You are on page 1of 7

Soalan 4: Seni Silat Serimau Hitam adalah merupakan salah salah satu perguruan silat

yang tertua di Malaysia. Bincangkan pernyataan tersebut. Dari sudut sejarah perguruan,
asas gabungan silat dan sebagainya.

Pencak silat merupakan seni mempertahankan diri yang tidak asing lagi di
Nusantara khususnya dalam kalangan orang Melayu. Dalam kalangan orang Melayu
tujuan utama mempelajari seni silat adalah untuk mempertahankan diri dari sebarang
ancaman, serangan, bencana dan untuk tujuan kesihatan di samping meningkatkan
keimanan dan takwa kepada Tuhan yang Maha Esa. Apabila difahami dengan lebih
mendalam pencak dan silat merupakan dua istilah yang berbeza dari segi tulisan dan
pengucapan. Tetapi sebenarnya kedua-dua istilah ini mempunyai pengertian yang sama
dan saling berkaitan antara satu sama lain. Istilah “pencak” umumnya digunakan dalam
kalangan masyarakat yang berasal dari Pulau Jawa dan sekitarnya. Manakala istilah
“silat” digunakan dalam kalangan masyarakat dari kepulauan Indonesia, Malaysia,
Singapura, Brunei Darulsalam serta wilayah Selatan Thailand dan Filipina. Dalam bahasa
Jawa “pencak” berasal dari akar kata “pen” yang membawa maksud tepat, manakala akar
kata “cak” membawa erti penerapan. Penggabungan kedua-dua istilah membentuk satu
perkataan iaitu “pencak” yang membawa maksud yang meliputi teknik, daya gerak,
kecepatan tempoh mahupun tujuan penggunaannya. Silat pula adalah istilah yang
digunakan untuk mempertahankan diri dengan menggunakan pergerakan atau teknik
yang tepat, bersumberkan rohani yang suci dan keluhuran budi yang bertujuan untuk
menyelamatkan diri serta kelompok daripada sebarang ancaman, serangan atau bencana
yang berbahaya.1 Dari penghuraian di atas kita dapat menyimpulkan kedua-dua istilah
iaitu “pencak” dan “silat” merupakan dua istilah yang ikatan yang kukuh dan mempunyai
kaitan yang erat antara satu sama lain.

1
Ismail Hussein, A.Aziz Deraman, Abd Ahmad Al-Ahmadi, Tamadun Melayu: Jilid Lima, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1995, hlm1975.
Dalam sejarah awal asal-usul Silat Melayu Asli perkataan “silat” adalah berasal dari
perkataan “mencak” iaitu dalam bahasa Minangkabau. Seni Silat Melayu Asli juga
dikatakan berasal dari Pagar Ruyong Sumatera. Apabila pengaruh ilmu persilatan ini
berkembang ke Tanah Melayu lebuh kuramg tiga ratus tahun dahulu istilah “mencak”
yang digunakan masyarakat Sumatera telah bertukar kepada “silat”. Dalam Majalah
Persatuan Sejarah Kedah istilah “silat” diterangkan membawa maksud “ilat” iaitu
gerakan dan etika. Oleh itu, silat dapat diertikan sebagai orang yang ilat. Sebelum
berkembang ke Tanah Melayau silat dikatakan bermula di Sumatera sejak enam ratus
tahun yang lalu, di mana pada masa itu masih belum terdapat pemerintah atau kerajaan
yang memerintah di Sumatera. Akibatnya, penduduk di Sumatera pada masa itu tidak
mempunyai pegangan hidup yang teguh. Keganasan seperti samun-menyamun, bunuh-
membunuh dan kacau bilau diantara satu sama lain menjadi perkara biasa. Keadaan yang
huru-hara menyebabkan penduduk di Sumatera pada masa itu terbahagi kepada dua
kelompok iaitu kelompok yang kuat dan kelompok lemah yang menjadi mangsa
penindasan. Akibat terdesak dengan penindasan yang berlaku golongan yang ditindas tadi
telah mencari jala untuk mempertahankan diri mereka daripada terus menjadi mangsa
penindasan.2

