You are on page 1of 18

September 2007

JABATA PEDIDIKA KHAS


KEMETERIA PELAJARA MALAYSIA

KURIKULUM LATIHA PE DIDIKA KHAS


BERMASALAH PEMBELAJARA

PERIGKAT ASAS
MODUL
2

Ciri-ciri dan Perkembangan Murid-murid


Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Modul 2

CIRI-CIRI DAN PERKEMBANGAN MURID BERKEPERLUAN


KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

1.0 Pengenalan
Kursus ini bertujuan menerangkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan
perkembangan murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
dengan murid-murid normal. Lawatan ke program-program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran juga diadakan untuk membolehkan guru-
guru melihat keadaan dan situasi sebenar murid-murid khas bermasalah
pembelajaran di dalam bilik darjah.

2.0 Matlamat
Memberi maklumat dan pengetahuan tentang jenis-jenis murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran dari aspek :-
i. Kategori ( yang disahkan oleh doktor)
ii. Ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran dan perbezaannya dengan
murid normal.
iii. Cara pengendalian Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran.

3.0 Objektif
Di akhir kursus ini guru dapat : -
3.1 Mengenalpasti kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan
menentukan bantuan khas yang diperlukan.
3.2 Prihatin terhadap perbezaan individu serta memahami tahap
kebolehan murid-murid tersebut.

Jangkamasa : 8 jam

2
Modul 2

5.0 Kandungan

Bahagian 1 : Jenis dan kategori ketidakupayaan masalah pembelajaran.


Bahagian 2 : Ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran dan
perkembangannya
Bahagian 3 : Lawatan ke Program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran

6.0 Kuiz

3
Modul 2

BAHAGIAN 1

JENIS DAN KATEGORI KETIDAKUPAYAAN MASALAH PEMBELAJARAN

1.1 Tiga istilah Bahasa Inggeris yang biasa digunakan dalam Pendidikan
Khas untuk menerangkan tahap ketidakupayaan adalah :
“impairment” , “disability” dan “handicap”.

WORLD HEALTH ORGANIZATION DEFINITIONS

IMPAIRMENT : loss or abnormality of psychological, physiological


or
anatomical structure or functions.

DISABILITY : any restriction or lack of ability (resulting from


impairment) to perform an activity in the manner
or within the range considered normal for a
human being

HANDICAP : disadvantage for an individual resulting from


impairment or disability, that limits or prevents
fullfillment of a role that is normal for that
individual.

1.2 Dalam Bahasa Melayu, istilah ‘cacat’ merangkumi ketiga-tiga perkataan di


atas.
Murid-murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran dibahagikan
kepada kategori ketidakupayaan seperti berikut :
a) Sindrom Down
b) Autisme
c) Hiperaktif/Hipoaktif
d) Palsi Serebral
e) Kerencatan Akal
f) Bermasalah Komunikasi
g) Bermasalah Emosi dan Tingkahlaku

4
Modul 2

h) Kerencatan Anggota
i) Murid-murid yang mempunyai keupayaan mental yang rendah
j) Pintas Cerdas

Refleksi

Pernahkah anda bertemu dengan murid-murid mengikut kategori


yang dinyatakan ? Bolehkah anda imbas kembali ciri-ciri murid
tersebut?

5
Modul 2

BAHAGIAN 2

CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS BERMASALAH

PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGANNYA

Sindrom Down

• rambut jarang dan lurus • leher pendek


• muka leper • lelanggit tinggi
• mata kecil dan senget ke • cuping telinga tidak
atas sempurna
• hidung kecil • garisan pada tapak tangan
• lidah tebal terang
• jari pendek dan lebar • kerencatan akal
• senang dijangkiti penyakit • bermasalah pertuturan
telinga, mata dan hidung

Autisma

• bermasalah komunikasi • tidak suka bergaul


• sukakan rutin • tidak ada tentangan mata
• sering berada di dalam dunia • kerencatan bahasa
tersendiri • masalah kefahaman
• ekolalia • tidak suka disentuh
• cederakan diri sendiri • bermasalah interaksi sosial
• kompulsif • pergerakan berulang-ulang

