Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
240Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Jurnal Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian

Jurnal Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian

Ratings:

4.72

(29)
|Views: 11,930 |Likes:
Published by Physics Teacher
Jurnal Pendidikan Matematik
Jurnal Pendidikan Matematik

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Physics Teacher on Jul 31, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

 
Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan PencapaianMatematik bagi Murid-Murid Sekolah Rendahdi sekitar Bandar KuchingKoh Lee LingChoy Sau KamLai Kim LeongKhaw Ah HongSeah Ai Kuan
Jabatan Matematik
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan kaedahPembelajaran Koperatif (PK) terhadap sikap dan pencapaianMatematik apabila guru pelatih menggunakan PK dalam pengajaran dan pembelajaran matematik semasamenjalankan latihan praktikum. Rekabentuk kajian inberdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra-ujian pos kepada kumpulan rawatan dan kumpulankawalan. Peserta kajian terdiri daripada 83 orang murid tahun empat dari dua buah sekolah rendah kebangsaan di sekitar bandar Kuching. Kumpulan kawalan terdiri daripada36 orang murid dan kumpulan rawatan terdiri daripada 47 orang murid. Ujian sikap dalam bentuk soal selidik dan ujian pencapaian matematik digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data dan dapatan data dianalisis secarakuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan kaedah PK berkesan untuk meningkatkan pencapaian matematik tetapi tiada perbezaan yang signifikan dalam sikap murid terhadapmatematik antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
PENGENALAN
Pembelajaran Matematik seringkali dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan. Ini kerana dalam struktur bilik darjah tradisional, prosespengajaran pembelajaran matematik lebih menekankan penghafalanformula dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan peperiksaan danpengajaran yang berpusatan guru. Dengan itu, adalah penting untuk guruMatematik mencari satu titik perseimbangan dalam mempelbagaikanstrategi pengajarannya agar murid-murid dapat menghayati keindahanMatematik dalam proses pembelajaran konsep dan kemahiran Matematik.Ini seterusnya dapat membantu murid mengakplikasikan kemahiran danpengetahuan matematik dalam kehidupan sehari-hari kerana penguasaan
 
pengetahuan matematik merupakan pemangkin kejayaan setiap insandalam era teknologi ini.
Pernyataan Masalah
Dalam kurikulum latihan guru pelatih KDPM dan KPLI, banyak penekanantelah diberi kepada strategi pengajaran-pembelajaran yang berpusatkanmurid, Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), dimana aktiviti mengajar perlu meransang pemikiran murid, mengalakkan penglibatan murid,mengambil kira pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran individu.Pembelajaran Koperatif merupakan salah satu komponen kurikulum yangsangat dititiberatkan kerana ia merupakan strategi pembelajaran yangmemenuhi ciri-ciri di atas. Walaubagaimana pun, dari pemerhatian semasapenyeliaan praktikum yang lepas, didapati guru pelatih jarang sekalimengaplikasikan PK di dalam kelas mereka. Banyak kajian tentang PK telah dijalankan di dalam dan luar negara,Johnson, Johnson dan Holubec (1990), Kagan (1992) dan T. H. Gan &Wong (1995) mendapati bahawa ia membawa kesan positif sama ada darisegi pencapaian akademik mahupun dari segi sikap, minat, motivasi dankemahiran sosial di kalangan murid. Walaubagaimana pun, kajian terhadapkesan PK yang dilaksanakan oleh guru pelatih dari Maktab PerguruanMalaysia masih kurang dan tiada satu kesimpulan umum dapatdigeneralisasikan. Maka adalah penting untuk meninjau kesan PK terhadapsikap dan pencapaian murid-murid dalam Matematik jika guru pelatih inginmengaplikasikannya semasa menjalankan latihan praktikum, diharapkandapatan kajian ini dapat dijadikan satu landasan untuk kajian yang lebihluas dan mendalam dalam bidang yang sama.
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kesan PK terhadap sikap murid-muriddalam pembelajaran Matematik serta pencapaian Matematik murid-murid.
Soalan Kajian
Apakah kesan kaedah Pembelajaran Kooperatif terhadap:(i)Sikap murid-murid terhadap pembelajaran Matematik?(ii) Pencapaian murid-murid dalam Matematik?
Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 8, 2008 
51
 
TINJAUAN PENULISANPembelajaran Koperatif 
Menurut Kagan & Olsen (1992), PK merupakan aktiviti pembelajaran dalamkumpulan yang berstruktur dimana pembelajaran adalah bergantungkepada pertukaran maklumat secara sosial antara ahli-ahli kumpulan, setiapmurid adalah bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan jugaahli kumpulannya. Johnson, Johnson, dan Holubec (1993), menyatakan PKsebagai pembelajaran dalam kumpulan kecil terdiri dari dua hingga empatorang murid yang bersifat heterogen untuk memaksimakan pembelajaransetiap ahli kumpulan bagi mencapai matlamat bersama. Seorang lagi pakar dalam PK, Slavin (1985), menakrifkan PK sebagai startegi pengajaranmelalui kumpulan kecil heterogen yang berstuktur dan sistematik, beliaumendapati ia sesuai untuk semua mata matapelajaran dan juga murid darisemua peringkat.Walaubagaimana pun, PK bukan setakat mengumpulkan murid dalamkumpulan kecil untuk duduk bersama-sama, berkongsi bahan pembelajarandan berinteraksi sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Menurut D. W. Johnson, dan R. T. Johnson (1989) dan Kagan (1992), PKyang berkesan dalam proses pembelajaran perlu mematuhi lima prinsiputama yang berikut :(i)Hubungan saling gantung yang positiSetiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi bahawa merekaadalah saling bergantung untuk mencapai matlamat kumpulan yangdiberikan, kejayaan seseorang ahli kumpulan bermaksud kejayaanseluruh kumpulan dan sebaliknya, kegagalan seorang ahli kumpulanbermaksud kegagalan seluruh kumpulan, ("sink or swim together").Untuk mewujudkan hubungan saling positif, guru boleh merancangmatlamat bersama untuk setiap kumpulan, memberi ganjarankepada semua ahli kumpulan apabila setiap ahlinya mencapai kritiriayang ditentukan dan setiap ahli kumpulan boleh diberi peranan-peranan Kapten, Pelari, Penggalak dan Pemeriksa.(ii)Akauntabiliti individuSetiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menunjukkanpencapaian pembelajaran individu. Ini dapat dilaksanakan denganpenilaian berterusan terhadap pencapaian murid sama ada denganmemberi ujian kepada semua murid atau pemilihan murid secararawak dari setiap kumpulan untuk menjawab soalan dan markahyang diperolehi diberi kepada kumpulan tersebut.
Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 8, 2008 
52

Activity (240)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Pandokan Albert liked this
Tan Lb liked this
Tan Lb liked this
Pandokan Albert liked this
Yung Kam Nguok liked this
Hamidah Yusuf liked this
Hamidah Yusuf liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->