You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Sejak mutakhir ini, konflik agama seringkali lahir dari rahim masyarakat yang plural.
Dalam masyarakat yang demikian, setiap komuniti pemeluk agama memiliki kebenaran
atas konflik yang terjadi dan menuding pada komuniti pemeluk agama lain sebagai
tertuduh yang harus bertanggung jawab. Konflik di dalam masyarakat yang
bersumberkan pada agama selalunya disebabkan atas dasar agama selama ini yang
difahami secara sangat sempit dan adakalanya difahami secara sambil lewa dan tidak
secara khusus.. Sebahagian besar pemeluk agama, mentafsirkan ajaran agamanya
dengan cara yang salah. Padahal pada dasarnya, semua agama sebenarnya memiliki
matlamat yang universal dalam aspek yang mengetengahkan skop dan polisi moral
serta etika dalam beragama. Konflik agama menjadi masalah utama di negara-negara
yang keadaan masyarakatnya adalah plural. Ini terjadi kerana adanya situasi
'pembajakan agama' dalam sekelompok masyarakat yang kebanyakannya mentafsirkan
ajaran agama secara tidak menyeluruh. Hal ini sekarang terus menular di kalangan
komuniti pada setiap pemeluk agama samaada Hindu, Buddha, Kristian, mahupun
Islam.

Dalam situasi ‘pembajakan agama’ ini, mereka dianggap sebagai fundamentalis


yang menyatakan bahawa hanya pentafsiran merekalah yang paling benar dan tepat.
Keberadaan mereka menjadi masalah bukan hanya untuk masa sekarang namun
secara pastinya ia akan memberi impak pada masa akan datang. Dalam skop ini,
pelbagai pihak perlulah peka bagi memastikan tidak berlakunya keadaan konflik yang
memberi kesan pada keharmonian masyarakat ini. Oleh yang demikian, dalam
mempersoalkan isu ini pelbagai kaedah dan struktur yang dibawakan terhadap rangka
kerja ini bagi melimitasikan sekaligus mengatasi permasalahan ini. Selain itu, punca dan
kesan konflik agama juga turut dibincangkan agar persoalan mengenai isu ini dapat
diperluaskan dan menjadi isu untuk diberi perhatian utama oleh masyarakat secara
khusus. Hasilnya, persoalan dan kaedah mengatasi dalam konflik agama dapat disusuri
serta dijadikan sebagai satu sumber rujukan masyarakat dalam melahirkan masyarakat
plural yang lebih harmoni dan keamanan Negara pasti terjamin.

1
2.0 KONFLIK AGAMA

Isu konflik di antara agama nampaknya tidak akan pernah selesai. Kes-kes yang
menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan penganut agama selain Islam sering
muncul. Kali ini ia diungkitkan pula oleh Parti Gerakan Bahagian Wilayah Persekutuan.
Berucap setelah pembukaan konvensyennya di Kuala Lumpur, ketuanya, Datuk Dr Tan
Kee Kwong berkata, "Many non-Muslims feel that their rights are gradually being
eroded. As drafted in the Federal Constitution by our founding fathers, Malaysia is a
secular state, although Islam is our official religion". "There is a problem and it exists, yet
there are some in the administration who pretend that it doesn’t." “Ramai orang bukan
Islam merasakan bahawa hak mereka semakin terhakis. Sebagaimana dirangka di
dalam Perlembagaan Persekutuan oleh bapa-bapa kemerdekaan, Malaysia adalah
Negara Sekular, walaupun Islam adalah agama rasminya. Terdapat masalah dan ia
memang wujud, tetapi terdapat sebahagian dari kalangan pentadbir yang bersikap pura-
pura bahawa masalah ini tidak wujud”.

Menurut pengkaji Barat, konflik boleh didefinisikan dan dikenali, berasal dari
kontroversi pertanyaan yang dasarnya mengenai hakikat hukum sebenar. Konflik pada
asasnya merupakan produk dari falsafah hidup keagamaan dan ideologi politik yang
popular terutamanya dalam peradaban Barat dan juga pandangan keagamaan tentang
nilai-nilai akhir serta tujuan hidup manusia. Bagi yang ingin menganalisis atau mungkin
ingin memahami diskusi tentang konflik di dalam aspek agama terutamanya agama
Islam yang mana menjadi skop utama dalam diskusi rangka kerja ini, tidak mustahil
mereka akan berasa kecewa, namun tidak mustahil juga mereka berasa lega. Ini kerana
secara teorinya Islam tidak mengenal konflik pada dasar ideologi seperti kebanyakan
situasi konflik agama yang berlaku masa sekarang. Islam bererti penyerahan mutlak
kepada tuhan, dan kehendak itu sendiri yang menentukan nilai akhir dan tujuan hidup
manusia. Persoalan pada dasar yang berkaitan dengan hakikat hukum Islam telah
selesai dalam erti, pengakuan tiadanya kompromi bahawa hukum itu didasarkan pada
keyakinan keagamaan itu sendiri. Hukum adalah sistem pemerintah yang diwahyukan
Tuhan. Mengingkari prinsip ini bererti menolak keyakinan agama. Walaupun hukum di
dalam Islam merupakan pemberian tuhan, namun manusia yang harus merumuskan
dan mempergunakannya. Tuhan yang merencanakan, manusia yang perlu
memformulasikan.

2
3.0 PUNCA-PUNCA KONFLIK AGAMA

3.0.1 Konflik Agama Dicetus Manusia

Bukan satu yang aneh jika ada analisis menunjukkan konflik antara agama atau
ketegangan sosial yang berlaku di mana-mana bukan disebabkan faktor agama tetapi
berpunca daripada sikap masyarakat beragama itu. Justeru itu, jika suatu kekacauan
sosial terjadi dalam suatu komuniti beragama, kekeliruannya sudah dapat dipastikan
bukan pada agama itu sendiri. Melainkan, pada keterbatasan atau kerendahan
penganutnya memahami fungsi makna serta hakikat hidup beragama.

3.0.2 Perbezaan Doktrin Agama.

Betul setiap agama mengajarkan pedamaian. Tapi kenapa terjadi konflik antara
agama ? Ini kerana setiap agama mempunyai perbezaan sudut doktrin, Namun jikalau
satu perbezaan sahaja masih tidak pasti mendatangkan masalah besar, sebaliknya
yang menjadi punca utama permasalahan adalah tingkat fanatik yan berlebihan
sesebuah masyarakat dalam beragama dan kurangnya pengetahuan agama dalam
kalangan penganutnya, hal itu akan dengan mudah dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan
tertentu, terutama sekali politik. Tidak mudah menilai apakah sebuah konflik agama itu
memang murni dilatarbelakangi oleh agama. Mungkin pasti boleh jadi sebuah perang
agama tidak lain adalah perang politik yang berpaksi pada nama agama. Hati-hati
dalam menilai konflik agama, kerana mungkin ada banyak hal yang berlatarbelakangkan
konflik tersebut. Sehingga sekarang pun, tidak mudah untuk menilai apakah terorisme
itu benar-benar murni dilatarbelakangi agama atau politik. Namun, saya yakin bahawa
setiap agama mengajarkan cinta kasih dan kedamaian.

