You are on page 1of 22

Dasar

Kependudukan
Malaysia ke arah
70juta orang

Nama : Nur Afifah binti Osman

No. Matric : MS1016519775

Nama Pensyarah : Pn. Jeyamani Devadas


PENGHARGAAN

Selamat sejahtera. Alhamdulillah, akhirnya assignment kemahiran Dinamika ini

telah dapat disiapkan. Disebalik sesuatu kejayaan, terdapat rahsia disebaliknya. Oleh itu,

rahsia disebalik kejayaan saya sehingga dapat menyiapkan tugasan ini ialah disebabkan oleh

beberapa pihak. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Madam

Jaya selaku pensyarah Kemahiran Dinamika yang telah bertungkus – lumus serta tidak putus

– putus membantu saya bagi menyiapkan tugasan kemahiran Dinamika ini yang bertajuk “

Dasar Kependudukan Malaysia ke Arah 70 juta Orang”.

Tidak lupa juga kepada Ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan dorongan

seratus peratus kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka yang telah memberi

semangat kepada saya disamping kepadatan jadual waktu saya, saya tidak mungkin dapat

menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan kepada rakan – rakan saya

yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini

sepenuhnya. Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

1.Pendahuluan 1
2.Objektif 3
3.Hasil kajian
3.1 Strategi Pelaksanaan
3.1.1 meminda undang – undang buruh mengenai cuti bersalin bagi pekerja wanita
4
3.1.2 menukar nama serta fungsi Lembaga Perancang Keluarga 4
3.1.3 memberi khidmat nasihat serta kaunseling kepada ibu bapa 5
3.1.4 mengadakan bancian penduduk 6

3.2 Masalah akibat pertumbuhan penduduk yang tidak terkawal…………………………


3.2.1 Kekurangan sumber makanan........................................................................... 7

3.2.2 masalah peluang pekerjaan ................................................................................. 7

3.2.3 kekurangan kesihatan ......................................................................................... 8

3.2.4 masalah kurangnya kawasan perumahan ............................................................. 9

3.2.5 masalah pendidikan ........................................................................................... 10

3.2.6 masalah kurangnya pemahaman rakyat mengenai dasar ini.............................. 10

3.3 Hasil positif diharapkan daripada dasar ini

3.3.1 bekalan tenaga kerja ......................................................................................... 11

3.3.2 perluasan pasaran.............................................................................................. 12

3.3.3 peningkatan produktiviti ................................................................................... 12

3.3.4 kekuatan politik dan keselamatan negara ......................................................... 13

4.Penutup .............................................................................................................................................. 14

5. Bibliografi ......................................................................................................................................... 15

6. Lampiran
PENDAHULUAN

Apa itu dasar? Menurut kamus Dewan, dasar merupakan pendirian yg menjadi asas bagi

segala tindakan iaitu sikap, keputusan dan polisi. Dasar juga merupakan suatu kenyataan

mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak. Manakala bagi definisi bagi

Dasar-Dasar Kerajaan(Awam) pula ialah satu pengistiharan iaitu hasrat dan ideologi kerajaan

dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan atau mendapatkan hasil atau untuk

mencapai objektif.

Persoalannya, kenapa Dasar Kerajaan ini dibuat? Kerajaan telah menggubal dasar dasar

kerajaan berdasarkan elemen – elemen serta faktor – faktor yang akan memajukan negara.

Langkah ini juga diambil untuk meningkatkan kecekapan, meningkatkan produktiviti,

mengurangkan kos pengurusan, mengatasi masalah, meletakkan asas pentadbiran negara atau

organisasi, sebagai panduan bagi mencapai objektif

serta untuk menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik dipraktikan dalam

kehidupan seharian.

Dasar – dasar kerajaan ini perlu difahami supaya dapat merangka program dan pelan tindakan

bagi mencapai objektif. Selain itu, dapat mengatasi masalah dan konflik yang mungkin timbul

dalam pelaksanaan dasar-dasar berkenaan serta kakitangan awam iaitu sebagai pelaksana

dasar dan rakyat sebagai sasaran terlibat secara langsung di dalam dasar kerajaan.

