Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
22Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Jurnal Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Fizik dan Bukan Fizik Melalui Pengajaran Eksplisit dan Implisit

Jurnal Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Fizik dan Bukan Fizik Melalui Pengajaran Eksplisit dan Implisit

Ratings:

4.71

(7)
|Views: 7,237|Likes:
Published by Physics Teacher
Jurnal Pendidikan
Jurnal Pendidikan

More info:

categoriesTypes, School Work
Published by: Physics Teacher on Jul 31, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/27/2012

pdf

text

original

 
65Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan
 
 Jurnal Pendidikan 26 (2001) 65 - 80
Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Fizik danBukan Fizik Melalui Pengajaran Eksplisit dan Implisit
L
ILIA
H
ALIM
A
BD
AZAK 
H
ABIB
A
BD
. R 
ASHID
J
OHAR 
T. S
UBAHAN
M
OHD
M
EERAHABSTRAK 
 Pengetahuan pedagogi kandungan ( 
 PPK 
 ) adalah ilmu pengetahuan yang  penting dipelajari oleh guru pelatih jika pengajaran berkesan hendak dilakukan. Ia menjadi satu daya mengorganisasi dalam mereka bentuk semula program pendidikan guru tetapi proses membina
 PPK 
di kalangan guru pelatihmasih lagi dibahaskan. Kajian ini bertujuan untuk menaksir pengetahuantentang konsep-konsep asas fizik guru pelatih sains yang mengikuti kursus-kursus kaedah yang membina
 PPK 
secara eksplisit dan implisit. Satu soal  selidik digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai
 PPK 
guru pelatihtentang pengetahuan konsep-konsep asas fizik. Soal selidik itu ditadbirkan sebelum dan selepas kursus-kursus kaedah, dan jawapan-jawapan pra dan pos kursus dianalisis dan dibandingkan. Keputusan kajian menunjukkanbahawa kumpulan fizik mempunyai aras
 PPK 
yang lebih tinggi daripadakumpulan bukan-fizik. Aras
 PPK 
mereka juga didapati meningkatkan hasil daripada pengajaran eksplisit, manakala itu, tiada terdapat perubahan aras
 PPK 
bagi kumpulan bukan-fizik. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa guruopsyen bukan-fizik perlu menjalani pengajaran eksplisit 
 PPK 
dalam topik-topik fizik kerana kebanyakan mereka berkemungkinan tinggi akan mengajar  fizik di sekolah.
ABSTRACT
 Pedagogical content knowledge ( 
 PCK 
 ) is a distinctive body of knowledge that is important for student teachers if effective teaching is to take place. Despitehaving becoming an organizing force in redesigning teacher education programme, the process of developing 
 PCK 
is still debatable. The purpose of the research is to assess science student teachers’ curricular knowledge of basic physics concepts by following methods courses that implicitly and ex- plicitly develop
 PCK 
. A questionnaire was used in the survey to give informa-tion about the student teachers’ 
 PCK 
of basic physics concepts. The question-naire was administered before and after the method courses, and pre- and 
 
66  Jurnal Pendidikan 26 
 post-course responses were analysed and compared. The results showed that the physics group had a higher level of 
 PCK 
than the non-physics group. Their level of 
 PCK 
also improved as a result of explicit instruction, whereas there wasno change in the level of 
 PCK 
for the non-physics group. The findings suggest that the non-physics option teachers need to undergo explicit instruction in
 PCK 
in physics topics, since many of them are likely to teach physics in schools.
PENDAHULUANPengetahuan Pedagogi Kandungan (
PPK 
) adalah ilmu yang sangat penting yang perlu dipelajari oleh semua guru pelatih. Pengetahuan ini diperlukan bagimelaksanakan pengajaran yang berkesan.
PPK 
bermaksud keupayaan guru untuk menterjemahkan isi kandungan subjek dengan mengubahsuaikannya berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar, minat dan kebolehan pelajar dengan tujuan isikandungan itu mudah dikuasai semua pelajar. Shulman (1987) menyatakan bahawa
PPK 
adalah pengetahuan yang unik kepada profesion perguruan sahaja.Pengetahuan ini membezakan seorang guru daripada seorang pakar bidang pengetahuan yang tidak mengajar. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi kebolehanseorang guru untuk mengubah pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya.Oleh itu, kefahaman dan keupayaan guru tentang
PPK 
bukan sahaja bergantungkepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi semata-matatetapi juga bergantung kepada pengetahuan guru tentang pedagogi yang berkaitan dengan subjek tertentu dan untuk pelajar yang khusus.Grossman (1990) mengadakan kerangka teori untuk rujukan guru ketikamemikirkan bagaimana hendak mengajar subjek khusus. Guru pelatih juga perlumerujuk kepada kerangka teori ini untuk menginterpretasi pengalaman mengajar mereka. Kajian beliau terhadap enam orang guru pelatih yang tiga mengikutilatihan
PPK 
dan tiga lagi tidak mendapati bahawa mempelajari daripada pengalaman sahaja tidak menjamin mereka dapat membentuk 
PPK 
. Kajian ini juga mendapati bahawa mereka yang tidak mengikuti latihan perguruan telahmemperolehi pengetahuan tentang masalah pembelajaran pelajar melalui pengalaman mengajar mereka. Namun demikian, guru pelatih ini tidak tahu bagaimana “pengetahuan tentang pelajar” boleh membantu mereka merancang pengajaran yang berkesan. Sebaliknya, guru pelatih yang mengikuti kursus
PPK 
secara eksplisit berupaya mengaplikasikan pengetahuan tersebut di dalam perancangan mereka.Kajian-kajian lain juga menunjukkan bahawa melalui pengalaman mengajar,guru akan dapat membentuk 
PPK 
yang berkesan (Clermont, Borko & Krajcik 1994; Sanders, Borko & Lockard 1993). Kajian Clermont et al. (1994), menunjukkan bahawa menerusi pengalaman mengajar, seseorang guru kimia itu akan lebih berupaya untuk mengadakan contoh, demonstrasi dan penerangan yang
 
