You are on page 1of 10

Ke Arah Pengajaran dan Pembelajaran

Berintegrasikan Komputer dan Permasalahannya.


Oleh: Kharul Adawiah Binti Abdul Jalil (P33543)
awiejb@yahoo.com
Oktober 2005

Abstrak
Menurut teori pelbagai kecerdasan Garder, terdapat 8 jenis kecerdasan yang dimiliki
oleh insan iaitu logik matematik, linguistik, muzik, intrapersonal, ruang, kinestetik,
interpersonal dan kemahiran ahli alamiah. (Ma’rof, Haslinda, 2004). Beliau menegaskan
bahawa seseorang itu cerdas dalam sesuatu jenis kecerdasan tetapi tidak semestinya cerdas
pada jenis kecerdasan yang lain. Demi mencapai sesuatu kecerdasan, guru perlu bersedia
dengan pelbagai teknik pendekatan pengajaran agar memberi ruang kepada pelajar untuk
memperolehi ilmu dengan cara berbeza dan tidak membosankan.
Pelbagai   teknik   P&P   yang   perlu   dimasukkan   dalam   kelas.   Antaranya   pembelajaran  
kooperatif  dan   kolaboratif,  kaedah  inkuiri,  kaedah  P&P  berbantukan  komputer  dll.   Apabila  
banyak teknik dan kaedah digabung­jalinkan dengan sepadunya, ia dapat mencernakan pelajar  
yang   mahir   berbincang,   mengeluarkan   idea,   saling   bekerjasama,   mastery   learning   melalui  
bimbingan guru yang mahir. 
Apa yang menariknya, P&P ini bukan sahaja dapat dilakukan secara nyata (sinkronis)
malah secara maya (asinkronis). Pada peringkat maya ini, P&P berbantukan komputer
memainkan peranan yang penting. Perbincangan tidak lagi terhad pada sesuatu masa, tempat
dan keadaan yang ditetapkan. Malah ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana
sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Justeru, banyak ilmu akan dapat digali.
Idea-idea baru dapat ditunasi. Masyarakat yang berpengetahuan, bermaklumat yang
berasaskan nilai dapat dilahirkan (Wawasan e-Malaysia, 2020).
Kelihatannya seperti mudah untuk diperkatakan namun untuk melaksanakannya adalah
rumit dan remeh sekali. Pelbagai faktor dari segi fizikal, material, moral dari semua pihak perlu
diselidiki dan dimurnikan. Artikel ini membicarakan tentang halangan, keperluan dan beberapa
cadangan untuk diguna pakai demi memberi maklumbalas kepada Wawasan e-Malaysia yang
diazamkan. Semoga berkat daripada pengalaman sedia ada di sekolah dapat menjadikan
panduan dan rujukan kepada pihak berkenaan dalam memperbaiki sistem pendidikan ke arah
yang lebih profesional dan gemilang.
PENDAHULUAN
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah bidang tugas seorang guru. Kelebihan ini
menjadikan guru adalah seorang yang profesional dalam mendidik insan. Pelbagai kaedah P&P
dan teori psikologi diguna pakai selain perlu mahir dari segi intelektual, emosi, moral, sahsiah
serta beriman demi mencapai agendanya: MEMANUSIAKAN INSAN.
Antara kaedah yang ditekankan dalam artikel ini ialah kaedah P&P berbantukan
komputer yang menggabung-jalinkan pelbagai kaedah P&P sedia ada seperti teacher-centered,
student-centered, kemahiran berfikir, lateral-thinking, kaedah inkuiri dsb dalam penyediaan
modul P&P berantarakan komputer ini. Pendekatan jenis pedogogi dapat digunakan secara
meluas dan global. Pelajar dapat belajar bukan di kelas sahaja, malah di rumah, di Cyber Café, di
perpustakaan, di makmal dan di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu.
Sebenarnya, dari kajian Biologi, setiap individu pelajar mempunyai ritma belajar biologi
selain daripada ritma tidur yang tersendiri. Setiap orang ada masa atau waktu belajar yang sesuai,
mungkin pada waktu pagi, petang, malam atau dinihari. Pada waktu inilah mereka berdaya atau
mampu untuk menyerap ilmu semaksimumnya, kemudian memproses maklumat lalu membentuk
skema yang dikatakan intelek. Hal ini tidak diberi penekanan tatkala ini. Mungkin akibat tidak
sedar betapa pentingnya menyediakan emosi yang stabil bagi seseorang untuk belajar.
Kengkangan kemudahan prasarana, kelas, guru yang mahir dsb.
Walaubagaimanapun, hal ini dapat dimurnikan apabila kaedah P&P berbantukan
komputer dapat disediakan kepada semua pelajar di Malaysia. e-Learning adalah salah satu
daripadanya.

