You are on page 1of 12

Pengenalan

Dalam Konteks Malaysia, terdapat suatu polemik dalam kalangan sejarawan tentang kesan

positif Kolonialisme barat terhadap perkembangan Sosioekonomi bagi Tanah Melayu,

Sarawak dan Borneo Utara. Selanjutnya perbahasan ini juga turut mencakupi perkembangan

ekonomi dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke 19 hingga Abad ke 20.

Perkembangan ini seterusnya menjadi suatu isu yang berbangkit iaitu antara kesan positif

atau negetif Kolonialisme barat Di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Yang manakah yang

dilihat sebagai faktor dominan ke atas Sosioekonomi Malaysia pada zaman tersebut. Oleh itu,

bagi merungkai persoalan ini, kita harus memahami akan erti Kolonialisme dan

Sosioekonomi itu sendiri.Oleh itu, Kolonialisme bermaksud usaha untuk menguasai sesebuah

wilayah dengan mengendalikan urusan dalaman negeri itu bagi kepentingan pihak penjajah

khususnya dari aspek politik dan ekonomi1 Sosioekonomi pula bermaksud suatu kajian

tentang perkembangan negara yang berhubung rapat dengan aspek ekonomi dan aspek

kemasyarakatan.2 Selanjutnya pula, kita akan memecahkan lagi aspek Kemasyarakatan itu

kepada beberapa subsektor iaitu soal kesihatan , pendidikan, taraf hidup masyarakat dan

sebagainya manakala aspek ekonomi itu sendiri pula boleh dipecahkan kepada beberapa

buah sub-bidang seperti modal, teknologi, buruh dan keusahawan 3 . Oleh itu esei ini akan

memberi penekanan tentang sejauhmanakah kesan positif kolonialisme barat terhadap

perkembangan sosioekonomi di Tanah Melayu berbanding dengan Sabah dan Sarawak .

dengan melihat kepada aspek kemasyarakatan dan ekonomi yang menjadi subbidang kepada

sejarah sosioekonomi itu sendiri.Namun begitu,secara dasarnya, saya bersetuju bahawa

kesan positif kolonialisme barat adalah lebih dominan sebanyak seratus peratus di Tanah

1
Khoo Kaj Jin, “Kedah diantara Imperialisme dan Kolonialisme: 1880-1909”. Dalam Kolonialisme di Malaysia
dan di Negara-negara lain. Senggaraan Cheah Boon Keng dan Abu Talib Ahmad. Fajar Bakti, Petaling Jaya,1990
ms181
2
Teuku Iskandar, Kamus Dewan Edisi ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1998. ms 1301
3
Ibid

1
Melayu dan Sabah dari aspek ekonomi. Tetap bagi Sarawak, saya melihat unsur-unsur

ekonomi dan kemasyarakatan adalah tidak wujud sama sekali sebagai kesan positif

kolonialisme barat berbanding dengan Malaya dan Borneo Utara .

Aspek Ekonomi.

Kesan utama yang boleh dilihat sebagai suatu kesan positif kolonialisme keatas Tanah

Melayu adalah daripada aspek perkembangan meningkatnya pendapatan dalam negeri-negeri

Melayu pantai barat ekoran daripada dasar British yang berusaha untuk memajukan negeri

negeri melalui usaha usaha memanipulasikan sumber tempatan khususnuya bidang pertanian

dan perlombongan4. Kesan ini adalah kesan positif kolonialisme barat dari segi ekonomi.

Misalnya pada tahun 1876, pendapatan bagi seluruh negeri naungan British iaitu Perak,

Selangor dan Sungai Ujung adalah sebanyak $560,977 telah meningkat sebanyak $3.5million
5
pada tahun 1888 dan seterusnya meningkat pada tahun 1894 sebanyak $4million.

Selanjutnya, perkembangan ini banyak didorong oleh sikap British yang mengamalkan dasar

perdagangan bebas yang lebih mementingkan keuntungan dan kos yang minimum diatas

pentadbiran.Tambahan pula, dasar perdagangan bebas itu sendiri bermaksud aliran

perdagangan yang ditentukan oleh kuasa pasaran.. Oleh itu, selaras dengan dasar ini. Pihak

Inggeris telah menggalakkan pelabuara asing eropah dan cina ke negeri negeri Melayu bagi

memajukan ekonomi di Malaya khususnya di Selangor, Perak, dan Sungai Ujung. 6 Kesan dari

sikap ini. Pihak British telah berjaya meningkatkan lagi pendapatan dalam negeri itu sendiri

disamping dapat menjadikan Malaya sebagai tempat bagi pihak British mendapat keuntungan

yang lumayan bagi Empayar British .Secara tidak langsung, telah menjadi salah satu kesan

positif kedatangan barat di Tanah Melayu.