Daripada keadaan ini akhirnya muncul golongan yang mempunyai kemahiran


mempertahankan diri dan mengajarkann kepada kumpulan atau individu yang
memerlukannya. Golongan yang mengajarkan ilmu mempertahankan diri ini adalah
terdiri daripada orang-orang yang mempunyai pegangan agama yang tinggi. Golongan ini
juga merupakan golongan pertama yang menurunkan ilmu persilatan kepada masyarakat
pada masa itu. Pengetahuan ilmu persilatan ini dikatakan diperolehi hasil dari pergerakan
tiga jenis haiwan iaitu kerbau, kera dan harimau yang seterusnya digabungkan dengan
pergerakan manusia yang akhirnya membentuk satu seni mempertahankan diri yang
dikenali sebagai mencak atau silat. Akhirnya ilmu mempertahankan diri ini telah
berkembang ke Tanah Melayu pada tiga ratus tahun dahulu melalui aktiviti perdagangan
dan mula bertapak kukuh di Tanah Melayu selepas kemunculan pedagang-pedagang dari
Sumatera yang berkunjung ke Tanah Melayu yang telah menurunkan ilmu persilatan

2
Ismail Bin Haji Salih, Kedah Dari Segi Sejarah, Kedah Jilid Tujuh, 1976, hlm 2.
mereka kepada penduduk Tanah Melayu. Pada asalnya ilmu persilatan ini tidak
mempunyai tarian dan bunyi-bunyi seperti serunai, gong dan sebagainya. Namun akibat
dari pengaruh budaya setempat di Nusantara aspek tarian dan bunyi-bunyian telah
meresap dan menjadi tradisi dalam persilatan. Tujuan utama tarian dan bunyi-bunyian ini
adalah untuk menyerikan pelbagai majlis seperti perkahwinan dan menarik perhatian
lebih ramai oaring menyaksikannya.3

Pengaruh budaya setempat bukan sahaja menerapkan tarian dan bunyi-bunyian


dalam persilatan tetapi telah menghasilkan pelbagai jenis silat. Seni silat ini telah
ditambah, direka dan diubahsuai oleh guru-guru di Tanah Melayu bagi menyesuaikannya
dengan budaya dan adapt resam orang Melayu. Proses penambahan dan pemindaan ini
akhirnya mewujudkan pelbagai jenis di Malaysia khususnya di Tanah Melayu. Antara
jenis silat terawal di Tanah Melayu adalah seperti Silat Gayung, Silat Dedah, Gayung
Petani, Teralak, Sendeng, Cekak, Kuntau, Kuntau Jawa, Garuda dan Silat Harimau. 4
Daripada silat-silat ini jugalah seni Silat Serimau Hitam terbentuk yang diasaskan oleh
Allahyarham Tuan Haji Baharum Bin Hathir. Tuan Haji Baharum merupakan pesilat
yang cukup handal dan telah berguru dengan ramai pengasas-pengasas awal silat di
Tanah Melayu. Atas kebijaksanaan dan kepakaran Allahyarham Tuan Haji Baharum Seni
Silat Serimau Hitam Perak yang semakin berkembang pada masa ini telah terbentuk hasil
dari gabungan lima silat iaitu Silat Gayung, Cekak, Jawa, Sambarani dan Wali suci.