3.0.3 Kekuasaan Dan Kebebasan

Dalam hal ini, kita melihat dari sudut perundangan dan pemikiran manusia,
dimana konflik agama terhasil apabila individu memikirkan sesuatu yang benar berpaksi
pada pemikiran sendiri dan bukan berpaksi pada agama. Ini menunjukkan ada konsep
kebebasan dalam melakukan segala hal dan tidak mustahil ianya tidak perlu
dipertikaikan mana-mana masyarakat beragama.

3
Friksi yang terjadi bukan dijadikan hidayah perbezaan yang dapat menambah
perbendaharaan pengetahuan keimanan, melainkan dijadikan sebagai suatu isu yg
bersifat eksklusifme kelompok atau sektetarianism, bahkan secara tidak disedari
member impak komunisme (non atheis), yang mengakibatkan kefanatikan penganut
pada pemahaman permukaan atau tatacara, tidak masuk atau sampai pada
pemahaman essensi Agamanya.

Konkluksi Punca Konflik Agama

Islam telah sempurna dan petunjuk jalan hidup telah jelas. Namun tidak semua
umat Islam mampu istiqamah di atas jalan hidup yang telah ditempuh oleh Rasulullah
s.a.w dan As salaf As shaleh sesudahnya. Banyak diantara umat Islam yang tidak puas
sehingga mencari jalan petunjuk sendiri. Mereka menyimpang dari jalan petunjuk beliau
dan akhirnya tersesat. Mereka kebingungan, lepas kembali dari kebenaran dan
akhirnya terpecah belah menjadi lebih dari tujuh puluh kelompok (aliran) sesat.
Berbagai kelompok sesat tersebut telah menimbulkan kerosakan aqidah, perpecahan
umat dan bahkan pertumpahan darah diantara sesama umat Islam dalam rentang waktu
yang sangat panjang. Dalam masyarakat Islam pada ketika ini terdapat golongan Islam
yang mempunyai pandangan berbeza sesama mereka, sama ada berkaitan fahaman
politik, atau mazhab, atau kepercayaan tertentu, menyerang sesama sendiri atau
bersedia dengan lembing dan parang untuk berbunuh-bunuhan sesama mereka atas
nama jihad. Hal ini terang-terang berlawanan dengan konsep asal jihad dalam bentuk
perang salib yang dilancarkan kerana mempertahankan kesucian agama dengan
mempunyai sebab-sebab yang dibenarkan agama, bukan kerana sebab-sebab kabilah,
etnik atau kefahaman politik sempit. Dalam Al-Quran, Allah s.w.t memberi izin kepada
orang Islam untuk berperang setelah mereka dianiayai dengan kejamnya oleh musuh-
musuh mereka, dan seterusnya mengusir mereka dari tanah watan tercinta, serta
mengancam nyawa dan maruah mereka. Maka tindakan berperang oleh orang Islam
ketika berada dalam keadaan yang amat kritikal dan terdesak itu adalah merupakan
tindakan untuk mempertahankan diri dan harta benda mereka, serta mempertahankan
maruah agama dan umatnya daripada pencerobohan musuh yang terang-terang
memusuhi mereka semata-mata kerana mereka beriman kepada Allah s.w.t.

4
Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu konflik agama sesama islam, kerana kedua-
dua belah pihak terdiri daripada golongan yang beriman kepada Allah s.w.t dan sama-
sama mengakui ketuhanan Yang Maha Esa serta menunaikan ibadah dan
tanggungjawab yang sama kepada agama yang satu. Bagaimanapun tumpuan umat
islam sekarang yang mendesak ialah berjihad menentang kelemahan dan kemunduran
diri sendiri. Ini adalah salah satu punca konflik agama yang berlaku iaitu, kelemahan
dalam bidang aqidah, ilmu pengetahuan, keupayaan kebendaan dan kedaulatan dalam
gelanggang antarabangsa, ia merupakan beberapa bidang kehidupan yang perlu
diberikan perhatian untuk diperangi dan diperbaiki. Kelemahan ini sekiranya dibiarkan
berterusan, maka ia akan menjejaskan maruah dan keagungan agama islam itu sendiri.
Kekuatan aqidah dan ilmu pengetahuan haruslah diatasi agar umat menjadi kuat dan
terkemuka. Kekuatan ekonomi dan teknologi merupakan kekuatan asas untuk
mempertingkatkan kedudukan umat Islam dalam memperjuangkan kedaulatannya di
dunia moden pada hari ini. Di samping itu, kekuatan tersebut juga merupakan syarat
penting untuk umat islam mengembalikan maruah dan kehormatan dirinya yang selama
ini sering dicabul dan diperkecil-kecilkan oleh masyarakat antarabangsa. Hal ini
merupakan satu kelalaian umat islam sendiri, kerana Allah s.w.t telah pun mengingatkan
mereka bahawa apabila terjadi permusuhan terhadap orang Islam yang mengaku
bahawa mereka beriman kepada Allah a.w.t. maka satu permusuhan lain akan berlaku,
iaitu tindakan merampas rumah tangga dan harta benda mereka serta mengusir mereka
dari tanah air mereka sendiri. Dalam surah al-mumtahanah, ayat 8 dan 9 juga Allah s.w.t
mengingatkan kita tentang kandungan ayat yang menjelaskan tentang permusuhan
terhadap umat Islam yang sering berlaku dalam bentuk memusuhi akidah dan
merampas hak orang islam seperti harta benda dan negara mereka. Maka orang yang
bermusuh dengan umat Islam dalam bentuk itu tidaklah dijadikan rakan, apalagi menjadi
ketua dan pemimpin. Mereka menentang agama dan akidah, dan menceroboh
kehormatan dan hak serta maruah Islam. Maka mereka inilah yang harus ditentang,
bukan menentang sesama seagama.

5
4.0 CONTOH-CONTOH KONFLIK AGAMA.