4
P.J Drake, The Economic Development Of British Malaya to 1914: An Essay in Historiography with Some
Question for Historian. Journal Of Southeast Asia.Jil No 10, No 2. ms 273.
5
Ibid
6
Chan Hon Chan, The British Development In Malaya. 1896-1909.Kuala Lumpur: Oxford University Press 1964
ms 275

2
Namun Begitu, bagi kes Sarawak, kolonialisme dari sudut pendapatan negara tidaklah

meningkat sebanyak yang diperolehi oleh Tanah Melayu dan Sabah. .Hal yang demikian

kerana, kerajaan Brooke tidak mahu menggalakkan pelaburan besar besaran seperti dasar

yang diamalkan British di Tanah Melayu dan Sabah. Hal ini bersesuaian dengan dasar

peramanahan yang dilakukan oleh Brooke lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Charles

Brooke(1867-1917).7 Dasar peramanahan bermaksud bahawa pihak Brooke menganggap diri

mereka sebagai pemegang amanah bagi penduduk peribumi Sarawak.. Mereka(keluarga

Brooke) harus melindungi para penduduk peribumi daripada eksploitasi daripada pihak asing

seperti Broker, Pelabur dan sebagainya. 8 Pihak Brooke hanya membenarkan sebahagian kecil

sahaja pelabur barat datang ke Sarawak. Misalnya, pihak Brooke telah membenarkan syarikat

Borneo Compony Limited untuk melabur dalam industri industri tertentu seperti emas di Bau

pada tahun 1884 disamping dengan pelombong cina di Bau yang telah mengusahakan emas
9
sejak tahun 1842 lagi. Kesannya, pendapatan keluarga Brooke sepanjang pemerintahan

mereka tidak memperolehi hasil yang lumayan seperti di Tanah Melayu. Sebagai contoh,

pada tahun 1880an pengeluaran dalam negeri Sarawak bagi sektor eksport adalah sebanyak $

1,076,828 pada tahun 1882-1883 berbanding dengan negeri negeri pantai barat Tanah

Melayu yang mencatatkan jumlah perolehan sebanyak 4juta dollar selat. 10

Sabah, keadaannya adalah hampir sama dengan Tanah Melayu iaitu keadaan kewangan

yang stabil serta penjanaan keuntungan yang tinggi kepada poket Syarikat Berpiagam Borneo

Utara British. Hal ini disebabkan oleh faktor penubuhan SBBU itu sendiri yang

mementingkan keuntungan kepada para pemegang saham pada penjimatan kos pada kadar

7
Ooi Keat Gin, “Negeri-negeri di Sarawak dan Borneo Utara 1850-1941”, Dalam Sejarah Kenegaraan dan
Politik, Senggaraan Abdul Rahman Haji Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005 ms 205.
8
Ibid
9
Amarjit Kaur. The Babling Brooke: Economic Change In Sarawak 1841-1941.Modern Asian Studies jil 29 No 1,
1995 ms75-76
10
Cleary.M.C, Indigenous Trade and European Intervention in North West Borneo c. 1860-1930. Modern Asian
Studies,Jil30,No 2 1996.ms 313

3
yang minimum khususnya dalam sektor perladangan dan perlombongan. 11Dalam hal ini kita

boleh melihat kepada keadaan kewangan Sabah pada tahun 1876-1880 adalah sebanyak

$167,254 dolar pada yang merangkumi berbagai-bagai sektor ekonomi seperti produk laut,

produk tempatan, dan produk pembuatan. menimngkat kepada jumlah perdagangan sebanyak
12
$11,680,614 pada tahun 1929. Peningkatan ini banyak didorong oleh sikap pemerintah

Sabah iaitu SBBU ke atas perdagangan antarabangsa. Antaranya seperti menggalakkan

pelaburan luar, memperkenalkan tanaman baru, menggalakkan buruh asing disamping

menggalakkan suatu bentuk pentadbiran yang sophisticated, tersebar luas serta berhati-hati

dalam mengadakan suatu sistem perdagangan yang sesuai bagi negeri Sabah agar para

pelabur di Borneo Utara memperolehi keuntungan yang di harapakan.