Di sebalik penubuhan seni Silat Serimau Hitam ini terdapat sejarah yang
mendorong Allahyarham Tuan Haji Baharum untuk memdalami ilmu persilatan dan
seterusnya menghasilkan satu jenis silat yang mengggabungkan pelbagai jenis silat.
Perkara ini telah berlaku ketika Tanah Melayu masih berada di bawah kekuasaan Bintang
Tiga di mana pada masa itu Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaannya. Pada suatu
petang ketika keluarga Allahyarham Tuan Haji Baharum beristerehat di rumahnya di
Kampung Kemunting, Taiping Perak telah datang segerombolan Bintang Tiga yang
bertindak menangkap ayahnya iaitu En. Tahir Bin Haji Kecil. En. Tahir Bin Haji Kecil
telah dituduh bersubahat dengan Jepun oleh Bintang Tiga dan telah mengheretnya untuk
3
Ismail Bin Haji Salih, Kedah Dari Segi Sejarah, Kedah Jilid Tujuh, 1976, hlm 4.
4
Ibid hlm 4.
dijatuhkan hukuman pancung. Pada ketika itu Allahyarham Tuan Haji Baharum yang
baru berusia 13 tahun hanya mampu menangis dan melihat ayahandanya di tangkap oleh
Bintang Tiga. Namun di sebalik tangisan tersebut timbul perasaan dendam yang membara
dalam diri Tuan Haji Baharum terhadap Bintang Tiga yang telah bertindak menangkap
ayahnya. Akhirnya, pada suatu senja tanpa diketahui ibunya Allahyarham Tuan Haji
Baharum dan abangnya iaitu Daud telah bertindak menyelamatkan ayahnya dari tahanan
Bintang Tiga. Berkat rahmat dari Allah S.W.T serta berbekalkan ilmu persilatan yang
pernah diajarkan oleh datuknya Allahyarham Tuan Haji Baharum bersama abangnya
berjaya melepaskan ayahanda mereka. Sejurus peristiwa tersebut Allahyarham Tuan Haji
Baharum bersama keluarganya telah berhijrah ke Kuala Kangsar untuk mendapatkan
perlindungan dari Bintang Tiga. Bermula dari tragedi tersebut Allahyarham Pak Baharum
mula menyedari kepentingan ilmu persilatan dalam kehidupan. Dengan niat untuk
mendalami ilmu persiltan akhirnya Pak Baharum telah menjelajah ke seluruh
semenanjung Tanah Melayu dan Singapura sehinggalah beliau diijazahkan sebagai
seorang guru dalam ilmu persilatan.5

Ilmu persilatan Allahyarham Pak Baharum ialah dengan Pak Lek Jowuno bin Rawi
Klang di negeri Johor yang telah menurunkan ilmu persilatan Jawa kepada Allahyarham
Pak Baharum. Pak Baharum telah mempelajari dan mendalami seni Silat Jawa
sehinggalah beliau diijahzahkan sebagai seorang guru dalam ilmu persilatan tersebut.
Oleh kerana merasakan dirinya masih belum cukup berilmu Allahyarham Pak Baharum
telah mempelajari ilmu seni Silat Cekak dan telah berguru dengan Tuan Hj Yahya.
Selepas berguru dengan Tuan Haji Yahya dan mendalami ilmu silat Cekak, Allahyarham
Tuan Haji Baharum telah berguru dengan Mahaguru seni Silat Gayung iaitu Tuan Syed
Al-ATass di Pulau Selulung Singapura. Pak Baharum telah mendalami ilmu persilatan
Gayung sehingga diiktiraf sebagai guru kanan dan diiktiraf sebagai khalifah tertinggi
dalam seni silat Gayung. Semasa mendalami seni Silat Gayung Pak Baharum telah
mempelajari ilmu mandi tapak, mandi minyak dan mandi hujung pedang. Namun begitu
Pak Baharum merasakan dirinya masih banyak kekurangan tentang ilmu persilatan.
Akhirnya Pak Baharum telah menuntut ilmu persilatan Sambarani(Helang) dengan guru

