ASERTIF DIRI
•
Asertif ialah keupayaan seseorang individu menyatakan apa yang adadalam fikirannya sama ada positif atau negatif. Individu yang bersikapasertif akan menyatakan sesuatu perkara melalui dua cara iaitu lisan dan bukan lisan.
•
Manakala mesej yang dinyatakan adalah secara berterus terang dan ianyamudah difahami oleh penerima mesej tersebut, penerima mesej tersebutakan merasa selesa dan dihormati. Mereka yang tergolong dalam golonganasertif amat menghormati hak orang lain. Contohnya menghormati idea,perasaan dan keperluan orang lain.
•
Walaupun begitu mereka juga merasakan bahawa mereka berhak untuk meluahkan hak dan perasaan mereka kepada individu lain.
•
Asertif adalah merupakan sikap yang seimbang diantara sikap pasif dansikap agresif. Mereka yang tergolong dalam golongan asertif ini selalunya berkeyakinan tinggi dengan diri sendiri.
•
Biasanya dalam menyelesaikan masalah, mereka yang bersifat asertif selalunya mengambil sikap memberi dan menerima seperti:a. “Saya percaya ... bagaimana fikiran anda?” b. “Saya lebih suka ...”c. “Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini?”
TINGKAH LAKU ASERTIF
•
Tingkah laku individu yang tergolong dalam golongan asertif adalahterbahagi kepada dua iaitu lisan dan tidak lisan.
•
Apabila individu yang bersikap asertif bercakap mereka akan bercakapdengan nada suara yang tetap dan sama, lancar dan teratur.