adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysiayang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengansarung, batik , atau pakaian tradisional yanglain sepertisongketdengan motif warna-warni.Dipercayai kebaya berasal daripada kaum Cina yang berhijrah ke Nusantara ratusan tahunyang lalu. Lalu menyebar keMelaka,Jawa,Bali,Sumatera, danSulawesi. Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.Sebelum tahun 1600 diPulau Jawa,kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan olehgolongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubahdari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orangPeranakandaripadaMelaka.Mereka mengenakannya dengansarungdan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasidesain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar jeans.
adalah segolongan keturunan kaumCinayang unik kedudukannya dikalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat,Tanah Melayu(kini sebahagianMalaysia), khususnya di negeriMelaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyatBritishdan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru,
dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai"Baba" atau "Peranakan" keranakebudayaanmereka, yang berasal daripada warisan tradisiCina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaanMelayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu
melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Darisegi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agamaBuddha, namun telah ramai yangmemeluk agama lain sepertiIslamatauKristian
merujuk kepada hiasan kain dengan menggunakan pelbagai warna dan corak. Teknik Batik telah diketahui lebih sedekad (
millennium
), kemungkinannya berasal dari Mesir kunoatau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Nigeria, Cameroon danMali, atau di Asia, seperti India, Sri Lanka, Bangladesh , Iran, Thailand, Indonesia, danMalaysia.Kata Batik berasal dari kataJawa"amba" yang bermakna menulis dan kataMelayu"titik".Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapatdalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap.Batik adalah kemahiran yang memiliki nilai seni tinggi dan telah menjadi sebahagian dari budaya dunia terutama di alamMelayudan khususnyaJawa, sejak lama yang merangkuminegaraASEAN, tetapi turut juga terdapat di negara-negara lain pada masa kini.Sesetengahnya merupakan pengaruh dari alam Melayu seperti diBelanda[1], sementara yanglain merupakan tradisi yang sedia ada di kawasan tersebut.Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik modenbagi memenuhicita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disampingitu.
merujuk kepada sejenis penutupkepala.Menutup kepala bagilelakihukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satucara yang mudah.Ia adalah sunat dan juga merupakansunnahRasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiahdikenakan di dalam lilitanserban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah. Oleh
kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yangterdapat di kesemua negara-negara Islam. Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbezadengan penutup kepala yang lain sepertisongkok , bandana,topidan penutup kepala yang lainyang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.
ialah sehelai besar kainyang lazimnya dipakai mengelilingi pinggang bagaikanskirtoleh lelaki dan wanita di kebanyakan kawasanAsia SelatandanAsia Tenggara,beberapatempat di Afrika, serta kebanyakan pulau-pulau Pasifik . Kain ini lazimnya berwarna terangatau dicetak dengancorak yang rumit, banyak berlukiskanhaiwanatautumbuh-tumbuhan,corak berpetak atau geometrik, atau menyerupai kesanikat celup. Sarung juga digunakansebagai hiasan dinding dan bentuk pakaianyang lain, sepertiselendang, buaiandodoi,gaunatau baju. Teknik mencelup warna batik banyak dikaitkan dengan penghasilan sarung.Dari segi penggunaan yang lebih tepat, "sarung" merujuk kepada alas bahagian bawah badanorang Melayu, tanpa mengira lelaki atau wanita. Perkataan ini berasal dari perkataanIndia
. Sarung terdiri daripada sehelai kain selebar satu ela dan sepanjang dua setengah ela..Pada pusat helaian ini, merentasi lebarnya, sebidang warna atau corak kontras selebar satukaki ditenun atau dicelup pada bahagian kain yang dikenali sebagai "kepala" sarung. Kain inidijahit pada sisi yang lebih sempit untuk membentuk satu gulung. Seseorang memijak kakinya dalam gulung ini, menaikkan sisi atas kain ke atas paras pusat badan (kelepet kainmestilah sama aras dengan buku lali), memastikan posisi kepala di pusat belakangnya, danmelipat bahagian kain yang belum dilipat dari kedua-dua sisi ke pusat hadapannya di manasisi kain itu bertindihan, dan mengemaskan sarung dengan menggulungkan kelepet atasnyameliputi kain ini.Lelaki Melayu lazimnya memakai sarung yang ditenun dengan corak berpetak-petak (songket), manakala wanita kaum memakai sarung yang dicelup dengan kaedah batik dengan,misalnya, motif bunga, dan berwarna terang Sarung ini biasa dipakai kaum wanita dalamacara formal bersama baju kebaya. Lelaki Melayu memakai sarung di khalayak umum hanyaapabila menghadiri sembahyang Jumaat di masjid, namum sarung masih amat biasa dipakaidalam rumah oleh lelaki dan wanita pelbagai kaum dan agama diBrunei,IndonesiadanMalaysia.
There was a problem sending you an sms. Check your phone number or try again later.
To get Scribd mobile enter your number and we'll send you a link to the Scribd app for iPhone & Android.We've sent a link to the Scribd app. If you didn't receive it, try again.