Antara dasar – dasar kerajaan ialah Dasar Sosial Negara, Dasar Warga Tua Kebangsaan,

Dasar Kebajikan Masyarakat Negara, Dasar Wanita Negara, Dasar Orang Kurang Upaya,

Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, Dasar Kanak-Kanak, Antartika, Bersih, Cekap dan

1
Amanah, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Kependudukan

Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Pembangunan

Nasional (DPN), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam

Pentadbiran, Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam, Dasar Perindustrian Berat Di

Malaysia, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Sains dan Teknologi Negara, Dasar Urbanisasi

Negara, Dasar Wanita Negara,Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan

Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam, Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar

Bandar, Konsep Kawasan Aman, Bebas & Berkecuali (ZOPFAN) Di Asia Tenggara,

Peningkatan Daya Pengeluaran Negara, Penswastaan, Perspektif Wawasan 2020,

Persyarikatan Malaysia, Pelan Induk Perindustrian, Rancangan Kerjasama Teknikal

Malaysia,Sogoshosha Malaysia, Third National Agricultural Policy ( 1998 - 2010 ), Dasar

Sosial Negara, dan The National Telecommunication Policy ( 1994 - 2020 ).

Memandangkan tajuk tugasan saya ialah “Dasar Kependudukan Malaysia ke arah 70 juta

orang”, saya akan mengulas dengan lebih lanjut mengenai dasar ini.

Matlamat kependudukan 70 juta ini telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr.

Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan

September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk

sebanyak 70 juta.

Saranan beliau ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau

dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia

Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam

tempoh 115 hingga 120 tahun.


OBJEKTIF
2

Matlamat kajian ialah;

 Untuk mengkaji strategi pelaksanaan dasar ini dibuat.

 Untuk mengkaji masalah yang akan dihadapi jika penduduk bertambah

 Untuk mengkaji kesan – kesan positif yang diharapkan dari dasar ini.
STRATEGI PELAKSANAAN
3
Isi 1 : Meminda undang – undang buruh mengenai cuti bersalin untuk pekerja

wanita.

Sebagai permulaan, pihak kerajaan telah mengusahakan dua langkah yang pertama

iaitu dengan meminda undang – undang buruh mengenai cuti bersalin untuk pekerja wanita.

Mengikut Ordinan Pekerjaan 1955, seseorang pekerja wanita dibenarkan cuti bersalin

sebanyak 3 kali sahaja. Pada April 1984, kabinet telah bersetuju supaya ia dipinda agar cuti

bersalin ditambah menjadi 5 kali. Hal ini kerana untuk membolehkan pekerja wanita membuat

perancangan keluarga untuk menambah bilangan ahli keluarga. Jika cuti bersalin yang

diberikan adalah sedikit, maka ramai pekerja wanita terutama pekerja sektor kerajaan, akan

mengambil inisiatif lain untuk tidak mengandung kerana cuti yang diberikan terlalu sedikit

untuk mereka dan mereka merasakan ianya tidak berbaloi bagi mereka. Tambahan pula,

tumpuan serta konsentrasi mereka terhadap kerja mereka akan hilang disebabkan faktor untuk

menjaga anak mereka yang masih kecil dalam tempoh yang singkat sebelum boleh diserahkan

kepada pusat penjagaan atau taman asuhan kanak - kanak semasa mereka bekerja. Oleh sebab

iitu, pihak kerajaan telah menggubah cuti bersalin bagi pekerja wanita daripada 3 kali kepada

5 kali.

Isi 2 : Menukar nama serta fungsi Lembaga Perancang Keluarga

Langkah kedua ialah dengan menukar nama dan fungsi Lembaga Perancang Keluarga

yang kini dikenali sebagai Lembaga Pembangunan Keluarga dan Kependudukan Negara

(LPPKN). Fungsi barunya ialah untuk memberi penekanan kepada perlunya rakyat

menambah anak yang kelahirannya terancang dan tidak lagi mengurangkan kadar kelahiran.

Seorang ahli falsafah Perancis, Arsene Dumont pada tahun 1890 telah mengemukakan

4
pandangannya yang menghubungkaitkan antara kesuburan dan mobiliti sosial iaitu, manusia

yang mempunyai keluarga yang besar adalah lambat berbanding dengan keluarga yang kecil.

Dalam hal ini, pandangan beliau adalah betul tetapi dengan syarat individu tersebut tidak

boleh terhalang untuk berbuat demikian. Berteraskan faktor ini, individu sama ada didalam

keluarga yang kecil atau besar mempunyai kebarangkalian yang sama untuk berjaya dengan

syarat individu itu tidak terikat atau terhalang untuk berbuat demikian. Oleh sebab itu,

LPPKN perlulah mengadakan kaunseling serta memberi pendidikan kepada wanita supaya

mereka dapat memainkan peranan penting bagi mengurangkan kelahiran berisiko tinggi dan

kematian bayi. Dengan pengurangan kematian bayi, populasi penduduk akan bertambah dan

akhirnya akan melebihi kadar kematian di negara ini.

