You are on page 1of 39

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

Pengenalan

 Satu disiplin tentang penerangan proses pertumbuhan dan


perubahan sepanjang hayat sesorang individu.

Fokus kepada perubahan pertumbuhan dan kemahiran:

-fizikal
-motor
-mental
-emosi
-sosial
-moral
 Perkembangan boleh dibahagi kepada:
1. Pra-natal: persenyawaan - lahir
2. Bayi: 0 – 2 tahun
3. Awal kanak-kanak: 2 – 3 tahun
4. Kanak-kanak pra sekolah: 3 – 6 tahun
5. Pertengahan kanak-kanak: 6 – 13/14 thn
6. Remaja: 13/14 – 20 tahun
7. Dewasa: 20 – 40 thn, 8. Pertengahan
umur: 40 – 65 dan 9. Tua : 65 ke atas
 Prinsip

- Tidak ada dua individu yang yang sama


dari segi perkembangan (fitrah,
pemeliharaan, budaya, persekitaran)

- Perkembangan adalah proses berterusan


dan kumulatif

- Perkembangan sebagai proses holistik


Teori dan Model Perkembangan

Model Model
Mekanistik Organismik

Model
Perkembangan

Model Model
Ekologi Perkembangan
Islam
Teori dan Model perkembangan
 Model Mekanistik

- Kanak-kanak dianggap sebagai kain putih yang


dicorakkan oleh persekitaran.
- Mengandaikan individu pasif dan persekitaran
membentuk individu
- Tingkah laku boleh diramal dan dikawal
- Perubahan tingkah laku bercorak kuantitatif
(boleh dilihat, diukur dan diramal)
 Pelbagai teori muncul berdasarkan model ini –Pelaziman
klasikal (Pavlov, Watson)
- Pelaziman operan (skinner)
-Pembelajaran sosial kognitif (Bandura).

 Pandangan teori ini – peneguhan menyebabkan tingkah


laku diulang atau diberhentikan.
 Teori pelaziman berpendapat –tingkah laku yang
terlazim akan menjadi tabiat.
 Pada asasnya tingkah laku manusia boleh dibentuk
dengan memanipulasi persekitaran (jika kanak-kanak
dibesarkan dalam suasana positif-dia akan berjaya dan
sebaliknya jika dibesarkan dalam suasana negatif).
 Teori pembelajaran sosial kognitif pula
berkata – individu belajar melalui
peniruan.
 Sesiapa sahaja boleh dijadikan model ( ibu
bapa, ahli keluarga, guru, rakan)
 Maka model hendaklah memperlihatkan
tingkah laku yang baik.
Model Organismik

 Mengandaikan manusia aktif, berusaha


 Fokus kepada perubahan kualitatif
 Penteori – Piaget, Freud, Erikson, Maslow
Teori Psikososial Erikson
 Manusia lebih dipengaruhi oleh nilai dan norma
masyarakat
 Manusia melalui 8 peringkat perkembangan sahsiah dan
setiap satunya terdapat krisis
-1. Percaya lwn tidak percaya ( 0 – 1)
-2. Autonomi lwn ragu (1 -3)
-3. Inisiatif lwn bersalah (3 – 6)
-4. Kerajinan lwn rendah diri (6 – 11)
-5.Identiti lwn kekeliruan peranan(12 – 21)
-6. Kemesraan lwn perseorangan (18 – 40)
-7. Penghasilan lwn kekecewaan (40 – 65)
-8. kesempurnaan lwn putus asa (64- ke atas)
Teori Peringkat –Jean Piaget)
 Jean Piaget
- Membina teori perkembangan
peringkat untuk perkembangan
kognitif dan affective individu dari lahir
sehingga umur 14 thn.
- Kemajuan peringkat perkembangan ini
tidak berubah
- Apabila peringkat perkembangan
dicapai, ia tidak akan berbalik.
- Dalam teori Piaget ini, perkembangan
kognitif dan afektif berakhir semasa
remaja.

- Teori ini menekankan kewujudan dan


penguasaan skemata (skema
bagaimana individu mempersepsi
persekitaran) mengikut peringkat
perkembangan, iaitu masa apabila
kanak-kanak menguasai cara baru
dalam perwakilan maklumat secara
mental.
- Teori ini dianggap konstruktivis kerana
kita perlu membina (konstruk)
kebolihan kognitif melalui ‘self
motivated action’

- Piaget membahagikan skema yang


digunakan oleh kanak-kanak untuk
memahami sekitarnya melalui 4
peringkat utama yang mempunyai
korelasi dengan umur dan meningkat
dari segi sofistikasinya.
- 4 peringkat perkembangan itu ialah:

1. Motor-Deria (0 – 2 tahun)

2 Pra-olahan (2-7 thn)

3. Olahan konkrit (7 -11 thn)

4. Olahan Formal (11 – dewasa)


 TEORI PENTAAKULAN MORAL-
LAWRENCE KOHLBERG
- Kohlberg menyarankan pentaakulan
moral merupakan asas tingkah laku
etikal

- Mempunyai 6 tahap perkembangan.