Pembangunan pengangkutan darat di Tanah Melayu adalah lebih baik berbanding dengan

Sabah dan Sarawak.Hal ini disebabkan oleh dasar British yang amat memerlukan sektor

pengangkutan bagi mengangkut pekerja lombong dan estet, mengangkut hasil hasil ekonomi

seperti Bijih Timah ke pelabuhan pelabuhan terdekat seperti Singapura, Port Swetenham dan

Pulau Pinang agar sumber sumber tersebut dapat dihantar ke pasaran eropah. 13 Tambahan

pula British telah merangka suatu tindakan yang bijak dengan membina jaringan

pengangkutan di kawasan yang strategik dan mempunyai nilai nilai ekonomi agar tidak

menjadi beban kepada kewangan British di Malaya. seperti Hal seperti ini telah oleh Frank

Sweetenham yang mengatakan bahawa pembangunan Malaya adalah berkait rapat dengan

kewujudan suatu sistem pengangkutan yang cepat, efisen dan komunikasi yang berkesan

khususnya keretapi. Beliau menganggap bahawa pengangkutan darat yang teratur bagi Tanah

Melayu akan menaikkan kadar pendapatan ekonomi kerana segala sumber ekonomi iaitu

11
M.C. Cleary, Indigeneous Trade And European Intervention In North West Borneo 1860-1930. Modern Asian
Studies,Jil 29, No 1. ms 315
12
ibid
13
Chan Hon Chan, The Development of British Malaya, Kuala Lumpur:Oxford University Press, 1964 ms180

4
bahan mentah dapat dihantar dengan segera ke pasaran.14 Kesan daripada perlaksanaaan dasar

seperti ini kita telah melihat perkembangan pengangkutan darat khususnya keretapi. Pada

tahun 1886, Pengangkutan keretapi adalah disekitar Taiping hingga ke Port Weld(Kuala

Sepetang) telah meningkat kepada jaringan pengangkutan dari Singapura hingga ke Prai di

Pulau Pinang pada tahun 1910 dengan peningkatan sebanyak 470 km.Hal ini telah membawa

kesan bukan sahaja keatas ekonomi Tanah Melayu tetapi juga kepada masa perjalanan antara

kawasan di Malaya iaitu masa perjalanan adalah lebih singkat berbanding sebelumnya.15

Pembangunan pengangkutan darat di Sabah tidak berjalan pesat seperti di Tanah Melayu.

Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh keadaan muka

bumi yang bergunung ganang serta berbukit bukau di Borneo Utara telah mengekang hasrat

SBBU untuk memperluaskan lagi jaringan infrastruktur di Sabah. Pihak Syarikat sedar

tindakan untuk menggiatkan pembangunan sistem pengangkutan ke seluruh Borneo Utara

memerlukan kos yang tinggi untuk dibangunkan. Oleh itu pihak SBBU hanya membina

jaringan pengangkutan yang dapat ditembusi oleh pihak British di Sabah dan mempunyai

nilai-nilai penting bagi pihak Syarikat . Misalnya, pihak SBBU telah membina satu rangkaian

keretapi sepanjang 90km dari Jesselton(Kota Kinabalu ) ke Tenom pada tahun 1904 agar

kawasan kawasan tersebut lebih maju.16 disamping membina jalan di bandar-bandar tertentu

di Borneo Utara seperti di Jesselton, Kudat, Sandakan yang sememangnya mempunyai

kepentingan strategik kepada kepentingan ekonomi SBBU . Kesannya, banyak kawasan

pertanian telah dibina disepanjang laluan tersebut. Hal ini secara tidak langsung telah

menyebabkan pertumbuhan ekonomi bagi negeri Sabah secara tidak langsung telah

14
Chan Hon Chan, The British Development In Malaya(1896-1909) Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1964.ms184
15
Ibid ms 183.
16
F.G. Wheelan.History Of Sabah. Kuala Lumpur: Mac Millan Co(PvT) Ltd. Hlm 179-181

5
meningkat.17 Tetapi , secara keseluruhannya, sistem pengangkutan di Sabah tidak meningkat

seperti di Tanah Melayu.

Bagi negeri Sarawak, pembangunan pengangkutan darat di Sarawak adalah tidak

memberangsangkan berbanding dengan perkembangan pengangkutan darat di Tanah Melayu.

