You are on page 1of 3

Karangan : penyakit berjangkit

Dunia sekarang dilanda dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit. Bincangkan cara-cara untuk
menghalangnya daripada terus merebak dalam kalangan masyrakat di negara kita ini.

Baru-baru ini, sarwajagat telah digemparkan dengan krisis penyakit berjangkit yang boleh membawa
maut. Malah, penyakit berjangkit boleh merebak melalui sistem pernafasan seperti air liur, bersin dan
lain-lain.Sebagai contoh, antara penyakit berjangkit yang ditakuti ialah H1N1, SARS,JE dan
sebagainya.Justeru, pelbagai alternatif perlu diambil bagi mencegah penyakit berjangkit ini daripada
terus merebak dalam kalangan rakyat di negara ini.

Antara langkah bagi menangani penyakit berjangkit ini daripada bertambah kronik adalah dengan
memastikan kebersihan diri kita sentiasa terjaga. Hal ini berlaku demikian kerana sesetengah wabak
penyakit dapat berjangkit secara tidak langsung iaitu melalui sentuhan, memegang atau menggunakan
sebarang peralatan yang pernah digunakan oleh individu yang telah dijangkiti penyakit tersebut. Dengan
ini, kita akan terhindar daripada dijangkiti oleh penyakit berbahaya tersebut.Sebagai contoh, kita
perlulah menggunakan sabun semasa membasuh tangan kita sebelum makan.Oleh yang demikian,
langkah ini perlu diamalkan oleh semua orang bagi menghindari serta melindungi diri mereka daripada
dijangkiti sebarang penyakit berjangkit.

Selain itu, kita juga perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat awam sekiranya tiada
urusan penting. Hal ini berlaku demikian kerana sesetengah penyakit berjangkit seperti H1N1(Selesema
Babi) boleh merebak melalui pernafasan. Sehubungan dengan itu, risiko untuk seseorang itu dijangkiti
wabak berjangkit adalah minimum. Sebagai contoh, tempat-tempat yang perlu dielakkan ialah pusat
membeli belah, taman-taman permainan dan sebagainya. Justeru, menjauhi tempat-tempat awam
merupakan pilihan yang tepat bagi mengelakkan penyakit berjangkit daripada mengancam nyawa kita.

Seterusnya, kerajaan juga boleh menangani musibah ini dengan menyekat kemasukan para wisatawan
yang disyaki dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini kerana para wisatawan dari negara luar yang datang
ke negara ini boleh menjadi faktor utama yang menyebarkan virus penyakit berjangkit ini. Justeru,
penyebaran penyakit ini akan dapat serba sedikit dikurangkan. Tamsilnya, pihak berkuasa yang menjaga
pintu masuk lapangan terbang kita hendaklah mengetatkan lagi pemeriksaan kesihatan ke atas para
wisatawan ini. Intihanya, kerjasama daripada mereka dapat membantu mengurangkan penyakit ini
daripada terus menular ke negara kita.

Konklusinya, dapatlah dirumuskan bahawa pelbagai langkah perlu diambil oleh semua lapisan
masyarakat bagi mencegah penularan penyakit berjangkit ini. Selain itu,kita hendaklah mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Gaya hidup yang sihat akan melahirkan tubuh yang sihat yang mampu melawan
penyakit berjangkit.Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada merawat dan janganlah kita
menyesal apabila kita telah disahkan menghidapi penyakit berjangkit disebabkan kecuaian kita kerana
‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.
Karangan : semangat 1malaysia

Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam
kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-
agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus
diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara
dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa
harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal
yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap
yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan
dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa
hadapan.

Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan
semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut
jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot
negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara.
Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju.

Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam
jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan
unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu
mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara.
Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka
wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.

Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam
kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka.
Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara,
pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik
merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara
tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil
bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak,
kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat
patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk
mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan
meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak
setia kepada negara seperti mambakar bendera negara.

Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka
kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang.
Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

KARANGAN: PERPADUAN KAUM

Soalan: Perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu diperkukuh dan
dipertahankan. Terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan perpaduan
kaum di negara ini terus utuh. Bincangkan penyataan ini.

Isi-isi Penting
Individu = memiliki kesedaran
= berusaha untuk merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain
= bergaul dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum
dan agama

Keluarga = mendidik anak-anak tentang kepentingan perpaduan antara


kaum
= berusaha untuk membentuk keluarga yang berfikiran sihat dan
rasional
= ibu bapa perlu memberikan galakan kepada anak-anak agar
bergaul dengan masyarakat berbilang bangsa

Masyarakat = mengadakan kegiatan yang dapat menyatupadukan masyarakat


berbilang kaum seperti gotong-royong dan hari keluarga
= bersikap toleransi dan saling memahami antara satu sama lain
= tidak bersikap prejudis terhadap kaum-kaum lain
= menghormati hak dan keperluan kaum-kaum lain seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan dan kontrak sosial

Kerajaan = menganjurkan kempen yang berkaitan dengan pembentukan


masyarakat yang sejahtera dan saling bertolongan
= menunaikan hak semua kaum tanpa adanya sikap pilih kasih
= menganjurkan program yang dapat disertai oleh semua kaum
= menyekat anasir-anasir dalaman dan luaran yang bertujuan untuk
memporak-perandakan masyarakat

You might also like