedar bahasa kedua itu berguna.

Corak perasaan dan bentuk pemikiran akan menentukan sama ada


seseorang itu akan berusaha gigih atau tidak mempelajari bahasa kedua.
Bagi bahasa pertama pula, penguasaan pengetahuannya berlaku secara
semulajadi, dan tidak ada kanak-kanak normal yang terkecuali daripada
menguasai pengetahuan bahasa pertama.
<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Kejayaan Penguasaan

Penguasaan pengetahuan bahasa oleh penutur bahasa pertama dan bahasa


kedua adalah berbeza. Dalam bahasa pertama, kanak-kanak, secara
genetik, telah diprogramkan untuk berjaya dalam proses penguasaan
bahasa pertama. Proses tersebut merupakan proses menyesuaikan
pengetahuan bahasa semula jadi yang sedia ada dengan sistem bahasa
pertama mereka.

Sementara pembelajaran bahasa kedua pula, faktor genetik tidak


memainkan peranan penting. Faktor-faktor luaran yang menentukan
kejayaan proses  pembelajaran bahasa kedua berkenaan. Berkenaan hal
ini, Abdullah Hassan (1987) menegaskan :

“…pemerolehan bahasa ibu tidak berlaku di kalangan kanak-kanak secara


tidak formal, yakni tidak perlu diajar. Bahasa kedua pula terpaksa
dipelajari dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Bukan
itu sahaja yang berlaku, kita mesti mempunyai dorongan dan sikap yang
sihat untuk dapat belajar dengan berkesan.”

<!--[if !supportLists]-->Ø  <!--[endif]-->Masa

Dari segi masa, kanak-kanak mempelajari bahasa kedua sering mengalami


kesulitan. Mereka tidak mempunyai masa yang cukup dan tidak pula dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bahasa yang dipelajari itu.
Bahasa yang dipelajari tidak dapat dipraktikkan sepenuhnya, sebagaimana
mereka menggunakan bahasa ibunda sehari-hari. Peluang mempelajari
dan menggunakannya berlaku di dalam kelas-kelas sahaja.
RUJUKAN

 http://www.geocities.com/pendidikmy/cikgupjj/bahasapertamabahasak
edua.html

http://www.google.com.my/search?
q=pemerolehan+bahasa+kedua&btnG=Search&hl=en&sa=2

http://massofa.wordpress.com/2008/01/28/pemerolehan-bahasa-
pertama-dan-bahasa-kedua/

You might also like