- Logik dan moraliti berkembang melalui


tahap yang konstruktif
- Proses perkembangan moral secara
prinsipnya menekankan keadilan

- Perkembangan pentaakulan ini


berterusan sepanjang hayat.
- Kohlberg mengguna cerita hipotetikal
berasaskan dilema
- Lebih berminat bagaimana individu
menjustifikasikan tindakan jika mereka
berada dalam dilema yang sama.
- Kohlberg membahagikan 6 tahap itu
kepada 3 peringkat.

- Peringkat 1 - pra konvensional

 Tahap 1 – kepatuhan dan orientasi


dendaan

 Tahap 2 - orientasi minat kendiri


- Peringkat 2 – konvensional

 Tahap 3 – Keselarasan interpersonal


dan akur

 Tahap 4 –autoriti dan orientasi


mengekalkan peraturan sosial
- Peringkat 3 - Pos konvensional

 Tahap 5 –Orientasi kontrak Sosial

 Tahap 6 –Prinsip Etika Sejagat


Teori Humanistik
 Manusia mempunyai perlakuan positif, banyak
potensi kreatif dan responsif.
 Menekankan aspek sikap, tret, nilai, minat dan
moral
 Menggalakan usaha untuk merealisasi potensi di
samping kesedaran moral.
 Bertanggungjawab ke atas tingkah laku sendiri
dan prihatin tentang orang lain.
 Manusia dianggap baik.
 Memberi fokus kepada keunikan individu
(perbezaan individu)
 Menekankan kepentingan pandangan tentang
dirinya dan dunianya (fenomenologi)
Hierarki Keperluan Maslow
MODEL KONTEKSTUAL
Teori Sistem Ekologi- Urie Bronfenbrenner

 Teori ini melihat perkembangan dalam


konteks sistem perhubungan yang
menjadi persekitaran seseorang.
 Setiap lapisan persekitaran memberi
kesan ke atas perkembangan.
 Perubahan dalam mana-mana lapisan
akan mengakibatkan perubahan dalam
lapisan yang lain.
Lapisan persekitaran
 Lapisan persekitaran

- Mikrosistem
- Mesosistem
- Exosistem
- Makrosistem
- Kronosistem

Interaksi dalam lapisan dan antara lapisan


merupakan inti pati teori ini.
 Mikrosistem- lapisan yang paling hampir dengan
kanak-kanak dan mempunyai perhubungan
secara langsung.

- Struktur mikrosistem ini ialah keluarga—


perhubungan ialah ‘bidirectional influences’.
Impak perhubungan ini amat kuat.

- Interaksi pada luar sistem ini juga memberi


impak kepada struktur dalaman lapisan ini.
 Mesosistem- lapisan ini membina hubungan
dengan mikrosistem. Contoh: perhubungan ibu
bapa dengan guru, rumah ibadah dengan jiran
serantau dll.

 Exosistem- sistem sosial yang lebih luas di mana


individu tidak berfungsi secara langsung.
Contoh: skedul pekerjaan ibu bapa di pejabat,
hospital.

 Makrosistem- lapisan paling luar dalam


persekitaran individu tetapi mempunyai impak;
seperti nilai budaya, adat, peraturan dan
undang-undang.
 Kronosistem- meliputi faktor masa yang
memberi kesan kepada individu. Contoh:
masa kematian orang disayangi, masa
peruhan fisiologi (kanak-kanak & remaja).
Apabila meningkat dewasa mereka
memberi reaksi berbeza kepada
persekitaran dan mungkin boleh
menentukan bagaimana perubahan itu
boleh mempengaruhi mereka
Psikologi Perkembangan Mengikut
Perspektif Islam

 Tuhan maha Pencipta dan Penentu bagi pola


dan proses pertumbuhan dan perkembangan.
 Berikut merupakan prinsip perkembangan.