PERMASALAHAN DI SEKOLAH
Penggunaan software yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara 
idealnya   adalah   untuk   memudahkan   pengajaran   dan   pembelajaran   di   sekolah.   Selain 
mendedahkan   kepada   suatu   bentuk   pengajaran   dan   pembelajaran   yang   terkini,   Ia   dianggap 
menjadi   daya tarikan  untuk belajar dan  juga memudahkan  semua pihak: guru, pelajar,  ketua 
panitia, pentadbir, jabatan dan kementerian. Benarkah anggapan ini?
Subjek Matematik, Sains, Sastera, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dsb banyak dibekalkan 
di   sekolah.   Kemudahan   laptop   dan   LCD   turut   diberikan   kepada   guru   Matematik,   Sains   dan 
Bahasa Inggeris. Apa yang menghairankan CD software tersebut tidak digunakan sepenuhnya. 
Penulis sendiri adalah seorang guru Matematik tingkatan 1 dan tingkatan 2.  Ada  serba sedikit 
kemahiran IT, pun tidak mampu menggunakannya. Apakah sebabnya?
LCD   yang dibekalkan  amat  jarang  digunakan  semasa P&P.  Troli  yang lengkap  dengan 
speaker,   kabel,  power dsb.  Apakah  masalah guru di sekolah  sebenarnya tentang penggunaan 
alatan komputer ini?  Fobiakah dengan alatan tersebut?  Tidak mahirkah memasang alatan atau 
sambungan antara alatan?  Adakah bekalan elektrik tidak mencukupi?  Makmal komputer yang 
tidak lengkap prasaranakah ? Adakah masalah melibatkan penyelenggaraan komputer termasuk 
di makmal komputer?
Bagaimanakah   sokongan   daripada   pihak   pentadbir?  Adakah   guru­guru   dibenarkan 
menggunakan   LCD   dan   laptop   secara   bebas?  Adakah   para   guru   dibenarkan   menggunakan 
internet   sedia   ada   di   sekolah?  Apakah   permasalahan   antara   guru   dan   permasalahan   yang 
dihadapi oleh pentadbir? Apakah cara untuk mengatasi masalah ini?
Kewujudan Makmal Komputer di sekolah dirasakan sesuatu perkara yang wajib. Tujuannya 
untuk membolehkan pelajar dan juga guru menggunakan alatan yang disediakan sepenuhnya. 
Pelajar   dan   guru   bebas   belajar   menggunakannya   untuk   mengakses   maklumat,  mencari   data, 
meneroka   ilmu   baru   dsb.  Malangnya,   hal   ini   tidak   dapat   dijalankan   sepenuhnya.  Apakah 
masalahnya?
Bagaimana pula dengan persediaan guru di sekolah. Adakah mereka bersedia menyediakan 
bahan P&P berantarakan komputer ini?  Mampukah mereka merekacipta persembahan mereka 
menggunakan   word   processing   seperti  ms  Power   Point   dsb?  Bagaimana   pula   dengan 
menyediakan   bahan   P&P   secara   laman   web,   adakah   mereka  sudah   ada   kepakaran  di   bidang 
tersebut? Siapakah yang terlibat dalam pembangunan staf dibidang ini?