Sama seperti Borneo Utara, hasrat untuk membangunkan sistem pengangkutan darat di

Sarawak tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh keadaan muka bumi Sarawak yang

berbukit bukau, berpaya, sungai yang deras dan sebagainya. Dan keadaan ini sudah pastinya

akan memerlukan kos yang tinggi untuk dibangunkan bagi membina satu jaringan

pengangkutan yang dapat menghubungkan seluruh Sarawak. Oleh itu, kerajaan Brooke hanya

dapat membina jaringan pengangkutan yang strategik bagi negeri Sarawak.Ini membawa

maksud, Keluarga Brooke hanya membina jaringan pengangkutan dikawasan yang

mempunyai bahan mentah yang menguntungkan bagi negeri Sarawak. Misalnya, Brooke

hanya membina Jalanraya di Bandar bandar tertentu Kuching, Miri, Sibu serta sedikit Jalan

keretapi di Kuching ke Saribas sepanjang 10batu.18

17
F.G Wheelan, History Of Sabah.Kuala Lumpur: Mac Millan Co(PVT) Ltd, ms 181
18
Jalan kereta api ini telah ditutup oleh Charles Vyner Brooke disebabkan oleh kos operasi yang tinggi serta
tidak mendapat sambutan daripada penduduk setempat.

6
Aspek kemasyarakatan yang merupakan aspek yang penting didalam bidang Sosioekonomi

Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Bagi Tanah Melayu, aspek kemasyarakatan yang utama

iaitu aspek kesihatan awam. Bagi Malaya, kesihatan awam berada dalam keadaan baik

berbanding Sabah dan Sarawak. Hal yang demikian kerana, pihak British sedar akan

keperluan kesihatan awam di Tanah Melayu terutamanya selepas peristiwa pada tahun 1883

dan tahun 1884 apabila berlakunya wabak beri-beri yang menimpa para pelombong Bijih

Timah hingga membunuh 2,917 kematian di Larut dengan kes jangkitan sebanyak 22,258

orang.19 Daripada kesedaran itu, kerajaan British telah melakukan tindakan tindakan bagi

mengawal serangan penyakit itu daripada merebak. Oleh itu, British telah menubuhkan

beberapa buah jabatan bagi mengendalikan soal kesihatan awam di Tanah Melayu. Misalnya

di Perak, pihak kerajaan telah menubuhkan Badan Sanitari pada tahun 1899 bagi menangani

wabak yang ada di Malaya. Disamping itu, Kerajaan British juga telah menubuhkan jabatan

kesihatan persekutuan bagi menyelaraskan soal kesihatan di Malaya pada tahun 1911. 20

Selain itu, Institut Perubatan Kuala Lumpur turut di tubuhkan pada tahun 1900 bagi

menjalankan penyelidikan tentang penyakit-penyakit tropika agar penyakit tersebut dapat

diatasi.21 Semua tindakan tersebut telah memberi kesan positif kepada keatas soal kesihatan di

Malaya.Buat pertama kalinya sistem kesihatan awam moden telah wujud dan diperkenalakan

di Tanah Melayu. Secara tidak langsung turut menjadi kesan positif kolonialisme barat di

tanah Melayu.

19
Chan Hon Chan.The British Development In Malaya(1896-1909) Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1964.ms199
20
Ibid
21
Ibid ms204

7
Bagi negeri Sabah, perkhidmatan kesihatan di Sabah boleh dikatakan agak baik

sungguhpun di Sabah tidak mempunyai jumlah hospital yang banyak seperti di Tanah

Melaya.. Hal yang kerana, pihak SBBU amat menyedari bahawa keperluan kesihatan amat

penting bagi perkembangan ekonomi. Tambahan pula, pada masa itu di Sabah telah terjadi

serangan wabak penyakit seperti Beri-beri, malaria dan sebagainya.Sebagai contoh, pada

tahun 1882, 1000 orang penduduk tempatan telah mati akibat serangan penyakit kolera di

pantai timur Borneo Utara British 22.Oleh itu, pihak SBBU telah menjalankan suatu kajian

tentang punca-punca penyakit tropika yang dihadapi oleh Sabah dengan bantuan daripada

pihak Lembaga Kesihatan Ceylon pada tahun 1912 yang diketuai oleh Sir Allan Pery telah

memutuskan didalam laporannya bahawa salah satu punca merebaknya penyakit di Sabah

adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin B melalui makanan yang tidak berkhasiat

terutamanya beras yang dikilatkan dan beliau telah menggesa pihak SBBU mengambil

langkah untuk mengatasinya.Oleh itu, pihak Syarikat telah membina beberapa buah

hospital bagi tujuan penjagaan kesihatan penduduk di Sabah. Kesannya, sebelum

tercetusnya perang dunia pertama, terdapat empat buah hospital telah dibina di Borneo

Utara iaitu di Jesselton, Kudat, Sandakan dan Tawau. 23 Secara tidak langsung, telah

memperkenalkan sistem kesihatan awam moden sungguhpun tidak sepenuhnya.