 Perkembangan merupakan proses


beransur (gradual)
-Pola perkembangan manusia adalah
berperingkat dari persenyawaan sehingga mati.
- Pola ini dicipta, ditentukan dan diperingkatkan
oleh Tuhan
- Setiap manusia mesti melalui setiap peringkat
ini.
- “You shall travel from stage to stage”-(84:19)
- Mengikut Al-Quran- perkembangan
dikategorikan kepada 2 fasa: a) pra-natal dan b)
pasca natal.
- Pra-natal mempunyai masa yang tetap dan
mencapai kemuncak perkembangan apabila
dilahirkan.
Pasca natal -tidak dinyatakan perkembangan tetap
yang boleh digeneralisasikan kepada semua
individu kerana ia berbeza antara individu.

Namun demikian, secara umumnya pentaklifan


manusia dalam Islam dibahagikan kepada dua
fasa utama iaitu sebelum baligh (minor) dan
selepas baligh.
 Kanak-kanak yang belum mencapai baligh
(puberty) dianggap minor yang belum boleh
dipertanggungjawabkan di atas tindakan
mereka (pentaklifan) (Ruj. Hadith).

 Fasa minor pula terbahagi kepada pra


mumayyiz dan mumayyiz. Pembahagian ini
adalah berkait rapat dengan konsep tamyiz.

 Konsep tamyiz bermaksud boleh membezakan


dan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak
membezakan antara perkara yang baik dan
buruk, yang bersih dan kotor.
 Masa pra mumayyiz adalah daripada lahir
sehingga tujuh tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak belum mempunyai tahap
pemikiran untuk membezakan antara baik
atau buruk.

 Justeru, Islam menyarankan agar anak


diajar sembahyang pada usia tujuh tahun
kerana pada usia ini kanak-kanak telah
mempunyai kapasiti mental untuk
memahami proses sembahyang tersebut
serta mempelajari bacaan yang terlibat
dalam sembahyang. Pada peringkat 7
hingga 10 tahun, kanak-kanak dikatakan
mumayyiz.
 Meskipun tamyiz bermula pada usia 7 tahun,
tahap pemikiran tamyiz untuk peringkat mumayyiz
(bagi kebanyakan kanak-kanak) adalah masih
lemah dan Islam tidak menyarankan dendaan
dikenakan sehingga kanak-kanak berusia 10
tahun.

 Pada usia 10 tahun, pemikiran tamyiz dianggap


sempurna dan kanak-kanak tersebut boleh
menyempurnakan transaksi jual beli (dengan
syarat tertentu) serta memahami konsekuen
tindakan mereka. Namun, mereka masih belum
ditaklifkan atau diwajibkan melaksanakan
tanggung jawab sehingga mereka mencapai
peringkat baligh.
 Pola perkembangan

- Mengikut al-Quran pola perkembangan


adalah sama untuk setiap manusia
walaupun ada perbezaan individu.

- Polanya ialah, bermula dengan kelemahan


dan berkembang kepada kekuatan dan
terus lemah semula. “Natural and
inevitable law of rise and fall”.
 Perkembangan manusia merupakan
proses kumulatif dan simultaneous
(pada masa yang sama).

Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa


perkembangan manusia adalah kumulatif.
Bererti, perkembangan baru yang dicapai
oleh individu akan bertambah atas yang
telah ada ada yang telah dicapai.
- Juga perkembangan manusia merupakan
proses ‘simultaneous’ dan saling berkait.
Contohnya semua aspek perkembangan
seperti fizikal, mental. Sosial, emosi dan
moral tidak terpisah. Setiap satu meneguh
yang lainnya.
- Pada setiap peringkat, semua aspek ini
meningkat berkadaran (proportionately)
dan mengikut urutan dari segi
pertumbuhan kematangan.
 Perkembangan melebihi kewujudan biasa
di dunia

- Kehidupan manusia melebihi dunia fana


- Kehidupan dunia merupakan permulaan
kehidupan yang lebih kekal (hidup selepas mati)
- Kehidupan ini ialah sama ada penuh
kegembiraan atau kesengsaran
- Takutkan kematian dan kehidupan kemudian
hari mempunyai kaitan dengan tabii psikologi
dan perkembangan manusia.
 Perkembangan manusia melalui fasa
kritikal dan sensitif

-Fasa ini ialah formatif yang menjadi asas kepada


perkembangan kemudian.
- Maka fasa pra natal, bayi, kanak-kanak dan
remaja merupkan masa sensitif.
- Implikasinya ialah dari segi pemeliharaan dan
juga masa transisi (remaja) kanak-kanak ke
dewasa. Masa ini ialah masa kegirangan dan
penuh godaan.
- Masa remaja ini juga kritikal kerana
bermulanya taklif ( tanggungjawab
sendiri). Baligh menentukan sesorang itu
bertanggungjawab ke atas segala
perbuatannya.

- Jika dia melakukan perbuatan yang tidak


baik maka bemulalah dosa.
RUMUSAN

You might also like