You are on page 1of 7

Pengenalan

Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulan
pelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza. Seseorang pelajar akan
menganggap tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas
seperti gambar yang di bawah.

Pelajar akan menganggap air di dalam mangkuk adalah paling sedikit manakala air dalam
botol adalah yang paling banyak.
Proses menyukat isipadu cecair

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa saiz bekas yang berbeza dapat mengelirukan
kita dalam menentukan isipadu cecair. Oleh demikian, kita pada hari ini amat bertuah kerana
dapat menggunakan unit standard untuk menentukan perkara ini. Pelajar sebenarnya pernah
melihat ukuran standard isipadu cecair seperti yang terdapat pada botol ataupun tin minuman
namun mereka tidak sedar akan perkara ini. Dengan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar,
maka seseorang guru akan dapat membantu mereka dengan sebaik mungkin.

Terdapat dua sukatan yang kita dapat gunapakai dalam menyukat isipadu cecair pada
tahap sekolah rendah iaitu milliliter (ml ) dan liter ( l ). Dengan adanya unit ini, maka dapatlah
kita mengurangkan masalah konsep pelajar terhadap perbezaan isipadu dalam dua atau lebih
bekas yang berbeza saiz. Antara alat yang kita boleh gunakan ialah seperti bikar, silinder
penyukat dan sebagainya.
Setiap silinder penyukat adalah mempunyai skala yang sama dengan silinder penyukat
lain. Biarpun saiz sesebuah silinder itu berbeza, namun kapasiti dalamnya tetap tepat kerana
ianya standard. Sebelum menyukat isipadu, pastikan kita berada pada sebuah permukaan yang
rata seperti sebuah meja. Penggunaan silinder penyukat amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah
kerana ianya boleh didapati di makmal sains sekolah.
Bagi proses menyukat pula, kita bolehlah menuangkan air ke dalamnya dan membuat
kiraan yang tepat. Peranan kedudukan mata amatlah penting dalam memastikan ketepatan
bacaan. Bacaan yang tepat adalah kedudukan mata berada selari dengan skala sukatan bukanya
dari pandangan atas mahupun bawah seperti dalam gambar yang ditunjukkan.

Sebagaimana yang telah ditunjukkan pada gambar ini, proses bacaan perlulah berada
selari dengan aras cecair yang hendak disukat. Terdapat beberapa kemungkinan jawapan yang
memusykilkan pelajar iaitu garisan aras cecair agak tebal. Namun demikian, adalah ditegaskan
bahawa garis yang paling di bawah itulah merupakan jawapan yang paling tepat untuk
menentukan aras cecair dalam silinder. Oleh demikian, adalah tanggungjawab seorang guru
untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci kepada pelajar kita agar mereka lebih
faham dan masalah konsepsi dapat diatasi.

Bahan bantu mengajar Isipadu cecair

Bagi mengajar topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep
isipadu cecair kepada pelajar. Sebagaimana matapelajaran yang lain, kriteria bahan yang
digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai
perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang untuk
mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan
yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan
membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.

Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan
dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika
dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti
oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh guru
sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.
Oleh yang demikian, untuk tajuk yang akan saya libatkan ini, iaitu isipadu cecair, saya
amat bersetuju untuk menggunakan bahan terpakai bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai
ke atas isipadu cecair. Bahan yang saya maksudkan ini ialah botol, gelas, botol plastik air
mineral, mangkuk dan botol susu.

Bahan bahan tersebut amatlah sesuai bagi saya untuk memperkenalkan isipadu cecair
kerana ianya belum lagi melibatkan standard unit (ukuran piawai). Perkataan yang penting untuk
saya ketengahkan ialah perkataan kurang, separuh, kosong, penuh dan lebih separuh.
Sebagaimana yang kita ketahui, untuk peringkat tahun dua masih lagi belum menggunakan
ukuran piawai, maka bahan yang saya bawa ke kelas adalah bahan yang tidak memerlukan
sukatan yang paling tepat.