6
Modul 2

Palsi Serebral

• kecacatan anggota – tangan, • masalah imbangan badan


kaki, tubuh badan • masalah komunikasi
• masalah pergerakan • masalah motor halus / kasar
• masalah postur • masalah tulisan
• kekejangan • masalah perkembangan motor
• pergerakan tidak terkawal halus / kasar

Hiperaktif Hipoaktif

• tidak boleh duduk diam • tidak suka bergerak


• impulsif • lambat habiskan tugasan
• tumpuan perhatian singkat
• suka mengganggu orang lain
• bermasalah pembelajaran

Tumpuan Perhatian Singkat (ADD / ADHD)

• lambat menyiapkan tugasan • impulsif


• mudah terganggu • membuat tugasan lain tanpa
• masalah konsentrasi menyiapkan tugasan
• masalah mengurus tugasan sebelumnya
• cepat lupa • memerlukan pengawasan
yang lebih
• masalah menunggu giliran

7
Modul 2

Kerencatan Akal

• Terdapat 4 tahap kerencatan


akal : • masalah sosial
i) ringan • masalah komunikasi
ii) sederhana • masalah pengendalian diri
iii) teruk • masalah dalam pemindahan
iv) amat teruk pembelajaran
• masalah tingkah laku • perkembangan lewat dalam
• masalah bahasa semua aspek berbanding
• masalah pengamatan dengan rakan sebaya
• mengambil masa yang lama • sukar memahami sesuatu
untuk mempelajari sesuatu konsep

Masalah Emosi / Tingkah Laku

• tidak boleh memberi tumpuan • cepat marah dan meradang


kepada aktiviti yang sama • mencederakan diri sendiri atau
dalam tempoh yang panjang orang lain
• pendiam dan pemalu • berkelakuan ganjil
• selalu bercakap banyak, • tidak kenal bahaya
meninggi diri atau suka • selalu menangis
menarik perhatian
• dengki

8
Modul 2

Masalah Komunikasi
• kecelaruan pertuturan • masalah artikulasi
• kecelaruan bahasa • masalah kelancaran
• kecelaruan suara

Kerencatan Anggota

• kesukaran menggerakkan kaki, tangan, tubuh badan atau leher.


• masalah duduk, berdiri atau berjalan dengan baik
• masalah mendengar, bertutur atau belajar

Pintar Cerdas

• keupayaan umum yang istimewa


• kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
• bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya
• IQ tinggi
• mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
• menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

Murid-murid Yang Mempunyai Keupayaan Mental Yang Rendah

• kerencatan akal ringan


• pencapaian kemahiran 3M rendah
• tidak suka diberi tugasan yang banyak
• lemah dalam kefahaman bahasa
• sukar memberi tumpuan perhatian
• cepat lupa

9
Modul 2

Refleksi
Arahan : Berdasarkan kategori kecacatan sila baca kajian kes berikut
bagi tiap- tiap kes dan anda diminta menentukan jenis kecacatan yang
utama. Untuk aktiviti ini, anda diberi masa selama 1 jam.

Kes 1 : (Ali : 8 tahun)

Ali mempunyai masalah dalam bacaan. Apabila membaca di hadapan


kelas, dia melakukan berbagai kesilapan dan bacaannya kurang lancar.
Dia juga mempunyai masalah menumpukan perhatian kepada apa yang
dibacanya. Ibu bapanya memberitahu gurunya bahawa Ali kurang
membaca bahan bacaan yang menyeronokkan. Ali sering mengakui yang
dia tidak pandai membaca atas alasan dia bodoh; dia sering mencari jalan
untuk mengelakkan diri daripada membaca. Ali amat suka menonton TV
dan boleh bercerita tentang program yang disukainya. Dia lebih suka
menonton TV, mendengar radio atau kaset dan membantu bapanya
membaiki kereta pada waktu lapang.