4.0.1 Konflik Dalam Konsep Agama

Melalui kes Lina Joy, M. Moorthy, Nyonya Tahir, A. Rayappan dan banyak lagi.
Dari kes-kes yang berlaku, ia telah menimbulkan ketegangan kepada kedua-dua pihak
sama ada Islam atau bukan Islam sekaligus menjadi faktor kepada konflik agama.
‘Kebetulannya’, selepas orang Islam menang satu kes, orang bukan Islam pula
memenangi kes seterusnya. Jika terlalu tegang pula, maka kerajaan akan campur
tangan, walaupun kes itu masih sedang dibicarakan di mahkamah. Dalam kes A.
Rayappan yang berlaku hujung tahun lalu, ‘agak pelik’ apabila Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS) menarik balik tuntutan ke atas mayat Rayappan, walhal panel tiga
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang telah bersidang sebelum itu sebulat suara
memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa dan tidak
melakukan kesilapan dari segi undang-undang ketika menentukan status agama Islam
Rayappan. Pengerusi MAIS, Datuk Mohd. Adzib Mohd. Isa berkata, “Keputusan itu
dibuat selepas berbincang dengan Mufti Selangor, Pengarah Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) dan Penasihat Undang-Undang dan Peguam Syarie...”.

Justeru itu, Mohd. Adzib berharap setelah notis penarikan balik permohonan
MAIS difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, isu mengenai ‘perebutan
mayat’ tersebut selesai. “Kami (MAIS) berbesar hati dengan keputusan mahkamah yang
membenarkan kami menarik balik kes tersebut,” kata Rohana Hassan, Pegawai
Perhubungan Awam MAIS ketika dihubungi” Sebenarnya, sehari sebelum keputusan
penarikan balik itu dibuat, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa, “Mesyuarat Kabinet telah membincangkan isu
perebutan mayat Rayappan antara keluarganya dan MAIS kerana si mati dikatakan
telah memeluk Islam sebelum kematiannya pada 29 Nov. lepas. Kabinet setuju agar
perkara itu diserahkan kepada pejabat Peguam Negara,” Abdullah seterusnya berkata,
adalah penting status agama Rayappan dipastikan terlebih dahulu sebelum sebarang
keputusan dibuat. “Apa yang penting tentukan status (agama) orang berkenaan
(Rayappan) kalau bukan Islam serahkan kepada keluarga (untuk pengebumian),”
katanya. Adalah amat dikesali apabila kenyataan-kenyataan seperti di atas dikeluarkan
kerana mereka ini adalah pihak-pihak yang sepatutnya menjaga kemuliaan agama Islam
dan kepentingan umat Islam, bukan sebaliknya.

6
4.0.2 Konflik Pada Dasar Liberalisme

Liberalisma iaitu kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had adalah satu
fahaman yang muncul di Eropah asalnya, dan bukan dari dunia Islam. Fahaman ini
menyerap ke dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan
sekitar abad ke-16 atau 17. Reaksi umat Islam kemudiannya pada abad ke-18 atau 19
terpecah dua kelompok; Pertama, kumpulan yang menolak pengaruh barat dan Kedua,
kumpulan yang menerima. Kumpulan tradisionalis yang berpegang kepada asas-asas
fundamental Islam, menolak dan menentang. Kumpulan kedua yang lazimnya mendapat
pendidikan Barat atau liberal dan terpegun dengan kemajuan Barat yakin bahawa apa
yang datang dari Barat baik belaka, kita diminta meniru dan mendewakan Barat. Hal ini
berlaku di seluruh dunia Islam.

Dalam hal ini dasar konflik dapat dilihat berdasarkan pada Liberalisma mahu
membuang syariah. Mereka berpendapat syariat Islam banyak bertentangan dengan
piagam hak asasi manusia dan tuntutan zaman moden. Oleh sebab ia tidak sesuai,
maka ia perlu dirobah. Hukuman bagi penzina, pencuri dan lain tidak jelas dalam al-
Quran. Fuqaha juga membuat peraturan. Maka ia perlu ditukar. Tetapi Islam membuka
pintu Ijtihad. Empat mazhab yang ada jelas unsur progresif yang diamalkan. Fiqh tidak
jumud. Tetapi mereka mahu ijtihad cara mereka bukan cara yang telah diinstitusikan
dalam sejarah Islam. Hal ini dengan maksud lain konflik agama terjadi apabila individu
atau sesebuah masyarakat beragama menyalahkan sesuatu dasar dalam agama lain
dan menyatakan ada usul yang lebih fasih dan benar sehingga melahirkan rasa janggal
dan kemarahan pada penganut agama asal. Ia menjadi lebih kritikal apabila tiada
kefahaman yang optimum di kalangan masyarakat beragama.

7
4.0.3 Konflik Pada Dasar Idea Teologi dan Masyarakat Pluralisme

Idea ini, seperti yang telah disebutkan diatas, menganggap semua agama
adalah sama, sama benarnya dan semua membawa kepada tanggungannya. Al-Quran
menyebut (Al-Nisa:11) “Allah mensyariatkan bagimu tentang pembahagian pusaka
anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak
peremuan”. (Al Nisa:11). Munawir mahu mengubahnya. Dr. Siti Masdah Mulia,
pensyarah UIA Jakarta menyuarakan agar poligami diharamkan sebaliknya
menghalalkan nikah berbeza agama. Konflik agama menjadi masalah utama di Negara
negara yang masyarakatnya plural. Ini terjadi kerana adanya 'pembajakan agama' oleh
sekelompok masyarakat yang mentafsirkan ajaran agama secara sempit apapun agama
mereka. Dan ini memang ditemukan di setiap komuniti pemeluk agama baik di Hindu,
Budhha, Kristian, mahupun Islam. Mereka pulalah yang kemudian dianggap sebagai
fundamentalis yang menyatakan bahawa hanya pentafsiran merekalah yang paling
benar. Keberadaan mereka menjadi masalah tidak hanya untuk masa yang akan datang
tetapi juga pada masa sekarang.

4.0.3 Isu Kebebasan Beragama

Polemik terhadap isu-isu yang dipertikaikan seperti hak kebebasan beragama,


isu murtad, pertikaian terhadap perlaksanaan hukum hudud dan qisas serta lain-lain
perlu diberi kefahaman yang betul kepada masyarakat. Penasihat Seminar Kebangsaan
Hak Asasi Manusia & Wanita Islam (Shamwi), Syed Ibrahim Syed Noh, berkata ini
kerana, Islam dituduh tidak bersifat akomodatif terhadap hak individu dalam menentukan
agama yang dianuti sebagaimana dilaungkan pejuang hak asasi manusia Barat. “Barat
menyatakan bahawa dalam Islam jelas seseorang Muslim itu tiada hak untuk tukar
agama sekiranya beliau dilahir dalam sebuah keluarga Islam. Tetapi orang Islam
gembira menerima golongan bukan Muslim memeluk Islam. “Barat bersikap ‘double
standard’ kerana membenarkan orang Islam murtad dan sekiranya perkara itu berlaku,
individu itu boleh dikenakan hukuman bunuh,” katanya dalam satu sidang media di
seminar Shamwi yang diadakan di PWTC, dekat sini hari ini. Kekeliruan tersebut
katanya, adalah disebabkan kekurangan kefahaman mereka terhadap konsep asas dan
nilai yang diambil oleh Islam daripada sumbernya tersendiri iaitu al-Quran, Sunnah,
Ijmak dan qias para ulama. Beliau berkata, ini bermakna ada hak-hak tertentu yang
menjadi milik Allah swt, termasuk melindungi kesucian dan kemuliaan agama.