BEKALAN CD SOFTWARE DI SEKOLAH
Anggapan   bahawa   CD   software   yang   dibekalkan   oleh   pihak   kementerian   membantu 
pengajaran   dan   pembelajaran   sepenuhnya   adalah   tidak   tepat.  Kebanyakan   pendekatan   yang 
digunakan oleh pereka software mengabaikan teknik atau kaedah pedagogi yang pelbagai.  Isi 
kandungannya tidak relevan (Peter, 2001). 
Adakalanya, konsepnya tidak berubah seperti cara lama iaitu berpusatkan guru dan seperti 
gaya  menulis   buku.   Contohnya:   CD   Pengurusan   Jenazah   (Pendidikan   Islam)   bercorakkan 
syarahan.  Penerangan ilustrasi atau tayangan gambar yang disertakan bersifat ulangan dengan 
syarahan yang telah disampaikan.  Gaya  persembahan yang  sama. Menjadikan  ia  tidak menarik 
dan agak membosankan. CD: Loci In Two Dimension (Form 2 Mathematics) pula menggunakan 
perisian Authorware Macromedia.  Ada  pembelajaran interaktif dari satu tahap lemah ke tahap 
yang   lebih   tinggi.  Namun,   ada   juga   aktiviti   yang   membingungkan   pelajar   dan   guru   untuk 
menerokanya. 
Rekabentuk modul P&Pnya adalah tidak menepati kehendak guru.  Ada  sesetengah guru 
yang menggunakan CD software terpaksa mengedit semula bahan­bahan tersebut agar sesuai dan 
tidak membosankan pelajar untuk memberi penerangan atau perbincangan. 
Walaubagaimanapun,   CD   software   yang   digunakan   adalah   sesuai   untuk   pembelajaran 
kendiri  pelajar.  Pelajar  belajar atau meneroka sendiri di  luar kelas samada di  rumah  atau   di 
makmal komputer kerana ia memerlukan banyak masa. Komputer perlu ada di depan mata. 
Ini adalah kerana penerokaannya memerlukan minat dan kesediaan diri yang seratus peratus 
supaya   kaedah   inkuiri   (Mak   Soon   Sang,   1997)   yang   digunakan   dalam   CD   software   dapat 
diterima. Sekiranya tidak, proses penerokaan ini menjadi bosan. Pelajar tenggelam punca. Tidak 
jelas apa yang perlu dipelajari. Akhirnya, apa yang diperolehinya cuma membuang masa.
Ada sebahagian guru menghadapi masalah untuk membuka CD yang dibekalkan. Ini adalah 
kerana software tersebut tidak boleh dibuka atau dibaca oleh komputer laptop yang dibekalkan. 
Contohnya: iBook G4 Apple (Mac Os). Ia tidak “compatible”. Inilah salah satu sebab mengapa 
sebahagian guru tidak dapat menggunakan CD yang dibekalkan.
Apabila komputer iBook Apple tidak dapat membaca CD Kementerian yang diberikan, 
maka   guru   tersebut   mengambil   inisiatif   merekabentuk   P&P   dengan  ms  Power   Point   untuk 
dipersembahkan   kepada   pelajar.  Persediaan   bahan   P&P   memerlukan   masa,   kesungguhan, 
kreativiti, minat dan kesabaran.  Sebagai contohnya, bagi 2 masa pengajaran mengambil masa 
lebih   seminggu   untuk   menghasilkan   sendiri   bahan   tersebut.  Dalam   pada   yang  sama,   P&P 
dijalankan secara biasa: chalk and talk dan perbincangan, Sehingga habis topik tersebut bahan 
presentation tersebut masih tidak selesai pembuatannya. 

LAPTOP, LCD DAN TROLI 
Microsoft Office XP merupakan perisian biasa yang terdapat dalam mana­mana laptop 
biasa. User friendly. Mudah diadaptasi dan diaplikasi oleh sesiapa sahaja. Namun ia menjadi luar 
biasa jika seseorang itu dibekalkan dengan iBook Apple  yang menggunakan perisian Mac Os X. 
Suatu perisian yang baru dan tidak biasa. 
Banyak program tidak boleh dibaca dan diinstall secara bebas. Hatta printer tertentu
sahaja yang boleh digunakan. Untuk memaksimumkan penggunaan laptop Apple tersebut, maka
guru itu perlulah dibantu dengan pembelian buku rujukan mengenainya. Urusan jual-beli di
sekolah dipermudahkan. Ini adalah kerana, ia tidak lagi hanya menunjukkan resit pembelian,
malah memerlukan 2-3 borang yang melemaskan guru-guru untuk mengisinya.
Penggunaan LCD di sekolah juga tidak dapat digunakan sepenuhnya. Melainkan
kedudukan LCD ditetapkan pada suatu tempat seperti yang berlaku di makmal sains dan bilik
media. Ada juga LCD di makmal komputer. Cuma penggunaan makmal komputer perlu
dipromosikan dan beberapa kemudahan perlu diperbaiki. Persediaan untuk pemasangan dan
pembukaan kabel tertentu di kelas mengambil masa yang lama iaitu 5 hingga 10 minit. Jadinya,
peruntukan masa untuk pemasangan LCD boleh mengambil masa 10 hingga 20 minit masa
pembelajaran. Keadaan inilah merencat penggunaan LCD dikalangan guru.
Troli yang disediakan oleh kerajaan diabaikan penggunaan di kelas. Kedudukan
penyimpanannya yang berjauhan dari kelas P&P. Bilik simpanan yang berkunci dan troli yang
perlu ditolak ke kelas juga memerlukan tambahan masa P&P. Pada awalnya sahaja, para guru
menggunakannya. Namun, akibat kengkangan masa dan silibus pembelajaran, akhirnya troli
terus tersimpan di bilik persembunyiannya. Inilah realiti di sekolah.

PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER
Makmal komputer adalah salah satu tempat yang menarik. Kedudukannya seharusnya
strategik. Tidak berapa jauh dengan bilik guru, perpustakaan, pejabat, kelas, kantin dan tandas.
Hal ini sepatutnya difikirkan. Apabila keselamatan difikirkan dan prasarananya diabaikan.
Jadilah ia gajah putih di sekolah. Kedudukan makmal ini sangat penting. Sekiranya prasarana ini
tidak diendahkan, maka apa yang terjadi di sekolah, penggunaannya semakin dipinggirkan.
Penyelaras makmal komputer juga perlu diberi masa pengajaran yang rendah. Baru-baru
ini, guru penyelaras makmal komputer diarahkan hanya 8 jam masa pengajarannya untuk
menguruskan makmal komputer dan membaikpulih komputer. Tugas penyelaras ini adalah suatu
tugas khas. Ia tidak mampu untuk dilaksanakan sekiranya pelbagai jawatan khas lain dipegang
seperti SU Peperiksaan, Guru Tingkatan, Emis dsb. Hal ini berlaku di sekolah.
Adalah lebih baik, sekiranya jawatan juruteknik komputer diwujudkan di sekolah. Ia
memudahkan pihak guru penyelaras makmal. Ia membantu tugas-tugas penyelenggaraan
penyelaras makmal boleh menumpukan perhatian kepada hal pembangunan IT di sekolah iaitu
pelajar, guru, staf sokongan, laman web sekolah yang memerlukan masa yang banyak untuk
dimurnikan.

NETWORK DAN PERISIAN KOMPUTER
Wawasan   e­Malaysia   2020   ialah   melahirkan   generasi   masyarakat   yang   bermaklumat, 
berpengetahuan dan bersahsiah. Justeru itu sekolahlah yang menjadi asasnya. Sekolah termasuk 
guru, alatan komputer, network, perisian komputer, pentadbir, pelajar, staaf sokongan, jabatan 
kementerian dan masyarakatpun terlibat sama.
Sekolah­sekolah   telah  dibekalkan   dengan  modem  oleh   pihak  Kementerian  Pendidikan 
Malaysia   supaya   memberi   keistimewaan   warga   sekolah   untuk   mengakses   maklumat   melalui 
internet.   Bahan­bahan   ilmu   terkini   boleh   diperolehi   dari   internet   dengan   kadar   yang   segera. 
Komunikasi berperantarakan komputer juga boleh dijalankan sama bagi menginduksi P&P yang 
lebih menarik.
Namun, jika network terhad, maka penggunaannya adalah tidak berbaloi. Setakat makmal 
komputer,   pejabat   dan   perpustakaan.  Bagaimana   guru   atau   pelajar   ingin   menggunakan 
kemudahan  tersebut   sekiranya   makmal   komputer   sentiasa   berkunci,   pejabat   tidak   dibenarkan 
bebas   penggunaannya   dan   perpustakaan   hanya   di   bahagian   pentadbiran   sahaja.  Bagaimana 
matlamat wawasan ini dapat direalitikan?
Komputer   di   sekolah   juga   perlu   mempunyai   perisian   yang   terkini   agar   mampu 
menggunakan   kemudahan   internet   dan   seangkatan   dengannya.  Perisian   msWindow98   perlu 
diupgradekan   untuk   memudahkan   beberapa   program   seperti   USB   port   boleh   berfungsi.  Ini 
adalah   kerana,   rata­rata   alat  simpanan   data   pada   masa   kini   menggunakan   thumb   drive  yang 
menggunakan USB port, begitu juga dengan kamera digital, printer, scanner dsb.