Selanjutnya, kita akan melihat kepada perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu

sebagai kesan positif Kolonialisme di Tanah Melayu.Oleh itu, daripada segi pendidikan,

sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah lebih baik berbanding Sabah dan Sarawak. Hal
22
K.G. Tregonning, A history Of Modern Sabah 1881-1963.Kuala Lumpur: University Malaya Press, 1965 .ms156
23
F.G wheelan, A History Of Sabah, Kuala Lumpur:Mac Millan And Co(pvt) Ltd, 1970.ms 183-184

8
yang demikian kerana, pihak British inginkan orang tempatan yang dapat menjadi pegawai

rendah dalam kerajaan British terutamanya anak anak kerabat dan pembesar Melayu. Oleh

itu, pihak British telah menubuhkan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905 bagi

melaksanakan sistem pendidikan Tanah Melayu agar matlamat tersebut dapat dicapai. Selain

itu, pihak British juga turut pelajaran bagi sektor pelajaran melayu agar sistem pendidikan

bagi orang orang melayu yang mampu bertukang serta berkebun serta boleh membaca dan

menulis.Tujuannya adalah bagi membolehkan mereka berkhidmat dengan kerajaan24. British

juga turut membina suatu institusi bagi melatih guru-guru Melayu yang akan berkhidmat

sebagai guru di sekolah-sekolah Melayu iaitu Maktab Pendidikan Sultan Idris pada

tahun1922.Tindakan British yang seperti ini telah menyebabkan Tanah Melayu terdedah

kepada sistem pendidikan moden. Hal yang demikian secara tidak langsung menjadi kesan

positif kolonialisme di Tanah Melayu.25

Sistem pendidikan di Sarawak pada era pemerintahan Brooke adalah tidak begitu baik

berbanding Tanah Melayu. Hal yang demikian kerana, pihak Brooke tidak begitu

mengutamakan pendidikan dan kebanyakan penduduk di Sarawak lebih menumpukan

kepada pendidikan tidak formal seperti berkebun dan kraftangan selari dengan dasar

paternalism iaitu mengambilkira akan sensitiviti tempatan didalam menjalankan pentadbiran

di Sarawak. Tambahan pula, pihak Brooke tidak mahu pendidikan barat memberi kesan

kepada budaya tempatan . Sungguhpun begitu, pihak Brooke agak terbuka dengan sistem

pendidikan vernakular Cina dan membenarkan sistem pendidikan china di Sarawak yang

diuruskan oleh komuniti Cina sendiri di Sarawak khususnya dalam kalangan pelombong

cina.26 Tambahan pula, dasar Brooke juga tidak begitu jelas seperti mengenai pendidikan di
24
Chan Hon Chan. Development of The British Malaya(1896-1909), Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1964.ms 199
25
Leong Yee Fong, Zaman Penjajahan dan Munculnya susunan Politik Baharu Di Tanah Melayu, dalam sejarah
kenegaraan dan Politik, senggaraan Abdul Rahman haji Ismail. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.2005.
ms 258
26
Ooi Keat Gin, Education in Sarawak, Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. Volume
LXX, Part 2. 1997. ms 53-54.

9
Sarawak menyebabkan agak sukar untuk memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan

oleh keluarga Brooke

Pendidikan di Sabah jugs tidak begitu membangun berbanding di Tanah Melayu. Hal yang

demikian kerana, pihak SBBU menganggap bahawa bidang pendidikan adalah bidang yang

tidak memberi keuntungan kepada pendapatan syarikat.Oleh itu, kesannya, perkembanagan

sistem pendididkan di Sabah menjadi sangat lembab. Pendidikan di sekolah hanya dibina

para mubaligh sahaja. Sebagai contoh, Sekolah St Mary telah dibina di Jesselton pada tahun

1883 bagi menerapkan perkembangan sistem pendidikan barat di Sabah. Tetapi dalam masa

yang sama juga turut menerapkan ajaran kristian didalam pendidikannya.disamping dengan

penubuhan beberapa buah sekolah melayu seperti Sekolah Kota Belud pada tahun 1921,