8
“Sekiranya dibenarkan seseorang muslim keluar masuk sesuka hati sebagaimana
menukar bajunya, adalah ditakuti hak sedemikian boleh menjadi bahan lawak
masyarakat bukan Islam dan seterusnya menjejaskan kesucian dan kemuliaan Islam itu
sendiri,” tegasnya lagi. Para ulama dan cedikiawan Islam katanya, telah menggubal
instrumen hak asasi manusia dalam Islam seperti Universal Islamic Declaration of
Human Raight, 1981 (UIDHR) dan Cairo Declaration of Human Rights in Islam, 1990
yang sepatutnya dilaksanakan.

Prinsip-prinsip yang harus disokong katanya, seperti hak terhadap kebebasan,


hak bebas daripada dieksploitasi, hak mendapat perlindungan politik, hak kebebasan
bersuara, hak jaminan beragama dan hak berpersatuan. Sementara itu, Dato’ Prof Dr
Hamdan Adnan yang turut serta dalam sidang media itu berkata, apabila timbul konflik
tentang agama contohnya permohonan keluar daripada agama Islam umatnya perlu
melihat dengan lebih rapi dan implikasinya secara menyeluruh terhadap kebajikan umat
Islam di negara ini. Beliau yang sebelum itu berucap dalam ucaptama seminar tersebut
berkata, ini kerana apabila berlaku percanggahan di antara kepentingan individu dengan
kepentingana awam maka katanya, kepentingan awam perlu diutamakan “Walaupun
Barat sering mengutarakan jika kepentingan individu tidak diamalkan kepentingan awam
tidak akan terjejas tetapi dalam hal ini manusia perlu menggunakan kebijakasanaan
dalam konteks yang mana lebih perlu diutamakan,” katanya. Bagaimanapun katanya,
yang menimbulkan masalah ialah umat Islam tidak lantang bersuara, sebaliknya mudah
mengalah. “Dalam agama kita tak boleh rendah diri dan kita tak boleh mengalah kerana
tuntutan tersebut adalah untuk agama Allah bukan untuk manusia dan berasaskan itu
kita mesti berani dan bijak,” katanya sambil berkata, umat Isam juga jangan mudah
menggelabah sebaliknya mengkaji sebelum bertindak khasnya terhadap isu-isu
kontroversi.

9
5.0 KESAN KONFLIK AGAMA

Dalam bukunya, The End of Faith (2005, 2004), Sam Haris mengungkapkan
bahAwa sejarah agama, khususnya agama Smith atau agama Ibrahim yang
menamakan dirinya agama langit, adalah sejarah konflik, peperangan, dan pertumpahan
darah. Tapi, pada abad ke-21, wajah yang sama mewarnai agama-agama lain, misalnya
konflik antara penganut agama Hindu dan Buddha, antara Hindu dan Islam, serta antara
Buddha dan Islam. Justeru itu gejala kebangkitan agama-agama yang dimaksudkan
oleh John Naisbitt. Bahkan konflik dalaman antara mazhab Sunni dan Syiah serta antara
Sunni dan Ahmadiyah. Di sini agama bukan lagi merupakan rahmat sebagaimana yang
dikatakan oleh semua agama, melainkan telah menjadi bencana, seperti kata Kimley.
Sumber pokoknya adalah suatu eksklusif kebenaran iman atau akidah. Memang,
berbagai kes tentang konflik dan peperangan dilatarbelakangkan sebagai kepentingan
ekonomi dan politik, misalnya di Indonesia, kes konflik Ambon dan Maluku. Dalam kes
ini, agama hanyalah sumber yang dimanipulasikan serta dimanfaatkan demi
kepentingan politik ataupun ekonomi.

Tapi mengapa agama begitu mudah dimanfaatkan? Sebab, agama itu


mengandungi fanatisme dan masing-masing merasa benar serta dibantu Tuhan. Kerana
itu, konflik agama atau antara penganut agama dan konflik yang melibatkan agama
selalu sukar dicari penyelesaiannya. Ini sangat ketara dalam kes konflik Poso. Hal ini
terjadi lantaran konflik antara pemeluk agama itu selalu melahirkan dendam, kerana
terjadinya kekejaman, bahkan ketika konflik kepentingan ekonomi dan politik sudah
memperolehi jalan penyelasaian yang adil. Selain itu, perbezaan iman atau keyakinan
tersebut sukar dikompromikan, sedangkan pertentangan kepentingan ekonomi dan
politik dapat dinegosiasikan. Apatah lagi sekarang sudah dikembangkan teori-teori
resolusi konflik dalam penelitian peace-research. Tapi kaedah tersebut belum lagi
diaplikasikan untuk mencari penyelesaian yang damai dan adil dalam konflik agama,
kerana iman itu tidak lagi dikompromikan. Bahkan dialog antara iman sahaja masih
belum lagi diterima oleh semua pemeluk agama, kerana bagi mereka iman atau akidah
itu tidak lagi didialogkan. Itulah masalahnya ketika agama telah menjadi bencana.

10
6.0 KAEDAH MENGATASI KONFLIK AGAMA.

6.0.1 Perlu Sebuah Mahkamah Perlembagaan Khas

Perwujudan sebuah Mahkamah Perlembagaan Khas untuk menangani “grey


areas” (perkara-perkara yang tidak jelas) berhubung agama dan isu-isu lain.“This was
needed in view of the increasing number of infringements of religious rights and the
family and basic rights of non-Muslims.” Kewujudan Mahkamah ini perlu memandangkan
peningkatan jumlah pencabulan hak-hak agama dan keluarga serta hak-hak asasi
golongan bukan Islam. Cadangan ini hanyalah manifestasi dari rasa tidak puas hati
penganut bukan Islam yang merasakan bahawa mereka sentiasa ditindas dan hak
mereka sering dinafikan. Ini bukanlah kali pertama, dan bukan juga kali ke-10, sudah
terlalu banyak kejadian ‘panas’ ini berulang. Kita tentu tidak lupa dengan kes Lina Joy,
M. Moorthy, Nyonya Tahir, A. Rayappan dan banyak lagi. Dari kes-kes yang berlaku, ia
telah menimbulkan ketegangan kepada kedua-dua pihak sama ada Islam atau bukan
Islam. ‘Kebetulannya’, selepas orang Islam menang satu kes, orang bukan Islam pula
memenangi kes seterusnya. Jika terlalu tegang pula, maka kerajaan akan
campurtangan, walaupun kes itu masih sedang dibicarakan di mahkamah.

