Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
29Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Jurnal Tahap Kreativiti Guru Sains dan Amalannya

Jurnal Tahap Kreativiti Guru Sains dan Amalannya

Ratings:

4.88

(8)
|Views: 6,104|Likes:
Published by Physics Teacher
Kajian Deskriptif Di Kuching/Samarahan
Kajian Deskriptif Di Kuching/Samarahan

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Physics Teacher on Jul 31, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/07/2011

pdf

text

original

 
TAHAP KREATIVITI GURU SAINS DAN AMALANNYADALAM PENGAJARAN
olehHamsiah Binti Saee
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap dan amalan kreativiti di kalangan 326orang guru sains yang mengajar di sekolah-sekolah menengah di BahagianKuching/ Samarahan, Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan di manaUjian Pemikiran Kreatif Torrance (TTCT) dan soal selidik amalan kreativitidigunakan sebagai alat kajian. Hasil kajian mendapati guru-guru sains yang dikajimempunyai tahap kreativiti yang sederhana (min 402.38). Ujian-t menunjukkantiada perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti dari segi jantina (p =0.347). Analisis statistik ANOVA Sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaanmin yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sains dari segi umur(p = 0.660), pengkhususan (p = 0.318) dan pengalaman mengajar (p = 0.586).Kajian ini juga mendapati tahap amalan kreativiti di kalangan guru-guru sainsadalah tinggi (min 4.00). Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan bahawatidak terdapat hubungan yang signifikan (p = 0.160) antara tahap kreativiti gurudengan amalan kreativiti dalam pengajaran sains (r = 0.078).
PENGENALAN
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuatperubahan di mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti (Hj. Mohd. Ali,1994). Guru merupakan agen pelaksana yang penting dalam mengeluarkan lepasan sekolah yangberdaya fikir dan kreatif serta mampu menjana idea dan rekaan baru untuk membangunkanindustri berasaskan produk dan perkhidmatan bernilai tambah (Rohani, 1999). Pengembangankreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi danboleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain daripadapenguasaan pengetahuan dan kemahiran asas (Noor Azmi, 1998).
 
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5 2004 15
PERNYATAAN MASALAH
Kreativiti yang inventif dan produktif diperlukan untuk membina atau mengubahsuai programdan kurikulum secara efisien dan efektif (Rejskind, 2000). Seorang guru yang kreatif akanbertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para pelajar (Yong dan Biraimah,1996). Banyak kajian tentang kreativiti telah dijalankan sama ada di dalam atau di luar negara.Contoh-contoh kajian yang telah dijalankan adalah seperti kajian Yong (1992), kajian Gan(1998), kajian Runco, Nemiro dan Walbert (1998), kajian Lim dan Plucker (2001) dan banyak lagi kajian-kajian yang lain. Walau bagaimanapun tidak banyak kajian telah dijalankanberhubung dengan kreativiti guru sains.
KERANGKA KAJIAN
Kerangka kajian ini dibina berdasarkan Teori Kreativiti Sternberg (Standler, 1998), kajianTorrance (1962) dan kajian James dan Powell (1994). Tahap kreativiti dikenal pastimenggunakan Ujian Pemikiran Kreatif Torrance (TTCT), yang diramalkan akan mempengaruhiamalan kreativiti guru sains dalam pengajaran dan pembelajaran.Pengkhususan Melalui TTCT Sains
Rajah: Kerangka Kajian Kreativiti Guru SainsOBJEKTIF KAJIAN
a. mengenal pasti tahap kreativiti guru sains mengikut jantina, umur, pengalamanmengajar dan pengkhususan.b. mengenal pasti tahap amalan kreativiti guru dalam pengajaran sains secarakeseluruhannya.c. mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kreativiti dari segi jantina.d. mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kreativiti dari segi umur.e. mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kreativiti dari segipengkhususan.f. mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kreativiti dari segipengalaman mengajar.g. mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara tahap kreativiti guru dengan amalankreativiti dalam pengajaran sains.Latar Belakang:Umur, Jantina, Pengalaman & PengkhususanKreativiti Guru Sains Melalui TTCTAmalan Kreativiti Dalam P & P Sains
 
Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004 16
PERSOALAN KAJIAN
a. Apakah tahap kreativiti guru sains mengikut jantina, umur, pengalaman mengajar danpengkhususan?b. Apakah tahap amalan kreativiti guru dalam pengajaran sains secara keseluruhannya?c. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-gurusains dari segi jantina?d. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-gurusains dari segi umur?e. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-gurusains dari segi pengkhususan?f. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-gurusains dari segi pengalaman mengajar?g. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kreativiti guru dengan amalankreativiti dalam pengajaran sains?
HIPOTESIS KAJIAN
H
0
1 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru sainslelaki dengan guru sains perempuan.H
0
2 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sainsdari segi umur.H
0
3 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sainsdari segi pengkhususan.H
0
4 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap kreativiti antara guru-guru sainsdari segi pengalaman mengajar.H
0
5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kreativiti guru dengan amalankreativiti dalam pengajaran sains.
KEPENTINGAN KAJIAN
1. membantu guru-guru sains dalam mengenal pasti tahap kreativiti dan amalan kreativitidalam pengajaran sains yang ada pada diri mereka.2. membantu guru-guru sains menilai keberkesanan sendiri dalam pengajaran danpembelajaran sains.3. para pentadbir dapat membimbing guru-guru sains ke arah pengajaran sains yangberkesan.4. pihak-pihak tertentu dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk meningkatkan kreativiti guru sains.

Activity (29)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Mel Odella liked this
fardzli liked this
adibfarisya liked this
Siti Rafidah liked this
Roslina Hassan liked this
orlyaiman liked this
Fauzi_Adam_4167 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->