You are on page 1of 15

INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU,

MELAKA

KERTAS KERJA PERMAINAN


TRADISIONAL : GALAH
PANJANG

KPLI AMBILAN JUN 2009

KPLI JUN 2009@IPPM MELAKA


KERTAS KERJA
PERMAINAN TRADISIONAL
GALAH PANJANG

AKTIVITI PERMAINAN TRADISIONAL KPLI AMBILAN JUN 2009


INSTITUT PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA

1.0 PENGENALAN
Aktiviti permainan tradisional merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan
silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara pelajar-pelajar kpli ambilan jun
2009 di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Tujuan permainan
tradisional diadakan adalah untuk memupuk semangat kekeluargaan di antara
para pelajar kpli. Hal ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam
pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam
melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran
pertandingan ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan
meningkatkan kerjasama antara semua pelajar. Aktiviti ini dijalankan adalah
sebagai satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara semua pelajar.
Semoga aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan yang telah sedia
terjalin agar lebih rapat lagi. Selain itu, ia juga diharap dapat mengurangkan
tekanan para pelajar.

2.0 RASIONAL
Rasional permainan tradisional ini diperkenalkan adalah untuk
membolehkan para pelajar mengetahui cara hidup masyarakat pada masa dahulu
serta bagaimana mereka memenuhi masa lapang. Selain itu ia juga
membolehkan para pelajar mengetahui cara masyarakat dahulu mengeratkan
hubungan sesama sendiri.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
silaturahim di kalangan pelajar-pelajar.
3.2 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam
nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.3 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan
pelajar sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

4.0 TARIKH
4.1 Tarikh: 14hb Ogos 2009 (Jumaat)
4.2 Masa: 2.00 petang hingga 6.00 petang.
4.2 Tempat: Padang Bola Keranjang Institut Perguruan Melayu Melaka
4.3 Anggaran Bilangan Peserta: 21orang

5.0 KUMPULAN SASARAN


Terbuka kepada pelajar KPLI Insitut Perguruan Melayu Melaka ambilan Jun
2009.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN

7.0 PERANCANGAN
7.1 PERINCIAN TUGAS
7.2 TENTATIF PROGRAM
8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN
8.2 YURAN DAN JADUAL KUTIPAN
9.0 PENGISIAN PROGRAM
9.1 ACARA, PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT SUKAN RAGAM

10.0 PENUTUP
Dengan terlaksananya Hari Sukan Permainan Tradisional pelajar KPLI ambilan
Jun 2009 diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan
muhibbah di kalangan pelajar-pelajar, dapat mewujudkan persefahaman dan
semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar sekaligus dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif pendidikan jasmani untuk
mencapai kesan yang optima dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS). Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :

……………………………………..
( Nur Izati Abdullah )
Setiausaha Program
Aktiviti Sukan Permainan Tradisional Pelajar KPLI Ambilan Jun 2009,
Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM)
Tarikh : 5 Ogos 2009
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Puan Hjh. Noorhayatee Binti Md. Noor


Penaung : Pengarah Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka

Penasihat : Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani


Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka

Penyelaras : En. Mohd Zakaria Bin Julas

Pengerusi : Nur Fazariah Binti Zakaria

Naib Pengerusi : Zilfazlina Binti Kiffli

Setiausaha : Nur Izati Abdullah

Bendahari : Siti NurFaizah Binti Kipli

AJK Keselamatan : Azila Binti Abdullah

Urusetia Pendaftaran : Jusmawati Bin Zamhari

Urusetia Pengadilan : Robita Binti Ali Basah

Urusetia Publisiti dan : Azura Binti Joto


Tentatif Program

Urusetia Teknikal dan : Masyitah Binti Mat


Persiapan Tempat

Urusetia Perhubungan : Saidatul Shaida Binti Mohd Hussein


dan Cenderahati /
Hadiah

Urusetia Jamuan : Nurul Husna Binti Ismail


PERINCIAN TUGAS

Bil Perkara Tarikh Pelaksana Catatan


1 Penulisan Kertas Kerja 7 Ogos 2009 Ketua Program & Setiausaha
2 Pembentangan Kertas Kerja 9 Ogos 2009 Ahli Jawatankuasa Induk Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
3 Penubuhan jawatankuasa kerja dan 9 Ogos 2009 Semua ahli yang terlibat Setiap ahli jawatankuasa bergerak mengikut
struktur organisasi tugas yang telah ditetapkan
4 Penyelarasan jadual pelaksanaan 9 Ogos 2009 Semua ahli yang terlibat Semua AJK mengemukakan jadual
projek bagi setiap unit bahagian. pelaksanaan bagi setiap tugas masing-
Penjanaan idea / brainstorming masing.
5 Proposal dan Sumber kewangan. 11 Ogos 2009 Ahli Jawatankuasa Promosi & Membuat poster dan pengumumam pada hari
Jemputan / peserta / hadiah. Seranta perhimpunan.
6 Maklum balas penyertaan 11 Ogos 2009 Ahli Jawatankuasa Promosi Pembahagian nama peserta mengikut opsyen
dan aktiviti sukan ragam untuk memudahkan
sesi pendaftaran.
7 Persediaan tempat untuk perlaksanaan 14 Ogos 2009 Ahli Jawatankuasa Persiapan Menyediakan semua kelengkapan yang
program / Penyediaan bahan untuk diperlukan dan memastikan semua alatan
keseluruhan program. mencukupi dan dalam keadaan yang
sempurna.
8 Pertandingan aktiviti sukan ragam 14 Ogos 2009 Semua ahli yang terlibat Setiap ahli menjalankan tugas masing-
dimulakan. masing seperti yang telah ditetapkan.
9 Penyampaian Hadiah 14 Ogos 2009 Ahli Jawatankuasa Cenderahati Hadiah kepada setiap pemenang
10 Acara penutup 14 Ogos 2009 Semua ahli yang terlibat
TENTATIF PROGRAM

