You are on page 1of 6

INKLUSIF

Menempatkan pelajar berkeperluan khas ke dlm bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala
kemudahan belajar dlm keadaan normal spt pelajar biasa, tanpa mengira status. Berada di kelas biasa dengan bantuan
daripada guru khas

Matlamat
• Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah
sebahagian daripada ahli masyarakat 
• Memberi peluang utk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yg normal dan menyertai aktiviti yg disediakan utk
mereka.
• Memberi pengetahuan dan kemahiran kpd kanak-kanak khas yg setanding dengan kanak-kanak normal utk
meningkatkan konsep kendiri mereka.
• Untuk mengelak drp berlakunya diskriminasi dlm pendidikan dan kemudahan yg telah dibekalkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran.
• Menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama
pelajar normal
• Dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di
dalam komuniti setempat 
• Mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.

INTEGRASI
Suatu program percantuman disekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan pendengaran atau
penglihatan atau masalah pembelajaran. Menggunakan kurikulum khas dan dididik oleh guru khas 

Matlamat
• Mendapat peluang yang sama dalam pendidikan.
• Menempatkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini dalam persekitaran yang seakan-akan normal mengikut
kesesuaian pendidikan untuknya.
• Mengurangkan kecenderungan melabel dan menyalah label ke atas pelajar-pelajar berkeperluan khas.
• Menyesuaikan diri dalam semua aspek dari awal seperti kemahiran berkomunikasi, bergaul, memperkembangkan
perasaan, ingin tahu mengenai diri dan alam sekeliling, kesihatan dan keselamatan diri, kehidupan seharian, konsep
kendiri, kegiatan rekreasi, perkembangan jasmani, mengamalkan nilai-nilai murni serta mengenbangkan potensi, bakat
dan daya kreatif dan intelek.
• Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang
normal.
• Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.
• Memberikan kemahiran pravokasional, supaya mendapat kemahiran asas dalam dunia pekerjaan.

PENEMPATAN MURID PENDIDIKAN KHAS


• Permohonan dari Jabatan Pendidikan Negeri
• Pengesahan dari Pegawai Perubatan Hospital
• Temuduga di JPN atau PPD
• Temuduga/ujian diagnostic di sekolah 
• Pengesahan pengambilan murid 
• Pendaftaran 

SEGREGASI

Konsep Segregasi
Merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan dgn kumpulan yg lain dlm sesuatu kawasan. Pemisahan
berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan &
kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya. Berlaku biasanya dalam
proses penempatan.
GPK PENDIDIKAN KHAS

Syarat
• Dicadangkan oleh guru besar,dilantik terus oleh JPN
• Mempunyai lebih daripada 25 orang murid

Tugas
• Melaksana tugas berkaitan pengurusan kelas pendidikan khas
• Bertanggungjawab dalam pemantauan dan pengawasan guru pend khas
• termasuk buku rekod,
• RPI,
• pengurusan elaun, 
• keperluan murid pendidikan khas
• Perancangan
• Mesyuarat Guru / Panitia
• Sistem Fail
• Jadual Mengajar Guru Dan ‘Relieve’

Nisbah Guru Dan Murid Pendidikan Khas = 1:5-7 orang ( Bergantung Kpd Keupayaan Murid)

Nisbah PPM Dan Murid Pendidikan Khas = 1:10 orang

PENDEKATAN PEMBELAJARAN

Pembelajaran Masteri (PM)


• pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. 
• Prinsip asas PM
o Murid normal
o Unit pembelajaran
o Masa mencukupi
o Arahan jelas
• Langkah pembelajaran
o Menentukan hasil pembelajaran
Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai 
Memberi tumpuan dalam penguasaan HP
Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar 
Membantu membina ujian formatif dan sumatif 
o Menjalankan P&P
o Penilaian
Mengesan pencapaian murid 
Mengenal pasti jenis murid 
Mengesan sama ada HP telah dikuasai atau belum 
Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran 
Menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan 
Menentukan keberkesanan kaedah p&p 
o Tindakan susulan
Pemulihan
Penggayaan ( pengukuhan & pengembangan)