Isi 3 : Memberi khidmat nasihat serta kaunseling kapada ibu bapa

Untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan rakyat dalam bidang – bidang

kependudukan dan kekeluargaan, agensi – agensi keagamaan perlulah memberi khidmat

nasihat perkahwinan dan khidmat nasihat keibubapaan, khidmat kaunseling perkahwinan serta

keibuan. Pada zaman teknologi tinggi ini, masih ramai lagi rakyat yang mempunyai moral

serta mentaliti negara kelas ketiga. Gejala yang berlaku pada masa kini ialah pembuangan

bayi atau anak luar nikah. Terlalu banyak kes ini terpampang di dada – dada akhbar serta di

televisyen mengenai pembuangan bayi serta pengguguran bayi. Punca utama ialah kurangnya

didikan agama serta pengetahuan tentang keibubapaan apatah lagi anak yang dilahirkan

merupakan anak luar nikah. Oleh sebab itu, pada 30 Mei 2010, Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melancarkan program penjagaan bayi oleh

OrphanCare untuk mengatasi gejala buang bayi di mana ibu muda yang tidak dapat menjaga

anak mereka bolehlah menghantar anak mereka ke sana tanpa mengisi sebarang surat

menyurat dan anak itu akan diberikan kepada keluarga angkat tanpa diketahui nama ibu

kandung bayi tersebut.

5
Isi 4 : Mengadakan bancian penduduk

Pihak Jabatan Perangkaan Negara telah mengadakan bancian penduduk dan

mengeluarkan penerbitan untuk rujukan untuk mengetahui populasi penduduk negara

Malaysia. Pada bulan Julai 2010, bancian akan diadakan di seluruh Malaysia selepas sepuluh

tahun daripada bancian yang terakhir iaitu pada tahun 2000. Menurut Ketua Perangkawan

Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abd Raof , anggaran bancian tahun 2010 akan meningkat

29 juta orang penduduk, manakala bancian terakhir tahun 2000 mencatat 23.5 juta orang.

Untuk mengadakan bancian, sebanyak RM200 juta diperuntukkan oleh pihak kerajaan untuk

bancian penduduk dan perumahan kelima ini yang dijalankan jabatan itu sejak tahun 1963 dan

ia diadakan sepuluh tahun sekali. Ramai yang tidak mengambil tahu tujuan bancian ini

dijalankan. Bancian ini merupakan satu tanda arah untuk keperluan negara dan juga

perumahan yang meliputi semua penduduk Malaysia dan orang asing yang tinggal di negara

ini selama enam bulan atau lebih dalam tahun 2010. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana

Menteri Malaysia yang Ke - enam telah pun mengingatkan rakyat mengenai bancian ini pada

14 April 2010 . Poster – poster telah pun ditampal sejak dua bulan yang lepas disamping

iklan – iklan di radio dan televisyen mulai April 2010 bagi mengingatkan rakyat mengenai

bancian yang akan dijalankan pada 6 Julai ini sehingga 22 Ogos di semua jenis kediaman.

6
MASALAH AKIBAT PERTUMBUHAN YANG TIDAK TERKAWAL

Isi 1 : Kekurangan sumber makanan

Jika komposisi penduduk negara Malaysia bertambah sehingga 70 juta orang atau

lebih, sumber makanan negara akan berkurang akibat pertumbuhan penduduk yang pesat dan

tidak seimbang. Hal ini demikian kerana sesebuah keluarga yang besar memerlukan lebih

banyak kuantiti makanan yang berzat bagi menampung ahli – ahlinya. Setiap keluarga perlu

makanan yang seimbang supaya tidak terjejas pertumbuhan dan pembesaran fizikal, mental

serta spiritual ahli keluarga. Dengan pengeluaran produk makanan tempatan yang sedikit,

pihak kerajaan terpaksa mengimport makanan seperti beras serta gula dari negara –negara

jiran seperti Thailand bagi menampung keperluan pemakanan penduduk di negara ini.

Pengimportan makanan ini menimbulkan masalah jaminan makanan yang berzat serta

melibatkan pertukaran wang asing. Oleh itu, subsidi kepada makanan terpaksa diadakan bagi

mengurangkan beban rakyat. Menurut kajian yang telah dijalankan baru – baru ini, kerajaan

Malaysia akan diisytiharkan bankrupt pada tahun 2019. Hal ini tidak sejajar dengan matlamat

negara untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju pada tahun 2020. Justeru

itu, pihak kerajaan perlulah menggunakan tanah dan sumber – sumber lain secara optimum

untuk pembekalan makanan yang mencukupi untuk semua penduduk. Pada masa yang sama,

pihak kerajaan perlulah menyeru rakyat supaya menghasilkan produk makanan tempatan bagi

menampung keperluan pemakanan penduduk Malaysia.