Dalam kes A. Rayappan yang berlaku hujung tahun lalu, ‘agak pelik’ apabila
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tuntutan ke atas mayat Rayappan,
walhal panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang telah bersidang sebelum itu
sebulat suara memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang
kuasa dan tidak melakukan kesilapan dari segi undang-undang ketika menentukan
status agama Islam Rayappan. Pengerusi MAIS, Datuk Mohd. Adzib Mohd. Isa berkata,
“Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Mufti Selangor, Pengarah Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) dan Penasihat Undang-Undang dan Peguam Syarie”
Justeru itu, Mohd. Adzib berharap setelah notis penarikan balik permohonan MAIS
difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, isu mengenai ‘perebutan
mayat’ tersebut selesai “Kami (MAIS) berbesar hati dengan keputusan mahkamah yang
membenarkan kami menarik balik kes tersebut,” kata Rohana Hassan, Pegawai
Perhubungan Awam MAIS ketika dihubungi” Berbesar hati.

11
Sebenarnya, sehari sebelum keputusan penarikan balik itu dibuat, satu
kenyataan telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
bahawa, “Mesyuarat Kabinet telah membincangkan isu perebutan mayat Rayappan
antara keluarganya dan MAIS kerana si mati dikatakan telah memeluk Islam sebelum
kematiannya pada 29 Nov. lepas. Kabinet setuju agar perkara itu diserahkan kepada
pejabat Peguam Negara,” Abdullah seterusnya berkata, adalah penting status agama
Rayappan dipastikan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat. “Apa yang
penting tentukan status (agama) orang berkenaan (Rayappan)... kalau bukan Islam
serahkan kepada keluarga (untuk pengebumian),” katanya. Adalah amat dikesali apabila
kenyataan-kenyataan seperti di atas dikeluarkan kerana mereka ini adalah pihak-pihak
yang sepatutnya menjaga kemuliaan agama Islam dan kepentingan umat Islam, bukan
sebaliknya.

6.0.2 Dakwah Literasi

Dalam hal ini saya mengusulkan adanya dakwah lintas kultural. Misalnya,
pendakwah agama tak hanya memberikan pemahaman yang benar terhadap
penganutnya saja tetapi mereka pun menginformasikan hal yang sebenarnya tentang
agama kepada penganut lainnya. Kemudian, mereka mengkomunikasikan lagi
pemahaman mereka tentang agama kepada penganutnya. Hal ini juga dilakukan oleh
pemeluk agama lain. Dengan cara demikian maka akan terjadi dialog yang intensif
sehingga pendakwah agama dan penganutnya selain memahami ajaran agamanya
secara benar juga menghormati keyakinan agama orang lain. Pada akhirnya ini akan
melahirkan rasa saling memahami dan menghormati dan tentunya akan mencegah
terjadinya konflik agama .Pada intinya, dakwah adalah bagaimana pemeluk agama yang
berbeza melakukan dialog antara mereka. Secara internal, setiap komuniti pemeluk
agama juga melahirkan para pendakwah yang mampu melakukan dakwah lintas kultural
ini. Baiklah, kita harus mengakui bahwa setiap orang memiliki prasangka terhadap orang
lain. Prasangka ini sering menyebar dengan cepatnya dan menyebabkan salah paham
di antara komunitas pemeluk agama. Namun kita pun harus melihat bahwa prasangka
ini harusnya tak menjadi penghalang yang tak bisa dihilangkan untuk saling memahami
antarkomunitas pemeluk agama.

12
Ajaran agama harus dipahami secara universal dan tak disertai dengan prasangka agar
kita bisa saling berdialog dengan komunitas pemeluk agama lainnya. Oleh karenanya,
kita harus kembali kepada pesan agama yang sebenarnya. Sekali lagi kita harus
mengakui bahwa kita memiliki prasangka namun kita pun harus berusaha untuk
mengikis prasangka tersebut.

Namun sebenarnya ada masalah utama yang harus dihapuskan terlebih dahulu
agar dakwah literasi ini dapat berjalan dengan lancar, iaitu prasangka. Bagaimana
menghilangkan prasangka antara komunitai pemeluk agama itu? Baiklah, kita harus
mengakui bahwa setiap orang memiliki prasangka. Di sini pendakwah agama juga
sangat berperanan untuk mengikis prasangka yang ada dengan cara melakukan dialog
baik secara intelektual mahupun duduk bersama untuk mengurangkan masalah
masalah kehidupan yang sama-sama mereka hadapi. Bila ini terjadi maka prasangka
akan semakin terkikis dan kesamaan antara komunitai pemeluk agama akan wujud
dengan sendirinya.Tidak hanya itu, para pendakwah agama juga perlu menggunakan
saranan awam untuk mengikis prasangka yang terpendam di antara komuniti pemeluk
agama. Mereka juga perlu melakukan pada saat bersama penganutnya, misalnya pada
masa khutbah Jumaat atau ceramah di gereja, kuil, dan sebagainya.

6.0.3 Peranan Pemimpin

Apabila konflik terus berleluasa di masa mendatang, maka kewajiban para


pemimpin dunia adalah memberi induksi dan aplkasi yang lebih pada peranan agama
dalam kehidupan bermasyarakat. Bahawa agama memiliki peranan positif, sehingga
pemimpin dunia harus mampu menyatukan komuniti pemeluk agama yang berbeza. Kita
perhatikan, yang terjadi sekarang adalah para politik dan pendakwah agama berjalan di
jalannya masing-masing. Mereka seharusnya saling berkomunikasi dan duduk bersama.
Suasana yang damai di tengah masyarakat sangat diperlukan. Oleh demikian, mesti ada
etika dan peraturan yang menjamin terciptanya kedamaian dan keharmonian tersebut.