67 Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan
menggalakkan pembelajaran. Pengalaman mengajar itu telah memberi peluangkepada guru untuk mengesan masalah pembelajaran pelajar serta dapat melihatimpaknya terhadap pembelajaran. Sanders et al. (1993) pula, mendapati guruyang berpengalaman dapat menggunakan pengetahuan pedagogi mereka untuk merancang dan mengajar subjek yang di luar bidangnya.Pembentukan
PPK 
secara eksplisit perlu bagi mereka yang tidak mempunyaikefahaman yang mantap tentang isi kandungan sesuatu subjek. Menurut Fur-long dan Maynard (1995), guru pelatih mengatakan bahawa contoh, analogi dandemonstrasi yang sedia ada sangat berguna untuk mereka yang mantap dalamkefahaman isi kandungan serta bagi mereka yang bukan dari bidang subjek tersebut. Ini adalah kerana sebagai guru baru mereka bukan sahaja perlumemikirkan pembentuk 
PPK 
yang efektif tetapi mereka juga perlu mengendalikanaspek-aspek lain bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran.Pada keseluruhannya, Driel, Verloop dan Vos (1998) menyimpulkan bahawa
PPK 
ialah sejenis pengetahuan yang berkaitan dengan cara mengajar topik yangkhusus. Mereka juga mengutarakan bahawa guru pelatih, pada kebiasaannya,kurang atau tidak mempunyai
PPK 
, maka mereka mencadangkan pembentukan
PPK 
hendaklah dilakukan secara eksplisit. Selain itu, tinjauan literatur (sepertiMarks 1991) menunjukkan bahawa sesetengah guru membentuk dan tidak membentuk 
PPK 
. Keupayaan ini bergantung kepada jenis guru iaitu sama adaguru itu berpengalaman, guru baru atau guru yang mengajar di dalam atau di luar  bidangnya. Oleh itu, adalah wajar satu kajian dilakukan dalam membandingkanguru yang mengikuti kursus kaedah yang membentuk 
PPK 
secara eksplisit danimplisit bagi memahami dengan mendalam peranan pembentukan
PPK 
secaraeksplisit di dalam latihan perguruan sains.TUJUAN KAJIANBerdasarkan permasalahan kajian di atas, tujuan kajian adalah untuk membandingkan aras
PPK 
guru pelatih yang mengikuti kursus kaedah yangmembina
PPK 
secara eksplisit dengan aras
PPK 
guru pelatih yang membentuk 
PPK 
secara implisit iaitu menerusi ‘sintesis’ atau keupayaan guru pelatih untuk menghubungjalinkan antara pengetahuan kandungan mata pelajaran dengan pengetahuan pedagogi am. Kajian ini tertumpu kepada
PPK 
terhadap konsep-konsep asas fizik oleh guru pelatih sains kerana kajian (
UNESCO
1992) telahmenunjukkan bahawa terdapat masalah dalam pengajaran kurikulum SainsIntegrasi (
KBSM
). Kajian tersebut menunjukkan guru bukan opsyen fizik menghadapi kesulitan untuk mengajarkan topik-topik fizik. Maka soalan-soalankajian ini adalah:1.Apakah tahap
PPK 
guru pelatih sains dalam konsep asas fizik sebelum danselepas mengikuti kursus kaedah?

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Latifah Lime liked this
Fanazariah Yusof liked this
Stella Ong liked this
Mohd Salleh liked this
Bryan Tee liked this
Fadzlin Jamal liked this
Sy Suhaila liked this
Rini Damayanti liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->