Isi 2 : Masalah peluang pekerjaan

Satu lagi masalah yang akan berlaku jika Malaysia mempunyai komposisi penduduk

sehingga 70 juta orang ialah masalah peluang pekerjaan. Pertambahan penduduk yang pesat

mungkin menjejaskan peluang pekerjaan kerana pembangunan perindustrian dan pertanian

7
tidak secepat pertambahan penduduk. Ini mungkin mengakibatkan pengangguran yang tinggi,

ketidaksesuaian pekerjaan dan kurang kemahiran, gaji yang rendah dan lain – lain. Ekoran

daripada ini, akan wujudlah kemiskinan, jenayah, penyalahgunaan dadah, dan kerosakan

akhlak. Pada masa kini juga, di dalam komposisi penduduk yang belum mencapai 30 juta

orang, peluang pekerjaan semakin sukar untuk didapati. Dengan teknologi serta kecanggihan

sistem pendidikan yang efisien, ramai mahasiswa serta mahasiswi yang menganggur kerana

mencari peluang pekerjaan yang setaraf dengan ijazah yang mereka dapat malangnya kuota

yang ditawarkan terhad. Graduan universiti terlalu ramai sehinggakan peluang pekerjaan

untuk bidang – bidang tertentu terpaksa dihadkan. Terdapat mahasiswa atau mahasiswi

terpaksa bekerja sebagai pencuci tandas akibat peluang pekerjaan yang sedikit dan terhad.

Oleh itu, pihak kerajaan serta agensi – agensi yang berkaitan perlulah menyediakan latihan

dan meningkatkan sektor pekerjaan yang mencukupi bagi menampung jumlah penduduk

yang banyak.

Isi 3 : Masalah kesihatan

Penduduk yang tidak seimbang dengan pembangunan juga akan membawa implikasi

buruk kepada kesihatan. Masalah kesihatan akan timbul berikutan kurangnya makanan yang

seimbang. Tambahan pula, restoran makanan segera yang tumbuh bagaikan cendawan

menyebabkan ramai penduduk beralih untuk makan makanan segera disebabkan mudah, cepat

dan lazat. Tetapi mereka tidak pernah terfikir bahawa makanan segera mempunyai kandungan

kalori yang tinggi dan merupakan satu hidangan yang tidak lengkap iaitu tidak seimbang.

Lebih teruk lagi, rakyat tidak mengambil peduli mengenai kesihatan diri mereka serta tidak

mengamalkan pemeriksaan kesihatan sekurang – kurangnya setahun, dua kali atau sekali

setiap enam bulan. Disebabkan masalah ini, ramai penduduk Malaysia yang mendapat

penyakit kronik seawal usia 10 tahun. Penyakit kronik yang penduduk Malaysia sering hidapi

8
ialah sakit jantung, diabetis, kanser paru – paru serta masalah obesiti. Dengan peningkatan

kemudahan hospital dan kakitangan hospital serta bilangan pakar perubatan ditambah untuk

mengubati penduduk yanng banyak. Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan

menyediakan elaun yang tinggi terutama bidang kejururawatan serta kedoktoran bagi menarik

minat graduan –graduan untuk memohon pekerjaan tersebut. Syarat kelayakan bagi seorang

jururawat juga telah dinaiktaraf kepada Diploma membolehkan graduan – graduan diploma

dan ke atas untuk memohon pekerjaan tersebut.

Isi 4 : Kekurangan kawasan perumahan.

Pertumbuhan penduduk yang pesat, menyebabkan kepadatan tidak terkawal dan

membawa kepada kesesakan perumahan. Untuk menyelesaikan masalah ini, wujudlah

kawasan – kawasan setinggan. Sekarang ini pun kawasan setingggan tumbuh bagaikan

cendawan,. Keadaan ini akan bertambah lebih buruk sekiranya pertumbuhan penduduk tidak

terkawal. Sebelum itu, mari kita renung kembali maksud setinggan. Rumah setinggan

merupakan rumah yang dibina dengan tanpa izin di atas tanah kerajaan. Maksudnya, rumah

setinggan telah memanipulasi tanah kerajaan yang sedia ada untuk kepentingan mereka. Jadi,

pihak kerajaan perlulah menambah kawasan perumahan dengan fasiliti yang lengkap bagi

menampung pertambahan penduduk akan datang. Selain itu, pembinaan kawasan perumahan

perlulah mengamalkan Dasar Alam Sekitar agar keseimbangan ekosistem terjaga walaupun

penduduk berkembang dengan pesat. Dengan kawasan perumahan yang berkonsepkan taman

dalam taman menjadikan kawasan persekitaran kahijauan, cantik, nyaman serta mewujudkan

satu ciri bagi rakyat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Kawasan ini juga akan

melambangkan gaya serta konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun

Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke – enam.

