Isu Penambakan
Pantau penambakan laut
Oleh: ABDUL RAZAK DIN (Wartawan Utusan)
14 Julai 200811 Rejab 1429Penambakan boleh didefinisikan secara ringkas sebagai proses `korek' kemudian`tambak'. Ini bermaksud projek penambakan memerlukan bahan timbus (lazimnya pasir)dan proses pengorekkan bahan timbus tersebut.Dalam konteks lazim, pasir laut dikorek dan kemudian dipindahkan ke tempat penambakan untuk kerja-kerja penimbusan.Contoh mudah, pihak Singapura mengambil pasir dari Malaysia atau Indonesia, diangkut dan kemudiannya ditimbuskan di PulauTekong.Menurut Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof. Dr. AbdulAziz Ibrahim, kerja pengorekkan pasir laut di lokasi yang sensitif (dari sudut perikanan)mendatangkan kesan negatif.Kerja penambakan di lokasi yang sensitif contohnya dikawasan bakau, berhampiran pelabuhan juga mendatangkan masalah.Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kajian Hidraulik Malaysia (Nahrim)yang pakar dalam bidang kerja-kerja penambakan laut menjelaskan, Malaysiamempunyai garis panduan sendiri yang sedang diterima pakai untuk melaksanakan projek ini tanpa meninggalkan kesan terhadap alam sekitar.Katanya, kalau kita kaji negaraBelanda, 40 peratus tanahnya adalah hasil penambakan. Kita di Malaysia begitu jugaSingapura banyak mempelajari selok-belok penambakan ini dari Belanda.Belanda telah begitu lama menjalankan kerja-kerja ini (sehingga sekarang) tetapi tiada pun rungutan dari negara jiran.Jadi apakah persoalannya, mengapa di rantau sebelah siniia menimbulkan masalah? Adakah mentaliti orang kita `bila terhantuk baru terngadah'selalu menimbulkan masalah?Dalam hal ini, penambakan oleh pihak Singapura telah berjalan berpuluh tahun tetapimengapa sekarang dipersoalkan?Apa yang kita buat selama ini? Adakah pemantauandibuat? Jika ada, apa tindakannya?Pencerobohan pada dasarnya pelanggaran sempadan perairan antarabangsa yang telahdipersetujui bersama. Dalam isu penambakan laut di selatan tanah air, tindakan Singapuramemang sah satu pencerobohan.Dari konteks kerja-kerja penambakan oleh Singapura, bentuk pencerobohan ini bermaksud penambahan kawasan tanah secara fizikalnyamelampaui garis sempadan yang hakikatnya berbentuk imaginasi atau maya.Ini hakikatnya kata Abdul Aziz, belum lagi berlaku di sekitar kawasan yang ketara iaitudi sepanjang Selat Tebrau.Apa yang berlaku dan sedang hangat diperkatakan ialah pembesaran pulau-pulau milik Singapura melalui tebus guna laut atau tambak laut.Apa yang perlu difikirkan juga apakah `penyempitan' Selat Tebrau menerusi penambakanoleh mana-mana pihak boleh dianggap menceroboh walaupun sempadan itu belum