Kecacatan utama :DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD..

10
Modul 2

Kes 2 : (Abu : 9 tahun)

Abu ialah seorang murid di sekolah kanak-kanak berkeperluan khas.


Untuk bergerak, dia menggunakan kerusi roda kerana dia mengalami
penyakit neurologi yang makin teruk. Bahasa dan pertuturannya
berkembang pada tahap yang normal di sepanjang tadikanya. Akhir-akhir
ini pertuturan dan pefahaman bahasanya menunjukkan kemerosotan
yang ketara.

Kecacatan utama :DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD

Kes 3 : Fatimah : 3 tahun

Fatimah merupakan seorang kanak-kanak yang sentiasa aktif bergerak


dan tumpuannya terlalu singkat. Dia selalu bermain dengan anak patung
yang besar tetapi tidak berminat main anak patung tersebut dengan
rumah mainan atau mengaitkan anak patung tersebut dengan gambar-
gambar. Sebaliknya, Fatimah lebih suka mengaitkan mainan tersebut
dengan dirinya sendiri. Dia mudah bertindak balas apabila namanya
dipanggil. Kadang-kadang dia juga boleh mengikut arahan yang
mempunyai 2 perkataan, contoh : ‘sikat rambut’. Pertuturannya tidak jelas
dan hanya pada tahap 1 patah perkataan sahaja. Dia suka mengeluarkan
bunyi-bunyian (perkataan yang tidak bermakna). Pendengaran dan
kesihatannya adalah pada tahap yang baik, walaupun perkembangan
keseluruhannya agak lewat.

Kecacatan utama :DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD

11
Modul 2

Kes 4 : Rebecca : 7 tahun

Pada umur 7 tahun Rebecca sudah boleh membaca dengan baik dan
lancar. Ketika umurnya tiga tahun dia sudah boleh mengarang cerita,
menjelaskan tentang gambar yang terdapat dalam majalah yang
dilihatnya. Sungguhpun demikian, Rebecca agak lambat dalam
pemerolehan pertuturan. Ia hanya mula bertutur ketika berumur 18 bulan
tetapi apabila ia telah boleh bertutur dengan baik perkembangannya
meningkat dengan ketara.

Melalui bantuan ibu bapanya perbendaharaan katanya semakin


bertambah. Kedua-dua ibu bapanya mempunyai kerjaya profesional.

Rebecca mula boleh membaca ketika berumur 4 tahun yang mana


sebelum ini buku dan majalah merupakan kegemarannya. Ini
menampakkan bahawa dia memang suka membaca dan mengarang
cerita yang menarik walaupun sebelum mengetahui penghujungnya. Ia
juga berkebolehan mengarang puisi dan dialog tentang orang rekaanya.
Ibu bapanya juga sentiasa memberi pendedahan luas dalam segala
aspek kepadanya.

Kecacatan utama :DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD

12
Modul 2

Kes 5 : Swee Lan : 4 tahun

Swee Lan telah menguasai di antara 15 hingga 20 perkataan ketika ia


berumur 15 bulan hingga 2 tahun. Keadaan ini tidak berubah hingga kini.
Sebahagian daripada perkataan yang dikenalinya adalah nama benda
permainannya seperti ‘bear’, itik, anak patung dan ini juga termasuklah
nama kucing kesayangannya, ‘Pusi’. Perkataan-perkataan ini digunakan
untuk benda-benda tertentu di rumah sahaja atau nama-nama benda
yang terkandung dalam buku tertentu. Swee Lan tidak akan menjawab
apabila ditanya tentang mainan atau benda-benda yang ada di tadika
tempat ia belajar. Dia memahami dan boleh melakukan perkara-perkara
yang '‘rutin'’dan arahan-arahan mudah yang biasa diberi di tadika
(contohnya: ‘mari makan bersama dan duduk baik-baik’). Dia kelihatan
boleh mengingati tempat dan aktiviti yang dilakukannya. Pergerakan
motor kasar dan halus Swee Lan adalah lebih kurang di tahap rakan
sebayanya tetapi pencapaian keseluruhan Swee Lan adalah pada tahap
setahun kurang daripada rakan-rakan di kelasnya.

