You are on page 1of 4

SOALAN 1

Jadual 1 menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997.
Kumpulan Umur Lelaki (‘000) Perempuan (‘000)
0-9 2 612 2 455
10-19 2 357 2 225
20-29 2 017 1 876
30-39 1 653 1 584
40-49 1 168 1 111
50-59 684 656
60-69 386 414
70 dan lebih 206 261

(a) Lukiskan rajah yang sesuai untuk menggambarkan struktur umur dan jantina
penduduk Malaysia bagi tahun 1997. [9]
(b) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis ,
(i) jelaskan ciri-ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997. [8]
(ii) Huraikan kesan-kasan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial dan
ekonomi di Malaysia. [8]

Soalan 2
(a) Apakah maksud penduduk sebagai sumber ? [5]

(b) Huraikan aktiviti-aktiviti manusia yang membawa perubahan terhadap alam


sekitar fizikal. [10]
(c) Apakah cadangan anda untuk membangunkan kualiti sumber manusia sesebuah
Negara. [10]

Soalan 3
a. (i) Apakah yang dimaksudkan Revolusi Hijau? [5]
(ii) Huraikan kepentingan penggunaan teknologi tinggi terhadap
sektor pertanian di negara ini. [10]
(iii) Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian
di negara Malaysia. [10]
ATAU

b. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebuah kawasan pelancongan
(i) Namakan lokasi kajian anda. [1]
(ii) Namakan dua produk pelancongan yang terdapat di kawasan kajian anda.
[2]
(iii) Nyatakan kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data dan
maklumat. [2]
(iv) Huraiakan lima faktor yang mempengaruhi kegiatan aktiviti pelancongan di
kawasan kajian anda. [10]
(v) Jelaskan kepentingan aktiviti pelancongan terhadap penduduk di sekitar
kawasan kajian. [10]

Soalan 4

Jadual 2 menunjukkan Jumlah Guna Tenaga Beberapa Jenis Sektor Ekonomi di Malaysia
pada tahun 1995 hingga tahun 1999.
Sektor Ekonomi Jumlah Guna Tenaga (‘000) Orang
1995 1996 1997 1998 1999
Pertanian , perhutanan, 1 527.7 1 626.2 1 481.3 1 615.5 1 623.7
ternakan dan perikanan
Perlombongan dan kauri 32.5 35.0 38.5 28.4 37.8
Industri Pembuatan 1 780.5 1 912.1 2 002.5 1 907.8 1 990.7
Pembinaan 611.3 716.5 793.0 745.9 722.8
Elektrik, gas dan air 48.0 44.1 50.9 50.0 50.2

Berdasarkan jadual 2 di atas,


(a) Lukis sebuah graf yang sesuai bagi menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut
beberapa jenis sector ekonomi di Malaysia pada tahun 1995 hingga 1999 [10]
(b) Berdasarkan graf yang anda telah lukis, kenal pastikan satu jenis sektor ekonomi
yang paling banyak menggunakan tenaga buruh dan jelaskan sebab-sebabnya.[9]
(c) Huraikan masalah-masalaah yang dihadapi oleh sektor ekonomi tersebut. [6]

Soalan 5
(a) Apakah dimaksudkan Urbanisasi. [5 ]
(b) Dengan merujuk sebuah Negara di Asia Tenggara, jelaskan mengapa bandar-
bandar baru perlu ditubuhkan?. [10]
(c) Huraikan kesan – kesan yang dialami oleh penduduk yang tinggal di kawasan
sedang mengalami proses urbanisasi yang pesat di sebuah negara di Asia
Tenggara. [10]
Soalan 6
(a) Apakah dimaksudkan transformasi desa? [5]
(b) Jelaskan lima faktor yang mempengaruhi tahap perkembangan sesebuah
petempatan desa. [10]
(c ) Huraikan kesan aktiviti ekonomi desa terhadap kualiti alam sekitar. [10]

Soalan 7
Jadual 3 menunjukkan anggaran pelaburan syarikat Malaysia di IMT-GT pada tahun
1994 hingga tahun 1996 (RM Juta).

Sektor Nilai Pelaburan (RM Juta)


Industri Pembuatan 50.0
Pelancongan 200.5
Kemudahan Asas 3 000.0
Perdagangan 40.3
Perhubungan 60.0
Infrastruktur 7 000.0
Jumlah 10 350.8

(a) Berdasarkan jadual di atas, lukis gambarajah yang sesuai untuk menunjukkan
anggaran pelaburan syarikat Malaysia di IMT-GT pada tahun 1994 hingga tahun
1996. [9]
(b) Huraikan empat faedah yang diperolehi oleh Malaysia hasil daripada
penglibatannya dalam pakatan ASEAN. [8]
(c) Jelaskan empat halangan yang dihadapi oleh Negara-negara ASEAN untuk
meningkatkan perdagangan. [8]

Soalan 8

(a) Apakah yang dimaksudkan kemerosotan kualiti udara. [5]


(b) Jelaskan bagaimana aktiviti pembangunan ekonomi menyebabkan pencemaran
udara. [8]
(c) Bincangkan kesan pencemaran udara terhadap alam sekitar. [6]
(d) Huraikan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran udara.[6 ]

You might also like