You are on page 1of 2

KUASA GANJARAN (REWARD POWER)

Kuasa Ganjaran bermaksud seorang individu atau pentadbir yang mempunyai kelebihan
untuk memberi ganjaran atau hadiah kepada kakitangan yang menurut arahannya. Kuasa
ganjaran ini dianggap sebagai satu kuasa yang positif yang boleh menyebabkan perubahan
dalam tingkahlaku dan perlakuan seseorang. Dengan kata lain ia merupakan pengukuhan
positif. Namun kuasa ini ada had dan batasannya untuk membolehkan seseorang itu
bertindakbalas darinya. Ia juga kuasa yang dapat mengawal pekerja melalui hadiah ganjaran
bonus atau menjanjikan pelbagai bentuk insentif yang boleh membawa perubahan positif
kepada para pekerja atau ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Kadangkala berbentuk memberi
tugas dan cabaran baru kepada seseorang yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan
dan baik di samping memberikan ganjaran atau hadiah sampingan.

Contohnya seorang pengetua boleh memberi kenaikan gaji kepada guru-guru


bawahannya sekiranya mereka berkhidmat dengan cemerlang. Selain itu, dia juga dapat
memberi beberapa keistimewaan tertentu kepada guru tersebut di sekolah. Pemimpin seperti
ini dapat memberikan pengukuhan yang positif kepada para kakitangannya di mana mereka
akan berusaha sebaik mungkin bukan sahaja untuk memperoleh ganjaran atau habuan yang
telah dijanjikan tetapi untuk mencapai matlamat dan tanggungjawab seorang guru yang
berdedikasi. Sekiranya, ganjaran itu tidak diberi atau janji pemimpin itu tidak ditunaikan
kuasa pemimpin itu akan berkurang sedikit demi sedikit. Begitu juga rasa hormat
pengikutnya turut berkurang terhadap pemimpin yang tidak mengotakan janjinya itu.

Kelemahan kuasa ganjaran ialah ia tidak dapat meningkatkan prestasi


kerja kakitangan dalam situasi tertentu di mana mereka hanya bekerja dengan bersungguh-
sungguh apabila dijanjikan dengan ganjaran tambahan atau hadiah selain dari gajinya yang
diterima mereka pada setiap bulan. Sistem pendidikan di Malaysia juga mengamalkan sistem
dalam organisasi di mana guru-guru yang cemerlang akan diberi anugerah dan diberi
ganjaran sebanyak RM1000. Hal ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat para guru
untuk mendidik dengan lebih cemerlang.

KUASA PAKSAAN (COERCIVE POWER)

Juga dikenali sebagai kuasa dendaan. Kuasa ini bersifat negatif kerana biasa perubahan
perlakuan seseorang itu bukan atas kehendaknya tetapi lebih kepada ancaman dan dendaan
yang akan diberikan oleh pihak atasan bila ianya tidak diikuti. Kuasa yang wujud cara ini
biasanya tidak akan kekal. Ia dikatakan sebagai kuasa kerana ia dapat mengawal pekerja
melalui paksaan, dendaan, ancaman dan mungkin juga berbentuk ugutan. Antara bentuk
dendaan dan hukuman yang dipraktikkan ialah seperti tidak memberi kenaikan pangkat,
menahan kenaikan gaji, menamatkan tugas atau pemberhentian dengan laporan yang negatif.

Pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan selalunya bergantung kepada kekuatan


fizikal dan mental yang ada padanya, dan pemimpin yang mengamalkan kuasa ini tidak
menghargai keupayaan sebenar yang ada pada kakitangannya. Secara amnya, subordinat akan
mengikut arahan pemimpin semata-mata untuk mengelak daripada didenda oleh ketuanya.
Maka segala kemahuan ketua akan dituruti. Walau bagaimanapun kuasa paksaan
mendatangkan rasa tidak puas hati serta menimbulkan kemarahan para pekerja jika didenda
dengan sebab yang tidak sepadan atau munasabah dan akhirnya akan menimbulkan konflik
dalam organisasi. Seterusnya ia mampu memecahbelahkan organisasi di mana para pekerja
dan pemimpin tidak sehaluan. Motivasi dan komitmen subordinat juga menurun jika kuasa
paksaan dipraktikkan di dalam organisasi sebagai kuasa utama. Oleh kerana kuasa paksaan
memberi pengukuhan negatif kepada orang bawahan, maka kuasa paksaan merupakan kuasa
yang paling lemah untuk membuat kakitangan menurut perintah dan mempunyai hubungan
negatif dengan keberkesanan.

You might also like