9
Isi 5 : Masalah pendidikan

Jumlah penduduk yang ramai akan menimbulkan masalah pendidikan. Kerajaan

terpaksa membina banyak sekolah, menyediakan guru – guru terlatih dan sebagainya. Ibu

bapa pula perlu membuat membuat perancangan yang teliti, menyediakan wang yang banyak

di samping memberi perhatian dan bimbingan di rumah. Mampukah ibu bapa menyediakan

kemudahan yang secukupnya jika anak – anak mereka terlalu ramai? Persoalan inilah yang

bermain di kepala ibu bapa. Kos sara hidup seorang anak semakin meningkat dan

menyebabkan kebanyakan ibu dan bapa merancang keluarga dan mengekalkan sekurang –

kurangnya 2 orang anak dalam setiap keluarga. Hal ini boleh menjejaskan misi kerajaan dan

oleh ittu, kerajaan telah membina sekolah baru serta menaiktaraf sekolah luar bandar dan

bandar. Selain itu, Ibu bapa juga tidak perlu membeli buku teks kerana pihak kerajaan

meminjamkan buku teks kepada pelajar warganegara Malaysia dan ini sedikit sebanyak telah

berjaya mengurangkan beban ibu dan bapa. Tambahan pula, kerajaan telah menghapuskan

sebarang bayaran yuran persekolahan anak di setiap sekolah di seluruh Malaysia. Hal ini

terbukti telah membantu ibu dan bapa yang berpendapatan rendah untuk menghantar anak

mereka bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Untuk menyediakan guru – guru

yang terlatih, Universiti Perguruan Sultan Idris yang dahulunya dikenali sebagai Maktab

Perguruan Sultan Idris, telah berpengalaman dalam melahirkan ramai guru – guru yang

terlatih selain daripada Institusi Pendidikan Guru lain..

Isi 6 : Masalah kurangnya pemahaman rakyat mengenai dasar ini

Hasil daripada kaji selidik yang telah dijalankan oleh LPPKN dan Jabatan Penerangan

Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat banyak perbezaan dalam tanggapan dan

persepsi masyarakat mengenai Dasar ini. Di antara lain, Dasar ini disalah anggap sebagai satu

rancangan untuk menggalakkan kadar kelahiran yang lebih tinggi. Di samping itu masih juga

10
terdapat keadaan di mana isi kandungan mesej-mesej yang disiarkan kepada orang ramai oleh

beberapa agensi Kerajaan sering bertentangan antara satu dengan lain atau dengan objektif-

objektif Dasar Kependudukan Negara. Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN akan meneruskan

usaha-usaha penyebaran maklumat mengenai Dasar ini kepada semua lapisan masyarakat

menerusi media cetak dan lain-lain aktiviti seperti seminar, bengkel, kursus dan majlis-majlis

taklimat. Dalam usaha ini, peranan lain-lain agensi yang terlibat dengan penyiaran dan

penerangan kepada orang ramai juga adalah sangat mustahak untuk mengurangkan kekeliruan

dan masalah salah tafsiran Dasar ini.

HASIL POSITIF DIHARAPKAN DARIPADA DASAR INI

Isi 1 : Bekalan tenaga kerja.

Seperti yang diketahui, bekalan tenaga kerja di negara Malaysia masih tidak

mencukupi. Oleh itu, Malaysia terpaksa mengimport tenaga kerja manusia terutama dari

sektor perkilangan dari negara jiran sama ada Indonesia, Thailand atau pun Filipina.

Masalahnya, akibat perbezaan latar belakang budaya yang berbeza, mereka masih

mengamalkan budaya di tempat asal mereka di negara ini. Misalnya, kes melarikan remaja

perempuan ke Lombok. Sudah menjadi kebiasaan amalan ini diamalkan di negara mereka

atau kawasan mereka tetapi, mereka tetap membawa amalan tersebut ke Malaysia. Bak kata

pepatah, “masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak” Hal ini

menjadikan gejala sosial meningkat. Contohnya, pegawai perkhidmatan awam di kelab –

kelab malam kebanyakannya orang asing seperti dari China dan Indonesia selain terdapat

beberapa orang tempatan. Oleh itu, dengan penambahan penduduk, diharapkan kita dapat

melahirkan serta mempunyai tenaga manusia yang terdiri daripada penduduk tempatan sahaja.