5
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Serimau_Hitam
Pendekar Amin yang berasal dari negeri Perak. Corak dan latihan dalam mempelajari
ilmu persilatan Sambarani adalah sangat lasak dan tangkas kerana seni silat ini
memerlukan pesilat untuk laying dan terbang serta bermain kekuda yang rendah. Setelah
khattam berguru dengan Pendekar Amin, Pak Baharum telah mendalami ilmi seni Silat
Wali Suci di negeri Kedah dengan seorang guru yang bernama Pak Bidin. Ilmu Persilatan
Wali Suci telah memberikan pengetahuan kepada Pak Baharum dalam ilmu agama dan
pelbagi ilmu perubatan seperti ilmu kebatinan. Pak Bidin yang semakin uzur akhirnya
telah melantik Pak Baharum sebagai guru dalam ilmu Persilatan Wali Suci. Pak Baharum
yang telah mendalami pelbagai jenis ilmu persilatan dalam tempoh yang agak lama
akhirnya telah mengasaskan seni Silat Serimau Hitam dengan menggabungkan kelima-
lima ilmu persilatan yang tlah dipelajarinya.6

Pak Baharum telah mengasaskan dan menubuhkan Persatuan Silat Serimau Hitam
pada tahun 1971. Nama asal persatuan ini adalah Persatuan Silat Selima Hitam Perak,
atas kesedaran untuk memelihara, mengembangkan dan memertabatkan Seni Silat
Melayu sebagai warisan tradisi yang berkekalan untuk diwarisi generasi seterusnya,
persatuan ini telah didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1996
dan setelah permuakatan antara Ketua Guru Utama dan Ahli Jawatankuasa persatuan
yang mengambil kira lambing semangat persatuan ini iaitu Harimau dan Hitam yang
melambangkan pakaian tradisi silat, persatuan ini telah menukar namanya kepada
Persatuan Silat Serimau Hitam Perak yang berdaftar atas nombor pendaftaran 2526/86.
Moto persatuan Silat Serimau Hitam Perak adalah Berilmu, Beriman, Beramal. Moto ini
adalah membawa maksud Persatuan Serimau Hitam Perak adalah gedung ilmu bagi
ahlinya untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu jasmani dan rohani yang juga menekankan
kepada keimanan dan ketakwaan ahlinya kepada Allah S.W.T dan ajarn Islam. Sebagai
hasilnya ahli Persatuan Silat Serimau Hitam dapat beramal dan dapat menimbulkan sikap
bertanggungjawab terhadap diri sendiri, kepada agama, kepada bangsa dan negara.7

Sebenarnya seperti silat-silat lain Persatuan Silat Serimau Hitam juga mempunyai
adab-adab sebelum bermain silat di gelanggang. Sebelum bermain silat di atas tanah,
6
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Serimau_Hitam
7
Ibid
jurulatih slat akan bertafakur dengan meletakkan tangan kanan mencecah bumi lalu
membaca surah Al-Fatihah dan berselawat ke atas Nabi. Selepas itu jurulatih akan berdoa
kepada Allah S.W.T agar pesilat-pesilat di bawah jagaannya terhindar dari sebarang
bahaya dan kecederaan semasa latihan dan bermain silat dalam gelanggang. Selepas
jurulatih melakukan adab-adab di atas, para pesilat akan menyusurinya dengan
melakukan perkara yang sama iaitu duduuk diantara dua sujud sambil membaca surah Al-
Fatihah dan selawat ke atas Nabi sebanyak tiga kali. Adab-adab ini akan diulang apabila
selesai latihan, tetapi jurulatih harus mengucapkan syukur ke Hadrat Ilahi keran dengan
rahmat dan limpah kurnianya telah mengelakkan sebarang kecelakaan kepada para
pelajar yang mendalami ilmu persilatan. Terdapat juga adab-adab lain dalam ilmu
persilatan Serimau Hitam seperti adab hormat. Adab ini dilakukan sebelum sesuatu majlis
atau demonstrsi yang dilakukan oleh pesilat sebagi tanda hormat kepada hadirin. Aadab
ini dilakukan dengan berdiri tegak dengan kedua-dua kaki dirapatkan manakala kedua-
dua tangan dirapatkan ke dahi selaku mengangkat sembah hormat. Terdapat juga adab
berpeluk tubuh. Adab ini dilakukan dalam keadaan berdiri di mana tangan kanan
bertindan ke atas tangn kiri dan di rapatkan ke dada. Adab ini mempuyai keistemewaan
tertentu seperti memudahakan pesilat menepis dan menyerang musuh dalam keadaan
tertentu. Di samping itu adab ini juga menjadikan pesilat lebih yakin dan berani apabila
berada dalam persekitaran yang membahaya dan terdedah kepada sebarang anacaman.

