You are on page 1of 5

MAJLIS MENANDATANGANI

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU)


ANTARA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA
DENGAN UNIVERSITI PUTERA MALAYSIA

PADA 13 JULAI, 2008

MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI

3.00 Ptg Ketibaan Tetamu Mengumumkan Ketibaan Yang Amat Berhormat Ramlah
Khas Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar
Terengganu diiringi Y.B. Tuan Haji Ashaari bin Idris,
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita
Dan Masyarakat Negeri.

Tetamu Khas
Duduk

Selesai Tetamu Sirih Berlipat Sirih Pinang Ramlah


Khas Duduk Sirih Dari Pulau Mutiara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad bin Said,


Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan
Pembangunan Keluarga Terengganu

Y.B. Tuan Haji Ashaari bin Idris, Pengerusi


Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan
Masyarakat Negeri merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Program Yayasan Pembangunan
Keluarga Terenganu

Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik Mustapha bin R.


Abdullah
Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia

Pensyarah-Pensyarah Universiti Putra Malaysia

Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 1


Yang Berusaha Encik Mohd Shafaruddin bin
Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan
Keluarga Terengganu

Ketua-Ketua Jabatan, Pihak Media, Tuan-Tuan


dan Puan-Puan yang dihormati dan dirahmati Allah
sekalian.

Dimajlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kelapangan
masa untuk bersama-sama menjayakan Majlis
Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU)
antara Yayasan Pembangunan Keluarga
Terenganu dengan Universiti Putra Malaysia.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah


sama-sama kita membaca Ummul Kitab Al-
Fatihah. Bismilallahirahmanirahim...........

Selesai Bacaan Amin. Ya Rabbilalamin. Ramlah


Fatihah

Ucapan Y.Bhg Naib Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Ramlah


Canselor, Universiti Majlis pada petang ini diteruskan dengan
Putra Malaysia mempersilakan Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik
Mustapha bin R. Abdullah, Naib Canselor,
Universiti Putra Malaysia untuk menyampaikan
ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Selesai ucapan Demikian tadi, ucapan oleh YAB Menteri Besar


Naib Canselor, Terengganu. Majlis mengucapkan ribuan terima Ramlah
Universiti Putra kasih.
Malaysia

Ucapan Balas Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Ramlah


YAB Menteri Besar Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad bin Said,
Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan
Pembangunan Keluarga Terengganu
untuk menyampaikan ucapan. Dengan
hormatnya dipersilakan.

Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 2


Selesai Ucapan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ramlah
YAB Menteri Besar Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik Mustapha bin R.
Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia
di atas ucapan itu tadi.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu baru dilancarkan Ramlah


menandatangani Menjadi kebanggaan rakyat Terengganu
MOU antara YPKT Tibalah masa yang dinanti-nantikan
dengan UPM Bersama saksikan acara tandatangan MOU

Majlis dengan sukacita dan hormatnya


mempersilakan YBhg. Encik Mohd Shafarudin bin
Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan
Keluarga Terenganu dan Yang Berbahagia Prof.
Datuk Nik Mustapha bin R. Abdullah, Naib
Canselor Universiti Putra Malaysia untuk
menandatangani Buku MOU.

Majlis Menandatangani MOU ini akan disaksikan


oleh YAB Menteri Besar Terengganu dan YB Ahli
Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dipersilakan.

Selesai Majlis Dipersilakan Tuan Pengarah dan Y.Bhg Prof. Datuk Ramlah
Menandatangani untuk bertukar Buku MOU.
MOU
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’,
Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan
Negeri, Y.Bhg Prof. Datuk dan Tuan Pengarah
diatas sempurnanya majlis menandatangani MOU
sebentar tadi.

Majlis Penyampaian Majlis dengan sukacitanya menjemput YAB Ramlah


Cenderamata Menteri Besar untuk Menyampaikan Cenderahati
kepada YBhg. Prof. Datuk Naib Canselor.
Dipersilakan.
Dijemput YBhg. Prof. Untuk menyampaikan
cenderahati kepada YAB Dato’. Dipersilakan.

Selesai Majlis Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Ramlah


Penyampaian
Cenderamata

Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 3


Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Ramlah
Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU)
diantara Yayasan Pembangunan Keluarga
Terengganu dengan Universiti Putra Malaysia.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan


penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli
Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan,
Pihak Media, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang
hadir menjayakan majlis yang penuh bermakna
pada petang ini.

Gunung Pantai tinggi mengawan


Nampak dari Padang Temu
Sampai di sini tuan dan puan,
Ada hayat kita bertemu

Sidang Akhbar Sebelum berpisah, Majlis mempersilakan Yang


Berusaha Tuan Pengarah Yayayasan
Pembangunan Keluarga Terengganu untuk
menjemput dan mengiringi Yang Amat Berhormat,
Y.Bhg Datuk dan Yang Berhormat ke Sessi Sidang
Akhbar.

Jamuan Ringan dan Dijemput para tetamu untuk menikmati jamuan


Bersurai ringan di Bilik sebelah.

Sekian, selamat sejahtera dan Assalamu'alaikum


wbt.

Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 4


MAJLIS MENANDATANGANI
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU)
ANTARA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA
DENGAN UNIVERSITI PUTERA MALAYSIA

13 JULAI, 2008 (Ahad)

3.00 Petang

Tingkat 18, Wisma Darul Iman


Kuala Terengganu

Ramlah binti Idris


Pengacara Majlis

Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 5

You might also like