Bahan bantu mengajar yang sesuai bagi pendapat saya seterusnya pula ialah bikar dan
silinder penyukat. Bahan ini dapat kita gunakan ketika mengajar para pelajar dalam
memperkenalkan konsep isipadu cecair. Biarpun ianya mempunyai sukatan, namun ianya mudah
dilihat dan diamati oleh pelajar. Tambahan pula, bahan ini selalunya ada di kawasan sekolah
terutamanya di makmal sains. Selain daripada mendapat konsep isipadu, pelajar juga akan
mendapat persoalan kegunaan skala di tepi bikar tersebut sekaligus menghasilkan semangat ingin
tahu pelajar.
BAHAN PENGAJARAN
Lembaran Kerja Untuk Pelajar Cerdas :
Isi tempat kosong dengan anggaran isipadu cecair dalam liter untuk bekas-bekas di bawah. Kemudian,
guna silinder penyukat untuk mengukur isipadu sebenar bekas tersebut.
Bekas Anggaran isipadu cecair Isipadu Sebenar

pail

mangkuk

botol syampu

periuk

Lembaran Kerja Untuk Pelajar Lemah :


Warnakan jawapan yang betul.
1. 2.

full half full full empty

3. 4.

full empty less than half full


half full

5. 6.

more than less than less than half full


half full half full half full

STRATEGI PENGAJARAN
Untuk Pelajar Cerdas :
MEDIA : Silinder Penyukat
Span
Baldi berisi air
Lembaran Kerja
AKTIVITI : 1. Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan.
2. Setiap ahli kumpulan perlu mengisi 1 ℓ air ke dalam silinder penyukat
dengan menggunakan span.
3. Pelajar perlu berlari dari baldi ke silinder penyukat dalam jarak lebih
kurang 10 meter dan aktiviti ini sebaik-baiknya dilakukan di luar kelas.
4. Ahli kumpulan bergilir-gilir untuk mengisi air ke dalam silinder penyukat
dan ahli yang sudah menyempurnakan tugasnya diminta duduk dan
senyap.
5. Kumpulan yang paling berdisiplin akan diberi markah tambahan.
6. Kumpulan yang menang akan diberi hadiah.
7. Di samping dapat mengisi penuh 1 ℓ air ke dalam silinder penyukat,
pelajar juga dapat bermain sambil belajar dan melakukan sedikit senaman
supaya tidak mengantuk sekaligus dapat memupuk nilai bekerjasama
antara hli kumpulan.

Untuk Pelajar Lemah :


MEDIA : Botol air mineral (kecil) berisi cecair berwarna (merah dan hijau) dan satu botol
dibiarkan kosong
Gelung rotan
Kad Perkataan
Radio dan kaset
Lembaran Kerja
AKTIVITI : 1. Guru memberi penerangan tentang botol yang KOSONG, PENUH dan
SEPARUH PENUH.
2. PERMAINAN : Guru meletakkan 3 gelung rotan bersebelahan. Di dalam
gelung rotan diletakkan kad perkataan yang tertulis perkataan KOSONG,
PENUH dan SEPARUH PENUH.
3. Pelajar diminta duduk dalam bulatan untuk mengelilingi gelung rotan itu
tadi.
4. 3 orang pelajar diberikan botol yang berisi cecair PENUH, SEPARUH
PENUH dan botol KOSONG.
5. Guru memainkan muzik dan pelajar yang memegang botol tersebut
diminta bergerak seperti robot mengikut alunan muzik untuk meletakkan
botol di tempat gelung rotan yang betul.
6. Murid yang meletakkan botol di gelung rotan yang betul akan diberi
ganjaran.
7. Langkah 4 – 6 diulangi dengan murid yang lain.
8. Di samping dapat mencipta pergerakan robot yang tersendiri, murid dapat
membaca dan mengenal pasti kad perkataan yang sepadan dengan isipadu
cecair.

Kesimpulan

Kreativiti guru dalam menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar sememangnya


merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh setiap orang guru. Bahan bantu
mengajar yang digunakan oleh guru sangat membantu dalam memperbetulkan masalah konsepsi
pelajar. Oleh yang demikian, setiap insan yang bergelar guru tidak boleh mengeluh dalam
mengajar para pelajar kerana tanpa guru siapalah lagi yang memikul tanggungjawab ini.

You might also like