You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Bulan Bahasa Kebangsaan telah menjadi agenda tahunan sekolah. Pada tahun ini,

pelancaran peringkat sekolah telah dibuat pada 18 Oktober 2010.

Perancangan rapi telah dibuat diperingkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah di atur bagi

menjayakan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pada tahun ini tema yang telah diberi ialah

“ Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara.”

Tujuannya ialah untuk mendidik pelajar supaya cintakan negara sendiri. Bahasa adalah

satu alat komunikasi yang boleh digunakan untuk perpaduan rakyat. Negara Malaysia

yang terdiri daripada pelbagai kaum memerlukan satu bahasa komunikasi.

Bahasa yang difahami semua kaum memudahkan mereka berinteraksi sesama sendiri

bagi mencapai satu hasrat dan matlamat yang sama. Bahasa melambangkan bangsa.

Tanpa bahasa manusia tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka akan

tersekat dalam menyuarakan tentang satu permasalahan. Akibatnya akan timbul

perbalahan dan persengketaan sesama sendiri.

Bertepatan dengan itu, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mengimbangi aktiviti

kurikulum di dalam kelas agar dapat melahirkan generasi yang berkualiti seterusnya

merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1
2.0 RASIONAL

Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan sebagai satu usaha murni ke arah melahirkan pelajar

yang berdisiplin, bekerjasama dan mempunyai perasaan cintakan negara. Oleh yang

demikian ia akan mendorong para pelajar untuk menjadi seorang insan yang sayangkan

bahasa, negara dan stabil dari segi mental, fizikal dan emosi. Selain itu ia juga dapat

menyemarakkan program kokurikulum sekolah. Seterusnya meningkatkan

kecemerlangan Pendidikan Negara dengan melahirkan insan pelajar yang seimbang dari

segi rohani dan jasmani.

3.0 OBJEKTIF

Objektif Bulan Bahasa Kebangsaan ialah,

1. Memantapkan, memperkukuhkan dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa

Malaysia

2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan

3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan

4.0 SASARAN

Sasaran Bulan Bahasa Kebangsaan ialah semua pelajar SMK Seksyen 24, Shah Alam,

Selangor.

2
5.0 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Puan Norizam Bt Hussin


(Pengetua SMK Seksyen 24)

Naib Pengerusi : Puan Hasimah Bt Hussin


(Penolong Kanan 1)

Setiausaha : Puan Hamidah Bt Abdul Hamid


(GKMP)

Jawatankuasa Pelaksana

Tayangan video : Puan Siti Zaleha Bt Hashim

Persembahan : Puan Hamidah Bt Abd. Hamid


Puan Junaidah Hanim Bt Muhamad

Gimik : Puan Junaidah Hanim Bt Muhamad

Pertandingan : Puan Zuziana Bt Shahuri


Puan Maisharah Bt Abdullah

Backdrop : Puan Norazrianti Bt Misngan

Hadiah : Puan Normala Bt Zainuddin


Puan Noorsam Bt Manan

Sijil : Puan Azlida Bt Abdul Manan

Buku program : Puan Hanita Bt Samadi

Persiapan pentas dan dewan : Puan Zaidah Bt Basri

Dokumentasi : Encik Rasidi Bin Md Sidik

P.A sistem : Encik Muhamad Hamdi Bin Jusoh

Pengacara majlis : Puan Jama’iyah Bt Aziz


Puan Norazrianti Bt Misngan

3
6.0 CARTA GANTT/JADUAL PELAKSANAAN KERJA

AKTIVITI / BULAN 9 9 9 9 10 10 10 10
MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4

1 Mesyuarat jawatankuasa induk X

2 Mesyuarat jawatankausa pelaksana X

3 Mesyuarat jawatankuasa kecil X

4 Pembahagian tugas X

5 Persiapan tempat X

6 Senarai jemputan X

7 Hari Pertandingan X

8 Majlis Penutup dan Penyampaian X


Hadiah

9 Penilaian X

10 Dokumentasi X

7.0 PENILAIAN

Semua aktiviti berjalan lancar dengan bantuan semua ahli jawatankuasa yang terlibat.

Kerjasama daripada pelajar juga amat menggalakkan. Objektif telah mencapai

matlamatnya kerana semua pihak yang terlibat telah menunjukkan komitmen yang tinggi

untuk menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang.

4
5
6

You might also like