Kecacatan utama :DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD

13
Modul 2

BAHAGIAN 3

LAWATAN KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

BERMASALAH PEMBELAJARAN

Sediakan laporan lawatan tentang :


• pentadbiran • Rancangan Pendidikan Individu
• susunatur kelas • keceriaan
• bahan bantu mengajar

Tugasan Lawatan :
1. Anda dikehendaki mengenal pasti dua orang murid dalam kelas Khas
Bermasalah Pembelajaran dan buat pemerhatian ke atas murid tersebut
selama 20 minit.
Lengkapkan maklumat berikut.

Bil Borang Pemerhatian Murid A

1 Nama murid :

2 Umur :

3 Jantina :

4 Tingkahlaku yang ketara :

1. DDDDDDDDDDDDDDDDDDD..

2. DDDDDDDDDDDDDDDDDDD..

3. DDDDDDDDDDDDDDDDDDD..

5 Respons murid terhadap pembelajaran dalam kelas. Huraikan.

14
Modul 2

6 Pada andaian anda, apakah masalah murid ini?

Bil Borang Pemerhatian Murid B

1 Nama murid :

2 Umur :

3 Jantina :

4 Tingkahlaku yang ketara :

1. DDDDDDDDDDDDDDDDDDD..

2. DDDDDDDDDDDDDDDDDDD..

3. DDDDDDDDDDDDDDDDDDD..

5 Respons murid terhadap pembelajaran dalam kelas. Huraikan.

6 Pada andaian anda, apakah masalah murid ini?

2. Nyatakan perbezaan yang ketara antara murid A dan murid B.


a) DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD..
b) DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD..
c) DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD..
d) DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD..
e) DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD..

15
Modul 2

KUIZ

1) Ketidaknormalan kromosom pada genotaip ke 21 boleh mengakibatkan


seseorang menghadapi sindrom
(A) Down
(B) Spastik
(C) Autisme
(D) Palsi Serebral

2) Apabila seorang ibu yang mengandung di peringkat awal (1-3 bulan) diserang
penyakit DDDDDDDD.., ia mungkin boleh menyebabkan bayi yang
dilahirkan cacat.
(A) Campak
(B) Rubella
(C) Hepatitis B
(D) Deman kuning

3) Murid-murid lambat (Slow Learner) biasanya akan mengalami masalah


(A) bertutur, membaca, menulis
(B) membaca, menulis, mengira
(C) mengira, menulis, mengeja
(D) bertutur, menulis, mengeja

4) Murid A terlalu aktif dalam tindakannya dan konsentrasinya amat kurang.


Kerapkali dia suka mengganggu orang lain. Murid A berkemungkinan
mengalami keadaan
(A) sawan
(B) autisme
(C) hiperaktif
(D) kerencatan akal

16
Modul 2

5) Satu daripada pernyataan berikut kurang menetapi ciri-ciri murid pintar


cerdas.
(A) Mempunyai emosi yang stabil.
(B) Kebolehan mengatasi masalah diri.
(C) Mempunyai pelbagai kecenderungan.
(D) Berada dalam keluarga yang mewah.

17
Modul 2

Bahan rujukan/bacaan tambahan

Bee, Helen (1995) The Developing Child. New York : Harper Collins College

Bender, William N. (1992) Learning Disabilities : Characteristic, Identification and


Teaching Strategies. Boston : Allyn and Bacon

Lerner, J. (1997) Learning Disabilities : Theories, Diagnosis and Teaching


Strategies. 7th Edition. Boston : Houghton Mifflin

Pierangelo, Roger & Jacoby, R. (1996) Parents Complete Special Education


Guide. Tips, Techniques and Materials for Helping Your Child Succeed in
School and Life. New York : Prentice Hall

18

You might also like