Sekolah Bumiputera Keningau dan sebagainya. Menjelang tahun 1940an. Hanya terdapat 10

buah sekolah Melayu sahaja di Borneo Utara dengan murid seramai 400 serta penubuhan

sekolah cina oleh masyarakat cina sendiri. Ironinya, pihak SBBU telah membina sekolah

latihan anak-anak negeri pada tahun 1915 agar dapat menjadi pegawai tempatan dalam

pentadbiran SBBU. Tindakan menubuhkan selolah latihan ini adalah untuk membina pegawai

tempatan yang dapat menangani urusan kaum bumiputera Sabah dan merupakan suatu usaha

untuk menjimatkan kos kerana para pegawai tempatan ini dapat diupah dengan gaji yang

rendah berbanding dengan pegawai eropah.27

Kesimpulan

27
F.G. Wheelar. History Of Sabah, Kuala Lumpur: Mac Millan Co (PVT) Ltd.ms 184-185.

10
Kesimpulan yang boleh diambil daripada perbincangan kita tentang kesan positif tentang

kesan positif di Tanah Melayu daripada aspek ekonomi lebih banyak kesan positif

berbanding dengan Borneo Utara dan Sarawak kerana dasar British di Tanah Melayu yang

lebih kepada perdagangan bebas telah menaikkan taraf ekonomi Malaya.Selain itu, kesan

daripada perkembangan perkembangan ekonomi tersebut turut menyebabkan British mampu

menggerakkan jaringan pengangkutan Tanah Melayu.Tambahan pula, British mempunyai

sebab-sebab ekonomi untuk melaksanakan sistem pengangkutan tersebut. Borneo Utara pula

sungguhpun mempunyai pendapatan dalam negeri yang tinggi tetapi gagal membina jaringan

pengangkutan yang bagus kerana kekangan fizikal khususnya muka bumi.Bagi Sarawak pula,

mereka bukan sahaja gagal daripada pendapatan dalam negeri tetapi gagal dalam soal

jaringan pengangkutan kerana kekurangan modal dan muka bumi yang teruk serta

memerlukan kos yang tinggi untuk di bangunkan.

Bagi aspek kemasyarakatan di Tanah Melayu, keadaannya lebih baik kerana pihak British

menyedari bahawa aspek pendidikan dan kesihatan adalah amat penting pihak British sendiri

terutamanya bagi kepentingan dasar beban orang putih yang diamalkan oleh British. Bagi

Sarawak,Brooke sungguhpun mengamalkan dasar peramanahan bagi menjaga penduduk

Sarawak, Brooke tetap gagal memperbaiki taraf hidup masyarakat Sarawak atas kekangan

terentu.Selanjutnya, dasar SBBU yang lebih mementingkan untung telah berjaya

mewujudkan sistem kesihatan moden di Sabah tetapi SBBU tidak menjalankan sistem

pendidikan yang teratur kerana ianya tidak penting bagi keuntungan syarikat.

Bibliografi

11
Amarjit Kaur.: ” The Babbling Brookes Economic change in Sarawak, 1841-1941” Modern
Asian Studies,Jil.29,No 1.1995.
Chan Hon Chan, Development Of British Malaya(1896-1909).Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1965.
Cleary,M.C. “Indigenous Trade and European Intervention In North West Borneo c. 1860-
1930” Modern Asian Studies, Jil 30, No 2. 1996.
Drake P.J.”The Education Development of Malaya to 1914: An Essay in Historiography with
Some Question for Historian” Journal of Southeast Asian Studies,Jil 10, No.2.1979.
FG.Wheelar, History Of Sabah,Kuala Lumpur: Mac Millan Co(PVT) Ltd. 1970.

K.G. Tregonning, A History Of Modern Sabah.1881-1963.Kuala Lumpur:University Of


Malaya Press, 1965.
Khoo Kay Jin, “Kedah, Diantara Imperialisme dan Kolonialisme 1881-1909”.dalam
kolonialisme di Malaysia dan di Negara-Negara lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 1990.
Leong Yee Fong, “Zaman Penjajahan dan Susunan Politik Baharu’.dalam Sejarah
Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005.
Ooi Keat Gin, “Negeri-negeri di Sarawak dan Borneo Utara 1850-1941”, Dalam Sejarah
Kenegaraan dan Politik, Senggaraan Abdul Rahman Haji Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 2005
Ooi Keat Gin, Education In Sarawak, Journal Of The Malaysian Branch Royal of The Royal
Asiatic Society. Volume LXX, Part 2, 1997.
Teuku Iskandar, Kamus Dewan Edisi ketiga,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1998.

12

You might also like