13
6.0.4 Penghayatan Nilai-Nilai Islam Dalam Kehidupan Bermasyarakat

Dalam situasi konflik agama ini, umat manusia perlu mempersediakan diri
dengan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Ini kerana, manusia berfikir dan
bertindak terhadap sesuatu, kebiasaannya digerakkan oleh nilainya sendiri terhadap
sesuatu itu. Nilai yang telah ditentukan itulah yang menjadi daya penggerak, pembentuk
motivasi serta kekuatan hingga ia menjadi kenyataan. “nilai” terhadap sesuatu itu dapat
menggambarkan penghargaan dan perhatian manusia dan apabila hal berkenaan dapat
dipenuhi, maka manusia biasanya merasa puas. Ini bererti persoalan nilai adalah
penting nisbah kepada kehidupan manusia. Tidak banyak manusia berbuat sesuatu
pekerjaan, yang nilainya tidak diketahui oleh mereka umpamanya kita digerakkan untuk
membawa payung, justeru ada tanda-tanda hujan akan turun, jarang sekali terjadi kita
membawanya hanya untuk suka-suka. Dengan demikian di belakang sesuatu tindakan
individu dan masyarakat wujudnya soal nilai, dan nilai itu memberi pengaruh serta kesan
terhadap kehidupan seharian.

Kebiasaannya, amalan terhadap sesuatu nilai dalam sesuatu masyarakat


akhirnya membentuk tabiat dan dari sini nilai-nilai dalam kehidupan tadi menjelma
menjadi kebudayaan. Jadi, berbeza kebudayaan antara individu dan masyarakat
memberi erti bahawa latar belakang sistem nilainya berbeza, sikap serta pemikiran juga
berlainan. Apa-apa yang baik bagi sesebuah masyarakat, tidak semestinya baik bagi
masyarakat yang lain. Muda-mudi bergaul bebas dalam masyarakat barat di pandang
baik oleh manusia, tetapi tidak baik bagi mayarakat melayu yang beragama Islam.
Perkara yang dianggap bermoral bagi belia barat tidak semestinya sama nilainya bagi
belia melayu. Jadi perbezaan daerah juga memberi implikasi terhadap ketentuan sistem
nilai.

Nilai-nilai dasar dalam Islam adalah untuk difahami secara sistematik sistem nilai
dalam Islam, terlebih dahulu perlu difahami persoalan-persoalan dasar atau prinsip asas
yang merupakan tapak pertumbuhan sistem nilai itu. Juga yang melatari kehidupan
seorang muslim dalam konteks hubungannya dengan Allah s.w.t sebagai khaliq dan
keunikan serta tanggungjawab antara manusia dengan manusia serta hubungan
manusia dengan alam yang didiaminya. Manusia sebagai makhluk ciptaannya, sudah
tentu manusia tunduk di bawah kekuasaannya. Nilai hidup yang benar bagi manusia,

14
ialah hidup untuk beribadat kepadanya seperti yang termaktub di dalam al-Quran,
bahawa makhluk jin dan manusia dicipta adalah untuk beribadat kepadanya. Jadi, jika
manusia menuruti jalan yang telah direncanakan, jalan soleh dan taqwa, sedangkan
manusia tadi bebas posisinya di dunia, tentunya ia akan merasai kebahagiaan di dunia
dan di akhirat. Kehidupannya mendapat keredhaan illahi dan sentiasa dicurahkan
rahmat Allah. Jika kebebasan tadi disalahgunakan dengan mengikut jalan dan program
hidup yang lain, berasaskan nilai-nilai sendiri atau fahaman dan ideologi-ideologi
manusia yang bertentangan dengan fitrah manusia dan kehendaknya, maka manusia itu
sendiri akan merasai risikonya, kehidupan yang fasiq dan kecewa di dunia, dilupai tuhan
dan di akhirat nanti dia akan merasai sendiri nisbahnya yang pedih dan sedih yang
sudah tidak berguna ditangisi lagi.

6.0.5 Adaptasi Akhlak Dan Sosial Yang Sempurna

Dalam Islam nilai yang amat berpengaruh ialah nilai akhlak. Bangunan nilai
akhlak itu pula diasaskan di atas prinsip al-Amr bi al-Ma’aruf wa al-Nahy ‘an al-Munkar.
Inilah dasar utama Syariat Islam untuk kebaikan dan kebahagiaan manusia. Perkara
ma’rufat adalah suatu nama yang terangkum di dalamnya segala jenis nilai kebajikan
dan sifat-sifat yang utama yang serasi dengan fitrah semula jadi manusia. Ia bersifat
tetap dan boleh diterima oleh pelbagai bangsa manusia di berbagai-bagai tempat, waktu
dan zaman. Sementara munkarat pula adalah nama untuk segala bentuk kejahatan dan
segala dosa yang sering disebut oleh manusia sebagai “jahat”. Kejahatan menimbulkan
mudarat kepada semua manusia. Oleh itu Syariat Islam sejak awal-awal lagi telah
meletakkan garis ukuran yang jelas membezakan antara perkara-perkara ma’rufat dan
munkarat, terpulang kepada manusia untuk sama ada hendak mematuhinya atau
menolaknya. Dalam konteks nilai-nilai akhlak yang baik dan dituntut oleh Islam, maka
kita dapati kitab suci al-Quran dipenuhi pelbagai jenis nilai yang mulia dan diamalkan
pula oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kemudian umat Islam digesa
mengamalkan nilai ma’ruf itu dan menolak nilai-nilai munkar kerana ia mendukung unsur
negatif. Maka dalam kesempatan yang terhad ini diperturunkan beberapa nilai ma’rufat
yang mulia sekadar contoh, dalam usaha membersih diri dan menghayati bimbingan
agama demi membentuk motivasi yang tinggi dalam diri serta “efficiency” dalam seluruh
pekerjaan yang dilakukan. Antaranya amanah, ikhlas, kerjasama, menjauhi hal-hal yang
tidak berfaedah dan sebagainya. Manusia muslim khasnya mestilah menunaikan

15
amanah kepada diri, keluarga, pekerjaan, masyarakat dan negaranya, disamping
menunaikan amanah Allah dan Rasulnya. Perasaan ikhlas merupakan satu nilai yang
melambangkan kebersihan hati manusia dalam sebarang pekerjaan yang ia lakukan.
Nilai ini sangat penting dalam sebarang pekerjaan dan tanggungjawab sama ada dalam
konteks hubungan manusia dengan Tuhan atau sesama manusia. Perasaan tidak
ikhlas biasanya melahirkan aneka keburukan sama ada kepada diri, keluarga,
pekerjaan, masyarakat dan negara. Oleh sebab pentingnya nilai ini, ia telah menjadi
antara nilai-niali utama dalam akhlak Islam.