Persatuan Silat Serimau Hitam juga berpegang kepada prinsip yang bersendikan
adapt. Setiap bakal murid yang ingin mempelajari silat ini dikehendaki menjalani upacara
mandi limau kerana mandi limau merupakan tradisi persatuan silat ini yang dilakuakn
dengan tujuan untuk membersihkan badan dari segala kotoran. Di samaping itu setiap
bakal murid yang akan menjalani upacara mandi limau dikehendaki untuk menyediakan
pengeras yang berupa wang tunai. Walau pun pengeras ini adalah hak Mahaguru atau
warisnya sebagai satu ikrar halal-menghalal antara murid dan Mahaguru, namun ia tidak
diberatkan kepada mereka yang tidak mampu. Pada peringakat awal bakal pesilat
diwajibkan membawa limau sebanyak tiga biji dan tiga batang jarum. Limau tesebut akan
dipotong dengan penauh istiadat oleh Guru dan semasa memotong limau tesebut guru
silat akan menjampi limau tersebut. Jarum yang digunakan tadi akan dipakukan diatas
limau. Salah satu daripada tiga batang jarum tersebut akan di simpan oleh guru dan
bakinya akan disimpan oleh pesilat tadi. Dalam seni persilatan ini mandi limau adalah
salah satu cara untuk menghilangkan segala kekotoran yang tedapat pada tubuh bakal
pesilat, manakala jarum yang dipacak diatas limau tadi adalah untuk melihat sejauh mana
ketajaman atau bakat yang terdapat dalam diri bakal pesilat. Adat-adat menjadi
pengangan utama Persatuan Silat Serimau Hitam Perak dan mewajibkan semua ahlinya
supaya menjalani upacara tersebut.

Persatuan Silat Serimau Hitam yang ditadbir melalui pejabat induk persatuan ini di
Perak iaitu di alamat Ketua Guru Utama Persatuan ini iaitu 152, Taman sentosa, 31900
Kampar Perak. Walau bagaimanapun bagi melicinkan sistem pentadbiran persatuan ,
persatuan ini telah menubuhkan jawatankuasa di setiap cawangan dan gelanggang
persatuan . Atas kesedaran untuk membentuk generasi muda yang bersahsia mulia,
memiliki moral yang tinggi dan berkeperibadian luhur persatuan ini telah mula
mengembangkan pengaruhnya. Sehingga kini Persatuan Silat Serimau Hitam telah
mempunyai keahlian kira-kira 8500 ahli yang kebanyakan terdir daripada mahasiswa-
mahasiswa IPTA serta pelajar-pelajar sekolah. Persatuan Serimaau Hitam Perak juga
telah mula membuka cawangan-cawangan dan gelanggang di luar negeri Perak seperti di
negeri Pahang dan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sesuai dengan
perkembangan zaman globalisasi pada masa ini, Persatuan Silat Serimau Hitam telah
mengorak langkah dengan mengambil sikap terbuka untuk memperkembangkan ilmu
persilatan persatuan ini di seluruh negara. Tujuan utama dasar ini adalah untuk
memartabatkan seni Silat Melayu khususnya dalam kalangan remaja yang semakin
melupai warisan budaya ini serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja
yang telah dicemari dengan pelbagai budaya negatif khususnya budaya Barat.

You might also like