Oleh itu, Kerajaan perlu mengawal pengambilan tenaga pekerja asing. Cara ini dapat

11
meningkatkan peluang pekerjaaan kepada rakyat Malaysia. Sekaligus melahirkan tenaga kerja

yang mahir.

Isi 2 : Perluasan pasaran

Pasaran dalam negeri masih lagi kecil dan ini merupakan halangan kepada pembangunan

industri. Jumlah penduduk yang besar merupakan sumber yang penting bagi mewujudkan

bilangan pengguna yang besar dan kuasa beli yang tinggi. Semuanya ini akan memberi

sokongan yang kuat terhadap perkembangan industri tempatan. Pasaran bagi produk tempatan

akan meningkat disebabkan permintaaan yang tinggi. Contohnya, produk makanan seperti

keropok lekor, produk buatan tangan seperti barangan kraf tangan akan dapat dipasarkan

dengan lebih luas serta dapat mencipta jenama Malaysia serta dapat dipasarkan di luar negara.

Hal ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan imej negara. Ekonomi penduduk tempatan juga

akan meningkat. Selain itu, disebabkan jumlah penduduk yang ramai, pemodal asing akan

tertarik untuk melabur di Malaysia dan ini sekaligus telah meluaskan pasaran industri

tempatan. Kemasukan pelabur asing ini juga meningkatkan peluang pekerjaan serta tenaga

kerja mahir.

Isi 3 : Peningkatan produktiviti

Jumlah penduduk yang besar tidaklah membebankan asalkan ianya seimbang dengan

kadar pembangunan sosio – ekonomi dan mereka dilengkapi dengan kemahiran – kemahiran

yang dapat digunakan dengan berkesan dan produktif untuk membangunkan negara.

Penduduk yang ramai akan dapat melahirkan pelbagai idea yang kreatif, inovatif dan kritis

untuk mencipta sesuatu produk yang baru melalui perbincangan serta perkongsian idea. Hal

ini dapat meningkatkan mutu serta kualiti produk tersebut. Dengan ini perlu ditegaskan

bahawa peningkatan daya pengeluaran penduduk serta sikap lebih rajin bekerja adalah penting

12
untuk terus memperbaiki taraf penduduk yang lebih besar jumlahnya. Apa yang penting ialah

setiap bayi yang dilahirkan sihat, dan mampu menjadi warga yang produktif. Apa gunanya

penduduk yang ramai tetapi lemah dalam semua segi? Oleh itu, tenaga kerja yang mahir akan

dapat menghasilkan produk dengan pantas serta dapat meningkatkan ekonomi negara ke tahap

yang maksimum. Tenaga kerja mahir ini juga mempunyai daya saing yang tinggi dan akan

berlumba- lumba sesama sendiri untuk memajukan diri mereka dalam bidang yang diceburi.

Isi 4 : Kekuatan politik dan keselamatan negara

Pertambahan penduduk dapat menstabilkan politik negara dan juga membantu

mempertahankan negara. Penduduk yang ramai akan mempunyai benteng pertahanan yang

kukuh untuk menghalang anasir – anasir luar daripada meruntuhkan sistem pertahanan

negara. Walaubagaimanapun, pertambahan yang tidak terkawal akan mengakibatkan negara

bergantung kepada negara luar terutamanya dari segi bahan makanan dan sebagainya. Hal ini

merupakan satu petanda yang tidak baik untuk kesejahteraan negara pada masa akan datang.

Negara kemungkinan akan musnah jika terlalu bergantung kepada negara lain. Oleh sebab itu,

pertambahan penduduk yang terkawal penting kerana ia bukan sahaja menjamin kestabilan

politik, bahkan dapat memudahkan perlaksanaan pembangunan dengan cara yang lebih

tersusun. Pemimpin yang berwibawa serta berkaliber akan dilahirkan selain dapat memberi

daya saing yang tinggi dan menjadi ikon kepada pemimpin negara lain. Pemimpin ini juga

mestilah yang akan membawa perubahan yang baik kepada sistem negara ke paras yang lebih

tinggi dalam memacu negara Malaysia ke arah kemajuan dalam semua segi termasuk

mentaliti dan moral masyarakat Malaysia.