“Berat sama dipikul ringan sama dijinjing”, adalah peribahasa Melayu yang
sesuai dengan nilai kerjasama itu, tetapi kerjasama dalam konteks Islam hanya
tertumpu kepada kerja-kerja ma’ruf sahaja. Al-Quran meletakkan asas kerjasama ini
agar orang Islam dilarang membantu atau sekurang-kurangnya bersubahat dengan
kerja-kerja yang bernilai negatif. Ini kerana kerja-kerja jenis ini hanya akan merugikan
semua pihak. Dalam kehidupan seharian manusia berdepan dengan perkara yang
berfaedah dan tidak berfaedah, sama ada nisbah pada diri, keluarga, masyarakat dan
Negara. Inilah sumber rujukan bagi umat Islam secara total, dan tidak ada sebab
mengapa umat Islam harus merujuk kepada sumber lain untuk mendapat
teladan.Objektif asal hidup manusia adalah kebahagiaan. Dan kebahagiaan tidak dapat
dinikmati sekiranya kita mengenepikan nilai-nilai ma’ruf. Manusia sebenarnya lebih
cenderung untuk berbuat kebaikan sedangkan keburukan tidak serasi dengan “nature”
manusia. Demikian pandangan ahli falsafah Islam yang pertama iaitu Abu Yusuf Ya’qub
Ibn Ishaq al-Kindi. “Perkara yang benar adalah sifat sejati manusia, sedangkan apa
yang buruk hanyalah suatu kebetulan”. Keburukan timbul akibat kemenangan nafsu
atas akal fikiran. Akan tetapi, sekiranya manusia itu berpegang kepada nilai-nilai ciptaan
manusia hasil pemikiran akalnya yang nisbi dan terbatas, maka selamanya nilai akan
kacau, dan manusia sebagai pengamalnya akan sering berbalah. Maka, nilai-nilai
semesta Islam dan nilai-nilai kemanusiaan serta akhlak yang mulia, wujud di atas paksi
ketauhidan yang amat kukuh, didasarkan atas pendekatan yang hidup serta serasi
dengan naluri semula jadi manusia. Justeru itu tidak ada sebab mengapa manusia dan
umat islam khasnya bersikap mengenepikan nilai-nilai itu.

16
6.0.6 Pendedahan Dan Pengetahuan Agama.

Pembentukan masyarakat Islam dalam suasana hidup sekular dan di tengah


pengaruh moden telah melahirkan masyarakat yang dinamik dan proaktif seperti
teknorat-teknorat yang sebahagian besarnya mengejar kebendaan sehingga terlupa erti
hidup dalam dunia ini yang seharusnya berdasarkan kepada mencari keredhaan Allah
s.w.t. Mereka inilah yang menjadi penghalang besar terhadap perkembangan Islam.
Kerana pemikiran mereka telah diselewengkan tanpa kesedaran mereka sendiri
terhadap soal hidup yang sebenarnya. Soal-soal agama mereka ketepikan. Pendirian
mereka bahawa Islam telah hilang tempatnya kepada zaman serba moden ini membawa
kesan kepada masyarakat kerana kedudukan sosial mereka yang tinggi. Semua
kegiatan PERKIM seperti yang dilakukan sekarang iaitu Balai Islam, Khidmat nasihat
dan bimbingan kepada saudara baru. Bantuan kewangan, kelas-kelas agama, klinik
perubatan dan khidmat guaman akan ditambah dan dipertingkatkan mutunya.

6.0.7 Aktiviti Luar Masyarakat Beragama

Kempen penerangan juga perlu diadakan sekiranya kita hendak menghilangkan


satu gejala yang merupakan penghalang kepada usaha kita. Ia boleh dijalankan dengan
menggunakan pendekatan yang wajar terhadap masyarakat china umpamanya dengan
menerusi surat khabar, ceramah-ceramah, filem dan lain-lain. Dalam hal ini, wajar
sekiranya ditekankan bahawa Islam adalah agama sejagat (universal), dan Islam lebih
dulu sampai ke negara china daripada Tanah Melayu. Sebahagian besar umat Islam
miskin serta terjerat oleh sistem sosioekonomi yang dikawal oleh masyarakat bukan
Islam sehingga umat Islam sukar bergerak untuk memajukan diri sendiri. Masalah ini
telah diburukkan lagi dengan adanya golongan-golongan pendakwah yang menekan
soal-soal akhirat dan ajaran-ajaran sesat sehingga masyarakat Islam sendiri terkeliru
dan tidak dapat memahami Islam yang sebenarnya. Ini telah mengakibatkan Islam
diamalkan secara sempit. Jadi, pendedahan yang lebih mendalam tentang Islam
kepada semua muslim harus dipertingkatkan.

17
6.0.8 Pendidikan Kompleks Islam

Membangun pendidikan Islam secara bersepadu. Jika dilihat kepada angka


pelajar di institusi pendidikan agama di segala peringkat, maka bilangannya meningkat
ke angka ratusan ribu. Bilangan pelajar agama yang agak besar ini memberikan
gambaran yang jelas bagaimana ibu bapa dan penjaga kanak-kanak sekarang amat
prihatin dengan pendidikan agama dan sekali gus meletakkan harapan agar pendidikan
agama akan dapat memberikan kekuatan kepada anak-anak mereka untuk menghadapi
cabaran dan persaingan dalam masyarakat moden dan global ini. Ini adalah satu cara
untuk menangani konflik agama dengan mencorakkan pendidikan islam dan agama ke
arah bidang yang lebih holistik dan sepadu, iaitu membuka aliran sains dan teknologi
yang lebih luas dalam bidang pendidikan agama, agar kualiti pelajar agama yang
cemerlang dan baik itu akan dapat dieksploitasi dengan kadar yang minimum. Hal ini
memerlukan anjakan paradigma dan perubahan cara berfikir dan tanggapan orang Islam
sendiri tentang konsep dan falsafah pendidikan Islam. Sekiranya masih digambarkan
bahawa pendidikan Islam itu hanya dalam bentuk pendidikan sembahyang, puasa, dan
zakat serta haji, maka amat sukar bagi umat Islam membangun dengan kuat dan
mencabar segala aliran baru pada zaman globalisasi yang terlalu banyak memasukkan
unsur-unsur anti agama dan ketuhanan ini.

Justeru itu, menubuhkan sekolah-sekolah agama adalah salah satu cara untuk
menangani konflik agama yang berlaku pada masa sekarang. Menerapkan pelajaran-
pelajaran yang berkaitan dengan agama antaranya feqah, akhlak, al-Quran dan
sebagainya. Di dalam pelajaran tersebut akan mengetahui bagaimana cara
menghormati, tidak kira sama ada muda atau tua. Sekiranya berlaku situasi hormat-
menghormati dalam kalangan masyarakat di dalam sesebuah agama, masyarakat akan
menjadi masyarakat yang harmoni tanpa ada apa-apa konflik agama di antara sesebuah
agama yang berlainan. Seterusnya konflik agama dapat di bendung.