Pembelajaran Koperatif
• kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). 
• Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan
yang lain.
• Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif
o saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
o saling berinteraksi secara bersemuka,
o akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
o kemahiran koperatif, dan
o pemprosesan kumpulan
• ciri pembelajaran koperatif (Johnson&Johnson 1994)
o Matlamat kumpulan: bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 
o Peranan ahli: individu dan kumpulan, iaitu sesebuah kumpulan bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap
individu bertanggungjawab memberi sumbangan kerja yang sepatutnya
o Interaksi: Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan, saling tolong-menolong dan memberi
galakan antara satu sama lain. 
o Kemahiran berkumpulan: Pelajar disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk bekerja secara
berkumpulan. 
o Penilaian kumpulan: ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat
yang dikehendaki. Pelajar mengenal pasti tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan

Pembelajaran Koperatif
• satu pendekatan yang membabitkan kumpulan untuk menyelesaikan masalah dan merangsang pembelajaran kendiri.
• Konsep pembelajaran secara kolaboratif adalah dengan cara memindahkan autoriti seorang guru kepada kumpulan
atau komuniti yang lebih besar. 
• mementingkan proses bekerjasama dalam pembelajaran
• pembentukan kumpulan berdasarkan kebolehan dan kecenderungan.
• criteria asas kolaboratif
o Tiada ‘kontrak’ / pergantungan dalam kolaborasi bersama. 
o Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual. 
o Kesedaran akauntabiliti individu.
o Hasil secara individu. 
o Guru sebagai fasilitator 
• Tujuan pembelajaran kolaboratif
o Melatih pelajar mengamalakan sikap berdikari dan berfikiran kritis.
o Mewujudkan terbentuknya hubungan sosial yang lebih akrab di dalam sesebuah kumpulan.
o Tanpa kolaboratif > pelajar hanya tahu mendominasi kumpulan dan menutup peluang rakan lain. 
o Memberi peluang kepada para pelajar untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran serta menghasilkan idea baru.
o Meningkatkan minat, prestasi dan kesedian pelajar untuk belajar. 

Pendekatan Induktif
• melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau
kesimpulannya. 
• Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip
yang sama. 
• Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir
maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang
berkenaan.
• Sesuai utk matematik,sains dan bahasa
• Prinsip induktif
o Sebelum pengajaran, guru menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat
generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang
berkenaan.
o Guru tidak memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid
harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.
o Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk
membolehkan murid mengenalpasti.
o Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
o Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh
yang serupa.
o Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.
o Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum
Pendekatan Deduktif
• pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan
dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan. 
• Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip,
hukum, atau teorem yang diketahui.
• Umum kepada Khusus
• Prinsip deduktif
o Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.
o Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori agar membolehkan
mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.
o Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah
diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.
o Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat.
o Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu
generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari.
o Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis,
tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah
sendiri.

MENINGKATKAN PROFESIONALISME KEGURUAN


• Menguasai kemahiran mengajar (aplikasikan kaedah, pendekatan n strategi mengajar berbeza)
• Kemahiran komunikasi yang baik
• Mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran
• Mempunyai penilaian kendiri(sikap reflektif) yang baik ( mampu menilai kekuatan n kelemahan)
• Peka terhadap perubahan pedagogi semasa
• Menjaga penampilan ( beretika)

RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU(RPI)

Definisi
• RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-
kanak dan cara bagaimana keperluan -keperluan tersebut boleh dipenuhi.
Konsep RPI
• satu dokumen bertulis
• dirancang khusus untuk seseorang murid 
• dibentuk bertujuan untuk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran
serta perkhidmatan yang disediakan.
Analisis pelaksanaan
• Kenal pasti murid
• Mendapatkan maklumat latar belakang murid
• Analisis keputusan dan penentuan calon dan membuat Hipotesis
• Menilai kelebihan dan kelemahan individu
• Membina Hipotesis baru
• Penilaian kaedah dan bahan pengajaran yang dipilih
• Penyediaan RPI
• Pelaksanaan dan pengurusan program
• Penilaian program
Jawatankuasa Pembentukan RPI
• pentadbir sekolah
• guru pendidikan khas
• ibu bapa dan penjaga murid
• murid pendidkan khas
• khidmad sokongan lain
Elemen RPI
• Kerjasama 
• Berkongsi Maklumat 
• Keputusan Bersama 
• Kebolehpercayaan 
• Dokumentasi 
• Proses dan Hasil
Cirri-ciri RPI
• Komprehensif
• Mengikut urutan 
• Spesifik 
• Mudah difahami 
• Digubal bersama 
• Bersesuaian dan realistic
Proses RPI
• Merujuk pihak yang terlibat.
• Mengumpul maklumat
• Mengadakan mesyuarat
• Membina rancangan secara bertulis
• Menjalankan apa yang dirancang 
• Menilai pembelajaran yang telah dijalankan