13
PENUTUP

Dalam mencapai negara yang maju dengan komposisi penduduk yang ramai,

penggunaan sumber asli seperti hutan balak, petroleum dan air perlulah dipelihara. Sesetengah

sumber seperti petroleum dan bijih timah merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Penggunaan dan eksploitasi yang berlebihan pada masa ini akan mengakibatkan kepupusan

sumber asli tersebut untuk generasi yang akan datang. Oleh itu, penting bagi pengggunaaan

sumber asli yang terkawal dan terancang. Misalnya, kawasan pembalakan perlulah ditanam

semula di bawah sistem pengeluaran terkawal untuk memberi hasil terus – menerus. Mahatma

Gandhi pernah berkata bahawa terdapat sumber yang mencukupi untuk digunakan oleh semua

manusia di dunia ini, tetapi sumber tersebut tidak dapat memenuhi ketamakan manusia.

“Global Environment Centre” dengan kerjasama Iris Corporation Berhad dan “Friends of

Mangrove” telah menanam 100 batang pokok bakau sebagai benteng dan untuk mengekalkan

keluasan tanah serta saiz Malaysia pada 30 May 2010 yang lepas kerana bakau mencengkam

tanah daripada dihanyutkan oleh arus.

Malaysia merupakan diantara negara yang mempunyai dasar kependudukan yang

jelas. Oleh yang demikian untuk mencapai matlamat dasar ini secara berkesan adalah perlu

mengadakan dasar – dasar sampingan yang lain dengan serentak, umpamanya dalam bidang

ekonomi, sosial, guna tenaga, dan politik. Ini amat perlu supaya semua pihak dapat

memainkan peranan masing – masing dengan penuh tangggungjawab. Kita dapat melihat

bahawa pemikiran pemimpin sekarang yang tidak berada pada takuk yang lama. Dasar ini

sebenarnya memperlihatkan satu perubahan pemikiran yang radikal mengenai kependudukan

iaitu dasar pertumbuhan yang berbentuk terhad kepada bentuk menggalakkan. Dasar ini

diharapkan dapat memelihara kepentingan jangka panjang negara memandangkan rakyat

bukanlah tanggungan negara tetapi adalah harta – harta produktif yang penuh berpotensi.

14
BIBLIOGRAFI

1. Buku

a. Yusof Ismail, Dasar – Dasar Utama Kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur:

Penerbit A.S Noordeen, 2006

b. Wong Khek Seng, Ruminah Hj Sabiah, Kok Meng Kee, Pengajian Am Kertas

1 dan 2 STPM, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 2003

c. Mohd Razali Agus, Fashbir Noor Sidin, Pembangunan dan Dinamika

Masyarakat Malaysia, Penerbit Utusan Publications and Distributors Sdn

Bhd, 2000

2. Artikel

a. “Keperluan meningkatkan kadar kelahiran di Malaysia” Utusan Malaysia, 17

Julai 2008.

b. “27,000 pekerja sambilan diambil bancian penduduk Julai” Utusan Malaysia,

7 Februari 2010.

c. “Bancian penduduk kelima bermula 6 Julai” Utusan Malaysia, 14 April 2010

d. “ 100 swamp in to save Mangrove” New Straits Times, 30 Mei 2010.

e. “ Baby hatch necessary as alterantive for the unwed mums” New Straits

Times, 30 Mei 2010.

3. Internet
a. http://www.lppkn.gov.my/strategi.asp 4/6/2010

b. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php 4/6/2010

c. http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarainegeridimalaysiamengikutpopulasi

4/6/2010

LAMPIRAN
15
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Senarai di bawah menunjukkan senarai populasi penduduk di setiap negeri di Malaysia
mengikut populasi keseluruhan serta mengikut populasi penduduk bandar. Data diperolehi
daripada bancian rasmi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia[1].