18
6.0.9 Merujuk Pada Al-Quran Dan As-Sunnah

Selain itu, merujuk kepada Al-Quran dan as-sunnah. Di dalam al-Quran terdapat
kisah-kisah yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Di masa Rasulullah para
sahabat memahami al-Quran dengan naluri kearaban mereka. Jika berlaku kesukaran
dalam memahami sesuatu ayat, mereka akan kembali kepada Rasulullah s.a.w
langsung, lalu beliau menjelaskannya kepada mereka. Selepas Rasulullah wafat, para
fuqaha’ dari kalangan sahabat memimpin umat di bawah kepimpinan khulafa’ Rasyidin.
Jika terdapat masalah-masalah baru yang belum pernah berlaku sebelumnya maka al-
Quran merupakan tempat kembali mereka dalam mengambil ketetapan hukum-
hukumnya. Di antara bimbingan-bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang
berkaitan dengan moral (akhlak). Umat manusia boleh merujuk al-Quran sekiranya
mengalami permasalahan teintang hukum-hukum atau selainnya.

6.0.10 Memberi Hukum Berdasarkan Dalil Yang Kukuh

Islam bukanlah satu agama yang menolak dan menafikan dunia. Pemberian
status khalifah Allah kepada manusia, sekaligus menjadikan manusia sebagai pengguna
kepada alam ini. Perkataan khalifah ini menunjukkan kepada hal lain yang penting; iaitu
kesempurnaan dalam menjalankan tugas khalifah. Dalam menjalankan tugas ini, maka
hak khalifah ialah memegang kekuasaan asal tidak menyimpang dari peraturan yang
diperintahkan kepadanya itu oleh atasannya. Apabila Allah akan mengangkat
seseorang menjadi wakil untuk menangani masalah-masalah yang bersangkut dengan
rakyatnya itu, maka ke dalam hati orang ini ditanamkannya perasaan kasih sayang dan
keadilan. Daripada Islam agama yang suci, Rasulullah s.a.w bersabda “suci adalah
separuh daripada iman”. Suci adalah tiang utama diantara segala tiang tempat
berdirinya Islam. Jadi, seharusnya kita merujuk kepada dalil tersebut dalam
meningkatkan keperibadian kita seterusnya bersih dari pelbagai kotoran. Sekiranya
mahu melakukan apa jua berkaitan dengan hukum, seharusnya berpandukan pada dalil
yang telah termaktub.

19
7.0 KESIMPULAN

“Wahai Ummat manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu  daripada lelaki
dan perempuan,  dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain.)
Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa
diantara kamu (bukan karena keturunan ataupun bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui dan Maha mendalam PengetahuanNya.” (Al-Quran s.al Hujurat : 13)

Benteng nilai yang berkait dengan agama adalah sumber kekuatan terakhir yang
dimiliki oleh manusia yang meregularisasikan kehidupan sesama manusia lantas
membentuk masyarakat. Melalui agama terbentuk nilai dan moral yang mengawal dan
mempengaruhi tindak tanduk manusia. Agama mengajar kita membezakan yang buruk
dan yang baik. Nilai-nilai agama membezakan manusia daripada haiwan. Tidak
hairanlah, Huttington mengemukakan theori “Clash of Civilization” apabila menganalisa
perilaku sosial kontemporari. Walaupun teori Huttington itu banyak kelemahan dan
goyah kebenarannya namun, dari satu perspektif yang lain, ada kebenarannya kerana ia
menggambarkan “niat jahat” golongan berkepentingan untuk memecah belahkan
masyarakat dan meruntuhkan keharmonian dalam sesebuah Negara dengan mengambil
pendekatan mengadu domba pegangan nilai dan agama sesuatu kumpulan dengan
tujuan supaya puak yang tidak beragama di kalangan extremist secularist, atheist yang
bertuhankan kebendaan semata-mata tanpa mempunyai nilai kemanusiaan yang diajar
oleh semua agama menang.

Golongan ekstrim sekular dan atheist ini sebenarnya adalah golongan yang
mementingkan diri sendiri dan tidak percayakan tuhan. Mereka mahu terus menguasai
dunia melalui usaha-usaha penguasaan ekonomi dan politik. Bagi mereka yang penting
adalah kenikmatan dunia ini dimiliki oleh golongan mereka sahaja sedangkan kelompok
masyarakat lain harus dibiarkan melarat, miskin, tidak membangun, berbalah dan
berbunuhan sesama sendiri. Ini juga adalah kerana mereka percaya bahawa “scarcity of
resources” tidak memungkinkan mereka mengecapi kemewahan maximum seandainya
dikongsi bersama secara adil dan saksama dengan orang lain seperti mana yang
dianjurkan oleh kepercayaan dan nilai yang sedia ada dalam semua agama.

20
Konflik agama semestinya dapat diatasi dengan pelbagai kaedah namun yang
akan menentukan samaada ianya berjaya adalah individu dan masyarakat beragama itu
sendiri. Namun apa yang kita lihat disini, ada banyak kebaikan yang pasti diperolehi
dengan melimitasikan dan membanteras konflik agama di kalangan masyarakat.
Sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun, kita tidak perlu untuk menjadikan soal
dan isu konflik agama ini timbul sekaligus ia akan pasti memberi impak kepada
masyarakat beragama dan generasi akan datang. Oleh yang demikian tidak perlulah kita
berasa serba salah dan serba kekurangan dalam beragama. Setiap agama adalah
universal dan mempunyai identiti tersendiri.

21
7.0 BIBLIOGRAFI

Adian Husaini dan Nuim Hidayat. 2002. ISLAM LIBERAL: Sejarah, Konsepsi,
Penyimpanan dan Jawapannya. Jakarta. Gema Insani.

Abul A’la Al-Maududi (2000). Asas dan Prinsip Peradaban Islam. Singapura: Pustaka
Nasional Pte.Ltd.

Budhy Munawar-Rachman. 2004. ISLAM PLURALIS: Wacana Kesetaraan Kaum


Beriman. Jakarta. Srigunting

Dr. Muhd Nur Manuty. 2005. kertas kerja; IDEA-IDEA ISLAM LIBERAL.

Ismail Ibrahim (2005). Isu Islam Semasa. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributor Sdn.Bhd.

Ismail Abdul Rahman, Mohd Nasir Omar (1994). Islam Cabaran Dan Isu Semasa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalif Munawwar. 2006. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana
ISLAM LIBERAL. Kajang. Akademik Kajian Tamadun.

Nur Achmad (ed). 2001. PLURALITAS AGAMA: Kerukunan Dalam Keagamaan.


Jakarta. Kompas.

Surunin (ed) 2005. NILAI-NILAI PLURALISME DALAM ISLAM: Bingkai Gagasan yang
Berserak. Bandung. Nuansa dengan Fatayat Nu dan The Ford Foundation.

22

You might also like