SIKAP PENTADBIR
Sesungguhnya, pihak pentadbir sebenarnya mempunyai beban tugas yang sangat berat. Di 
mana   jika   mereka   tidak   menjalankan   amanah   yang   diberikan   atau   menyalahgunakan   kuasa, 
mereka akan menjadi penyebab utama kerana tidak menjayakan matlamat pendidikan negara dan 
wawasan e­Malaysia 2020. Selain itu, mereka perlu juga menjawap di depan tuhan dikemudian 
hari   kelak   dan   akan   diazab   dengan   pedih   sekali   kerana   melambatkan   kerja­kerja   baik   dan 
menghalang kemungkaran. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat.
Sikap keterbukaan, toleransi, percaya kepada pekerja bawahan adalah amat diperlukan di
mana-mana jabatan. Jika tidak, terjadilah banyak perkara tidak puas hati antara dua pihak. Kerja
yang dilakukan tidak rela dan terpaksa. Kesan ini memberikan rasa tidak baik dan tidak selesa
kepada guru-guru untuk menjalankan usahanya ke arah pengajaran dan pembelajaran
berperantarakan komputer. Kebajikan guru juga perlu dijaga.
Masa dan tenaga yang dicurahkan perlu dihargai dengan membenar dan memudahkan
penggunaan komputer dan internet secara bebasnya. Guru-guru juga perlu faham sekiranya
menyalahgunakan kemudahan akan memberi kesan kepada kehidupannya kelak. Iaitu tiada
keberkatan. Duit sentiasa tidak mencukupi, hati sentiasa gelisah, harta dicuri, dimusuhi orang
dsb.
Pengalaman  ditegur  dan  dimarahi   oleh  pentadbir   kerana  kesalahan  tidak  menjalankan 
tugas adalah wajar. Namun, jika sedang menjalankan tugas menghantar e­mail ke pihak jabatan 
tertentu,  ia  adalah   suatu   perkara   yang   menyakitkan.  Pengalaman   negatif   ini   merencat   dan 
memperlambatkan usaha seseorang guru itu untuk berbakti dengan jayanya.
Sikap   pentadbir   terhadap   penggunaan   komputer   juga   adalah   sangat­sangat   penting. 
Mereka   perlu   menggalakkan   penggunaan   komputer   dan   LCD   kepada   semua   guru.  Bukan 
menghalang mereka menggunakannya sesama mereka.  Ada  sesetengah pentadbir menghalang 
penggunaan   LCD   untuk   tayangan   semasa   bekerja.  Walhal,  ia  adalah   suatu   pengajaran   dan 
pembelajaran informal yang dilakukan untuk pengetahuan guru lebih­lebih lagi kepada guru yang 
fobia kepada komputer.
Kertas kerja, perbincangan, mesyuarat dan dokumentasi yang perlu diadakan di sekolah 
juga   boleh   dilakukan   secara   on­line.  Penggunaan   e­mail,   laman   web,   e­Forum   dsb   perlu 
digalakkan kepada semua pekerja bawahannya. Kertas kerja dan dokumentasi bolehlah disiarkan 
melalui laman web sekolah.  Mesyuarat tidak perlu lagi diadakan selalu sehingga mengganggu 
P&P di sekolah. Ia boleh dilakukan melalui e­Groups dsb. Perbincangan dan idea­idea baru akan 
sentiasa dibaikpulihkan. Ini boleh terjadi dengan sokongan dan kerjasama oleh pihak pentadbir.