Penilaian RPI
• Mesyuarat. 
• Maklumat pencapaian dan perkembangan murid diedarkan
• Maklumat ini perlu dibincang bersama oleh Jawatankuasa.
• Strategi baru dirangka untuk mencapai objektif dan Matlamat yang gagal.
• Meneruskan Matlamat dan Objektif baru sekiranya Objektif dan matlamat telah dicapai
Carta aliran penilaian
• MESYUARAT
• Kumpul Dan Edar Maklumat
• Bentang Dan Bincang Maklumat 
• Tukar Strategi Jika Perlu 
• Melaksanakan Dan Nilai Semula 
Tindakan susulan
• Sebagai sambungan kepada aktiviti yang dilakukan dlm RPI
• Latihan utk mmengaplikasikan aktiviti yang dilakukan dlm RPI dan mengatasi kelemahan yang ada
• Perkembangan dan kemajuan murid juga dapat dipantau selepas RPI tamat dijalankan
• Contoh tindakan susulan
o Pemulihan
o Pengukuhan 
o Penggayaan 
Kekuatan RPI
• Dapat mengenalpasti kelemhan murid secara lebih spresifik
• Mengatasi kelemahan yang timbul dan mengoptimumkan keupayaan murid
• Hubugan baik dapat dijalin antara ahli jawatankuasa terutama ibubapa dan guru utk bekerjasama mengatasi masalah
murid
• Proses pemulihan yang dijalankan lebih tersusun dan terancang
• Ibu bapa dapat mengetahui tindakan susulan yang boleh dilakukan dirumah
Kelemahan RPI
• Tiada masa yg khusus ditetapkan utk pelaksanaan RPI
• RPI yang dirancang tidak selari dengan P&P(Pengurusan T/L). RPI mengikut masalah individu, P&P diajar utk
kebolehan semua murid
• Penglibatan ibubapa,pihak sekolah tidak optimum. Hanya guru yang laksanakn RPI. Ibu bapa x ambil peduli
• Aktiviti yang dijalankan tidak selari dengan masa yang telah dirancang(kekangan masa)
• Bantuan daripada agensi lain tidak digunakan dlm pelaksanaan RPI

PELABELAN DAN IMPLIKASINYA


• Satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu perkara

Murid
• Positif
o P&P yang dilaksanan berfokus terus kepada murid
o Perkhidmatan khusus diberikan kepada murid
o Masalah murid lebih difahami
o Mendapat perhatian daripada kesedaran masyarakat
• Negative
o Murid rendah diri dan didiskriminasi
o Wujud masalah disiplin murid
o Diketepikan dalam aktiviti yang dirancang
o Cepat patah semangatapabila dipandang serong
Guru 
• Positif
o Memudahkan guru membuat RPI
o Mengukur tahap murid berdasarkan ujian yg dilaksanakan
o Dapat mengenalpasti factor yang membawa kepada kecacatan atau masalah
• Negative
o Guru PK disama taraf dengan murid PK
o Timbul persepsi negative guru perdana kpd guru PK(kerja sikit,elaun besar)
o Dikatakan tidak mahu bercampur dengan guru perdana
o Dipandang sbg golongan kelas kedua
Ibu Bapa
• Positif
o Mengenalpasti kelemahan anak dan ketahui strategi berkesan utk maksimumkan potensi anak
o Kesedaran dan pengetahuan mengenai pendidikan khas
o Dapat kemudahan dari segi bantuan barangan dan perkhidmatan
• Negative
o Tidak dpt terima persepsi daripada masyarakat
o melihat sebagai liability(beban) dan bukan sebagai asset
o tekanan psikologi dan rasa rendah diri 

You might also like