Populasi keseluruhan

Tangga Populasi Populasi Populasi Populasi Populasi Populasi


Negeri
1980 1991 2000 2003 2009 2010

1 Selangor 1,426,250 2,289,236 3,947,527 4,498,100 6,457,649 6,885,615

2 Johor 1,580,423 2,074,297 2,565,740 2,959,446 3,549,185 3,655,688

3 Sabah 929,299 1,736,902 2,449,389 2,795,093 3,463,112 3,516,931

4 Sarawak 1,235,553 1,648,217 2,012,616 2,214,345 2,446,469 2,480,476

5 Perak 1,743,655 1,880,016 2,030,382 2,194,006, 2,172,970 2,187,841

6 Kedah 1,077,815 1,304,800 1,572,107 1,778,242 1,873,500 1,910,174

7 Kelantan 859,270 1,181,680 1,289,199 1,452,967 1,623,808 1,636,553

8 Kuala Lumpur 919,610 1,145,075 1,297,526 1,383,439 1,468,984 1,475,337

9 Pahang 768,801 1,036,724 1,231,176 1,372,545 1,462,397 1,473,005

10 Pulau Pinang 900,772 1,065,075 1,225,501 1,416,857 1,400,073 1,416,909

11 Terengganu 525,255 770,931 879,691 966,113 1,156,590 1,168,259

12 Negeri 551,442 691,151 830,088 913,265 989,693 1,005,486


Sembilan

13 Melaka 446,769 504,502 602,867 687,082 709,402 726,395

14 Perlis 144,782 184,072 198,335 217,944 215,495 213,863

15 Labuan 26,413 54,307 70,517 76,029 93,867 92,916

Berikut merupakan pertambahan penduduk bagi setiap sepuluh tahun mengikut negeri dan
juga peratus bagi setiap pertambahan penduduk antara tahun 1980-1991, 1991-2000, 2000-
2010

Pertambahan 1980- Pertambahan 1991- Pertambahan 2000-2010


Tangga Negeri
1991 2000

1 Selangor 862,986 (60.5) 1,658,291 (72.4) 2,938,088 (74.4)

2 Johor 493,874 (31.2) 491,443 (23.7) 1,089,948 (42.5)

3 Sabah 807,603 (86.9) 712,487 (41.0) 1,067,542 (43.6)

4 Sarawak 412,664 (33.4) 364,399 (22.1) 467,860 (18.9)

5 Kelantan 322,410 (37.5) 107,519 (9.1) 347,354 (26.9)

6 Kedah 226,985 (21.1) 267,307 (20.5) 338,067 (21.5)

7 Terengganu 245,676 (46.8) 108,760 (14.1) 288,568 (32.8)

8 Pahang 267,923 (34.8) 194,452 (18.8) 241,829 (19.6)

9 Pulau Pinang 164,303 (18.2) 160,426 (15.1) 191,408 (15.6)

10 Kuala Lumpur 225,465 (24.5) 152,451 (13.3) 177,811 (13.7)

Negeri
11 139,709 (25.3) 138,957 (20.1) 175,398 (21.1)
Sembilan

12 Perak 136,361 (7.8) 150,366 (8.0) 157,459 (7.8)

13 Melaka 57,733 (12.9) 98,365 (19.5) 123,528 (20.4)

14 Labuan 27,894 (105.6) 16,210 (29.8) 22,399 (31.8)

15 Perlis 39,290 (27.1) 14,263 (7.7) 15,528 (7.8)


Populasi penduduk bandar.
Tangga Negeri Populasi % Populasi % Populasi % Populasi % Populasi 2010 %
1980 1991 2000 2009

1 Selangor 745,929 1,721,505 3,483,765 88.3 5,960,410 92.3 6,389,851 92.8

2 Johor 621,106 991,514 1,638,772 63.9 2,931,627 82.6 3,089,056 84.5

3 Sabah 171,922 576,651 1,182,890 48.3 2,102,109 60.7 2,191,048 62.3

5 Perak 744,541 1,007,689 1,207,948 59.5 1,479,793 68.1 1,507,422 68.9

4 Kuala 919,611 1,145,075 1,297,526 100.0 1,468,984 100.0 1,475,337 100.0


Lumpur

6 Sarawak 294,962 618,081 963,232 47.9 1,406,720 57.5 1,443,637 58.2

7 Pulau 606,221 798,806 974,779 79.5 1,209,663 86.4 1,235,545 87.2


Pinang

8 Kedah 275,921 424,064 608,696 38.7 949,865 50.7 999,021 52.3

9 Kelantan 211,381 395,863 451,861 35.0 751,504 46.3 797,001 48.7

10 Pahang 202,963 315,164 518,176 42.1 764,971 52.3 793,950 53.9

11 Negeri 191,902 290,283 456,535 55.0 674,971 68.2 706,857 70.3


Sembilan

12 Terengga 191,192 343,065 434,273 49.4 670,426 58.0 697,451 59.7


nu

13 Melaka 134,918 195,242 405,917 67.3 579,581 81.7 607,266 83.6

14 Perlis 28,232 48,963 67,084 33.8 87,064 40.4 87,256 40.8

15 Labuan 7,026 26,285 54,162 76.8 82,978 88.4 82,881 89.2

You might also like