PERSEDIAAN GURU
Guru­guru dewasa ini telah didedahkan dengan penggunaan komputer.  Kursus Celik IT 
juga  disediakan oleh  pihak jabatan  setiap negeri  sehingga  tahun  2007 .  Selepas tahun 2007, 
sesiapa guru yang dikenalpasti tidak mahir menggunakan komputer  akan  disenaraikan.  Justeru 
itu, semua guru perlu bersedia untuk belajar dan memahirkan diri menggunakan komputer dan 
internet. 
Apa   yang   didapati   di   sekolah   pada   masa   kini,   masih   ramai   guru   tidak   tahu 
mengaplikasikan msWord, msExcel, msPowerPoint. Akaun E­Mail tiada menunjukkan guru­guru 
di sekolah tidak menggunakan internet di rumah. 
Ini mungkin disebabkan tiada keperluan menggunakan komputer dan internet dan juga 
kengkangan   masa.   Jadi,   pihak   tertentu   perlu   bertindak   agar   pihak   guru   diberi   peluang 
menggunakan internet dan komputer dengan mudah. Guru juga seperti pelajar yang memerlukan 
ruang dan masa yang selesa pada masa­masa tertentu. Mungkin semasa di rumah. Mungkin juga 
bila berada di sekolah. 
Adalah baiknya network disediakan di bilik guru untuk memberi kemudahan guru­guru 
mengakses komputer bagi suatu tujuan yang baik. Guru­guru juga perlu diberi insentif untuk 
menggalakkan penggunaan internet di rumah dari peruntukan panitia dsb. Bagi pembangunan 
ilmu dan penggunaan pengurusan sekolah kelak.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KOMPUTER
Apabila masalah-masalah diatasi dan diperbaiki, para guru kian mahir menggunakan
aplikasi pada komputer maka langkah berikutnya adalah menggunakan kemahirannya kepada
pelajar di kelas pula. Setiap guru mampu menyedia dan menguruskan bahan P&P secara on-line.
Pengajaran tidak lagi kepada berpusatkan guru. Malah berpusatkan murid pula.
Bahan-bahan pengajaran tersedia dalam talian dan boleh dibuka dan diedarkan kepada
pelajar dengan kadar yang segera. Maklumbalas juga diperolehi dengan cepat.
Kengkangan masa untuk berbicara tentang hal lanjut kepada pelajar tidak setakat di kelas.
Ia boleh diatasi dengan penggunaan e-Forum dan e-mail. Masalah pembelajaran pelajar dapat
diketahui disebabkan pelajar lebih berani bersuarakan masalah pembelajaran mereka secara
maya. Perbincangan e-Forum juga boleh dilakukan dikalangan pelajar sendiri dan guru boleh
memantau perbincangan tersebut. Teknik pembelajaran koperatif dan kolaboratif boleh
digunakan secara tidak langsung (Salleh, 2000).
Pelajar dapat dibimbing diberi nasihat secara tidak langsung dengan menggunakan
komputer melalui komunikasi berperantarakan komputer. Bagi guru pula, mereka juga boleh
melakukan perbincangan secara e-Forum tanpa mengganggu masa pengajaran mereka. Masa
senggang pada hari-hari bekerja boleh dijadikan medan untuk berbincang dan mengakses
maklumat yang banyak dari dalam dan luar negeri. Semakin banyak guru mengakses bahan,
semakin banyak ilmu yang akan dipelajari. Maka guru yang bermaklumat dan berpengetahuan
inilah dapat menjalankan P&P dengan baik. Seterusnya wawasan e-Malaysia dapat dicapai.
Mesyuarat guru, mesyuarat PIBG, mesyuarat Guru Tingkatan, mesyuarat Sukan dsb tidak 
akan mengambil masa yang lama dan kerap jika kaedah komunikasi berperantarakan komputer 
ini   diimplementasikan.  Tiada   lagi   masalah   masa   atau   tempat   untuk   perbincangan.  Melalui 
komunikasi ini, perbincangan boleh dilakukan di mana dan bila­bila masa sahaja.
Pentadbir dan setiausaha dapat memantau projek yang ingin dijalankan dengan segera.
Komunikasi berlaku dengan cepat. Jadi segala tindakan dapat dilaksanakan dengan segera walau
jarang berjumpa. Mesyuarat secara bersemuka selalunya tidak menggunakan konsep menang-
menang. Selalunya, banyak ahli yang membisu tidak bersuara walau tidak berpuas hati dengan
perjalanan sesuatu projek. Masalah ini dapat diselesaikan dengan kemudahan komunikasi ini.

KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat dilaksanakan dengan baik dan
mudah sekiranya masalah-masalah yang dibincangkan di atas dibaikpulih. Persediaan guru
adalah tersangat penting kerana gurulah agen perubahan bagi menggunakan konsep P&P dalam
pengajaran mereka.
Kemahiran mereka menggunakan komputer perlu dipantau oleh pihak-pihak tertentu agar
piawai dengan zaman sekarang. Pentadbir perlu memberi sokongan moral yang tinggi kepada
guru-guru untuk memudahkan guru mendekati dan memahirkan diri dengan komputer.
Komputer yang disediakan haruslah berdaya untuk menjalankan operasi melibatkan
internet dan bahan-bahan P&P yang disediakan. Penyediaan network atau rangkaian haruslah
disediakan secara meluas sehingga ke kelas-kelas, kantin, surau, dewan, bilik guru, asrama, dorm
dsb supaya memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya di mana-mana yang selesa.
Pentadbir juga perlu mempunyai sikap yang positif kepada guru-guru yang berminat untuk
menggunakan kemudahan komputer di sekolah.
Rujukan:

Maarof Redzuan dan Haslinda Abdullah, Psikologi Edisi Kedua, McGrawHill, 2004.

Laman E-komuniti UKM. Atas talian http://www.ukm.my/ekomuniti/. Mac 2005.

LearningCare System User’s Manual 2003. Atas talian http://www.mitech.com.my. Januari 2003.

Introduction to WebCT. Atas talian


http://www.csus.wdu/uccs/webct/faculty/train/manual_3x/01intro3x.htm. Februari 2004.

Norizan Abdul Razak Phd, Mohd Azul Mohamad Salleh, Nik Hairi Omar, Memacu Kerjasama
ke arah E-Pembelajaran: Isu dan Cabaran UKM & UNPAD, Pusat Kajian E-Komuniti, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2000

Peter J. Denning, When IT Becomes a Profession, George Mason University, August 2001.

Roach, R. Transformative Connections. Black Issues in Higher Education v. 22 no. 2 (March 10


2005) p. 32-5
Atas talian,
http://vnweb.hwwilsonweb.com/hww/jumpstart.jhtml?recid=0bc05f7a67b1790eecc4e5b16b83ac
7b567e218f3ac66f4f6b1644cff85eac23bcc88e3437f12af7&fmt=H

Atas talian,
http://www.shkaminski.com/Classes/Handouts/powerpoint.htm#For%20Teach
ers
http://www.shkaminski.com/Classes/Handouts/powerpoint.htm#For%20Stude
nts

Goldberg, R., et. al., A Novel Approach to Curing Quantiphobia. Mathematics and Computer
Education v. 37 no. 1 (Winter 2003) p. 39-54
Atas talian:
http://vnweb.hwwilsonweb.com/hww/jumpstart.jhtml?recid=0bc05f7a67b1790eecc4e5b16b83ac
7b29c1c1ff5a8a72a3128055bc136608470efa06646f6dc4ef&fmt=H

Goldsborough, R. Teaching Good Computing Habits, Not Bad. Black Issues in Higher
Education v. 20 no. 11 (July 17 2003) p. 38

Atas talian, http://www.infotoday.com/linkup/lud061503-goldsborough.shtml

Fortunato, J. Selling Your Students on Spreadsheets. Learning and Leading with Technology v.
30 no. 2 (October 2002) p. 28-31
Atas talian www.holtsoft.com/chris/BEITPres2001.pdf

Stephenson, C. Computer Science Education: Looking Back and Looking


Ahead. Learning and Leading with Technology v. 30 no. 2 (October 2002) p.
6-9, 44-5
Van Dam, J. Leading the Leaders. Learning and Leading with Technology v. 30
no. 4 (December 2002/January 2003) p. 64

Rovai, A. P., et. al., Explaining and Predicting Resistance to Computer


Anxiety Reduction among Teacher EducationStudents. Journal of Research
on Technology in Education v. 35 no. 2 (Winter 2002/2003) p. 226-35

Murdoch, S. What a Difference Technology Makes. Learning and Leading with


Technology v. 30 no. 1 (September 2002) p. 28-9
Salleh Long, Maklumat Tentang Projek, SMKTAM, 2000
Atas talian http://www.anglefire.com/mi/salleh/infoprojek.html

Jamalludin, Baharuddin dan Zaidatun, Pembangunan Perisian Multimedia,


Satu Pendekatan Sistematik, Venton Publishing, 2003.

Portal Learning Care atas talian http://portal.ukm.my/educare/. Mac 2005.

Yahoogroups atas talian http://asia.groups.yahoo.com/group/form1smkbts. September 2005.

You might also like