JUMAAT ( 14 OGOS 2009)


Masa Perkara Aktiviti
3.00 – 3.15 ptg Pendaftaran Khemah urusetia di padang
Peserta
3.15 – 3.30 ptg Kehadiran Tempat duduk pensyarah di Astaka
para
pensyarah
3.30 – 3.45 ptg Ucapan oleh En. Zakaria Bin Julas menyampaikan ucapan
penasihat sempena berlangsungnya aktiviti sukan
aktiviti tradisional.
3.40 – 4.00 ptg Aktiviti Pertandingan bermula
permainan
bermula
4.00 – 4.05 ptg Bersurai Majlis Tamat
ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Catatan Kuantiti Kos Kos


(perunit) keseluruhan
1 Makanan dan
minuman Makanan seunit RM30.00 RM30.00
Minuman seunit RM10.00 RM10.00
2 Hadiah Tempat pertama seunit RM10.00 RM10.00
Tempat kedua seunit RM7.00 RM7.00
Tempat ketiga seunit RM5.00 RM5.00
3 Cenderahati En. Zakaria Bin Julas seunit RM10.00 RM10.00

Jumlah RM72.00
YURAN DAN JADUAL KUTIPAN

YURAN = RM10.00 PER INDIVIDU

Nama Yuran
Nur Izati Abdullah RM10
Azura Binti Joto RM10
Jusmawati RM10
Siti Nurfaezah RM10
Masyitah RM10
Shahida RM10
Azila RM10
Zilfazlina RM10
Robita RM10
Nur Fazariah RM10
Nurul Husna RM10
Jumlah RM110
SISTEM PERMAINAN

PENGHAKIMAN / PEMARKAHAN
1. Johan pertandingan dikira berdasarkan ketangkasannya memasuki kawasan rumah
2. Untuk pertandingan galah panjang mata untuk setiap kedudukan adalah seperti
berikut:

Tempat Markah
Pertama 5
Kedua  4
Ketiga 3

10) GALAH PANJANG


Syarat-syarat:
1. Permainan ini dimainkan dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan
penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap opsyen perlu menghantar 10
pemain.
2. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan
lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah
sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari
gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan
garisan di sekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga
garisan melintang di dalam gelanggang.
3. Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan oleh kedua-dua ketua
pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan
pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya
dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.
Spesifikasi Gelanggang

4. Seorang pemain individu penyerang akan dikira mati jika dia dicuit oleh
pemain pasukan bertahan.
5. Pemain penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi
garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran
kedudukan pasukan.
6. Penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan
gelanggang.
7. Penyerang dikira menang jika dia dapat melepasi kesemua garisan hingga
kembali ke garisan permulaan. Lima mata diberikan kepada pemain yang
menang ini dan permainan akan dijalankan semula.
8. Mana-mana individu yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira
memenangi perlawan tersebut.
PENYERTAAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar KPLI ambilan Jun 2009 Institut
Perguruan Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
2. Semua permohonan masuk hendaklah dibuat menggunakan borang yang
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sahaja.

PEMBATALAN PENYERTAAN
1. Peserta lewat mendaftar pada hari pertandingan.
2. Peserta tidak hadir pada hari pertandingan.

MELAPOR DIRI
1. Setiap peserta dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyelia peserta lebih
awal iaitu 30minit sebelum acara dimulakan. Peserta yang tidak melaporkan diri
setelah 15minit sesuatu acara diumumkan dianggap opsyen tersebut sebagai
menarik diri.

PAKAIAN
1. Setiap peserta mestilah berpakaian sukan yang kemas pada setiap kali menyertai
acara yang disertainya. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
2. Semasa menerima hadiah, setiap peserta juga dikehendaki memakai track suit dan
berkasut sukan.

KESELAMATAN
1. J/K Pengelola dan pihak maktab tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta benda sebelum, semasa dan
selepas pertandingan.

ALAT-ALAT PERTANDINGAN
1. Semua alat pertandingan akan disediakan oleh J/K Pengelola.

BANTAHAN / RAYUAN
1. Bantahan / rayuan secara lisan hendaklah dibuat kepada referi sebaik sahaja
sasuatu acara tamat.
HAK J/K PENGELOLA
1. J/K Pengelola berhak untuk membuat keputusan atau apa-apa yang tidak
disebutkan dalam peraturan ini.
2. Setiap acara akan dimulakan mengikut tarikh, masa dan tempat seperti yang
dinyatakan dalam atur cara, tetapi jika perlu J/K Pengelola berhak membuat
sebarang perubahan.

FORMAT PERTANDINGAN
1. Semua pertandingan diadakan secara kalah mati. Di mana setiap pasukan opsyen
yang kalah tidak akan meneruskan pertandingan.
2. Kedudukan kumpulan adalah mengikut cabutan undi.

BORANG PEMARKAHAN

Peserta
OPSYEN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

P1
BORANG
PENDAFTARAN

GALAH PANJANG
NO. KAD TANDA
BIL NAMA PESERTA
PENGENALAN TANGAN

01.

02.

03.

04.

05.

06.

07.

08.

09.

10.
BORANG PEMARKAHAN

Peserta
OPSYEN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

P1

You might also like